Tuesday, December 28, 2010

wisata ke Jakarta-Bandung

Hari Pertama (Jakarta)  : Ahad; 19 Dis.; 2010

Jam 8.27pagi (waktu Jakarta Pusat; 9.27pagi waktu Kuala Lumpur) kami mendarat di. Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Cuaca cerah. Suhu 27 darjah celcius. Jakarta; pintu masuk antarabangsa ke Indonesia.  Usai urusan immigresen dan bagasi kami dikumpulkan – menunggu bas yang akan berkhidmat untuk pariwisata kami selama lima hari di sini. Rombongan kami seramai 29 orang.  Sepatutnya 30; tetapi seorang terpaksa tinggal di KLIA dan pulang kerana tidak lepas immigresen - sangkut dengan PTPTN.
      Pak Amad, pemilik ajensi pelancungan yang ikut bersama memperkanalkan petugas pemanduan pariwisata
    Bas (bis kata orang Jakarta) dilengkapi pembesar suara; Pak Asmadi mengucapkan selamat datang ke Jakarta. Memperkenalkan diri diikuti krew perkhidmatan beliau – pemandu pelancung dirinya sendiri; nama  Asmadi; dari suku Jawa (panggil saja Asmady atau Pak Asmadi atau Asmad atau Ady; apa-apa pun boleh, kata dia); pemandu bas; Tatang/ Atang dan pemandu ke dua Sadek.  Kedua-duanya dari suku Sunda.   Selama bersama-samanya; “Boleh tanya apa sahaja” kata Pak Asmady.  Tempatkan diri dalam suasana ceria supaya lebih enjoy.  “Tidak usah dipan”; tambahnya lagi
      Diperjelaskan tiga perbezaan waktu mengikut propensi Indonesia; iaitu Indonesia Barat, Indonesia Tengah (kira-kira sama waktu dengan Malaysia) dan Indonesia Timur. Masuk waktu sembahyang : Subuh ialah 4.40pg.; Zohor 11.55tgh.; Asar 3.00ptg.; Maghrib 6.00 petang dan Isya’ 7.20mlm.  Pertukaran matawang RM1 = 1,270rp.  Upah angkat bagasi untuk bellboy di hotel 5ribu atau 10ribu rupiah sudah cukup, kata beliau.
      Keluasan Jakarta 740.28km persegi (lebih besar dari Singapura; 710.20km persegi). Jakarta ada lima wilayah.  Wilayah Utara – Selatan – Timur – Barat & Jakarta Pusat.  Kota Jakarta terletak kira-kira 1km dari laut dengan ketinggian 1-2m dari aras muka-laut.  Tarikan Jakarta serupa magnet kapada menghimpunkan kira-kira 70% dari kependudukan kepulauan Jawa. Penduduk waktu siang ialah 13juta orang manakala malam 10 juta.  Bezantara siang-malam 3juta.  Kenapa ?  3 juta itu pulang ke propensi masing-masing selepas habis kerja; iaitu Tanggerang, Bogor yang lebih dikenali sebagai buffer city kepada Jakarta. Anak aku cuba menghitung 'kepadatan' penduduk Jakarta ; " kira-kira 15 orang pada 1m persegi"; katanya.
      Ini menjadikan Jakarta bandaraya sesak; hingga timbul seakan-akan peribahasa :  Kalau tidak macet ini bukan Jakarta.  Bekerja di Jakarta sedikit sebanyak memperlihatkan kemegahan – tidak semua orang akan mampu berlumba untuk hidup di Jakarta. Makanya siapa yang mampu tiba/hidup di Jakarta dikira hebat dalam persaingan. Gaji agak tinggi.  
      Terdapat 355 suku kaum dan 500 dialek di Jakarta.  Keujudan banyak suku-kaum menyebabkan berlaku kesilangan budaya yang menyebabkan bentarukan; tapi ini tidak sering terjadi.
       Perjalanan di Jakarta memang lambat.  Macet. Distinasi pertama kami ialah Tugu Monas (Monumen Nasional). Ia terletak tepat di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Tugu yang didirikan bagi mengenang perjuangan rakyat Indonesia merebut/mencapai kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Belanda 1945.  Tingginya 132 meter (433 kaki).  Mula dibina pada tahun 1961, di bawah perintah Presiden Sukarno dan dibuka kepada umum pada tanggal 12hb. Julai, 1975. Di puncak monumen ialah rupa-bentuk api menyala berwarna keemasan yang melambangkan semangat perjuangan rakyat Indonedsia yang tidak kunjung padam.  Berhampiran dengan Tugu Nasional ialah Muzium Sejarah Indonesia. Tidak lama kami di situ.  Selepas bergambar; kami pun beredar.
      Tidak jauh dari Monumen Nasional (Monas) letaknya Masjid Istiqlal. Masjid terbesar di Asia Tenggara dan nombor empat terbesar di dunia. Pembinaannya bermula pada tahun 1961, di zaman Presiden Soekarno jadi Presiden Indonesia. Manakala arkiteknya ialah Frederich Silaban.Ruang solat utama ada enam tingkat sembahyang.  Keseluruhan ruang luar dan dalam masjid yang boleh memuat jamaah dari 63,000 hingga 130,000 orang. Masjid ini mempunyai kubah yang diameternya 45 meter.
      Di masjid ini terletaknya juga pejabat umum Majlis Ulama Indonesia. Masjid ini mampu  menjadi salah satu daya tarik utama juga periwisata di Jakarta. Kami tidak berkesempatan  singgah kerana kawasan masjid hingga ke jalan raya penuh sesak.  Ada aktiviti  ‘Indonesia Berzikir’ sedang berlangsung.  Kata Pak Asmadi; kehadiran bukan sahaja dari Jakarta malah seluruh Jawa dan Indonesia.
      Selepas makan siang (selera padang di Salero Jumbo) kami mampir di Taman Mini Indonesia Indah; TMII (perjalanan kira-kira 30 minit dari Jakarta Pusat) – miniatur yang memuatkan seni bina/ rumah adat (bentuk dan saiz sebenar; bukan replika) semua suku-kaum yang terdapat di semua provensi Indonesia.  Di tengah-tenngah Taman Mini terdapat tasik yang memperlihatkan kedudukan kepulauan Indonesia pada peta-topo  Ini ide dari Ibu Tien (Siti Hartinah) Soeharto; wanita Pertama Indonesia; ketika Soeharto  Presiden Indonesia. Kata beliau miniatur ini akan bangkitnya rasa bangga dan cinta tanah air kepada seluruh bangsa Indonesia. Projek ini mulanya mendapat tantangan oleh Parlimen (kerana ekonomi Indonesia pada keadaan terburuk); tapi diteruskan juga atas kemauan keras  Ibu Tien.  Ini taman memperagakan segala aspek kekayaan alam dan budaya Indonesia. 
      Ia dibangunkan di atas tapak seluas 150 hektar oleh Yayasan Harapan Kita. TMII mulai dibina tahun 1972 dan dirasmikan pada 20 April 1975.
      Ada di antara kumpulan rombongan kami yang naik kereta kabel (macam kereta kabel di Genting Highland).  Kesempatan itu; dek dahaga aku sekeluarga empat orang ambil rehat dengan minum air kelapa dan makan pecal (sayur).  Ramuan pecal macam di Malaysia; ada kangkung ‘Melayu’, tempei, togeh, daun semanggi; tapi kuahnya memang ‘sedap giler’.
      Perjalanan diteruskan; dalam pada itu banyaknya kelihatan patung-patung/monumen di Jakarta; yang katanya bagi melestarikan nilai suatu bangsa – bangsa Indonesia..seperti patung Patung Dirgantara yang terletak di Jalan Gatot Subroto; bertentangan dengan Markas Besar Angkatan Udara Republik Indonesia. Ia disebut juga sebagai Patung Pancoran.
      Ide pembinaan patung ini dari Presiden Soekarno, sebagai menifestasi keberanian/ kesatriaan rakyat Indonesia – jujur, berani, dan bersemangat mengabdi diri kepada Negara. Objek manusia lelaki seakan mahu mulai terbang ke udara -  melambangan keberanian bangsa Indonesia untuk menjelajah angkasa. Arkiteknya ialah Edhi Sunarso dan dibuat oleh pematung keluarga Arca Yogyakarta pimpinan Edhi Sunarso sendiri.  Tempoh siap ialah selama 1 tahun (1964 – 1965).
     Patung ini terbuat dari logam seberat berat 11 tan yang dibahagi-bahagikan kepada 11 bahagian dengan 1 tan setiap bahagian. Bung Karno membiayai pembinaan patung ini denngan menjual sebuah dari kenderaan pribadinya.
      Ada pula Patung Kuda Setan/Patung Delman.  Nama resminya ialah Patung Arjuna Wijaya; dipetik dari kisah perang Baratayudha – Sang Arjuna mengenderai kereta kuda dari bantuan Batara Kresna dalam pertempuran dengan Adipati Karna.  Ia dibina pada tahun 1987. Kereta itu ditarik delapan kuda, yang melambangkan delapan ajaran kehidupan; yang menjadi falsafah kepemimpinan Presiden Soeharto – bahwa hidup harus mencontoh bumi, matahari, api, bintang, samudra, angin, hujan dan bulan. Di bahagian patung itu terpahat batu bersurat (prasasti) yang bertulis ‘Kuhantarkan kau melanjutkan perjuangan dengan pembangunan yang tidak mengenal akhir.’
       Patung ini dibina semula menggunakan bahan tembaga pada tahun 2003 dengan pembiayaan 4milion Indonesia.  Dulunya dari bahan poliester resin (mudah rosak) kerana dana-kos yang kecil.
       Patung-patung lain ialah Patung Selamat Datang dibina bagi menyambut kedatangan atlit  Sukan Asian IV tahun 1962. Patung ini di hadapan Hotel Indonesia.  Patung Pahlawan (Patung Petani/ Tugu Tani) terletak berhampiran Markas Korps Komando Angkatan Laut Republik Indonesia.  Perasmian dilakukan oleh Presiden Soekarno pada tahun 1963. Catatan pada tugu menyebut : “Bangsa yang menghargai pahlawannya adalah bangsa yang besar” Merupakan hadiah dari pemerintah Soviet pada saat itu kepada pemerintah Republik Indonesia sebagai manifestasi persahabatan dua bangsa. Dikatakan juga sebagai menghargai para pejuang kemerdekaan Indonesia; dilambangkan dengan seorang laki-laki memakai topi petani, nyandang senapang minta restu pada wanita yang ada disisinya untuk pergi ke medan perang. Kerana binaannya seperti seorang petani maka ianya diasosiasikan juga sebagai simbolisasi gerakan politik petani.
      Patung lain ialah Patung Arjuna Wiwaha yang terletak di Jalan Merdeka Barat.  Simbolisnya ialah perjuangan mengisi kemerdekaan itu semakin sukar.
      Tiba di penginapan – Hotel Santika jam 6.00ptg. TVRI sedang berita – berita semasa tak sampai seperempat.  Selebihnya ialah perihal TIMNAS (pasukan bola sepak Indonesia) bertemu Filipina malam ini - Piala AFF Suzuki.  Gambaran dari Stadium Glora Bung Karno – tempik-sorakan tatkala bas membawa pasukan (TIMNAS) msuk ke perkarangan stadium; ejekan dan boo bila ketiba bas rombongan pasukan Filipina. Sambutan ketibaan SBY Presiden Indonesia. Lintas-langsung berita dari TVRI pusat ke Bandung, Medan dan Makasar.  Di perlihatkan persiapan penyokong Indonesia di setiap lokasi penduduk. Dari berita langsung saja ke perlawanan hingga usai jam 10.00mlm. Iya, provokasi/propaganda media Indon dalam perlawanan ini terlalu hebat (keterlaluan ?) .

Hari Ke 2 (Bandung);  Isnin 20 Dis.; 2010

8.30 pagi – Meninggalkan Hotel Santika; selepas sarapan pagi yang menyelerakan..  Distinasi pagi ini ialah ke Tanah Tinggi Puncak seterusnya ke Bandung.  Pemanduan ke Puncak akan mengambil masa dalam 3 jam; kalau tidak macet.  Paling lama pun ialah 4 jam.  Semua begasi dimuatkan ke dalam perut bas. Malam kami nanti ialah di Bandung.
       Bas meluncur tenang  melalui lebuhraya Jagorawi (JAGORAWI : Jakarta – Bogor – Ciawi) – Highway sepanjang 60km yang dimulakan pembinaannya pada tahun 1973 dan dirasmikan penggunaanya pada tahun 1978 – dibina bagi memudahkan/mendekatkan transportasi Jakarta–Bogor.  Mulanya Highway itu tidak terfikirkan untuk dikenakan tol; tetapi apabila dikirakan penyelenggaraanya menelan kos maka pihak kementerian mencadangkan kepada kerajaan supaya rakyat bersama membantu; sementelah rakyat dapat mengurangkan hambatan waktu daripada menggunakan jalan biasa. Itu jalan bertol pertama diperkenalkan di Indonesia.
       Menariknya jalanraya di sini tidak banyak tanda amaran had laju.  Dan; memang pemanduan di sini pun kelihatannya tidak terburu-buru.  Tidak kerlihatan motor yang dikenderai macam pelesit seperti di Kuala Lumpur.  Orang di Jakarta tidak terlalu tergesa-gesa memburu waktu seperti di Malaysia ?
       Awal-awal lagi Pak Ardy menanyai akan  letih /segar ; tidur malam kami.  Nyaman dan enak pak. Kami semua setuju. Pak Ardy pemandu pelancung kami terus memberikan penerangan dan macam-macam.  Dia menunjuk itu dan ini.  Melalui provensi  Cikeas dia mengarahkan tunjuknya ke kediaman Presiden Indonesia Sosilo Bambang Yudoyono (yang  di Jakarta itu Istana Presiden.  Istana Presiden ada di 4 tempat; iaitu di Jakarta, Bogor, Bali dan Cipanas).
       Hari ke dua interaksi dengan Pak Ardy menjadi lebih mesra. Pertanyaan yang pelik-pelik mulai kami ajukan kepada Pak Ardy – yang pertama kali kami temui sejak ketibaan kami pagi semalam hingga ke pagi ini.  Dan pagi ini selepas tidur yang lena tadi malam, sarapan pagi yang enak sebelum meninggalkan hotel tadi pagi – badan pun sudah segar ;datanglah fikiran yang bukan-bukan/kelakar; umpamanya tentang nama-nama makanan yang ditera pada ‘bangsal sorong ketoprak’ (istilah aku).  Pak Ardy sendiri memperkenalkan nama beberapa makanan yang pelik dan mengelikan hati.  Nama makanan seperti rawon setan, rawon iblis, soto ranjau, nasi kucing, nasi gila, nasi uduk, nasi jamblang, soto racun, soto oli, soto buntut, nasi rames; ah macam-macam.
       Satu persatu Pak Ardy menerangkan.  Semuanya itu nama makanan yang  autentik dan sesetengahnya sebagai jenama bagi menambah daya tarik untuk pengunjung mencobanya; kata Pak Ardy.  Soto ranjau – dalam soto cuma ada tulang untuk diisap-isap; nasi kucing – kuantiti nasi yang terlalu sedikit perisa dan lauk/perca sayur yang sedikit-sedikit (dibeli dengan harga cuma 1000rp); nasi gila – nasi goring pakai daging kambing; nasi uduk – nasi lemak  berbungkus daun pisang + ayam goring, sambal belacan, ulam-ulaman dan pecal; nasi jamblang (kami berlelucon; nasi jembalang) – makanan daerah Ceribon. soto racun – soto yang kuahnya terlalu pedas, kira-kira pedasnya macam mahu kasi mati orang yang makannnya ; soto oli – soto dengan kicap yang banyak (sebut soto oli; penjual akan faham kita mahukan isian kicap yang banyak); soto buntut – dalam soto adanya ekor sapi (kira-kira kalau di Malaysia sup ekorlah tu; cuma di tambah dengan soto di dalamnya). Aku menambah/mencipa lolucun : 
      "Kalau di Malaysia ada yang namanya sup torpedo pak".  
      "Torpedo ?".  
      "Iya, pak, mahal harga nya; semangkuk mahunya sampei RM8 atau 10 ringgit, pak !!".  
      "Mahal sekali?"  
      "Iya.  karena itu cuma satu-satunya" 
      "Sup torpedo.  Apa itu ?" 
      "Dari anunya, kontol lembu/ sapi, itu makanya mahal !! Kalau bapak ke Malaysia bisa saja mencobaknya, di Selayang" 
      "Iya, makanya mahal, ya ?"
       Aku teringat malam tadi ternampak berbalam-balam di suatu pintu masuk ke gang (lorong); ada papan-tanda tertulis Pangkas Rambut (di dalamnya ada orang sedang bergunting rambut – fahamlah aku itu kedai gunting).  Aku timbulkan dalam perjalan itu; nanti aku mahu pangkas rambut bila saja mampir di Bandung.  (Kalau di Malaysia, pangkas ialah istilah untuk mencantas/trim pokok/daun)  Semua peserta rombongan ketawa geli-hati.
       Perjalanan kira-kira 30 minit akan sampai ke Puncak.  Kiri kanan jalan saujana mata memandang ialah ladang teh memenuhi teres di lereng-lereng bukit; dan kelihatan tegak tumbuh di sana sepokok di sini sepokok di perladangan ialah pokok untuk di ambil getahnya guna dibuat minyak angin.

12.10 tengahari (waktu Indonesia) – Sampai di Puncak – RUMAH MAKAN RINDU ALAM.  Ketinggian kini ialah pada 1000m dari aras laut. Suhu 18 darjah Celsius.  Panorama yang sungguh indah dan dramatik.  Hujan rintik-rintik/halus dengan angin sejuk mengelus muka/ melintasi dataran.   Kabus mulai turun. Jarak penglihatan tidak sejauh lima imnit tadi. Puncak pepohonan di lereng bukit yang di lalui sebentar tadi sudah tidak kelihatan.   Masing-masing kami meluru keluar bas memburu tandas. 
       Belum pun  kaki mencecah ke tanah, pedagang-pedagang jalanan sudah menyerbu.  Pak Ardy awal perjalanan telah mengingatkan kami akan hal begini. Tapi usah bimbang kata beliau.  Mereka tidak akan mengapa-apakan.  Mereka cuma mahu jual dagangan.  Tak mahu, tolak dengan cara yang baik.  Kalau mahu, usulkan menawar harga; meski yang paling rendah; kata Pak Ardi.  Hukum orang berjual mestinya mahukan untung yang besar. Namun jika dengan harga yang bapak/ibu pinta mereka bisa menjual; makanya dia sebenarnya sudah ada untung di situ, meski sedikit. Kalau tidak dia tidak akan jual. Pandai-pandailah; bapa/ibu, ya !  Mereka mahu cari rupiah untuk makan; itu lebih baik dari jika mereka membuat yang bukan-bukan; tambahnya.  Cuma saja jangan sampai padagang-pedagang itu merayu dagangannya  sampai ke dalam bas; pesan Pak Ardy.
       Kami dihidangkan dengan makan tengahari yang panas. Ini telah diberitahukan oleh Pak Ardy; bagi mengelak dari sediaan makanan cepat sejuk. 
       Hujan makin kasar.  Tiupan angin semakin ganas menerbangkan kabus sejuk menerpa ke muka.  Jarak jelas pandang di luar rumah makan tinggal sekitar dua puluh  meter sahaja.
       Kami ambil masa kira-kira 40 minit.  Hujan yang sedikit keras tadinya sudah berhenti.  Yang tinggal ialah rintik-rintik halus di sela-sela angin sejuk yang kadang-kala keras juga.  Kami masing-masing meluru ke bas; dalam pada  pedagang-pedagang jalanan mengerumun/mengejar/memujuk kami membembeli barang cenderamata yang dibimbit – ada pen dari buluh  tertulis perkataan Puncak, key-chain buatan tangan pelbagai warna dan gaya, gulungan kanvas dengan lukisan minyak, untaian-untaian batu tasbih panjang dan pendek.  Dan tidak kurang juga tukang-tukang foto amatur yang menjual perkhidmatan mengambil gambar dan memprosesnya sebagai gambar segera.
       Kami ambil sembahyang zohor/Asar jama’ di Masjid Jami’ Al Ihsan, Cilotong, Puncak.  Air terlalu sejuk. Jika di Malaysia macam di Cameron Highland sejuknya.

Jam 13.40ptg (2.40 waktu Malaysia) kami bertolak meneruskan perjalanan ke Bandung.  Perjalanan akan ambil masa kira-kira 3 jam.  Kami akan singgah seketika nanti di Cianjur untuk beli makanan ringan/kudapan.  Cipanas ke Cianjur; di kiri-kanan jalan ialah tanaman padi dan sayur-sayuran.  Di Cianjur; persawahan padi tidak ada musim.  Fenomena biasa di dapati di suatu petak sawah (berteres) padi  ditanam ‘baru pulih’ di sebelahannya sama ada yang baru berata (tenggala ?) dan sebelah lagi padi sudah mulai masak.  Kata Pak Ardy, faktor geografi (alami) menjadikannya ‘bersistem’ begitu.

Jam 17.00ptg. tiba di Bandung.  Aspal basah.  Lepas hujan.  Suhu sekitar 27 darjah celcius.  Kebanyakan binaan bangunan konkrit gaya lama - potongan Belanda.  Kota Bandung kelihatan lebih panoramik, tersusun dan aman. Bandung kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Kota ini tempat berlangsungnya Konfrens Afro-Asia, 1955 (dari Malaysia ikut serta ialah Dr Burhanuddin Al Helmi) – pertemuan bagi menyuarakan semangat anti kolonial. Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India dalam pidatonya mengatakan Bandung adalah ibu kota bagi Asia-Afrika. 
       Kependudukan di Bandung tidak sama dengan di Jakarta Pusat. Melalui kawasan Cipaganti – salah satu kawasan tersusun sejak zaman Belanda; rumah-rumahnya (bungalow) cantik dan elitis.  Kebanyakan dahulunya didiami oleh pengusaha Belanda (mengusahakan kopi, teh, rempah, lada hitam, gaharu) dan kuinin (sumber buat obat malaria) tetapi selepas merdeka diambil-alih oleh pemerintah dan sekarang sudah dijual kepada pengusaha dan tokoh-tokoh elit tempatan. 
       Menelusuri Jalan Setiabudi (Jalan Setiabudi dinamakan sempena memperingati tiga sosok yang terus membangkitkan citra rakyat ke arah pembinaan jati-diri bangsa Indonesia; iaitu Eduard Douwes Dekker (Multatuli); anak Belanda yang menulis novel Max Havlaar – sebuah krikikan terhadap dasar/penindasan Belanda terhadap rakyat Indonesia, Soepomo yang mengkritik dasar pertanian Belanda di Betavia.  Singgah di beberapa out-let keluaran kilang yang menjual barangan/pakaian berjenama dan mahal.  Tidak hairanlah Bandung dikenali sebagai kota untuk berbelanja/shorping.
       Bandung dibangunkan oleh Belanda sebagai ganti kepada Betavia yang mulai merosot.  Dia dicita-bangunkan spersis bagai kota Paris sebab itu dia mendapat namanya Paris Van Java.
       Selepas makan malam ahli wisata di bawa ke penginapan di Hotel Sukajadi di Jln Sukajadi. Aku bertanya pada Pak Ardy di mana toko buku yang dekat.  Sebelum ke Jakarta lagi aku sudah pesan pada isteri; bahawa aku  mahushorping buku  di Jakarta. Indonesia terdapat banyak judul buku yang baik-baik yang tidak terdapat di KL. Rupa-rupanya Pak Ardy dan Cik Amat ketua pelancungan kami sudah tahu akan hal ini.  Mereka menunjuk ke arah Paris Van Java berhampiran Careefour – kira-kira setengah kilometer dari Hotel Sukajadi. Di tingkat bawah ada toko buku Gramedia; kata Cik Amat.  Aku borong buku-buku tulisan Prammoedya, Kahlil Gibran, A Navis.  Besok akan turun lagi ke Gramedia; anak aku dan isteri aku pun nak cari buku juga.  
    
 Hari ke 3 (Bandung)   :  Selasa; 21. Dis.; 2010
Distinasi penting kami hari ini ialah ke Tengkuban Perahu & shorping ke Pasar Baru. Tengkuban Perahu jauhnya kira-kira 20km ke Utara Bandung; terletak  di Wilayah Selatan Kabupaten Subang.  Gunung Tangkuban Parahu merupakan sisa Gunung Sunda purba yang masih aktif.  Statusnya diawasi langsung oleh Direktorat Vulkanologi Indonesia. Beberapa kawahnya dikatakan masih aktif – di tandai oleh munculnya gas sulfur oksida dan sumber-sumber air panas di kaki gunungnya di antaranya adalah di kawasan Ciater dan Subang.
      Bertolak meninggalkan Hotel Sukajadi jam 7.08minit pagi.  Perlu untuk tiba awal di kaki Gunung Tengkuban Perahu bagi mengelakkan kesesakan menunggu giliran menaiki shuttle – kami diberitahu oleh pemandu pelancung; bas hanya akan parkir di terminal (kaki gunung).  Perjalanan akan mengambil masa kurang dari satu jam. 
      Perjalanan lancar – mungkin sebab hari masih pagi benar. Pun kerana daerah Bandung ini tidak sesibuk di Kota Jakarta; lalulintas tidak begitu sesak.
      Kami tiba di terminal jam 8.00 pagi. Sudah tiba mendahului kami dalam sepuluh buah bas, begitu.  Walau bagaimana pun; mungkin kerana pemandu pelancung kami ada ‘konteks’; kami pun tidak menunggu lama.  Kami diberitahu masa untuk sampai ke kawasan kawah ialah dalam lima minit sahaja (kira-kira 4km). Dua buah shuttle sudah cukup-muat untuk rombongan kami yang seramai 29 orang.  Aku menebak  pastilah laluan kami adalah jalan berliku-liku seperti ke Cameron Highland; kalau tidak pun memanjat-memotong selekoh tajam seperti mendaki ke puncak Bukit Larut. Tidak.  Cerun mendaki dalam 25 darjah sahaja – sedikit santai berbanding pendakian ke Gunung Jerai.  Dalam lima minit mendaki kami pun tiba di Tengkuban Perahu.
      Tidak terasa kita berada pada ketinggian 1830m dari aras laut – di tubir Kawah Ratu (kawah yang paling besar. Sebenarnya ada dua kawah lagi pada rangkaian kawah Gunung Berapi Tengkuban Perahu; iaitu Kawah Upas dan Kawah Domas; tetapi Kawah Ratu yang senang untuk dikunjungi hingga ke tubirnya).  Mungkin disebabkan rasa mendaki telah terserap di sepanjang  perjalanan mendaki dari Jakarta ke Bandung sejauh  170km (perjalanan mendaki sedikit terasa mulai Bogor). Kota Bandung itu sendiri sudah berada pada ketinggian ±768m di atas permukaan laut, dengan titik tertinggi di sebelah utara pada ketinggian 1.050m di atas permukaan laut dan titik tertinggi di sebelah Selatan (merupakan kawasan rendah) dengan ketinggian 675m di atas permukaan laut.  
      Sesampai di kawasan kawah Tangkuban Perahu, di sana sudah cukup ramai pengunjung. Ada beberapa orang juru-foto amatur dan ramainya penjual souvenir khas Tangkuban Perahu. Ada juga kuda yang boleh di sewa jika kita tidak ingin letih/ lenguh kaki berjalan-jalan, gerai makanan dan minuman.
      Cuaca cerah dan tidak berkabut.  Suhu kira-kira 20 darjah celcius. Cuaca bagus begitu membolehkan kita menyaksikan dengan jelas jauh ke dasar kawah yang sedang mengeluarkan asap kuning (belerang; sulfur oksida).  Itulah Kawah Ratu – laksana melihat mangkuk raksasa yang sangat besar dan dalam. Lekukan tanah pada dinding kawah demikian juga dasar kawah dapat dilihat cukup jelas sehingga mampu menyajikan pemandangan yang panoramik dan spektakuler. Kemegahan kawah yang begitu luas dan dalam, yang mampu membuatkan kita sejenak terdiam dan takjub akan kebesaran ciptaan Tuhan. Dalam setengah jam selepas itu bertiup kabus menutup sedikit pandangan ke dalam kawah.
    Tinggi menjulang-gagah di hadapan, melintang dari Utara ke Selatan ialah puncak Gunung Tengkuban Perahu pada ketinggian 2084m dari aras permukaan laut – gunung yang punyai bentuk menyerupai perahu terbalik (Bahasa Sunda : tangkuban = terbalik, parahu = Perahu). Bentuk unik dipercayai berkait rapat dengan kisah legenda Sangkuriang; cerita rakyat orang Sunda.

Tengkuban Perahu dan Lagenda Sangkuriang.
Lagenda Sangkuriang merupakan sebuah dokumentasi – cerita rakyat masyarakat kawasan Gunung Sunda.  Terlepas dari menerimanya sebagai lagenda/metos, cerita Sangkuriang dikaji oleh ahli akademik; merupakan metafora daripada falsafah  pemikiran masyarakat Sunda yang telah mendiami dataran tinggi Bandung 55.000-50.000 tahun yang lalu; tatkala Gunung Tangkuban Parahu tercipta dari sisa-sisa letupan Gunung Sunda purba.
      Legenda Sangkuriang sesuai dengan fakta geologi terciptanya Danau Bandung dan Gunung Tangkuban Perahu..
      Penelitian geologis mutakhir menunjukkan bahwa sisa-sisa danau purba sudah berumur 125 ribu tahun. Danau tersebut mengering 16.000 tahun yang lalu.

Sangkuriang sebagai Lagenda/Metos (Sumber asas dari Pak Ardy - Pemandu Pelancong) :  Pada suatu hari Raja Sungging Perbangkara pergi berburu. Di tengah hutan Sang Raja buang air kecil lalu tertampung dalam daun keladi. Seekor babi hutan betina bernama Wayungyang yang sedang bertapa ingin menjadi manusia;  pesan Dewata caranya ialah dengan meminum air kencing Raja) Tidak lama selepas minum, Wayungyang hamil dan melahirkan seorang bayi cantik. Bayi cantik itu dibawa raja ke keraton (istana) lalu diberi nama Dayang Sumbi @ Rarasati. Ramai anak raja yang mahu meminang; tetapi tidak seorang pun yang diterima.
      Para raja saling berperang sesamanya berebutkan Dayang Sumbi. Dayang Sumbi pun minta untuk mengasingkan diri di sebuah bukit. Menemani beliau ialah seekor anjing jantan bernama Tumang. Setiap hari aktivi Dayang Sumbi ialah bertenun pakaian (mengait pakaian menggunakan jarum pengait). Suatu hari, jarum pengaitnya terjatuh ke bawah (bawah rumah). Dek kerana malasnya, lalu terlontar ucapan dari mulutnya, bahawa sesiapa yang dapat mengambilkan jarum yang terjatuh itu; jika dari berjenis kelamin lelaki, dia akan dijadikan suaminya. Si Tumang, anjing pengiring membantunya  mengutip jarum yang terjatuh dan memberikan kepada Dayang Sumbi. Dayang Sumbi akhirnya melahirkan bayi laki-laki diberi nama Sangkuriang.
      Hari berganti bulan.  Bulan bertukar tahun.  Sangkuriang membesar dan menjadi remaja yang patuh suruhan ibunya.  Suatu hari dia pergi berburu. Demi ternampak dia seekor babi betina (wayungyang) disuruhnya si Tumang untuk mengejar babi tersebut. Si Tumang tidak ikut perintah. Sangkuriang lalu memanah Tumang lalu mati – hatinya diberikan kepada Dayang Sumbi, dimasak dan dimakan oleh Dayang Sumbi.  Telah beberapa hari Dayang Sumbi tidak bertemu Si Tumang.  Dia pun bertanya kepada Sangkuriang.  Sangkuriang menceritakan hal sebenarnya yang berlaku.  Demi diketahui yang dimakannya adalah hati si Tumang (suaminya; yakni bapa Sangkuriang), kemarahan Dayang Sumbi pun memuncak; serta merta dipukulnya kepala Sangkuriang dengan senduk yang terbuat dari tempurung kelapa sehingga luka dan berdarah.
      Sangkuriang sangat kecewa lalu pergi mengembara mengelilingi dunia. Sedeanmg Dayang Sumbi amat berasa kecewa dan terluka oleh peristiwa itu.  Dia selalu berdoa dan menjalani pertapaan.  Suatu ketika dewa memberinya suatu hadiah; bahawa selamanya dia akan tetap muda dan memiliki kecantikan abadi.
      Setelah sekian lama berjalan ke Timur akhirnya Sangkukriang sampai di suatu tempat di sebelah Barat - negeri kelahirannya Dia tidak menyedari akan negeri kelahirannaya yang sudah banyak berubah itu.  Dia bertemu dengan seorang gadis jelita (yang tidak lain ialah Dayang Sumbi; ibunya). Terpesona oleh kecantikan wanita tersebut; sedang Dayang Sumbi sendiri juga amat terpesona dengan ketampanan Sangkuriang.  Sangkuriang mahu melamarnya.
      Suatu hari Sangkuriang memberitahu Dayang Sumbi yang dia mahu pergi berburu.  Dia minta tolong kepada Dayang Sumbi untuk mengemaskan ikatan kepalanya.  Alangkah terkejutnya Dayang Sumbi tatkala melihat bekas luka di kepala calon suaminya.  Luka itu serupa benar seperti luka anaknya yang telah pergi merantau.  Makin lama diamati; semakin jelas  serupanya wajah pemuda itu dengan wajah anaknya.  Dia menjadi sangat takut.  Sedang Sangkuriang tetrus-terusan mendesak mengahwininya.
      Dayang Sumbi memohon pertolongan dewata menunjukinya jalan bagi menggagalkan proses peminangan itu.  Dayang Sumbi dapat akal iaitu dengan mengajukan dua syarat. Pertama; Sangkuriang mesti membina empangan dengan membendung Sungai Citarum hingga menjadi sebuah tasik yang besar.  Kedua; membinakan sebuah perahu besar untuk menyeberangi sungai (tasik) tersebut.  Kerdua-duanya mesti di siapkan dalam semalaman – sebelum terbit fajar.
      Sangkuriang sanggup.  Malam itu dia melakukan pertapaan.  Dengan kesaktiannya dia mengarahkan makhluk-makhluk ghaib membantu menyelesaikan pekerjaannya.  Dayang Sumbi mengintip pekerjaan Sangkuriang.
      Maka oleh Sangkuriang perahu dari sebuah pohon yang tumbuh di arah timur, tunggul/pokok pohon itu berubah menjadi gunung Bukit Tanggul. Rantingnya ditumpukkan di sebelah Barat lalu menjadi Gunung Burangrang. Dengan bantuan makhluk ghaib bendungan pun hampir selesai dikerjakan. Dayang Sumbi memohon kepada Sang Hyang Tunggal menunjuki cara menghalang usaha akhir Sangkuriang.
      Dayang Sumbi menebarkan juraian boeh rarang (kain putih hasil tenunannya) di sebelah Timur kota – menampakkan seakan garisan-garisan putih kemerahan. Sangkuriang menyangka  hari sudah menjelang pagi; dia pun menghentikan kerjanya.  Sangkuriang menjadi sangat marah kerana  itu bererti dia tidak dapat memenuhi syarat yang diminta oleh Dayang Sumbi. Sangkuriang bertambah gusar dan nanar.  Di puncak kemarahannya dia merobek-robek bendungan (empangan) yang berada di Sanghyang Tikoro.  Penyumbat aliran sungai Citarum dilemparkannya ke arah Timur (lalu menjelma menjadi Gunung Manglayang). Terjadilah banjir besar yang menenggelamkan seluruh kota. Dia kemudian menyepak/menendang perahu besar yang telah disiapkan.  Perahu itu melayang ke udara dan jatuh tertelangkup ke bumi (menjadi Gunung Tangkuban Perahu – Bahasa Sunda :  tangkuban = terbalik, parahu = Perahu).
      Sangkuriang terus mengejar Dayang Sumbi yang berlari dan menghilang (di Gunung Putri) dan berubah menjadi setangkai bunga jaksi. Adapun Sangkuriang setelah sampai di suatu tempat (Ujung Berung) akhirnya ghaib (ngahiyang).



11.40am kami sampai di Pasar Baru, Gedung grosir terbesar di Bandung.  Pak Asmadi bertanya berapa lama kami perlukan untuk belanja.  Dia mencadangkan 5 jam kepada kami Jalan depan Pasar Baru macet. Bas pariwisata kami berhenti betul-betul depan gedung..  Bapak Polisi tiga empat orang membantu menyetop kenderaan taksi dan bajaj yang sedang sesak bersesak, sehingga semua kami turun dari bas dan memanjat tangga Kompleks. Kami didahulukan. Kami diberitahu lift ada di tengah kompleks. Untuk mudah, naik ke paras dua menggunakan askelator, terus ke muka lift.  Untuk sembahyang naik ke tingkat 10 (tingkat atap).  Tingkat 9 parkir mobil.  Lift hingga di 8; kemudian anda panjat tangga ke tingkat 10 – di situ ada masjid. Baiknya ialah anda selepas sembahyang boleh mulai turun kompleks dari setingkat ke setingkat. Hingga lantai bawah. 

       Ramainya pengunjung di sini.  Dan pastilah yang meramaikan juga ialah pelancung dari Malaysia. Memang menggilakan; lebih-lebih lagi kepada wanita.  Pakaian wanita, kasut, pakaian kanak-kanak, tas tangan, beg kulit, kain ela, langsir & febrik, tudung wanita, telekong dll dll dan tempahan kain langsir siap dijahit yang boleh sedia dalam tiga jam.
       Kebijakan anda ialah pada cepatnya anda survey harga.  Barangan tingkat atas sama sahaja dengan tingkat bawah.  Tapi kami dinasihatkan supaya berbelanja di tingkat bawah kerana harganya lebih murah.  Murah. .Kenapa. Kerana pengunjung di tingkat atas lebih ramai berbanding dengan di bawah.    Dan anda boleh  saja melakukan tawar menawar.  Cuma masalahnya ialah kita terpedaya/dikelirukan oleh kalkulasi tukaran mata wang.  Bayangkan bila kita tanyai harga sehelai rp150ribu; jika ambil dua helai rp270ribu.  Anda pun tawar gila-gila jadi rp200 ribu. Setuju.  Anda pun akan terkebil-kebil kalkulasi  ke RM. Rp200ribu x 3.5 = RM70 untuk 2 helai baju batik (sedondon suami isteri) – murahnya.  Beli barag febrik/pakaian pada harga grosir (borong); tapi boleh dibeli sehelai/satu-satu.  Tidak sebagaimana di Nilai 3 di Ng Sembilan (M’sia) atau Jalan Kenanga, KL (M’sia); juga beli pada harga borong tetapi kena beli sejumlah enam helai.
7.30mlm - Makan malam dengan hidangan makanan Sunda

Hari ke 4 (Bandung- Jakarta)   :  Rabu; 22. Dis.; 2010
8.30 pagi lepas sarapan di Hotel Sukajadi, kami akan meninggalkan Bandung;  Malam ini kami akan bermalam semula di Jakarta.  Semua bagasi kami muatkan ke dalam perut bas.  Program shorping kami hari ini ialah Tanah Abang Wholesale.  Ini hari terakhir kami.  Perjalanan ambil masa kira-kira empat jam. Sampai di Jakarta kami singgah sebentar di Gedung membeli belah Mangga Dua – kompleks beli-belah; khususnya untuk barangan kulit, seluar jeans (yang boleh pilih kain sekejap itu dan tempah; siap di situ juga); kasut lalaki dan CD.

3.30ptg - Pusat Grosir Tanah Abang, Jln Tanah Abang 2, Jakarta Pusat - Mana-mana pun pengunjung wisata ke Jakarta-Bandung tidak akan melepas peluang untuk shorping ke sini; Tanah Abang – Gedung membeli-belah 12 Tingkat. Gedung tekstil/febrik terbesar di Asia Tenggara. Khabarnya artis-artis Indonesia mengenakan busana dari Tanah Abang. Harga memang murah. Kami tiba di Tanah Abang jam 15.15sore setelah terperangkap  dengan macet selama hampir 2 jam (perjalanan dari Mangga 2). 
        Rombongan kami sembahyang dahulu di masjid di tingkat 14.  Aku mulanya mikir hanya sebuah surau.  Ternyata sebenarnya masjid.  Masjid di atas bangunan ?  Iya, masjid. Binaan arch sebelah luarnya sama benar dengan binaan Masjid Jami’ Benteng di Malaysia.
       Urus niaga akan tutup jam 5.00petang (17.00 waktu Jakarta Pusat). Kami hanya ada masa satu jam setengah sahaja untuk mengunjungi keseluruhan kantor jualan yang miliki keluasan yang luar biasa;  makanya kebanyakan kami hanya melihat sambil lalu sahaja.  Bagaimana pun tidaklah telalu terkilan kerana masing-masing sudah berbelanja sakan di Pasar Baru di Bandung, semalam.
      Memang ribut.  Lantai lobi penuh pengunjung.  Lebih ribut ialah tatkala Pasar akan tutup niaga. Semua pengunjung bertumpu di lobi. Si gadis (sales-girl) menunggu perianya. Pelancung menunggu transport masing-masing. Klien tempatan dengan urusan penungguannya – dengan beg pembelian masing-masing. Taksi, bajaj bersesak-sesak menunggu pelanggan. Hingar binger.  Bunyi derum dan pekikan hon kereta-bemo-motor, wisel dari bapak polisi dan petugas parker sukarela (?) menambah lagi bingit.  Para gelandangan sibuk meminta-minta; dan ada (5 orang dalam lingkungan 3 ke 10 tahun bersama-adik-beradik (?) yang menggayakan perembahan akrobat – merangkak mengendung adik yang kecil dan seorang menendang bontot si abang dari belakang, terjatuh; bangun dan buat ‘persembahan’ lagi; dan ketawa gembira.  Kemudian bangun menadah tangan minta derma.
      Ngauman.  Deruman. Laungan dan pekikan wisel dan hon kereta/taksi, bajaj dan motorsikal serta perembahan bapak polisi yang ramai sambil ketawa berlaung-laugan antara mereka guna menyurai kesesakan; persembahan okrobat, kebisingan – aku fikir suasana begini sebagai hiburan orang di sini !
      Selesai makan malam dengan hidangan nasi Padang (ah, nasi padang lagi  - ada antara kami yang  bersungut) kami bergerak ke penginapan kami di Hotel Triniti yang terletak di Jln Pembangunan 3, Jakarta Pusat. Hotel bertaraf 4 bintang,.




dinbatubara

Sunday, December 12, 2010

Pak Kaduk : Suatu retrospektif

“Mulai hari ini dan ke hadapan, aku tidak menyabung lagi, dan aku; anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas daun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan ikan tapah. Barang siapa melanggar sumpahku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak. Kiranya tahan badan, tidak selamat hidupnya.”


Pak Kaduk versi Hj Pandak Logam bin Pandak Demat (1873-1963); pewaris kepingan emas ‘penawar keracunan’ ikan tapah dari Pak Kaduk memberitahu; Pak Kaduk hidup sezaman dengan Sultan Perak Pertama; iaitu Sultan Muzaffar Shah ibn al Marhum Sultan Mansur Syah (memerintah dari tahun 1528 hingga tahun 1549). Penelitian terhadap  Kesultanan Perak; Sultan Muzaffar Syah ibn al Marhum Sultan Mansur Syah adalah Sultan Perak Ke13 (1728 – 1744).  Ia disebut juga sebagai Sultan Muzaffar Shah III. Sultan Perak Pertama adalah Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah Ibn Al Marhum Sultan Mahmud (yang berangkat ke Kampar setelah Portugis menyerang Melaka).  Demikian, sifatnya Sastera Rakyat @ Penglipurlara yang bukan mementingkan ketepatan fakta, kerana penyampaiannya/ diturunkan dari generasi ke generasi secara lisan.  Maka cenderunglah berlaku tokok tambah dan bersalahan fakta. Fungsi asal penglipurlara ialah untuk hiburan.

Dan usaha mengesan zaman peristiwa Pak Kaduk bersumpah dengan ‘sawab’ yang disebutkan; ialah untuk melihat relevan atau tidaknya sumpah itu sekarang setelah jurai Pak Kaduk melewati 10 keturunan.  Itu pun kepada mereka yang mahu mempercayai sumpah @ ‘sawab’ tersebut. Dengannya dapat dikesan juga ujud sebenarnya raja dengan kalau boleh disebut memiliki salah laku yang ‘membuli’ rakyat marhein seperti diceritakan.

Tidak mengambil kira pada era Sultan yang mana Pak Kaduk hidup – selain dari untuk melihat Pak Kaduk dari sudut sasteranya, kita mahu melihat kedudukan dan peranan Pak Kaduk dalam institusi Kesultanan Melayu Perak.  Pak Kaduk; dari strata bawahan (orang kebanyakan) yang berjaya melangkah melepasi bendul istana – menduduki bahagian daripada institusi; sebagaimana dari semasa ke semasa Kebawah Duli Sultan menganugerah pangkat seperti Orang Besar 16 atau Orang Besar 32 kepada rakyat biasa kerana peranan dan jasa.  Pak Kaduk adalah dari kelompok ini – sebagai penghibur kepada Sultan. Dikatakan Sultan Perak telah melantik Pak Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya menasihati Datok Bendahara Garang mengenai seluk beluk tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Dalam versi yang lain Pak Kaduk sememangnya rakyat bawahan yang innocent – bodoh-bodoh alang @ lurus bendul.  Dan Sultan yang turun mencemar duli bertemu rakyat terhibur dengan mengusik/ bermain-main dengan beliau seperti dalam episod berlaga ayam; di mana Sultan mengajak Pak Kaduk bertukar ayam laga dengan baginda.  Pak Kaduk dalam pertandingan itu memakai pakaian diperbuat dari kertas.

Terdapat contoh-contoh tertentu dalam cerita berhubung dengan raja-raja/ pemerintah; keujudan tokoh seperti Pak Kaduk berperanan menguatkan kedudukan dan fungsi institusi tersebut – bagi memperlihatkan Si Raja/ pemerintah  seorang yang baik hati, berjiwa rakyat serta sentiasa memperbaiki hubungan dengan rakyat.  Dan rakyat  itu pula, berperanan menggilap imej Sang Raja.

Dalam konteks budaya Melayu tradisional ada konsep daulat dan pantang derhaka. Perkara tersebut dapat sahaja ditelusuri menerusi cerita Pak Kaduk ini. Cuba kita tekuni.  Mungkin betul Pak Kaduk dari strata bawahan yang berpengaruh kerana kehebatan ayamnya. Jika benar sudah ada kegiatan perjudian menerusi laga ayam pada waktu itu; pastilah ada individu yang mahu ambil faedah dari kemenangan Pak Kaduk setiap ada pertandingan; atau menyuguh-nyuguh, melakukan provokasi (mengapi-api semangat Pak Kaduk) untuk mereka boleh bertaruh dan sama-sama beroleh keuntungan. Pak Kaduk akhirnya mempunyai pengikut @ pengaruh; mungkin satu kampung atau daerah penguasaan seseorang pembesar (lantikan istana).  Hal ini menyebabkan boleh sahaja timbul rasa tidak puas hati (kalau tidak pun kepada raja) kepada pembesar-pembesar daerah dan mungkin anak-anak raja atau wakil-wakil raja di daerah-daerah.  Dirancangkan konspirasi untuk memerangkap Pak Kaduk dan akhirnya Pak Kaduk tewas. Melawankah Pak Kaduk terhadap konspirasi tersebut.  Tidak. Pantang menderhaka !  Pak Kaduk membawa diri. Dan di sinilah akan terselitnya konsep daulat.  Bahawa Pak Kaduk diketemukan dengan unsur magis raja – kalah berlawan dengan raja, tapi memperoleh emas dalam perut ikan, hingga dapat ditebusnya hartanah yang tergadai dan akhirnya Pak Kaduk di anugerahi pangkat kebesaran oleh raja.  Moral ceritanya  ialah raja tetaplah tidak bersalah – daulatnya telah mengangkat martabat rakyat !

Memetik pensejarahan jurai keturunan Kesultanan Perak dalam Misa Melayu, yang dikatakan bermula dari Iskandar Zulkarnain (Iskandar The Great) hingga ke Sultan Alauddin Mansur Shah (1773-1786) – Sultan Perak ke 17.  Dipercayai Sultan Alauddin Mansur Shah (Sultan Perak Ke 17) menitahkan seorang pujangga istana bernama Raja Chulan ibn Al Marhum Raja Abdul Hamid; (1720 – 1786) menulis hikayat tersebut; “...supaya bolehlah akan zaman kita disebut orang  kemudian kelak.” Raja Chulan yang dikatakan telah berkhidmat dengan seramai 9 orang raja (meneliti raja sezaman dengan beliau; dari 1720 – 1786, jumlah raja seramai 6 orang sahaja – barangkali 9 orang itu termasuk dengan pembesar istana).  Diceritakan tentang istiadat melenggang perut permaisuri Raja, tentang perebutan kuasa, tentang Raja Iskandar Syah bersama Raja Chulan menyusuri Sungai Perak serta kisah perkahwinan anak-anak raja. 

Dalam perihalan dampingan raja dengan rakyat; Misa Melayu memberitahu Sultan Iskandar berpesta menuba ikan bersama rakyat di Sungai Budiman; sungai yang masuk ke aliran Sungai Kinta dan seterusnya masuk ke dalam aliran Sungai Perak dekat Pulau Cempaka Sari, dalam Mukim Bandar – kira-kira 10 batu ke hilir dari Kampung Gajah sekarang. Saya sendiri belum membaca ‘kitab’ Hikayat Misa Melayu – suatu ketika pernah memilikinya dari seorang sahabat; tetapi buku itu musnah oleh makanan anai-anai bila suatu ketika perpustakaan mini di rumah diserang anai-anai.  Tapi setakat ulasan-ulasan yang ditemui tentang Misa Melayu, tidak tersebut pun kegiatan raja-raja sezaman yang kegemarannya menyabung ayam.

Kalau kita boleh beranggapan Misa Melayu merupakan ceritera ‘atasan’ (istana) – tentang susur-galur dan kehidupan raja; maka perihal kegemaran Sultan menyabung ayam dalam cerita Pak Kaduk adalah cerita yang lahir ‘dari bawah’; menifestasi nurani rakyat kepada rajanya – memperlihatkan kemungkinan hubungan akrab/ serasi antara rakyat dengan istana dan juga sebaliknya istana dengan rakyat – konsep pantang derhaka dan kritik sosial terhadap institusi raja.

Perihal Pak Kaduk bersabung ayam, sebagai suatu bahan kritik sosial; bagi memperlihat sikap buruk raja kepada rakyat – ambil kesempatan daripada rakyat yang lemah; kita perlu mendapatkan maklumat tentang perilaku raja-raja tertentu; seperti kita mengenali keberadaan Abu Nawas pada zaman Khalifah Harun Al Rashid (cerita rakyat orang Arab) – zaman kegemilangan pemerintahan Abbasiah di Baghdad; merujuk kepada kebangunan teradisi ilmu dan persuratan. 

Sungguhkah ada sultan yang memiliki salah laku @ zalim begitu.  Kita dibekalkan sumber yang terlalu sedikit; seperti cerita Sultan Muzaffar Shah ibn Al Marhum Sultan Mahmud (Sultan Perak Pertama) yang menyuruh bunuh akan Tun Saban kepada Megat Terawis  atas sebab Tun Saban tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Sultan.  Tentulah ada sebab-musabab (kecacatan pada perilaku Sultan ?) yang menyebabkan Tun Saban (anak kepada Tun Perak, Bendahara Melaka) yang menguasai Hulu Perak ketika itu menderhaka @ tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Sultan.  Tun Saban yang pernah menjadi juru runding yang dihantar oleh orang Perak bagi mengadap Sultan Mahmud (yang melarikan diri ke Kampar apabila Melaka diserang Portugis) bagi mendapatkan seorang dari anak baginda untuk di rajakan di Perak.  Dan anak raja itu ialah Sultan Muzaffar Shah itulah.  Tun Saban yang menghimpunkan rakyat hina-dina dengan 30 ekor gajah menyambut ketibaan baginda dari Kampar.  Dan tentulah kelihatan cela dan cacat lantaran terhadap orang yang banyak berbuat jasa begitu; kepadanya dimintakan anaknya  Tun Merah untuk dijadikan gundik oleh Raja.

Demikian diperihalkan sedikit tentang watak/peribadi Sultan Iskandar (1757 – 1770); Sultan Perak ke 15  serta maklumat dari dari mulut ke mulut  yang menyebut Sultan Iskandar Shah (1918-1938); Sultan Perak Ke 30 adalah Sultan yang amat akrab dengan rakyat dan menyintai orang-orang alim.  

Demikian ‘Cerita Pak Kaduk, ayam menang kampung tergadai’ adalah bahagian daripada  cerita rakyat (folklore stories) negeri Perak; khususnya orang Lambor Kanan, Parit; sebagai mengabsahkan, suatu waktu daerah tersebut pernah ujud sebagai negara kota dan tertegak sebuah Kesultanan Melayu. Faktor ikan tapah adalah bagi menguatkan lagenda Pak Kaduk yang mempertautkan konsep pantang derhaka dan konsep daulat dalam kebudayaan Melayu. Wallahuaklam


dinbatubara

Friday, December 10, 2010

Harga barang naik - sembang politik versi orang Lambor

Idea menulis fasal harga barang naik-turun ini adalah dari sembang maya di fb Pak Jalil.  Kata Pak Jalil : Alamak....aku langsung tak tau harga Guila naik RM2.10....sbb aku beli gula byk2...so kat umah byk lagi....tiba2 td nak beli dah naik...mcm mana org bisness mcm aku ni...dah la untungnya skit ...” Ahli forum bijak bistari pun buat komentar.  Pak Hun kata yang tughun ayo ujan aje.  Aku pula komen : “Naik tidak akan terus naik. Waktu-waktunya akan turun juga. Sekarang waktu naiknya. Minyak ron 75 (alamak tersilap tulis; bukan ron 75; tapi ron 97 – tersilap sebab tulis terus begitu menyebabkan silap fakta) dah naik, lepas tu gula naik - naik sikit je. Esok yang lain-lain akan naik. Naik tak banyak - tak bebankan rakyat. Jangan bimbang, lepas Mac 2011 akan turun balik. Tak usah gundah gulana. Waktu itu sok; Najib, Muhyiddin, Noh Omar, Sepie Apdal, Rai Yatim kata ini tanda kerajaan perihatin. Lepas tu pilihanraya, le.”
Aku minat dengan komen Aisyah Maatan; terhadap komentar aku.  Kata dia : “kalau naik, semua merungut..kalau turun dikatakan nak bodek sebab pilihan raya...so..macamana tu....”  Aku cadang nak sembang begitu sahaja; dua tiga ayat.  Tapi seronok pula rasanya nak kembangkan idea aku.  Aku tak hendak ganggu laman fb Pak Jalil panjang-panjang;  aku pun pakai blog aku ni.  Aku tulis ini dalam lenggok bahasa orang Lambor Kanan @ Teluk Sareh.  Kira-kira versi orang Lambor/ Teluk Sareh lah.  Cintei bahase kite !!
Ade lagi bende yang tughun, Pak Hon; buah nyo. Once uppon the time; opah Su ke atau moyang Midah ke selalu panggil Wak Pi'e tughunkan nyo. Opah Su selalu mintak Wak Pi’e tughunkan same pelepah tua (daunnye yang idup lagi) - dighaut, lidinya buat penyapu. Arwah encik (mak keme) pulak ade mase-masenye bagitahu Wak Pi’e tughunkan daun (pelepah) nyo yang mude sikit – lidinye nak buat leko. Kome tahu ke leko tu ape ?  Itu kite ceghite lain kali. Wak Pi'e juga tughunkan pelepah-pelepah keghin (mati) yang begayut dekat jambak buah. Pelepah keghin tu bulih buat kayu api atau di suli dengan tempughung nyo mase ngaco dodoi. Bende yang nampak tak begune ikut tepelatin jatuh; ditughunkan Wak Pi’e ialah kelotok nyo.  Sape tahu, kelotok nyo tu ape. Kelotok nyo ni ialah tandan tue-ghente tempat buah nyo begayut.  Bile buahnye udah jatuh, tandan masih melekat pada batang nyo, sampei mase dia bulih lekang senighi daghi batangnye.  Kelotok nyo ni bulih buat nyapu daun nangke, daun jangguih depan ghomah Lambo, tu atau nyapu taik kambin bawah menesah depan ghomah, tu.
Dan seghonok juge sesekali mintak wak Pi'e tughunkan nyo mude; dapat minum ayo nyo. Emm !!  sedapnye.  Tapi tak buleh selalu - kate deme ghosak pokok kalo 'di mude' selalu. Minum ayo nyo juga tak elok selalu sangat; kate deme - untuk oghang jantan buleh lemah tenaga batin.

Yang tughun tu semuanye pree. Pun Wak Pi'e dapat upah tige empat biji nyo – tengok le, banyak mane ditughunkan.

Sekaghang semue kene keluo duit. Tak begitu opan ? wangah !? Itu sebabnye meghongot sekaghang, ni. Penyapu lidi nyo (beso secekak) udah lime ghengget, Ghege nyo sebiji seghenget lima kupang, nyo mude empat ghengget sebiji, daun (pucuk) nyo – untuk angyam ketupat sepuluh ghengget. Pelik. minyak naik, ghege gule naik; penyapu lidi nyo juge ikut naik, ghege nyo kuko juge naik; pasei ape ? 

Betoi sekaghang ni, dunie dah beghubah; nyah. Mane ade lagi oghang manjat nyo. Tukang panjat nyo pun udah tak de. Wak Pi’e tu hebatnye die; die panjat nyo keghongge idak ngigit die.  Die come ambik daun ghumput tutup telinge; jangan masuk dek keghongge. Entah ape le ilmu die.  Bebudak kampung udah banyak bekeghoje makan gaji. Dengan kerejaan le; atau bekeghoje sewasta, dan jadi usahhawan.

Udah ghamei oghang ceghodek sekaghang, ye yong.

Hukum alam; oghang bodoh jadi mangse buli oghang ceghodek.

Oghang ceghodek juge ghamei dalam politik. Idak ke dalam Palemen tu oghang politik belake. Oghang ceghodek deme, tu ! Ape yang nak dibuat kpade ghakyat, deme bebincang/ bebahas di Palemen. Sape puak yang ghamei; deme bulih nentukan ape nak dibuat untuk ghakyat. Deme buat undi.  Mane puak yang ghamei; menang le deme. Kekadang deme bincang sesame deme, je.


Tapi yong, nyah; oghang ceghodek belum tentu betoi. Oghang ceghodek belum tentu bijak (sane) - selalunye deme bijaksini. Keme nak hujahkan; oghang ceghodek belum tentu betoi. Ce bukak Kamus Dewan Bahase (edisi baghu, ke edisi lame, ke) - caghi makne ceghodek; kome akan jumpe keteghangan - ceghodek macam Sang Kancil; ape maknenye.  Keme tak nak bagi maknenye di sini.  Kome caghi le senighi; buat tenung ma'ripat. Come, keme nak bagi tahu; ape, sape yang tak jadi mangse t**u, mangse b**i Sang kancil. Untuk bukti; kome baca buku Hikayat Sang kancil ke, Ceghite Sang Kancil Jenake, ke; atau versi-versi lain tentang ceghite Sang kancil. Daghi sebeso wajah sampei se kecik-kecik; dari sekuat-kuat watak sampei ke yang lemah, ape lagi le; semue dib**i Sang kancil. Oghang pun di t**unye. Watak yang hidup due alam pun bulih dit**u oleh Sang kancil. Itu le hebat ceghodek Sang Kancil.  Tapi sape yang tak boleh dit**u oleh Kancil.  Die ialah oghang yang ceghodek dan bijaksane. Dengan sape kancil kalah. Kome bace, le. Die kalah dengan bangau. Bangau biasenye warne badannye putih – lambang beno.  Tak ke Sang Kancil mati bile lawan dengan bangau beghanyut di sungei ateh keghak nasi ?

Eee, seghonok mace ceghite leme begini.  Macam tak masuk akei. Ini lebih baik daghi  nengok di TV ceghita pari-pari impot daghi Indon; atau nengok ceghite Hary Potter.  Sekali bace macam ceghite kaghut pun ade – ape tak kaghutnye; satu haghi tu Sang Kancil tejatuh dalam telage bute. Ape akei die nak lepeh. Die pun beseghu kepade seisi ghimbe.  Sambil menongak muke ke langit nengok awan beghaghak, die pun memekik bagi tahu langit udah nak ghuntuh; tengok tu langit udah begeghak-geghak.  Raje Sulaiman, katanye menitahkan pade die supaye bagi tahu makhluk ghimbe supaye tojun ke dalam peghigi untuk selamatkan dighi. Lalu semue makhluk ghimbe  tojun – gajah, ghimo, kijang, monyet, napuh; semue le. Bile semue udah masuk, Kancil pun meneghuihkan helahnye.  Dipetiknye buah-pelio gajah. “Engko jangan kancil” Kata gajah.  “Nanti kamu aku humban ke ateh.”  Kancil makin kuat memetik pelio gajah. “Jangan kancil !  Jangan !”. Gajah yang hangat ati itu pun lalu menyangkuk kancil dengan belaleinye dan membuangkannye ke ateh. Dapat le kancil keluo daghi dalam peghigi. Lalu kancil pun berpantun : Tempughung mate tige.  Oghang tekughung mati saje.  Bace, le; sambil meghenung dengan mate hati.  Jangan pikiokan beghape besonye telage bute, tu. Takkan le buleh muat semue hewan mergastuwe, tu.  Memang tak menasabah. Tapi moral of the storynye.

Kome tengok; ade oghang politik, tok ketua sebuah negeghi (Selango - satu mase dulu memang hebat) yang telampa dek ceghodek; bawak duit bekilo-kilo dalam bet (dalam 2 juta ghengget – sistem di airpot kene timbang bet); ditangkap immigresen, buleh lepeh sebab kununnye die tak tahu isi borang perisytiharan, tak tahu undang-undang Australia, tak tahu cakap oghang putih. Die pun selamat. Tahun 1987, die kawin laghi dengan anak Ghaje ke England kemdian ceghai dan bayo duit muta’ah RM16 juta 1993. Banyaknye duit die !!  Ade yang ceghodek (oghang politik le juge) tak nak pakei Sultan waktu itu (tahun tahun 1993), lalu tabeikan Sultan baghu bawah pokok ketapang di Ketegheh (Kelantan). Tak lame sebelum ni, sebab tak setuju dengan pilihan Sultan; deme oghang tok ketua yang lame gune bahase kesat untuk Ghaje – “Kami nak Idris, Natang.” Deme celupo dengan Sultan, panggil  Sultan natang – “kami mahu Idris, natang”, kate die. Mengkalu zaman Sultan dulu-dulu, deme ni udah kene pancung. Kes yang baghu; puak-puak politik nak ngadap Agong, bantah kerajaan Selangor bagi ayo pree pade penggunaan ayo di bawah 20meter padu.  Deme tak setuju.  Setuju pulak kerajaan pusat nak naikkan lagi ghege ayo 37% lagi. 

Puak-puak ceghodek ni le yang duduk keliling-kelalang ghaje; bagi nasihat pade ghaje.  Ghaje pun maghah pade sekumpulan politik yang satu lagi. Sape yang bagi tahu ghaje kununnye ade soghang ahli politik daghi satu kumpulan nak buang ghaje; nak buang ketuanan Melayu. Pemimpin sebuah pertubuhan politik tu tak sebut pun nak buang ghaje; ketuanan Melayu. Yang die kate ielah; tak ade gunenye konsep ketuanan Melayu kalu yang bawak konsep itu melakukan kesalahan moral, rasuah, bine kekayaan atas kehidupan ghakyat, baghu due penggei jadi wakil ghakyat udah bine banglo beso, pakei keghete mahei-mahei.. Sebenonye deme le yang beghiya-iye kempen nak taghik immuniti ghaje dulu (1993).  Itu le ghopenye ceghodek deme.  (Semue watak yang kume catit dalam paragraph ini oghang umno belake. Kome boleh semak rekod. Kome pikio le senighi.)

Di mane kite, tadi.  Ape le engko, ni  Labu; meghepek-ghepek sampei ke ceghite Kancil.  Ceghite oghang politik le pulak.

OK. Bab tughun ni juge. Ade lagi yang tughun pak Hon; iaitu daghah.  Tughun daghah. Ini hei oghang perempuan. Bukan tughun daghah sebab datang bulan. Bukan. Tapi pasei “tak lekat”.  Baghu “beghisi” tige minggu atau sebulan atau tige bulan, ke; kene tughun daghah.  Beghisi lagi taun depannye  – keghoje beghat sikit; angkat lesung batu  peghah kain; tughun daghah lagi. Tak lekat. Bab selalu tak lekat, ni; kene pegi jumpe tuan Tabib.  Pegi hospita. Keghap tughun daghah; tande die ade komplikasi pade sistem peranakan dan masalah hormon. Dibiokan teghuih akan jadi mandui. Mandui; perempuan, tak ape lagi.  Tapi kalau mandui lelaki;. bahase kaso oghang dedulu, baik usah jadi lelaki. Yang banyak lelaki dalam situasi begini yang tak mahu jumpe doktor itu, itu le paseinye; takut nanti oghang tahu yang die tu mandui. Nak tunjuk jantan le; tunjuk gagah pade pak mentue mak mentue. Nak buli bini; kate bini yang koghang, bini yang salah. Bukan die. Ini pun ceghodek juge namanye. Ini namenye ceghodek tak dapat diikut; bodoh tak bulih diajo.

Ghege minyak naik dibace daghi sudut ekonomi.  Oghang politik (pemeghintah) akan menapikan ini ade kait-mengaitnye dengan politik.  Deme kemudiannaye meletakkan ke bahu oghang ekonomi. Persepsi oghang politik (pembangkang) tetap menisinonimkannye dengan kecerdikan/kepandiran politik. Sebenonye oghang politik (pemeghentah) pun paham beno keperluan ceghodek/ pandio pasei tughun naik minyak, ni sebagai senjata probokasi mengekeikan kerajaan deme.  Itu le ceghodek (bijaksini) namenye.  Akei tok ketua mesti tak same dengan otak ghakayat bawahan.  Ate, kalau otak deme tak ceghodik atau same je dengan pikighan oghang kampung; baik deme pilih jadi ghakayat/ oghang kampung saje; usah jadi pemimpin.  

Minyak naik berbeze dengan naik minyak. Jauh bezenye, tu !   Gajah naik minyak. Koba naik minyak.  Gajah naik minyak; salah hemat tuannye senighi akan dilenyek jadi lempen. Begitu juga kalau koba naik minyak (selalunye musim-musim mengawan – hajatnye tak dapat dilepehkan).  Die akan mengamuk.  Kita ghakayat ni bile akan naik minyak. 

dinbatubara

Tuesday, December 7, 2010

Ceghite Kentut D Lambo

·                   Ini ceghite kentut D Lambo. Tempat : Ghomah Tuk di Lambo. Malam itu ghomah Lambo itu penuh dengan anak-cucu tok. Malam itu diadekan mesyuarat penubuhan Syarikat Keluarga Majlis. Pakcik Ya sekeluarge tughun dari Kamahelan - Cameron Highland; oghang Teluk Sagheh, oghang Lambor panggil Kamahelan (Klumpo ?), Pakcik Yan sekeluarge balik daghi Tepen. Pak E, Paknyah Salleh (ghasenye baghu balik daghi Serawak - aska.  Die banyak bawak gambo anak-anak daghe/ emak daghe Iban, tak bekemban. Arwah encik tak bagi kume nengoknye), Pakyang Bako dari Teluk Ensen (Ayo Itam ?) juge ade. Arwah abah dan encik (emak keme) sekeluarge dari elio - Teluk Sagheh. Ayahcik pun ade.
              Lepeh mesyuarat; semue udah ngantuk. Lampu geslin udah dipadamkan, di ganti dengan lampu cemeni tersangkut di tiang antaghe ghomah tengah dengan ghomah anjung. Yang lelaki ambik tempat di anjung. Mase tu ghomah anjung tu belum selebo sekaghang (anjung yang beso sekaghang dibuat lame lepeh itu; kate Pak Jalil tahun 78.  Susun papan dindin ghomah anjung dulu tu potong seghong - papan belidah). Abah tak tido di Lambo - lepeh mesyuarat die balik bebasika ke Teluk Saghih. Anak menantu tok yang perempuan - arwah encik (dekat opah cik), makcik Abei, wan kecik, makcik Sihah besapa di ghomah tengah. 
              Tengah malam dah lepeh. Seisi ghomah tu belum lagi tido semuenye. Kalau yang udah tido pun, belum lene betoi. Kume; anak-cucu tok yang kecik-kecik udah lene belake di seghambi. Ade yang kain selimut terselak hingge ke dade - teboge ponggongnye. Ade yang kainnye membungkuih muke. Yang soghang menyelapak soghang yang lain - udah entah beghape kali beghalih, entah !  Ade yang mengonyah-ngonyah gigi - mengeghenyit-ngeghenyit bunyinye. 
             Paknyah Salleh sesekali menyampuk sayup-sayup bualan Pakcik Asin dengan Pakcik Yan yang sesekali terkekek-kekek tak lepeh, menahan ketawe. Pakacik Asin dengan bighehnye - Pakcik Yan tu memang sesuai beno. Deme tu menantu tok. Pakcik  Asin; isteghinye Wan kecik. Pakcik Yan; isteghi die Makcik Abei
             Suasane makin sepi, senyap, tenang dan sayu. Sesekali tedengo sayup-sayup bunyi burung jampuk. Dan bemolele pesta itu. ... Tak tahu entah sape yang molekannye. "Ha. dah mole !"; kate opahcik. Ghopenye opahcik belum tido lagi; die masih beceghite/bebisik entah ape-ape dengan arwah encik. "Lailahaillallah !!"kata opahcik. Tak tahule; mungkin gulei nangke mude mase makan sebelum mesyuarat udah mengompoi angin dalam usus masing-masing. "Tuut !!" "Tut !" "Tit ?" "Piiit !!!?" Pooot !!! "Booot !!" "Lailahaillallah, kuatnye !!!" kata opahcik. Entah sape le yang punye tu. Kalo ikut jegelenye, yang bunyi "Piiit !!!?" itu paknyah Saleh, le. Yang "Pooot !!!", tu ?  Ha, itu pakcik Ya. "Booot !!! - macam bunyi serombong kapal pecah hingge ghase begego lantai papan ghomah itu;  Pak E le, tu. Yang lain-lain tu entah sape, le; antara Pakacik Asin, Pakyang Bako atau Pakcik Yan. Ayahcik ghasenye tak ade.


dinbatubara