Thursday, May 5, 2011

Lagi-Lagi Anwar - dari fb

Safiah Mohd Salleh
‎Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara Salihun Yeop Majlis


KLpos.com | ALLAH MAHA BESAR, BERTAUBATLAH ANWAR.
www.klpos.com
Anwar Ibrahim harus berlapang dada.Menginsafi diri.Bertaubat.Wan Azizah dan Nurul Izzah harus menerima natijah daripada perbuatan suami dan bapa kesayangan mereka ini bahawa Anwar menerima pembalasan daripada Allah atas keceluparan dan kesungguhannya memfitnah dan mengaibkan orang lain.Anwar berusa

Burhanuddin Yeop Majlis : Bertaubatlah Anwar dan kita semua. Semoga dilindungi Allah. April 29 at 6:01pm

Safiah Mohd Salleh : semoga pehak2 yg brtanggung jwb mmpercepat kn kes ni & mengadili nya dgn sebaik2 mungkin, selagi tk selesai 1 melaysia akan menanggung dosa, April 29 at 6:33pm

Dinbatubara : Kata hukama'; apabila sesuatu itu sudah menjadi fitnah; punca fitnah mesti dicari dan dihapuskan (dibunuh?) Umno punca segala fitnah. Lihat pemimpin anda : Najib Razak (kes pembunuhan Altantuya - dua yang terlibat membunuh itu adalah pengawal peribadi beliau - mustahil dia tak tahu di mana 2 orang itu berada pada malam tersebut - C4 cuma tersimpan di Kementah - Najib jadi Menteri Pertahanan ketika itu - Najib tidak disapina untuk beri keterangan); Najib lagi - kes Saipol Bahari (selepas dia kononnya di lewat Anwar pergi berjumpa Najib kepana Najib tak di sapina utk beri ketarangan di mahkamah; Najib lagi - kes khalwat di Port Dicson dgn seorang artis(penyanyi), kenapa dia tak saman orang yang menuduhnya. Mantan PM Tun Mahathir Mohd (ya, punya visi yang hebat tiada tolok banding - saya pun akui; tapi celupar terhadap Islam. Bilanglah sendiri kenyataan2 celupar beliau); Rahim Thamby Chik (merogol budak bawah umur; ya mahkamah mendapatinya tak bersalah; mahkamah Malaysia dah jadi mahkamah kanggaroo, siapa yang percaya - Umum orang Melaka tahu perangai Rahim ni; jika tiang lampu dipakaikan skirt; tiang itu pun di rogolnya juga. Air mani Rahim bertabur di seluruh Melaka, kata mereka. Lagi siapa : Dato' Mohd Isa Samad - buat kerja rasuah untuk menang Majlis Kerja Tertinggi Umno; anda orang Umno ? - mesti tau punya cerita ini, digantug dari Umno; habis edah penggantungan masuk aktif semula dan dengan bangga bercakap "saya sudah bebas dari hukum" (tapi tak napi dia mengamal rasuah); malah mengatakan yang dilakukannya bukan rasuah; yang rasuah ialah kalau di tangkap oleh SPRM . Siapa lagi ?

Itu hal pemimpin anda. Kerja-buat mereka ? tak sedarkah berapa banyak tanah rezap Melayu yang sudah tergadai - diambil untuk pembangunan, janji mahu diganti tapi tak berganti. Bagaimana nasib Bahasa Melayu (PPSMI) - nasib, kerana rakyat bangkit - dipelopori oleh PAS dan pejuang2 bangsa seperti Nik Sapiah Karim, Ainon Muhammad, Muhd Haji Salleh, Dato' Abu Bakar Hamid (bekas NC UM), Pak Samad Said, Shahnon Ahmad, Dato' Hassan Ahmaad (Bekas Pengarah DBP); sekadar menyebut beberapa nama - berarak ke istana Negara (Umno juga tumpang sekaki dalam kumpulan kecil yang lain - supaya tak nampak sangat tak berjuang untuk kedaulatan bahasa Melayu. Apa terjadi dgn fasal 153 hak keistimewaan orang2 Melayu fasal biasiswa pelajaran anak Melayu - kerana desakan bertubi-tubi supaya hak itu dikembalikan; rejim Najib terpaksa akur (untuk selamat dalam pilihanraya), ianya berikan semula (malah kepada seluruh anak rakyat Malaysia yang cemerlang). Umno ke yang berjuang. Ketika proses hakisan itu berjalan apa pemimpin Umno buat di Parlimen.

Ada percubaan untuk menghapuskan Asasi Sains di UM; Prof Ungku Aziz mempertahankan - menulis beberapa kali dan berucap dalam simposium2 ASASI SAINS mesti dipertahankan; kerana anak Melayu (ini tanah-airnya), dia berhak utk keistimewan itu. Kecerdasan anak Melayu belum mengatasi bangsa China khususnya masuk ke Universiti. Anak Melayu akan ketinggalan. Mana ahli Parlimen yang berani menyahut hujah Pak Ungku itu - mereka akur dengan vission Tun Mahathir, bahawa orang Melayu tidak perlukan lagi tongkat, sampai bila Orang Melayu nak bertopang kepada tongkat. ASASI SAINS akhirnya kekal. Nak harapkan pemimpin Umno ? dah lama ASASI SAINS UM lingku !!Apa lagi ? Isu agama ? Nanti kita cerita lagi.

Cukuplah dulu. Ini kejahatan Umno. Kesimpulan : Onar yang berlaku kesemuanya gara2 Umno mahu kekal merintah. Pemimpinnya jangan jatuh (kalau jatuh ramai yang masuk penjara. Khir Toyo umpamanya, baru bebetrapa penggal jadi ADUN/ MB sudah mampu buat rumah berharga satu miliion lebih). Apa, ni ? Baik ke Umno, ni. Carilah contoh-contoh yang lain juga. Zambry MB mahkamah di Perak sekarang, semasa jadi ADUN Lumut/ Sitiawan (semasa BN perintah Perak dulu); apa dia buat dengan stinggan berumah di gigi air di depan Kota Belanda (Pangkor) itu. Itu kawasan dia. Kesimpulan sekali lagi : Umno wajib di hapuskan.

Burhanuddin Yeop Majlis Issunya Anwar yg dijulang untuk jadi PM. Cukuplah... April 29 at 8:27pm

Ramlah Rashid hemmmm. best juga cerita ni. apa kata kita buat novel je? tp boleh lepas ke? nanti novel dibakar, penulisnya diburu. huh, tak sanggup. tak berani... biarkan mereka2 saja yg berpidato dgn jari di fb ini. April 29 at 8:42pm

Safiah Mohd Salleh Am.. tulis jeeee buat pringatan jenerasi akan datng, segala prkataan & prbuatan yg baik kita jd kn ikutan, yg tk baik pula kita jd kn sempadan kok dibako deme ,cetak byk2 lg.. April 29 at 10:16pm

Jamaluddin Yeop Majlis Sumpah Menyumpah dan saksi palsu akan membawa bencana. Bertaubatlah jangan sampai negara kita ditimpa malapetakaana besar. April 29 at 10:45pm

Burhanuddin Yeop Majlis Anwar dipilih oleh Tun menjadi pemimpin pelapis selepasnya. Tetapi dia sendiri yg menyebabkan sepeti sekarang. Maaf sya bukan org politik, tidak jadi ahli mana parti pun, tapi say mengikut perkembangan sejak zaman saya student lagi 1976 di Yayasan Anda. Kejatuhan Anwar adalah kerananya sendiri, bukan org lain. Saya tidak banyak berkawan dgn org politik, kerana maklumatnya sudah tentu bias. April 29 at 11:07pm •

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Cakap-cakap anda semacam benar dengan promoter2 Umno. Tak apalah, itu pilihan anda. Malaysia mengamalkan demokrasi - berbuat/ bercakaplah atas premis dibenarkan itu. Teruskanlah dengan keyakinan anda. Berjuanglah (hatta seperti Abu Lahap bergantung di kelambu Ka'abah minta Allah tunjukkan siapa yang benar siapa yang salah; minta dibinasakan Muhammad. Na'uzubillah). Kenapa pula dihalang saya bercakap atas keyakinan saya. Kendati, perhatikan betul-betul. Imbas semula mana ketikanya saya menyentuh sosok Anwar. Anda yang berkali-kali menyentuh hal Anwar (memetik kata-kata Anwar; bercerita tentang pengalaman anda mengikuti ceramah Anwar ke hulu ke hilir). Saya tidak punya pengalaman/sejarah besar bersama Anwar, seperti anda.

Treat yang saya buat semuanya mencelah/menjawab kalau tidak pun membungkar kebejatan Umno. Beberapa posting yang kadangkala masuk ke wall saya; seolah-olah mintakan reaksi saya. Tidak berapa minat saya mengulasnya. Itu pun - sprt catatan di atas, saya tidak menyentuh batang tubuh Anwar. Kepada saya Umno mesti dijatuhkan. Itulah isunya. Itulah juga isunya, kenapa puak-puak penentang Anwar/ Penentang Pakatan Rakyat memainkan isu Anwar, (kerapnya juga) spin isu-isu lama yang sudah selesai, kreat isu-isu baru yang menggambarkan huduhnya antagonis, dlm pada itu, paparkan imej-imej baik protagonis (pemerintah - Najib; kejayaan2 Umno/BN) yang kononnya dapat pujian dalam dan luar negeri. Dan rakyat terus dinina-bobokan/dimomokkan dgn bantuan/subsidi itu ini, kadar KDNK yang terus meningkat, kewangan yang kokoh (walaupun jumhur pakar ekonomi menyanggahnya) Kesemua itu supaya rakyat melupai kejahatan Umno, bahawa Umnolah pejuang rakyat. Shitt.

Maaf; saya tidak menjulang-julang Anwar untuk dihantar ke Putra Jaya. Anda dan Umno andalah yang begitu takut, kalau2 Anwar ke Putra Jaya. Bergembiralah anda dan Umno anda jika/apabila Anwar dihumbankan ke penjara Sg Buluh sekali lagi; kerana sememang itu pun kemahuan kalian. Kalau tidak kenapa di kreat pertuduhan baru. Dengan siapa lagi Anwar tidak bermukah ? Dengan lelaki, dengan bini orang, dengan perempuan sundal, dengan pelajar. Hei !! Apa, ni. Lepas ini dengan binatang pulak agaknya. Mana satu pertuduhan jijik begitu yang melekat dengan Anwar. Anwar dituduh meliwat tukang buat pakaiannya; dengan Azizan (?). Anwar dibelasah lebam mata oleh Ketua Polis Negara (di mana keparat itu sekarang ?) Tapi akhirnya Anwar masuk penjara kerana pertuduhan penyelewangan kuasa (setelah pertuduhan diubah)

Wahai pakcikku; lihatlah dengan mata-hati. Sekali lagi saya tidak menjulang2 Anwar untuk ke Putra Jaya. Kepada kami sesiapa pun boleh jadi PM; asal bukan lagi Umno yang membangsatkan bangsa Melayu dan melemahkan Islam. Tidak juga dari yang bukan anak peribumi tercinta ini. Ini tanah tumpah darah saya - bangsa penjajah Orang Putih pun mengakuinya - The Malay Arcepilago - bumi bertuah; terbentang dari Madagaskar, merentas Lautan Hindi dan Laut Andaman hingga ke Merouki dan ke Filipina.

Pakcikku,, anda tidak memahami politik 'at tahaluf assiyasi'. Untuk peringkat awal ini prinsip PAS bersama Pakatan Rakyat bertemu atas keperluan bersama - mengalahkan Umno/BN. Anwar sosok yang kira dapat diterima oleh bukan Islam (hingga dapat 'berdamai' dengan PAS) dan diterima menjadi pemimpin kepada masyarakat/parti berbilang kaum dan agama dalam Pakatan Rakyat. Anwar dapat menyatukan ini. Inilah yang ditakuti oleh Umno/BN. Sayang kerana Almarhum Ust Fadzil Noor pergi dahulu; dia terlebih dahulu diterima oleh perbilang kaum - sebaik Anwar dipenjarakan. Ust Hadi ? peringkat awal imejnya telah dibina sebagai Taliban/Ayatullah oleh Umno yang menyebabkan masyarakat bukan Islam menjadi takut/ kurang mempercayai (tetapi sekarang perspsi itu sudah banyak berubah). Dan iya, dalam pada itu kami terus memperkenalkan/mendakwahkan Islam kepada yang belum Islam. Alhamdulillah; mereka sudah banyak tahunya tentang Islam sekarang dan ramai juga yang sudah masuk Islam di Selangor dan Perak.

Kalau bukan Anwar (bila/jika) selepas ini dia dipenjarakan, siapa yang pimpin Pakatan Rakyat. Ialah mereka yang baik akhlak dan akal budinya. Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda; Kota Konstantinopel hanya akan ditakluki oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Dan ini dibuktikan oleh Sultan Muhammad al Fateh. Allahlah yang mengangkat seorang pemimpin dan Allah juga yang akan menurunkan seorang pemimpin.

Kepala negara atau kepala negeri - contoh seperti yang berlaku di Perak; ada klausa yang mencatatkan ianya mesti dari kalangan orang Islam. Kalau tidak bagaimana seorang yang bukan Islam mahu menasihati Yang DiPertuan Agong atau Sultan terhadap perkara yang menyengkut soal agama dan adat Istiadat Melayu. Ini sudah dihadam dalam draf Perlembagaan Parti Pakatan Rakyat. Dan Pakatan Rakyat sebulat suara menerima Perlembagaan Negara yang menyentuh soal Hak Ketuanan Melayu, Hak Keistimewaan Oranjg2 Melayu, menghormati Institrusi Raja-Raja dan Rukun Negara.

Jadi apa masalahnya dengan Anwar. Sedangkan kepada kami ianya bukan masalah. Salam. April 29 at 11:09pm

Jamaluddin Yeop Majlis : http://www.facebook.com/profile.php?id=1639928914#!/video/video.php?v=1559720091759&oid=153417568055988&comments April 29 at 11:34pm

Safiah Mohd Salleh : Din..panjang nya mike brhujah, tk sesuai utk facebook, stiap komen perlu tepat & padat, teman nk tanya mike ni salah sorang dri bloger2 yg tukang karang cerita2 karut marut ke ape???, jgn marah teman bukan nye nk cari gaduh, lg2 bile dh tau kite ni ade lah brsaudare, teman ni sekadar nk dengar ape pendapat mike...itu jeee, wkumsalam... April 29 at 11:43pm

Safiah Mohd Salleh : bile teman tengok visual yg Jamal pos kn tu, sgt2 tk bagus lh rase nye buat rusuhan kt dlm Masjid rumah Allah tu tempat suchi, care mreka brdoa pun kasar mcm ade unsur2 riak je, pelik nye pasai ape pembangkang brusaha nk halang org2 yg brk...See More April 30 at 12:25am

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Makcik Safiah; maaf cara saya berhujah. Saya menjawab - menghimpunkan sekian posting yang di wallkan kepada saya. Saya tidak memulakannya. Saya mencatatkan seperti di sebelum ini ... "Beberapa posting yang kadangkala masuk ke wall saya; seolah-olah mintakan reaksi saya. Tidak berapa minat saya mengulasnya." Kalau tak suka tak usah baca. Atau saya akan deletkan. Tulisan yang panjang - tak sesuai utk fb ? Panjang mana yang sesuai. Ada hukum ke ? Setakat ini saya tidak sahaja mahu tulis hal-hal utk bagi orang seronok sahaja membacanya. Biarlah adik saya Am tu saja menerokanya. Saya mahu lebih bertanggung-jawab di akhirat nanti. Ada tempatnya, tulisan saya santai dan mahu berseronok-seronok juga. Perhatikanlah. Tapi ketika-ketikanya saya perlu tulis serius. April 30 at 12:30am

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Visual yang Makcik Safiah tengok itu durasinya 4.34minit; jauh lebih panjang dari catatan saya. April 30 at 12:42am

Salihun Yeop Majlis : selagi namanye anwar ibrahim isu nye tak akan berakhir ...kalau begitu mintak anwar tukar saja nama lain... April 30 at 10:55am

Ramlah Rashid : huhu... panas juga nih. jadinya bagaimana...? lagi2 anwar. lagi2 anwar, apa mungkin tidak ada lelaki lain barangkali yg nafsunya sebegitu ganas? hemmm jantan boleh, pelacur juga bisa? mungkin benar 1 hari nanti, kucing juga dimahunya. hemmm...See More April 30 at 11:11am

Salihun Yeop Majlis Am kena buat nobel baru ..tajuknye.."Mengapa Anwar Nama Ku.".. April 30 at 11:25am

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Kembali kepada isu awal. Saya kutip cagtatan Makcik Safiah : " semoga pehak2 yg brtanggung jwb mmpercepat kn kes ni & mengadili nya dgn sebaik2 mungkin, selagi tk selesai 1 melaysia akan menanggung dosa." Saya setuju; tapi lihatlah bagaimana onar kumpulan yang memusuhi Anwar berbuat : Polis sudah sahkan (betul video itu tulin) tapi pemainnya bukan Anwar - Anwarkah yang berperut boroi seperti itu; Rambut bahagian belakang Anwar yang pendek sangat dan tidak bermisai; sedang ada bukti lain Anwar hadir di suatu majlis keesokan hari selepas kerja mukah itu (selepas tarikh pada video itu - bukti bergambar); rambut di bahagian belakang kepala Anwar tidak sependek itu malah bermisai. Cepatnya rambut dan misai itu tumbuh. Jam Omega itu juga bukan isu lagi kata polis; sebab terbukti jam itu bukan milik Anwar. Tempat berlaku kerja sundal itu pula berubah-ubah. Sekjap kata di sebuah kondo mewah; sekejap kata di sebuah hotel (peliknya ada pula tulisan Siam di bahagian bawah gambar video; serta ada suara latar pula - yang dikenal pasti oleh orang yang tahu berbahasa Thai; tempat hotel itu di Bangkok). Anwar sudah buat laporan polis; menapikan. AMK sudah buat aduan di Mahkamah Syariah untuk hukuman kazaf kepada Trio Dato' T. Lagi apa; tangkaplah si pembuat onar. Betul; mereka sudah diambil keterangan; termasuk Anwar. Tak tahu kita, apakah Trio Dato' T sudah diberi amaran dan dibebaskan dengan jaminan polis hingga ke hari perbicaraan. Laporan polis dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Pej Peguam Negara memulangkan semula hasil siasatan kpd polis - minta diperkemas betul2. Laporan dihantar semula ke Pej Peguam Negara dan beritahu kepada awam; bukannya Anwan pemain itu. Ini diberitahu oleh pihak polis; yang menyimpulkan bahawa tugas tugas mereka sudah selesai; "sekarang terpulang keada Jabatan Peguam Negara" kata polis.

Dalam pada itu dua tiga hari yang lepas muncul lagi gambar haram versi dua di Youtube (saya tidak melihatnya); tapi akhbar arus perdana melaporkan. Dari mana datangnya video itu, sedangkan seorang dari Trio Dato' T beritahu video yang original sudah diserah kepada polis. Dikhabarkan kononnya polis sedang giat pula spin isu Anwar bermukah ini di Kelantan dua tiga hari lepas. Untuk apa. Ssebab itu Anwar kata polis juga terlibat sama dalam konspirasi ini.

Dan semalam Dato' Eskay buat sumpah laknat di Masjid Amru ibn Ass. Bertanyalah kita kepada orang alim : pada persoalan mana yang memerlukan sumpah laknat. Dan kalau pun berjalan sumpah laknat (pada menyentuh permasalahan rumah-tangga/suami-isteri); ianya adalah dengan kebenaran hakim (bermakna melalui proses mahkamah). Bukan main hentam ...nak bersumpah; sumpahlah. Islam ada peratuaran/undang2nya. Anwar si tertuduh, Trio Dato' T (Dato' Eskay) penuduh - kedua-duanya mesti melalui poses mahkamah Syariyah. Tanpa ilmu, kemudian buat onar di masjid. Tujuan apa ?

Apa agenda semuanya ini. Bukan saja untuk Anwar tapi akan menyangkut orang lain dan ISA. Ingatkah - peristiwa Operasi Lalang 27 Oktober - 14 November 1987; Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib (MB Selangor), Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim & Anwar Ibrahim sendiri, mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka terhadap beberapa isu kaum - mereka bercakap berapi-api di Stadium TPCA Jln Raja Muda. Himpunan pemuda ini mendesak Lee Kim Sai (Timb Presiden MCA dan Menteri Buruh) meletakkan jawatan (Dan, Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia selepas itu). Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari itu menggesa : 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'. Najib Tun Razak ketika itu Timb Ketua Pemuda UMNO.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan (masa itu dia di sebelah sana; makanya wajib buat keputusan secara kolektif dengan rakan sesekongkolannya. Sebab itu, bila dia di sebelah sini; tahu benar dia sepak terajang Umno/BN, ni !!), mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41. ... Di simpang-simpang jalan utama ke KL; polis/tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Nasib baik himpunan panas yang bermula jam 2ptg (hari Sabtu ?) ini dilanda hujan lebat membawa ke jam 5ptg.

Siapa yang tertangkap ? Beberapa pemimpin PAS DAP dan NGO seperti Ust Halim Arshad, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chandra Muzaffar dan Kua Kia Song ditahan di bawah ISA di Taiping. Beberapa orang pemimpin Pemuda Umno seperti; Ibrahim Ali Fahami Ibrahim, juga ditahan sebagai 'kambing hitam.

Saya imbas kembali sejarah hitam itu. Kenapa. Nak tunjukkan; beginilah politik Meciavelli (matlamat menghalalkan cara) yang menjadi amalan Umno. Kaitkanlah dengan mainan politik Umno/BN sekarang. Mahunya buatlah (bagi Umn) buatlah apa saja demi mempertahankan Umno !! Maaf Makcik Safiah. Catatan yang agak panjang. Nak ke perpustakaan cari bahan bacaan kita tak ada masa. Saya buat sedikit paparan. Stop. Assalamualaikum. April 30 at 3:31pm

Ramlah Rashid : malaysia dah tak ada isi lain selain isu video sex anwar... April 30 at 4:00pm

Salihun Yeop Majlis : Din..nanti sambong lagi... April 30 at 4:12pm

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Pak saudaraku. Saya petik catatan pakcik ... "Maaf sya bukan org politik, tidak jadi ahli mana parti." Pakcik; suka benarlah Umno/Dato' Najib dengan pernyataan ini. Dan memang ramai ahli akademik di universiti mengambil sikap begini walaupun sebenarnya, lebih ramai lagilah yang mengambil sikap menentang arus/anti esteblishment. Bagaiamana pun saya kutip ucapan Dato' Seri Najib di majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, Terengganu semalam; 30hb. April 2011 : " ...PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," Pakcik, bacalah dengan pandangan maknawi : "... tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," Aplikasikan begini : "Tak masuk/sokong Umno/BN pun tak apa; tapi janganlah sokong PAS/Pakatan Rakyat." Ahli akademik dalam banyak hal memuji/ menjulang establishment lantaran salutan kebaikan mereka; dalam pada itu mendiskredit peranan pembangkang (yang juga suatu entiti dalam sebuah negara demokrasi dan berdaulat, yang pada ketika yang lain akan jadi pemerintah pula, apabila tersungkurnya establishment; pun bersedia pula untuk digulingkan jika berlaku penyelewengan dari kehendak Allah).

Pakcikku, sikap begitu juga bermakna pakcik berpolitik. Telah berjaya ahli politik (esteblishment) mengnutralised ahli akademik; dalam banyak hal mengekang ahli akademik dengan berbagai akta/peraturan serta arahan/kesibukan agenda memperdana(mengarus-perdanakan) pendidkan negara (Ada TNC yang dikumpulkan di PWTC untuk menerima/mendengar taklimat Menteri Pendidikan pada suatu2 ketika pilihanraya pelajar.)

Kesimpulannya tidak terlibat dengan politik; tidak jadi ahli mana parti juga, sebenarnya anda telah berpolitik. Wassalam. Sunday at 11:31pm

Ramlah Rashid : jadi, kpd para pemimpin, baik kerajaan mahupun pembangkang, sudah2lah tu... anda sudah dilantik, sudah diamanahkan mjadi ketua. usah dicari kelemahan orang, usah diungkit hal peribadi orang. yg penting adalah kepimpinan. berusahalah mencari...See More Monday at 6:56pm

Ramlah Rashid : ralat ** patuh bukan patut Monday at 6:57pm

Salihun Yeop Majlis : sambung lagi... Monday at 8:45pm

Jamil Majlis : Sedap hujah2 semua... tapi maafle, saya tak berkesempatan buka FB akhir2 nie, jadi agak ketinggalan dan tak dapat nak komen dulu buat masa nie... InsyaAllah lain kali nak bagi pandangan juge.... Monday at 9:21pm

Burhanuddin Yeop Majlis Tak payahlah sambung. Bincang benda lain yang lebih berfaedah. Simpan ajelah sendiri. Kita dah terlalu banyak masa bincang pasal dia. Tanya Abang Ya apa makna "anwar". Yesterday at 6:50am

Jalil Majlis Suruh AMK buat kecoh kat kelab2 malam lagi bagus.....supaya org nak buat maksiat terhalang...hak individu nak tunjukan kebenaran...biarlah antara dia dgn tuhan...nak halang pelik pulak nengoknya..kalau tuduh angkara umno...adakah itu tidak fitnah??? Yesterday at 8:14am

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Akhirul kalam : Saya sambung tulisan/penerangan bukan kerana diadu-domba supaya menyambung. Tapi sesuatu perkara yang perlukan pencerahan. Umpama kita di Forum Perdanalah, ni. Hujjah balaslah dengan hujah. Audience lihatlah/terimalah/cerakin mana yang benar mana yang salah. Nak faham fahamlah. Tak faham juga,nak buat macam mana. Dan ahli panel juga; terimalah secara baik - tanpa prejudis. Nak terima, terima. Tak nak terima terserah. Rakan penel jauh daripada mahu mengajar, tapi mengajak. Maha suci Tuhan; kefahaman berbeda menyebabkan kita menilai juga berbeda. Wassalam. Yesterday at 1:52pm

Salihun Yeop Majlis : alfaatihah................ 18 hours ago

Salihun Yeop Majlis : ate kak tam yg mole kan..wak ape anto dkt aku dgn din cerite anwar ni..udah ari2 dengo dlm berite dan sorat abo..tak anto pun udah tau..bile keme ulas udah maghah pulak...usah anto lagi..nyakitkan ati je... 18 hours ago

Jamil Majlis : Aje ngan ye. Semakin dipaparkan cerita2 fitnah Anwar ni, akibatnya... penyokong tegar UMNO semakin membuak2 benci pada Anwar (walaupun belum tentu betul), manakala penyokong Anwar pula semakin meluat dan membara kemarahan kepada UMNO. Bukan...See More 17 hours ago

Safiah Mohd Salleh : teman anto bende tu takde niat sikit pun nk caghi gaduh, cume sekadar nk berkongsi ceghite serte mmeriah kn lgi laman facebook itu je..teman mintak maaf le pde smue skire nye ape yg teman anto tu jdi satu ksalahan plk 17 hours ago

Safiah Mohd Salleh : selame ni teman tak pernah pun taksub pde mane2 parti & tak pernah ade sbesar kuman pun prasaan marah kpde ssiape di sbb kn bende2 ni smue, cube mike2 smue fikir, klau sokong lebih2 pun ape yg kite dapat, org yg kat atas2 tu juge yg tetap senang lenang..betui ke tidak,, 16 hours ago

Jalil Majlis : aje ngan ye... sebab itu teman pun tak ponah update hal politik kat wall sendiri...tapi aku hanya komen kat wall orang saja...idealogi berbeza susah utk diseragamkan balik...walaupun A betul tapi pandangan lain ada juga disebaliiknya mengik...See More 8 hours ago

Safiah Mohd Salleh : Ontah lah Jalil...tak sangka plk jd mcm ni, tjuan utama kak tam wall kn benda2 ni kt profile sendri ats sbb nk senang tengok apa2 juge prkembangan mase kini, sambil2 main fb kite dh dapat berita, silap beso lh kak tam ni yek,,kerana wall kn kt org..tak lh sangka ada diantara nya yg tak suke atau pun sakit hati, 3 hours ago

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Kepada saya Makcik tak silap. Inilah kebebasan media - siapa juga berhak untuk memperoleh dan menyebar maklumat. Reaksinya, terserah. Ada yang menerimanya secara positif malah proaktif. Saya menerima secara proaktif. Saya mengulas dari perspektif dan perjuangan saya. Ini tanggugjawab; kerana saya bahagian dari komponen jentera itu (bagi menghujahkan Umno /BN bukan keramat - bahawa kalau Umno tak ada ummat Melayu akan mati). Bukan lagi bias; tapi keyakinan perjuangan;menifestasi cinta agung kepada Islam - saya berhak/ bertanggung jawab menyebarkannya. Adakah saya marah ? Tidak; apalagi hingga menyakiti hati dan menjejaskan silaturrahmi. Saya sayang saudara-saudara saya (apalagi kerana kita - Makcik, Pak Jalil, Pak Hon, Pak Min, Pak Han adalah sedarah sedaging saya), Islam; dan ummat Melayu seluruhnya. Tapi, kebiasaannya begitulah bila kita menulis - hujah/idea mengalir seperti banjir; sukar dikawal. Ah, sulitnya mentransfer isi hati kepada tulisan. Tulisan di fb pula jarang kita mengedit. Penutup : Saya minta maaf kepada semua peserta forum sekelian. Tanpa prejudis. Anda sekelian saudara saya dunia akhirat. Allahumma aamiiin

dinbatubara

Wednesday, May 4, 2011

Catatan Jakarta-Bandung Versi ADILA KLASIK NASIONAL

Hari Ke 2 (Bandung); Isnin 20 Dis.; 2010 : 8.30 pagi – Meninggalkan Hotel Santika. Distinasi pagi ini ialah ke Tanah Tinggi Puncak. Pemanduan ke Puncak mengambil masa dalam 3 jam; kalau tidak macet. Paling lama pun ialah 4 jam. Malam kami nanti ialah; di Bandung.

Bas meluncur tenang di lebuhraya Jagorawi (JAGORAWI : Jakarta – Bogor – Ciawi) – Highway sepanjang 60km yang dibina pada tahun 1973; dan dirasmikan pada tahun 1978. Itu prasarana awam bagi memudahkan/ mendekatkan transportasi Jakarta–Bogor. Jalan bertol yang pertama diperkenalkan di Indonesia.

Menariknya, tidak banyak tanda amaran had laju. Dan; pemanduan di sini pun; kelihatannya tenang-tenang sahaja. Tidak kerlihatan motor yang terburu-buru atau dikenderai macam pelesit seperti di Kuala Lumpur. ”Orang di Jakarta tidak tergesa-gesa memburu waktu, agakntya; seperti kita di Kuala Lumpur.” Aku menebak. Isteriku terus sibuk menayang-nayang kamera mencari shoot menarik, atau pelik-pelik barangkali.

Awal-awal lagi Pemandu Pelancong kami; Pak Ardy menanyai kondisi kami – letih /segar; tidur malam kami. ”Nyaman, Pak”. ”Enak sekali, Pak” sampuk rakan-rakan. Pak Ardy terus menerangkan macam-macam; sambil menunjuk sana-sini. Melewati provensi Cikeas dia menunjukkan kediaman Presiden Sosilo Bambang Yudoyono. ”Yang di Jakarta itu Istana Presiden.” kata Pak Ardy ...”Istana Presiden ada di 4 tempat; iaitu di Jakarta, Bogor, Bali dan Cipanas;” sambungnya. Penerangan Pak Ardy disela-sela alunan suara Rinto Harahap dan Charles Hutagalung dari Kumpulan Mercy’s menerusi CD yang diputarkan. Lepas satu satu lagu populer dari Kumpulan Mercy’s berkumandang. Mercy’s – band yang pernah jadi fenomena bersama-sama D’Lloyd di awal 70an

Dari semalam lagi, interaksi dengan Pak Ardy sentiasa mesra dan imformatif. Dan pertanyaan yang pelik-pelik mulai kami ajukan – kesemuanya, kira-kira pertama kali kami ketemui. Dan pagi ini selepas tidur yang nyaman, sarapan pagi yang enak pula sebelum meninggalkan hotel – badan pun sudah segar-bugar; datanglah fikiran yang bukan-bukan dan kelakar; umpamanya tentang nama-nama makanan yang ditera pada ‘bangsal sorong’ pedagang jalanan.

Dan Pak Ardy dengan senang-hati menyebutkan beberapa jenama makanan yang pelik dan menggelikan hati; seperti rawon setan, rawon iblis, soto ranjau, nasi kucing, nasi gila, nasi uduk, nasi jamblang, soto racun, soto oli, soto buntut, nasi rames. Ah; ah macam-macam. ”Semuanya itu nama makanan yang autentik dan antaranya sebagai jenama bagi menambah daya-tarik untuk orang mencobanya;” terang Pak Ardy. Soto ranjau : dalam soto cuma ada tulang untuk diisap-isap; nasi kucing : kuantiti nasi yang terlalu sedikit dengan perisa dan lauk/perca sayur yang sedikit-sedikit (dibeli dengan harga cuma 1000rp; kira-kira 35 sen duit Malaysia); nasi gila : nasi goreng di dalamnya ada hirisan daging kambing; nasi uduk : nasi lemak berbungkus daun pisang + ayam goring, sambal belacan, ulam-ulaman dan pecal – semacam nasi lemak kalau di Malaysia; nasi jamblang (”Jamblang. Bukan jembalang, ya Pak;” kami berlelucon) : makanan daerah Ceribon. Soto racun : iaitu soto yang kuahnya terlalu pedas, kira-kira pedasnya macam mahu kasi mati orang yang makannnya; soto oli : soto dengan kicap yang banyak (sebut soto oli; penjual akan faham kita mahukan isian kicap yang banyak); soto buntut : dalam soto adanya ekor sapi (kira-kira kalau di Malaysia sup ekorlah tu; cuma di tambah dengan soto di dalamnya). Dan aku segera memintas penerangan Pak Ardy dengan miring bahasa Indonesia yang tak berapa menjadi :

"Kalau di Malaysia; ada yang namanya sup torpedo, pak".
"Torpedo ?".
"Iyya, pak, mahal harganya; semangkuk mahunya sampei RM8 atau 10 ringgit, pak !!".
"Mahal sekali ?"
"Iyyaa. Karena itu cuma satu-satunya"
"Sup torpedo ? Apa itu ?"
"Dari anu .. ”
”Anunya lembu atau sapi, Pak.” Pantas dijawab oleh Hj Lokman. ”Itu makanya mahaal !! Kalau bapak ke Malaysia bisa saja mencobaknya, di Selayang Baru" Tambah Hj Lokman
"Iyya, makanya mahal, ya ?"
Seisi bas ketawa terburai.

Aku teringat senja semalam ternampak berbalam-balam di suatu pintu masuk gang (kalau di Malaysia dipanggil lorong); ada papan-tanda tertulis Pangkas Rambut. Terselindung di sebalik cermin dinding kedai seorang sedang bergunting rambut – fahamlah aku itu kedai gunting.

”Saya mahu pangkas rambut bila saja mampir di Bandung.” Aku memandang kepada Hj Lokman. Pasti dia akan segera memintas cakap aku. Ternyata betul. ”Pak Nahar bisa percaya sama itu hairdresser ?” Istilah orang terpelajar di Jakarta; tukang gunting di sebut hairdresser. Hj Lokman menerangkan. Beliau telah selalu ke Jakarta kerana urusan niaga.

”Kenapa.” Aku meningkah
”Pangkas; cara mengerjakan ... gunting rambut yang ekstrim, gitu !! Guntingnya mesti sebesar gunting untuk pokok bunga”
Kalau di Malaysia, pangkas ialah istilah untuk mencantas atau trim dahan pokok atau daun; aku menerangkan. Ahli rombongan ketawa geli-hati.

23hb. Disember; 2010; 10.00pagi Waktu Jakarta Pusat. Kukumpul seluruh ingatan sepanjang berada di Bumi para wali. Kunukil sejambak puisi buat Pak Ardy dan rakan baru di Pasar Baru dan Tanah Abang :

Ketika mahu aku tinggalkan Airport Soekarno-Hatta

Ketika mahu aku tinggalkan airport Soekarno-Hatta
manik-manik kecil cair di tubir mata.
Ketika akan aku tinggalkan airport Soekarno-Hatta,
cairan manik-kecil mulai membentuk aliran.
Ketika aku tinggalkan airport Soekarno-Hatta,
aliran itu kini berubah melimpahkan banjir.
Ah, ini bukan lagi Broga yang kirim banjir
di Jakarta.

Nahar Rashid;
23hb. Disember; 2010
International Airport Soekarno-Hatta,
Jakarta.

dinbatubara

Thursday, March 10, 2011

Resensi Buku - Novel Sejarah Islam; Sultan Muhammad al Fateh - Penakluk Kota Konstantinopel

RESENSI BUKU

Tajuk Buku                :  Sultan Muhammad Al FATEH
                           Penakluk Konstantinopel
Kategori                     :  Novel Sejarah Islam
Penulis                        :  Abdul Latip Talip
Penerbit                      :  PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
Jumlah Halaman        :  318 halaman
Harga                          :  RM24.00
Pengulas                      :  Nahar Rashid   

Ini adalah autobiografi perjuangan Sultan Muhammad Al Fateh; pemerintah Empayar Usmaniah (1451 - 1481) yang berjaya menawan Kota Konstantinopel.   Abdul Latip Talib menukanginya dalam bentuk novel.

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835H bersamaan 29 Mac 1432M. Meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Syeikh Syamsuddin  Al Wali menberitahu kepada Sultan Murad (ayahanda Sultan Muhammad al-Fateh): “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan Kota Konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian. Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana oleh Sultan Murad; asuhan agamanya oleh Syeikh Bayram (ulama rujukan Sultan Murad), Syeikh al Karuni dan Syeikh Syamsudin al Wali.  Tunjuk-ajar ilmu peperangan, menunggang kuda, sejarah bangsa dan tanah air serta musabab  Kota Konstantinopel perlu ditakluk di bawah pengasuhan panglima Tharhan.

Kecerdikan dan bakat kepimpinan Sultan Muhammad mulai dikesan seawal usia remajanya.  Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan; ssosok badan yang  tegap, kuat dan tinggi, pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

 

Sultan Muhammad al Fateh memangku (untuk beberapa bulan) jawatan pemerintahan dari ayahandanya (yang bercuti) pada umur 16 tahun.  Naik takhta (dengan wasiat ayahandanya Sultan Murad II ) pada usia 19 tahun; setelah Sultan Murad II  meninggal dunia.  Urusan pentadbiran baginda sentiasa dirujuk kepada  Syeikh Syamsudin al Wali.

Semenjak mula, Kesultanan Usmaniah yang berpusat di Anatolia sentiasa dicemburui oleh Kerajaan Byzentine.  Tetapi dari semasa ke semasa pula negara-negara kecil sekitar terus minta perlindungan dengan kerajaan Usmaniah dari kekejaman dan kezaliman rejim Byzentine.  Mereka mendapati Kerajaan Usmaniah memerintah negerinya dengan adil.  Pemerintah negeri tersebut ada yang memeluk agama Islam; dan ada yang hanya setuju menjadi sekutu kerajaan Islam serta membayar jiziah.  Mereka tidak diperangi.

Sultan Muhammad al Fateh sentiasa ingat kepada hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut :  “Kota Konstantinopel akan hanya ditawan oleh pemerintah yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik” Ini telah memotivasi baginda untuk membina syahsiah ketenteraan dan rakyatnya hingga membolehkan penaklukan tersebut.  

Sayugia, usaha penaklukan ke atas Kota Kontantinopel bermula dari zaman Saidina Umar al Khattab lagi; membawa kepada  zaman Saidina Ali bin Abi Talib, ke zaman Umayyah (Muawiyyah bin Abu Sufian), Khalifah Harun al Rashid (Kerajaan Abbasiah) hingga ke Sultan Beyazid – semuanya tidak berjaya.

Kota Konstantinopel terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia; diihubungkan oleh Selat Bosphorus. Kota ini juga pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Sampai ke zaman Sultan Muhammad al Fateh; ternyata tentera dan rakyatnya yang mengamalkan peribadi mulia seperti bercakap-berperibadi benar, tidak menipu, tidak minum arak, sangat berkasih-sayang sesama Muslim, bersembahyang malam; kota ini pun dapat ditawan. 

Sultan Muhammad sentiasa memantau – bertanyakan  kekuatan dan perilaku tentera menerusi panglima perangnya, Amir Pasya atau   Sulaiman Oglo.  Dalam peperangan baginda menegah dari berbuat zalim kepada tawanan, ibu-ibu tunggal dan kanak-kanak. Sultan Muhammad malah menyamar sebagai peminta sedekah untuk mengatahui tabiat kelakuan  dan persepsi rakyat terhadap pemerintahannya.

Ancaman perang, provokasi dan peperangan dengan Maharaja Konstantine sendiri – strategi dan tektikal Baginda; sentiasa merujuk kepada peristiwa dan tektik yang pernah dibuat di zaman Rasulullah s.a.w. Dan Baginda terus mahu bermesyuarat/ berbincang dan menerima nasihat dari panglima perang dan penasihat agamanya; Syeikh Shamsudin al Wali. Ada satu dua insiden, Baginda membuat keputusannya sendiri (seperti penghantaran tentera yang dikirakan yang terbaik olehnya ke medan perang) – ada percanggahan pandangan yang kecil dengan panglimanya; namun hasil kemudiannya memihak kepada kebenaran maslahat dan ijtihadiah Baginda.     

Dalam missi terakhir ketumbukan menawan Kota Konstantinopel – perang selama 53 hari, Sultan Muhamad al Fateh akhirnya berjaya menakluk Konstantinopel; pada 30 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah – lebih 800 tahun selepas pengucapan hadis Rasulullah s.a.w.  Sultan Muhammad al Fateh pada ketika itu berusia  21 tahun.  

 

Gereja Aya Sophia jatuh ke tangan kerajaan Islam Usmaniah.  Sultan Muhammad al Fateh menukarnya menjadikan masjid – Masjid Aya Sophia dan Baginda menjadi imam solat pertama di masjid tersebut.

 

Sultan Muhammad al Fateh amat dikasihi rakyat dan dihormati oleh musuh kerana kebaikan dan keadilannya.  Baginda tidak tingal di istana mewah peninggalan Maharaja Konstantin, sebaliknya minta dibuatkan reka-bentuk istana yang boleh mendekatkan dirinya dengan Tuhan – itulah Istana Topkapi.

 

Baginda berusaha mengesan letak kubur sahabat Nabi yang gugur syahid dalam missi di zaman Saidina Ali bin Abi Talib; Abu Ayub al Ansori (dipindahkan jauh ke dalam kota oleh Raja Byzentium); yang mulanya dikebumikan di pinggir kota – Abu Ayub yang di saat akan kematiannya minta di kebumikan di tepi kota Konstantinopel; untuk mendengar derap tapak kaki tentera Islam yang berjaya menawan kota itu kemudian; katanya.


Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Islambul (Islam semuanya) dan menjadikan ibu kotanya pentadbiran (ditukar kepada Istanbul oleh Mustaffa Kamal Attartuk kemudiannya). Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman.

Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negara.  Dia membuat persiapan lagi untuk menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Abdul Latip memulakan tulisan dengan memperkenalkan sejarah bangsa Turki dan kaitannya dengan Daulah Usmaniah.   Bangsa Turki mendiami Dataran Tinggi Mongolia dan Cina Utara.  Kemudian berhijrah mencari penempatan selamat ke Asia Tengah pada Abad ke-6 Masihi; kerana ancaman bangsa Mongol. Dicatatkan tentang raja Turki bernama Syahr Baraz telah memeluk agama Islam dan membantu tentera Islam menawan Armenia di zaman Pemerintahan Khalifah Umar al Khatab.

Di zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian bangsa Turki membantu tentera Islam menawan Bukhara dan Samarkand.  Mereka kemudian secara langsung menduduki jawatan penting dalam tentera dan politik/pentadbiran di zaman Kerajaan Abbasiah di Baghdad.

Perselisihan antara Khalifah Abbasiah dengan Khalifah Fatimiyah di Mesir menyebabkan terbentuk kerajaan Saljuk yang meliputi wilayah Khurasan, Turkistan, Iran, Iraq, Sham dan Asia Tengah. Kerajaan Saljuk kemudiannya dikalahkan oleh tentera Mongol pimpinan Jengis Khan.

Sejarah kerajaan Usmaniah bermula pada abad ke 13 apabila Ertoghul memimpin satu kabilah Turki; melarikan diri daripada tentera Mongol dan sampai di Anatolia.  Ketika itu terdapat dua buah kerajaaan bermusuhan; iaitu kerajaan Rom di Byzantium dan Dinasti Saljuk di Iconium (Pemerintahan Sultan Alaudin).  Ertoghul menyebelahi Sultan Saljuk mengalahkan tentera Rom. Sultan Alauddin menghadiahkan sebuah wilayah di sebelah Barat Anatolia yang bersempadan dengan Rom untuk diperintah oleh Ertoghul. Ertoghul berjaya pula menakluki kawasan sekitar dengan mandat Sultan Alaudin.

Tahun 1288, Ertoghul mangkat lalu diganti oleh puteranya bernama Usman. Serangan tentera Mongol menyebabkan tumbang dinasti Saljuk. Dan kemangkatan Sultan Alaudin, peranan menyatukan semula negeri-negeri kecil akibat pemecahan oleh Mongol diambil-peranan oleh Usman disamping melebarkan kawasan takluknya  Dari nama inilah wujudnya Daulah Usmaniah/ Kerajaan Usmaniah.

Seterusnya Abdul Latif membina plot-plot episodik dengan tajuk-tajuk kecil menyangkuti peristiwa-peristiwa tertentu yang membina novel ini – wasiat Sultan Murad II, sessi perbincangan antara Sultan dengan panglima atau ulama rujukan, tawar-menawar mendepani dengan Maharaja Konstantinopel, konspirasi kuasa-kuasa kufar Eropah bersama Maharaja Konstantinopel mendepani Sultan Muhammad al Fateh, pertempuran di garisan depan, strategi perang, Sultan Muhammad ‘mencemar duli’ bersama askar membina kubu pertahanan, Sultan Muhammad menyamar jadi rakyat jelata dan peminta sedekah dan lain-lain.  Semuanya ada 45 tajuk kecil yang hampir keseluruhannya disusun mengikut kronologi.

Diperhatikan Sdr Abdul Latip tidak meletakkan dirinya sebagai pengarang cereka seperti layaknya si penggubah jambangan bunga.di atas meja untuk novel ini; tetapi sebagai penulis yang mahu mempermudah peristiwa sejarah agung supaya senang difahami pembaca; namun dengan sedikit corak kreatif.

Sdr Abdul Latip juga mencatatkan bahan-bahan rujukan beliau dalam penghasilan novel ini – pastilah supaya ceritanya berfakta, ada pertangung-jawaban dan tidak kesasar.  Disenaraikan juga beberapa istilah dengan maknanya  untuk kemudahan pembaca.

Dicadangkan ahli gerakan Islam membaca buku ini sebagai motivasi.  Anda sebagai pemimpin, kader parti atau pejuang di mana garisan sekali pun akan memperoleh manafaat dari novel ini.                                





dinbatubara

Monday, February 14, 2011

Kejatuhan Mubarak ada Campurtangan Allah; Monday, February 14; 2011


Oleh TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Saya pernah belajar di Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

Hari ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?

Jika di Padang Arafah, musim haji terakhir baru-baru ini mencatat kehadiran jemaah yang wukuf seramai 2.7 juta orang (angka rasmi), di Dataran Tahrir rupa-rupanya lebih ramai daripada itu. Siapakah yang mengerah mereka jika tidak naluri mereka sendiri yang digerakkan oleh Allah SWT?

Mereka berkampung selama 18 hari tanpa terjamin urusan makan minum dan pengurusan seharian semata-mata untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak.

Mesir menyaksikan sejarah penindasan kepada para ulama yang begitu lama. Jauh sebelum itu, musuh Allah SWT yang bernama Firaun sendiri pernah ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firaun yang mengaku dirinya tuhan ditenggelamkan di laut setelah Allah SWT membenarkan Nabi Musa bersama pengikutnya melalui laut sama yang telah dibekukan sepanjang lebih kurang 40km.

Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim. Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch Quraisy. Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasaNya?

Sayangnya, musuh Allah SWT tidak pernah belajar dari sejarah. Sekali lagi kesilapan Firaun diulangi oleh pemerintah Mesir dengan membunuh para ulama. Almarhum Syeikh Abdul Qadir Audah, Almarhum Syed Qutb dan ramai lagi para ulama terkorban di bumi Mesir hasil kezaliman pemerintah Mesir. Demikian juga ulama yang terpaksa keluar dari Mesir seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi ekoran keselamatan yang sentiasa terancam oleh polisi kerajaan Mesir.

Harapan saya, rakyat Mesir akan mendapat pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat serta beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.

Monday, February 7, 2011

Kak 'I dan 37 tahun Wilayah Persekutuan (memenangi hadiah bulanan ADILA, Klasik Nasional)

Namanya Arba’iyah. Di kalangan yang berumur bawah dari dia, memanggilnya Kak Ba’i.  Peringkat anak-anak panggil dia Makcik Ba’i. Yang sebaya, panggil Ba’i sahaja. Ada juga panggil Kak ’I.  Aku sendiri berbahasa dengannya Wan Kecik.  Kenapa Wan Kecik ?  Kerana dia adik perempuan allahyarham emak aku seemak sebapak yang paling kecil.  Orangnya manis mulut.  Tak sombong.  Orang Perak.  Identiti Peraknya masih dapat dikesan menerusi telor dan miring bahasanya; walaupun sudah melalui assimilasi dan kekotaan namun tetap terasa klasiknya.

Orang Parit.  Tinggal di situ; di Kampung Abdullah Hukum; sejak  tahun 60an; ketika Kuala Lumpur sebahagian daripada Selangor.  Dan itu antara kawasan setinggan di Ibu Kota; yang mercup tumbuh selepas Tragedi 13 Mei 1969 – bila DEB diperkenalkan oleh Tun Razak; PM Malaysia ke 2. Menteri Besar Selangor ketika itu; Dato' Haron Idris bagi semangat kepada orang Melayu agar datang merebut kek ekonomi kesan dari perkembangan bandar Kuala Lumpur. 

Turun dari Bas Seri Jaya yang menghala ke Pantai Dalam, Universiti Malaya atau PJ – depan Bangunan LLN (TNB); melintas jalan keretapi,  ditemui di situ bersesak-sesak rumah yang dihuni majoriti orang Perak, Melaka, Johor, Kedah atau Pulau Pinang. Mereka bekerja sebagai buruh,  pekerja separa profesional atau perkeranian di LLN, UM, UKM, Angkasapuri, KTM, The New Straits Times  atau Lever Brothers.  Ada juga yang berniaga di gerai-gerai Taman Ghazali Shafiee sebagai tukang gunting, tukang jahit, tukang kasut dan peniaga barangan runcit atayu makanan. Malah ada juga yang bekerja di kilang-kilang perusahan di PJ dan Airport Subang.

Kak ’I  buat kuih dan menjualnya di Taman Ghazali Shafie.  Pulang dari kerja aku suka tolong Kak ’I buat kuih (tahun 74 aku dapat kerja di KL dan menumpang di rumah Kak ’I). Dalam periuk  sudah sedia keledek yang direbus. Kak ’I  sudah kopek kelapa untuk disagat.  Kak ’I  akan rendam pulut dan anak udang; racik kentang dan lengkuas. Kelapa, lengkuas, anak udang dan kentang untuk buat inti.  Tepung sudah sedia, gula merah sudah berayak, satu dua sisir pisang bersimpuh di tepi dinding. Semua akan diadun menjadi kuih.  

Lepas Subuh, Pakcik Asyim – suami Kak ‘I; bawa kuih ke gerai di kedai sederet Taman Ghazali Shafie. Ada karipap, kuih keria, kuih lenga, pulut panggang, pau, nasi lemak bungkus, bihun, pisang goreng dan cekodok. Cekodok ? Aku ketawa sendirian – di KL namanya  kodok !! Di kampung aku, namanya jejemput. Selepas tinggalkan kuih, Pakcik Asyim mengayuh basikalnya ke tempat kerja di Jalan Gurney (Jalan Semarak sekarang).  Kak ‘I di rumah, mengurus pula anak-anak untuk ke sekolah.

Antara Maghrib ke Isya’ Kak ‘I mengajar mukadam dan al Quran.  Jiran setempat hantar anak-anak mereka mengaji dengan Kak ‘I.  Kak ‘I tak minta bayaran – “Itulah bekal saya di akhirat kelak;”  kata Kak ‘I. Tapi ibu-bapa hulur juga Kak ‘I ala kadar. Kak ’I  terima seikhlasnya. 

Kak ’I beranak dan terus beranak; sampai 13 orang.  Semuanya mendapat pendidikan sempurna dan sudah bekerja yang baik-baik.  Ada juga yang cergas dalam politik. Dan sekarang, hampir tiga suku daripada anak Kak ’I sudah berkeluarga - yang perempuan ikut laki dan yang lelaki bawa anak-isteri; buat sarang masing-masing. Kak ’I pun sudah tidak buat kuih lagi. Anak-anak Kak ’I  menyara hidup Kak 'I bagi dan Pakcik Ashim. 

Kak ’I sudah tua.  Umur Kak ’I sudah menginjak hujung 60an.  Mata Kak ’I masih terang. Ingatan Kak ’I juga masih kuat.  Adalah, sedikit kencing manis; kata doktor.  Umumnya Kak ’I masih sihat.  Pakcik Ashim juga sudah tidak bekerja.  Hujung minggu, anak-anak cucu yang tinggal berhampiran akan datang ke rumah Kak ’I.  

Kak ’I sebahagian dari warga kota, hidup bersama degup dan denyut nadi kehidupan Kota Kosmopolitan Kuala Lumpur.  Pun, perumahan setinggan Kampung Abdullah Hukum sudah tiada. Kak ’I dan semua warga setinggan itu sudah pindah ke Appartmen Bandaraya tidak jauh dari situ. Tapak itu akan didirikan bangunan bertingkat yang bakal menyaingi Mid Velly di seberang Sungai Klang; di hadapan appartmen itu. Rumah kedai sederet di Taman Ghazali Shafie juga sudah lama lenyap – KTM dan sebuah syarikat konglomerat; LRT-Putra membina laluan Komuter dua lorong KL-Seremban; serta jejambat laluan transit ringan.

Tahun ini ulang tahun ke 37 Wilayah Persekutuan. Pun sudah hampir lima puluh tahun Kak ’I menetap di Kuala Lumpur.  Aku bayangkan; dari jendela kediaman Tingkat 3 itu, Kak ’I melepaskan pandangan dari atas bingkai cermin-matanya; menyusuri Jalan Bangsar yang terus sibuk. Lurus jauh ke depan ialah Kawasan komersial dan Perumahan Bangsar Park dan Bukit Bangsar - Jalan Raya kelas pertama telah menghubungkannya dengan Damansara;  menara Masjid Saidina Abu Bakar menancap megah ke udara di tengah-tengah kawasan komersial dan perumahan di situ. Di sebelah kiri - itu Bangunan Tenaga Nasional; dulunya disebut LLN (lama sebelum itu dikenali dengan panggilan KED).  Di sebelah kanan - tapak itu dulu adalah kilang  sabun dan ais-krim; Lever Brothers. Bersebelahan tapak peninggalan Lever Brothers itu, sudah berdiri bangunan lebih 20 tingkat milik taikun kewangan nasional; May Bank. Pernah dikhabarkan orang di situ dahulu adalah ladang getah milik Orang Putih.  Macam mana Orang Putih dapat milik tanah itu dan tanam getah. Ada juga yang kata ladang itu dulu milik dua bersaudara orang Perancis; Bung dan Grisar. Dari singkatan ke dua nama keluarga ini memberi nama kepada Bangsar. Kak 'I memendekkan leher dan menelan liur. Lantaklah, dia tak berminat menebak jawaban.

Ayun temayun lembayung senja di ufuk Barat; tiba-tiba sejalur Komuter melintas arah ke sebelah kiri dan LRT Putra, menyusuri jejambatnya melintas ke kanan; Kak ’I mengangkat bingkai cermin-matanya; dan teringat cucu-cucunya di Tingkat 6 akan tiba sebelum Maghrib ini; lepas Isya mereka akan ke majlis hari jadi cucu pertama dari anak ke 8-nya di McDonald, Kota Damansara. Tapi sampai sekarang mereka masih belum tiba-tiba. Mungkin menunggu bapanya yang belum pulang dari kerja kerana terperangkap dalam jem di Jalan Tuanku Abdul Rahman; getus hati Kak 'I.


dinbatubara

Wednesday, January 26, 2011

Dari sembang di kefe fb

….
Abdul Rahman Hashim :  Walaupun saya kelihatannya berakitkan UMNO, namun saya bimbang rakit ini bakal ditenggelami arus yg deras jika UMNO tidak mahu muhasabah diri. UMNO hanya relevan jika bersedia untuk berubah menjadi lebih baik daripada hanya berpuas hati dgn sokongan yang berbaki ini. Jika tidak....UMNO mungkin diubahkan?

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara :  Aman, sifat rakit ialah samada statik atau dinamik. Statik ialah duduk diam spt rumah rakit di Sungai Temerloh, Pahang; alangkah lemahnya kerana terpaksa ditambat dgn kawat ke tebing & terolang-oleng meski oleh ombak kecil. Sifat kedua: Dinamik (sikit bagus) tp hukumnya ialah menghilir (mengikut arus) sungai. Rakit akan menghilir sungai bersama2 dgn hanyutan2 lain. Umno pd sifat STATIK, sudah tentu bukan - Umno sudah mengalami anjakan. Ada sifat DINAMIK pd Umno; tp berapa lama lg perlu bersama2 'apungan/hanyutan yg tak berguna' yg hari ke hari dilepaskan dari celah/lubang/ekor rakit & sampah sarap. 

Malang bg Umno - yg bakal tenggelam oleh onar/korupsi moral kepimpinan dan pengikut buta-tuli ahli yg sudah terasuh oleh politik regimentasi. Rakit tidak akan memudiki sungai (Rakan Umno lain dlm BN telah berdulu-duluan menungkah arus - menggunakan bot-bot laju; dari khilaf dan alpa & berani yg entah apa-apanya Umno). 

Rakit tidak akan boleh menungkah arus. Jgn beretorik dgn pepatah yg menyebut 'berakit-rakit' ke hulu. Tak usah nak kata anda sudah bersedia & pandai berenang ke tepian; kerana orang yg pandai/bijaksana/jujur tempatnya bukan lg Umno.Anda sendiri sudah sangsi dgn rakit anda. Tunggu apa lagi. Biar Hidup Sehari Jadi Harimau Dari Hidup 1000 Tahun Menjadi Kambing.

Hirwan Hambal :  bangsa menumpang rakit....sebagai renungan sekadar pandangan diri sendiri......PAS bukan nakhoda dalam pakatan......PAS hanya komponen...undang-undang mengangkatkan PAS di Perak...undang2 menurunkan PAS.....akibat dari ada yg melompat...maka tumbangnya ....yg sepatut diangkat......tapi yg baring yg menjerit bukan yg ditumbangkan......sebaliknya yg tumbang bertepuk tangan bersorak......menyerah bulat-bulat nasib bangsa kepada PAS belum menjamin langit itu cerah....biar mendung asal tidak hujan....nasib yang nak menanggung bukan 1,kalau diri sendiri boleh juga tabahkan hati....nak tabahkan hati org lain takut tak terdaya....kalau jadi harimau 1 hari biar yg harimau hidup bebas gagah dan dihormati oleh penghuni rimba....daripada jadi harimau 1000 tahun hidup dalam sarkas.....mengaum tapi disuruh duduk die duduk.....di suruh lompat die lompat...di suruh berdiri die berdiri....

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Dik Hirwan; tidak diminta supaya orang Melayu menyerah bulat2 nasib bangsanya kpd PAS; PAS tidak memiliki lampu Aladdin utk menjamin survival Melayu. PAS insaf dgn peringatan Allah: Allah sama sekali tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib mereka. Selamanya PAS memang tidak mahu bersendirian.

PAS mengajak ummat Melayu khususnya & bangsa Malaysia umumnya berganding-bahu. Tolong kami (sekarang Pakatan Rakyat) meraih kuasa supaya kita dpt mengemukakan/ melaksanakan agenda kerja utk bangsa/Negara.

Pun lihatlah juga trek rekod PAS di sepanjang keberadaanya di persada politik tanah air – jatuh/bangun & kalah/menangnya. Kalah; PAS tidak mengamuk atau membuat/ mencipta onar yg bukan2 hingga menyulitkan semua institusi. PAS malah teruskan perjuangan. Individunya tidak bersedih, apa lagi merajuk atau berhenti berjuang. Menang (miliki kuasa negeri) tidak berlaku zalim/sombong/pandang kroni/kumpul harta utk peribadi.

Sebelum PAS menang di Kelantan (zmn MuhammadYaacob MB) orang yg sokong PAS; (petani) tak dapat subsidi baja – guni baja dicap dacing, (nelayan) tak dapat subsidi disel, (anak sekolah, masuk universiti) tak dapat biasiswa – kdg-kala dpt borang tp tok sidang yg mengesahkan status anak-mukim bagi syarat mesti isi borang Umno. Saya (di Perak) bersekolah di Sek Keb Tlk Sarih, nak minta biasiaswa anak Melayu Perak, Tok Sidang kata Pandak Ashid orang PAS – tak dapat; ‘lorong bertar’ diturap setakat tiga rantai dari kebun almarhum ayah saya (Pandak Ashid), tak bersambung hingga ke kebunnya. Kenapa. Alasannya tak cukup peruntukan. Bukan. Bukan tak cukup peruntukan; tp utk 3 rantai lagi itu dilarikan ke tempat lain; hukuman sebab almarhum Pandak Ashid penyokong tegar PAS.  Kg Empai pernah di lebel sebagai kwsn Hitam (tambahan : oleh Umno), bila PAS menang di Parlimen Parit dan DUN Kg Gajah (1969).

Ini kerja pemimpin Umno yg di bawah. Kerja pemimpin Umno yg di atas (sekarang) jgn ceritalah; sudah menjadi rahsia yg diketahui umum – orang Umno pun tahu. PAS tidak berhenti mengajak ummat Melayu/Islam & bangsa Malaysia seluruhnya dgn formula/plan perubahan – pembentukan masyarakat berkebajikan, sejahtera dan takut kpd Allah. PAS mencuba mekanismanya – pernah bersama Umno,/BN bersama dlm Angkatan Perpaduan Ummah (PAS, Hamim, Berjasa,&Semangat 46), mencuba membina hubungan dgn komuniti China dlm CCC & terakhir dlm Pakatan Rakyat.

Tidak kisah kalau kami bukan nakhodanya.  PAS tidak mabuk untuk jd pemimpin. (tambahan : Berkali-kali ahli PAS diperingatkan oleh pemimpinnya :  PAS perlu kuat kalau mahu dihormati) Yg penting ialah tujuan perjuangan PAS dapat diterima & dikenderai bersama. Kpd yg bukan Islam; bebarapa nilai & tuntutan Islam dpt PAS perkenalkan/ sampaikan. Umno yg bersama2 rakan-konsi bukan Islamnya nampaknya belum bagi tahu rakan bukan Islamnya itu bahawa bersentuhan kulit yg bukan muhrim itu haram (isu terkini di Tenang, Johor). Ulama’ Umno belum berbisik agaknya kpd Najib bahawa hukum tak pakai tudung oleh isterinya itu haram. Atau kalau dah diberitahu, Najib belum mahu nasihatkan isterinya; atau kalau Najib dah beritahu isterinya, big mama tu masih tak mahu ikut; apalagi yg diharapkan oleh orang Umno kpd Najib. 

Najib tak boleh pimpin isterinya macam mana nak pimpin 27 juta rakyat Malaysia.. Ulama akan ditanya dlm kubur, Najib akan ditanya, Orang Umno semuanya akan ditanya. Orang PAS juga akan ditanya Allah : “sudahkah kamu menyampaikannya.” Nabi kata : “Pemimpin akan ditanya kepemimpinannya.” Kata Nabi : “Kalau kamu melihat kemungkaran, ubah dgn tangan (kuasa – angkat tangan/mengundi/pangkah/buat pungutan suara). Tak boleh dgn tangan, ubah dgn mulut (dakwah/bagi tahu/tegur – terpulang pada cara; yg degil, keras hati, tak faham-faham : tegur terus dgn cara paling baik). Tak boleh dgn mulut; dgn hati - sesungguhnya itu adalah selemah2 iman." Orang Umno selamanya memilih menegur dgn hatikah. Takkan nak selama2nya (tambahan: kita) hendak dlm golongan lemah iman. Nak bagi tau juga sikit di sini; dlm perlembagaan  (pembetulan: pebincangan tentang hala-tuju Pakatan Rakyat yang sudah di wacanakan) Pakatan Rakyat; antara lain ialah memelihara demokrasi, begerak dlm batas Perlembagaan Malaysia, Mempertahan/(tambahan: memartabatkan) institusi Raja-Raja Melayu, menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara & tidak menyentuh(tambahan: mempersoal) hak keistimewaan orang-orang Melayu. 

Dan, ah; apa tujuan PAS ditubuhkan. Lihat Fasal 5 (Perlembagaan PAS) iaitu (1) Memperjuangkan wujudnya di dlm negara ini sebuah masyarakat & pemerintahan yg terlaksana di dlmnya nilai2 hidup Islam & hukumnya menuju keredhaanAllah; (2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan & kedaulatan negara. Jadi betullah PAS ditunggang oleh orang lain ? Tak betul, tu !! Aspek mana tomahan itu ? 

Dua baris terakhir itu, kita cerita lain kali, insyaAllah.

dinbatubara

Friday, January 14, 2011

INTERLOK Yang Saya Baca

Baru mengkhatam pembacaan novel Interlok; karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Di sekolah menengah dahulu saya di aliran sains – tidak sempat membaca novel ini. Bagaimana pun kecenderungan membaca karya-karya besar penulis tempatan; khususnya tulisan Sasterawan Negara, menyebabkan saya sentiasa memburu karya adicipta tempatan (sesetengahnya sudah tidak ada di pasaran).  Kebetulan pertengahan tahun lepas saya menemui buku tersebut dari suatu ekspo mini buku (edisi pelajar); beli pada harga diskaun 50%; pun belum sempat untuk segera menghabiskan  pembacaannya.  Tak tahu pula novel ini dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk Tingkatan Lima mulai 2011.
        Terpanggil untuk segera menghabiskan pembacaan berikutan isu penarikan balik penggunaan teks ini yang didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada orang India dan Melayu.  Khabarnya ada beberapa halaman menyebut orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India. Betulkah.
        Di kulit belakang novel dicatat :  Novel ini memangi hadiah sagu hati dalam peraduan novel merdeka tahun 1967. Novel yang memaparkan tema integrasi kaum; Melayu, Cina dan India, yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama sebagai rakyat Negara yang merdeka dan berdaulat. Iya, Interlok menggambarkan latar awal perhubungan antara kaum terbesar itu di Malaya sekitar awal tahun 1900 sehingga Malaya merdeka 1957.
      Abdullah Hussain membahagikan penulisan buku ini kepada empat Bab (disebut Buku) iaitu; Buku Satu – Keluarga Seman, Buku Dua – Keluarga Cing Huat, Buku Tiga – Keluarga Maniam dan Buku Empat – Interlok.  Buku Satu, Buku Dua dan Buku Tiga pemerihalan kehidupan berkeluarga/sistem sosial  dan berekonomi keluarga masing-masing. Keluarga Seman; aktiviti kehidupan sebagai bangsa peribumi dan budaya berhutang (dengan Taukeh Cing Huat untuk kehidupan nampak bergaya) yang menyebabkan tanah, rumah  dan lembu tergadai. Kehidupan Keluarga Cing Huat – berniaga dan memberi hutang; dan Keluarga Maniam yang terlibat langsung dalam aktiviti perladangan getah.  Bahawa pengenalan ekonomi moden dan kepentingan perlombongan bijih dan getah British bangsa Eropah itu telah membawa masuk buruh-buruh dari China dan India ini ke Malaya. Ini dilakar dengan jelas lewat novel ini.     
       Gaya penulisan yang simpel. Disebut sejarah awal bangsa berkenaan dari sebelum kedatangan ke Malaya; perjalanan hingga sampai ke Malaya, kehidupan/perekonomian setelah berada di Malaya. Dan Buku Empat – Interlok ialah peleraian pengunci terhadap keterbentukan suatu bangsa – bersama-sama menghadapi cabaran dann tantangan mempertahankan negara.
       Interlok Apa maksud Interlok. Kenapa Interlok. Interlok ialah dari perkataan Inggeris Interlock. Yang dimaksudkan oleh Abdullah Hussain ialah  sebagai pengunci kepada masyarakat yang terpisah-pisah supaya menjadi satu masyarakat yang bersatu padu.  Kepada Munsyi Dewan; Sdr Abd Ghalib Yunus, Interlok ialah memancakan (merapat; mempertaut sepuluh jemari). Bahasa Inggerisnya Interlock : He interlocked his finger – dia memancakan jarinya, yang bermaksud bertaut rapat. Maknanya dalam konteks novel ini ialah mempertaut (mengintegrasikan) tiga kaum
       Abdullah Hussain menjadi pencatat peristiwa.  Semuanya ditulis secara jujur dan objektif. Tidak nampak Abdullah Hussain seorang prejudis atau mahu jadi propagandis. Jika Abdullah Hussain mahu jadi propagandis, mestilah beliau akan memenangkan satu-satu kaum sahaja.  Tetapi Abdullah Hussain melagang cerita/peristiwanya seimbang.
       Diceritakan tentang orang Melayu tidak mahu menghantar anak ke sekolah :  “Dan Seman pun besar. Tidak pernah renggang dari ibu bapanya, sejak  kaki sebesar dua jari sampai dia besar menjadi pemuda yang tegap sasa.  Mereka berdua begitu cemburu kepada anaknya, sehingga  mereka tidak benar anaknya itu masuk sekolah. Waktu itu guru besar Sekolah Menengah Simpang Empat dengan beberapa orang guru lain sedang berkeliaran di dalam kampung mencari pemuda-pemuda untuk diajak belajar di sekolah.  Mak Limah dan Pak Musa menyorok Seman di dalam kelambu” – Interlok; ms 37) ).  Tentang kecenderungan bangsa Melayu menipu – disebutkan : “mengecek orang Cina itu untuk menangguhkan hutangnya” – Interlok; ms 38)
      Iya, kalau orang Melayu mahu marah pun sepatutnya boleh kerana Abdullah telah dengan sinikal mengaibkan orang Melayu – orang Melayu yang menipu dan tertipu pula selepas itu, anti pendidikan, tidak mengalami mobiliti sosial secara vertikal. 
      Iya, boleh sahaja jika Abdullah Hussain mahu meletakkan dirinya sebagai propagandis suatu kaum. Selepas sepuluh tahun merdeka (1967) yang jelas kaum peribumi (Melayu) terhimpit/ tertinggal oleh pengenalan kepentingan ekonomi British. Ketika bangsa lain sudah menikmati terang cahaya elektrik, air bersih, kemudahan kesihatan, kemudahan mempelajari bahasa Inggeris (anjakan sosio budaya beriringan kegiatan perkonomian British – perlombongan dan perladangan getah). Ramakrishnan (anak Maniam) sudah jadi inspektor polis, (Penduduk Kampung Baru yang lahir dari Rancangan Briggs – program isolasi mengelak pengaruh komunis terhadap komuniti China; mereka menerima kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, bekalan elektrik dan air paip; perkampungan Melayu masih bergelap-gelita, pandangan orang Melayu terhadap pelajaran masih nihil, pelajar-pelajar anak orang Melayu berlampukan pelita ayam – berkudis – tokak, manai – kekurangan zat makanan, setiap juzuk dalam darahnya terdapat kuman malaria dan kecacingan dalam perut. Iya, betul; ada seorang anak Melayu; Lazim yang menjadi guru lulusan SITC – secara perlambangan buat menghidupkan wacana politik, bangun menentang kemasukan semula British – ini sahajakah wahana perjuangan Melayu; kuatnya mereka dalam politik. Kenapa Abdullah Hussain menulis begini !). Kenapa kejamnya penulisan Abdullah Hussain terhadap bangsanya sendiri.
       Sedangkan kaum India mengalami mobiliti vertical – dari boroh (kuli) ladang, jadi tandil (mando), mengurus ladang apabila British lari setelah kemasukan Jepun; dan ada yang jadi inspektor polis. Pun kehidupan di ladang-ladang getah milik orang Putih yang pastilah mereka juga berkecukupan prasarana seperti elektrik air bersih dan klinik. Abdullah Hussain menuliskan kecenderungan bangsa India membina/memajukan diri seperti usaha mendirikan sekolah (berbahasa Tamil) dan menjemput guru dari bandar mengajarkan bahasa Inggeris. 
       Pun kalau orang China mahu mereka juga boleh tidak puas hati; kerana pemaparan dengan jelas kecenderungan China yang pada mulanya taksub kepada Kuomintang kemudiannya jadi penentang Jepun (MPAJA ?) dan akhirnya jadi Komunis (orang hutan). British memperkenalkan Rancangan Briggs (pertengahan 1950an); program pemindahan kependudukan Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kawasan penempatan semula (Kampung Baru) yang dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan untuk mengelak dari interaksi orang tempatan (Cina) dengan grilya komunis. (Teruknya orang China.  Perkaumannya. Kecintaan kepada Negara asalnya.)
      Baru pada 2hb Disember 1989 Perjanjian Haadyai – Perjanjian Perletakan Senjata antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaya telah dibuat di Hotel Le Garden, Haadyai, Thailand ditandatangani; menamatkan sejarah panjang Kominis/Cina.  Amat senonim orang Cina dengan komunis. Apakah orang China berasa senang hati dengan gambaran begini. Dan kalau mereka tidak senang hati perlukah mereka melempiaskan kemarahan itu dengan merangsang semangat orang China dan seterusnya menganjurkan pembakaran novel ini.
      Rupa-rupanya begitu minda Abdullah Hussain. Kendati idea asal penulisannya ialah dari kemahuan Tun Abdul Razak PM Ke 2 yang mahukan sebuah karya sastera yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum kea rah sebuah negara bangsa Tanah Melayu ketika itu dan Malaysia sekarang.
       Interlok mengisahkan bangsa Melayu, Cina dan India yang dibina secara terpisah; kemudian ditemukan pada bab akhir. Biarpun ada unsur sensitif (mungkin taboo) pada sesetengah kaum (itulah keberanian Abdullah, dan itulah kejujuran beliau) namun diakhirkan oleh beliau kepada kefahaman bahawa perpaduan kaum adalah penting dan inilah matlamat asal penganjuran peraduan mengarang novel tersebut.
       Pengakhiran novel yang mengambil latar masa 1957 ketika menyambut kemerdekaan negara memaparkan orang Melayu, Cina dan India, masing-masing sudah membina rupa bangsa Malaysia berdasarkan kepada kisah silam masing-masing dan kerana sudah saling mengenali serta berasakan keperluan saling bantu membantu.
       Argumentasi yang menyebutkan novel itu kononnya ada unsur menghina kaum tertentu tidak tepat. Tidak menentang kepenulisan novel berkenaan tetapi menentang kerana dijadikan buku teks sastera di sekolah – ini juga suatu alasan dangkal hingga membawa kepada pembakaran novel berkenaan.  Alasan bahawa mereka mahu menguburkan sejarah silam (dan usaha ini berlaku secara evolusi); tetapi Interlok telah mengungkit perkara ini dan luka lama akan berdarah kembali. Kami berpendapat bukankah lebih baik novel yang kontroversi (?) begitu dipelajari/dibincang secara akademik/di sekolah, daripada membiarkannya sebagai bacaan umum begitu sahaja; yang pada perkiraan kita akan membentuk spot ulcer dan akhirnya menjadi kanser yang akan memecahkan masyarakat.  Apa jaminan mendakwa dengan menjadikan buku bacaan umum sahaja, resah-gelisah terhadap perkara sensitif itu tidak akan terjadi (petaka yang tidak akan teerjadi asal sahaja tidak ada mana kumpulan yang mahu menjadikannya sebagai punca kepada perbalahan) 
       Kita berkeyakinan penuh Kementerian Pelajaran akan mempunyai ruang-lingkup yang luas (daripada membangkitkan ehwal mukasurat 215 – 220 Interlok) untuk dibincangkan di dalam kelas; hatta untuk dijadikan soalan peperiksaan. 
       Interlok berada di pasaran sejak awal tahun 1970an dengan tanpa sebarang krisis perkauman atau implikasi buruk. Interlok membentangkan sejarah awal pemodenan Tanah Melayu dengan kemasukan kaum Cina dan India atas sebab akibat (faktor penolak di negara asal mereka dan faktor penarik di Malaya). Ianya menjadi bahagian/fragmen penting sejarah negara ini dari zaman penjajahan Jepun, darurat, Malayan Union dan akhirnya kemerdekaan 1957; dengan kemudiannya setiap bangsa menyumbang kepada pembinaan negara dan terbabit dalam pembangunan ekonomi dan pembentukan bangsa Malaysia.
     Orang politik yang mahu mendapatkan 'political milage' dengan membangkitkan isu ini sepatutnya menggunakan pendekatan lain yang dapat memperlihatkan jiwa besar mereka selepas melalui suatu transformasi ekonomi yang sekaligus menganjak tipa budaya. Mengetahui akar budaya akan dapat membangunkan suatu rupa-bangsa (Bangsa Malaysia) yang kokoh daripada terus langsung melupakan akar bangsa yang nantinya akan terus mencetuskan konflik nilai.
        Mari kita membaca teks berkenaan keseluruhannya bagi mendapatkan mesej sebenar.
 





dinbatubara