Friday, October 12, 2012
Sultan Alang Iskandar menjaga Igama
Maka berkehendak oleh Baginda akan seorang orang alim untuk menjalan akan hukum igama di negeri itu. Maka diberitahu orang, di Teluk Anson ada seorang orang yang terlalu alim dia akan hukum-hukum igama; yang berasal dia dari Tanah Minangkabau. Sheikh Muhammad Saleh namanya. Maka menitahkan Baginda akan Orang Besar delapan Yang Bderbahagia Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja, menjemput akan dia orang alim itu datang mengadap. Maka apakala tiba sahaja Sheikh Muhammad Saleh itu di Balai Penghadapan; lalu dipersalin akan dia dengan pakaian kebesaran. Maka Sultan pun menganugerahi Baginda akan gelaran Shaikul-Islam bagi Negeri Perak. Menitah Baginda akan Shaikul-Islam Sheikh Muhammad Saleh untuk menjalankan hukum Igama Islam di negeri itu.
Arakian diceritakan orang pula akan Shaikul-Islam Sheikh Muhammad Saleh itu terlalu amat menjaga dia lagi sangat patuhnya kepada pekerjaannya. Direncanakannya senarai nama anak-anak qariah yang sudah baligh lalu mencatat kehadirannya pada kedatangan sembahyang Jumaat di masjid. Yang tidak datang berurut-turut sebanyak tiga kali, maka akan dicorengkan mukanya dengan warna hitam dan diarak akan dia di keliling kampung dan kota.
Jika terdapat mereka itu yang juga sudah sampai perintah hukum fiqah itu kepadanya dan makan dia di tempat ramai pada bulan Puasa, maka digantung akan dia di lehernya periuk, kuali, lekur dan belanga. Diberi malu akan dia kerana perbuatannya itu.
Syahadan itulah yang diceritakan orang akan Sultan Alang Iskandar itu terlalu amat menjaga Baginda urusan igama anak negerinya. Bahawa Baginda sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran Igama Islam kepada rakyat Baginda di bandar-bandar dan di kampung-kampung. Aman makmurlah negeri Perak dalam pemerintahan Baginda lagi disayangi rakyat jelata selama 20 tahun itu.
dinbatubara
Tok dengan telo ayam kampung dan kopi O
Pagi-pagi (masa sarapan pagi) kume tengok tok pecah sebiji (dua ?) telur (ayam kampung) dibuangnye yang putihnya. Bahagian yang kuning tok masuk dalam cawan berisi kopi O pekat; di kacaunye hingga kopi O bewarna macam kopi susu. Tok minum dengan nikmat. Ini sebahagian dari amalan kesihatan tok, kut !!
dinbatubara
Monday, April 30, 2012
Tok Man
Sebut sahaja Man Lombong, semua orang kenal. Semasa mudanya dia pernah bekerja di lombong di Lembah Kinta. Dari situlah dia mendapat gelaran. Ramai Man di kampung aku. Maka masing-masing ada nama pengenalannya sendiri untuk mudah dikenali. Ada Man Bongkok, Man Tempelar, Man Tawil, Man Namo, Man Abang Ma’in dan dua tiga Man lagi.
Kata arwah emak, nama sebenar dia Osman. Arwah abah dan mak berbahasa dengannya Pak Seman. Kami adik beradik memanggilnya Tok Man. Tak jelas sangat, macam mana soreh-morehnya. Yang pasti, pertalian keluarga dengan Tok Man itu memang ada. Belum jauh sangat lagi; kata abah.
Rumah Tok Man besar; di kelilingi pokok durian manggis dan bacang. Rumah Melayu Perak – bertiang tinggi, atap bumbung lima; anjungnya lebar, tiga bilik tidur, serambi dan dapur yang luas dan beranda yang split level dengan anjung rumah. Tapi rumah itu tidak pernah siap. Tingkapnya kemas berjeriji besi, tetapi tidak ada bilah kaca. Jenang tingkap terkelohong begitu sahaja. Tangganya masih kayu bulat sebesar paha orang dewasa yang disandar di bendul. Tok Man akan meninjat pada tangga bulat sambil berpaut kepada bendul lalu menghumban badannya lalu tercelapak di bendul beranda.
Aku tak pernah jumpa isteri Tok Man. Dia meninggal dunia sudah terlalu lama. Seorang anak tunggal Tok Man – lelaki, guru besar sekolah rendah di daerah yang agak jauh dari kampung itu. Dia kerap menziarahi Tok Man. Sepengingat aku, dia tidak pernah tinggal bersama Tok Man. Rakan sejati tok Man ialah kambing-kambing peliharaannya yang tidur baring terlompat-kinja di bawah rumah Tok Man. Setiap senja, sambil memasang api bagi mengelakkan kambing kesejukan dan menghalau nyamuk, Tok Man bercakap-cakap dengan kambingnya. Dan kambing-kambing itu amat mesra dan macam memahami benar arahan Tok Man.
Tiap-tiap pagi sebelum Subuh Tok Man mengaji Quran dan berzanji atau berkhasidah. Di atas rehal yang terletak di kepala tidur Tok Man terjelepok sebuah mukadam, naskah al quran tua dan kitab berzanji. Tok Man azan. Garau suara Tok Man menyelinap di celahan pohon durian bacang dan manggis menyapa fajar sadik di ufuk Timur; memecah bening Subuh. Suara Tok Man sedap.
Musim durian tiba; tatkala matahari mula meninggi, Tok Man meranduk belukar kecil di bawah pepohonan durian sambil memukul sekeping zing dengan ranting kayu sambil menyebut huuh … hah … huuh … hah. Ada irama khas yang mengasyikkan dari pukulan zing Tok Man. Tok Man mendongak ke atas menghalau kawanan tupai yang mencuri-makan buah durian yang mulai masak. Kambing Tok Man ikut Tok Man dari belakang.
Selesai kerja, Tok Man melompat naik ke atas beranda – bersila kemas atau berjuntai kaki sambil mengemam sirih. Tok Man nyalakan api pada puntung curut di bibir. Asap berkepul malas keluar dari hidung dan Tok Man menyelinap di celahan misai Tok Man yang tebal dan kekuningan. Tok Man merenung jauh ke hadapan. Sesekali Tok Man tersenyum sambil melurut dan menarik-narik misai. Sesekali Tok Man membetulkan ikat tali pinggang yang menjerut seluar hitam bak seluar pahlawan Kung Fu. Perut Tok Man memboyak ke depan; kelihatan jelas oleh bajunya yang tidak pernah dibutangkan. Tok Man mengebas-ngebas perut buncitnya dengan kain lilit kepala yang kumal. Tok Man memanggil kawanan kambingnya yang meredah denai ke tepi sawah. Sesekali kedengaran suara Tok Man tinggi … berhuuh … hah … bila terlihat dua tiga ekor tupai berkejaran berlompatan di dahan durian. Tok Man tersenyum sambil menenyeh puntung curut pada bendul.
Entah apa difikir oleh Tok Man; tiba-tiba Tok Man mencapai parang bersarungnya, mencapai dan menuntun basikal menuju ke jalan raya. Tok Man sandarkan basikal pada pokok halban di tepi tali air. Tok Man berdiri atas jalan raya. Bas berhenti. Tok Man melompat ke dalam bas. Tak payah bayar tambang. Derebar bas
kenal Tok Man. Kalau bas menghala ke hulu; Tok Man akan singgah minum teh di pekan Lambor Kanan. Kalau bas ke hilir Tok Man berhenti minum teh di pekan Pulau Tiga. Mamak kedai kopi di pekan Lambor Kanan dan pekan Pulau Tiga sudah kenal benar Tok Man.
Ada ketikanya Tok Man bercakap tidak ketentuan-hala. Kekadang, sepanjang hari. Ketika itu dengan kambingnya pun, Tok Man tak banyak cakap. Pun kambing Tok Man tetap mesra dengan Tok Man. Adalah perkara yang Tok Man marahkan, tu !! Tok Man ternampak orang mencuri duriannya; atau kaki anak kambing Tok Man rengkat terkena kayu dibaling budak-budak nakal.
Orang kampung kata tok Man gila isim. Ada juga yang kata Tok Man jadi begitu selapas dia kematian isteri.
Tapi dengan keluarga kami, Tok Man sentiasa mesra. Jika kebetulan Tok Man sedang naik angin dan melintas di depan rumah kami, abah tegur Tok Man; tok Man akan berlalu macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Tok Man selalu panggil abang ke rumahnya, tolong urut belakangnya. Tok Man panggil aku ke rumahnya; tolong ambilkan kunci rumah yang tertinggal di dalam. Tok Man sudah sandarkan sebatang beroti dua sama tiga menjulur ke tingkap yang terkelohong. Aku pun panjat, ambil kunci Tok Man. Tok Man ajak abang dan aku meramas tempoyak. Ada empat biji tempayan bermuncung kecil penuh berisi durian masam yang mahu diasingkan bijinya. Tok Man ajak abang dan aku makan pulut durian. Tok Man sudah sediakan pulut, dia beli di kedai mamak di pekan Lambor Kanan. Tok Man sudah perahkan santan untuk dicampur dengan durian. Ada kalanya Tok Man bawa dua tiga biji durian hulur pada emak. “Apa lah Pak Seman, ni. Kami pun ada.” kata mak. Tapi Tok Man beri juga.
Setiap kali tiba musim durian; ingatan aku terimbau kepada Tok Man.
Catatan : Aku baru terjumpa semula tulisan ini; tersorok dalam suatu fail yang lain. Ini versi asal dari yang dicincang lumat oleh penerbit ADILA (Klasik nasional). Tidak pernah tulisan yang aku hantar sebelum ini diperlakukan sedemikan rupa - kalau pun untuk diedit, penerbit sebelum ini menghubungi aku. Tulisan yang tersiar itu berubah hampir 80% - cerita dan gaya bahasanya. Melalui facebook aku memberitahu tulisan yang tersiar itu bukan tulisasn aku
Wednesday, March 14, 2012
Zahari Hasib dan Aku
27hb. Feb. 2012
Zahari menghembuskan nafas terakhir kira-kira sejam setengah selepas bercakap dalam telefon dengan aku. Aku menelefonnya petang semalam ketika aku ke rumah Pakcik Khalid (bapa saudara isteri aku) di Taman Padang Tembak, Teluk Intan, Aku beritahu pakcik Khalid; aku ada seorang rakan di Padang Tembak; Zahari Hasib namanya. Selepas pencen dia pindah ke kampung. Pakcik Khalid Nampak kehairanan – sungguh dia baru tersedar nama itu pernah ujud dalam untaian awal kehidupannya. Pakcik Khalid minta penjelasan. “Iya, Zahari Hasib yang menulis cerpen, puisi dan drama radio. Tetapi lebih menyerlah sebagai pemuisi.” aku menerangkan.
Zahari Hasib berasal dari Seleboh, Parit; rakan sekelas Pakcik Khalid semasa di Sekolah Menengah Izzudin Shah di Ipoh tahun-tahun 1963/64. Sudah terlalu lama – 1963/64; dan sekarang 2012. Itulah lamanya. Kini Zahari Hasib tinggal di Taman Intan Mas, taman bersebelahan dengan Taman Padang Tembak. Kedua-dua taman itu dalam lingkungan Padang Tembaklah juga; namun mereka tidak pernah terjembung.
Aku telefon Zahari. Seperti biasa aku melaung namanya – “Zahari Hasib, penyair agung.” Dia menanyai aku – macam biasa. Macam lama dahulu. Macam empat lima hari yang lalu. Dia tidak sukar mengcam suara aku. Tapi itulah cara Zahari – “Iya !! ini Saudara Nahar Rashid, ya. Saudara Nahar Rashid. Apa khabar.”
Aku kenal Zahari sudah lama – dalam 35 tahun begitu. Seawal mengenali Zahari ialah apabila aku pernah ternampak Zahari tatkala aku dalam perjalan balik dari berlatih teater di Taman Budaya – Aswara sekarang. Dia kelihatan sering bersama Tengku Alias Taib bersandar di tiang elektrik di tebing Sungai Gombak menonton Khalid Salleh berjual ubat secara main teater di pentas terbuka Benteng di Belakang Bangkok Bank, Jalan Melaka. Tengku Alias ketika itu sudah terlebih dahulu melakar nama dalam penulisan puisi.
Penyair agung – macam mana mulanya aku menggelar Zahari. Ini gelaran cuma aku seorang sahaja. 1978. Kebetulan aku menziarahi seorang rakan karib aku warded di wad psikiatrik Hospital Besar Kuala Lumpur (sekarang HKL). Rakan karib aku itu allahyarham Kamalsyah Kamaluddin – pengarang ruangan Jeritan Batin akhbar Mingguan Malaysia tahun-tahun 1970an. Tekanan kejiwaan menyebabkan dia masuk wad. Di ruang legar wad, Kamalsyah terserempak Zahari Hasib yang menghuni bilik bersebelahan. Zahari dengan rambut ikal yang tak terurus, berjalan terdorong-dorong ke depan dengan memangku topi beretta sambil menggosok-gosok dua biji bola pingpong di dalam lopak topi. Demi terserempak Zahari, Kamalsyah melaungkan : Hallo !! Zahari; penyair agung. Dan Zahari menghampiri kami dengan pandangan kosong. Lakaran watak Zahari itu aku lukiskan dalam cerpen aku yang belum siap-siap lagi – sudah lebih sepuluh tahun.
Kemudian daripada itu sering selepas habis kerja jam 4 petang aku ketemui Zahari di Chow Kit Road. Kami minum teh tarik di gerai mamak berdepan dengan Keramat Super Market. Zahari yang tidak banyak bercakap tapi sering melempar senyum. Habis minum teh Zahari naik bas Serijaya nombor 213 menuju ke Datok Keramat dan aku, menyusuri Raja Muda ke Kampung Bharu. Khabarnya Zahari bekerja di Bank Negara.
Kami bertambah dekat tatkala dua tiga kali hadir bersama program santai baca-baca puisi di Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik Titiwangsa. Ada beberapa kali puisi aku tersiar bersama puisi Zahari, Puzi Hadi, Yasin Salleh, Khalid Salleh, Kasajiza AS. Aziz Deraman.di akhbar Berita Minggu. Aku sebenarnya berasa terlalu kerdil diganding dengan ungkapan puisi Zahari dan penyair tersohor lain itu.
Lama aku tidak ketemu Zahari. Aku akhirnya mendapat tahu Zahari sudah pindah ke Teluk Intan selepas pencen. Aku mencari di mana Zahari. Seorang rakan memberitahu; untuk ke rumah Zahari tanyakan sahaja pada derebar teksi di pengkalan Teksi Teluk Intan. Namun aku belum mencubanya.
Suatu ketika Radio Klasik FM (sekarang Klasik Nasional) dalam program interaktifnya di sebelah petang menerima permintaan lagu klasik. Zahari ada adua tiga kali menujukan lagu kepada beberapa orang sahabatnya - yang kerap ialah kepada Dr Talib Samat. Suatu ketika DJ bertugas tersalah sebut nama Zahari Hasib (seolah mereka baharu pertama kali itu menddengar nama Zahari Hasib - aku membetulkan nama sebenar Zahari Hasib - seorang penyair rakyat tersohor; kataku.
Klasik FM bertukar menjadi Klasik Nasional. Ada slot ADILA - penceritaan pengalaman sendiri dan diadun dengan lagu yang sesuai. Aku hantar coretan dan aku tujukan lagu untuk Zahari Hasib.
Dan baru dalam dua minggu ini memperoleh nombor telefon Zahari dari Dr Talib Samat. Dr Talib bagi tahu Zahari tidak ada telefon bimbit. Jika mahu menelefon, gunakan talian telefon di rumahnya. Aku mahu mempelawanya hadir ke pelancaran pertandingan mengarang cerpen dan puisi Islam anjuran Pusat Khidmat masyarakat DUN Hulu Bernam dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 25hb. Feb. – aku jadi Setiausaha Urusetia pertandingan. Zahari Cuma menyebutkan bagus, bagus, bagus; tidak putus-putus.
Semalam aku bertandang ke rumah bapa saudara isteri aku di Taman Padang Tembak, Teluk Intan. Aku telefon Zahari; beritahunya aku berada di Taman Padang Tambak. Rumah saya di Taman Intan Mas - sebelah ni sahaja – kata Zahari. Zahari mempelawa aku ke rumahnya. Tapi aku beritahunya hari sudah terlalu petang. Percakapan kami terputus-putus dua tiga kali. Line cellcom di Padang Tembak tidak begitu elok ? Aku perkenalkan rakan lama beliau; Pakcik Khalid. Aku hulurkan telefon bimbitku kepada pakcik Khalid dan mereka berbual sekejap di antara putus-putus line dan mendail semula.
Jam 6.30 petang 26hb. Feb.; 2012; aku beredar dari rumah Pakcik Khalid ke Kuala Lumpur. Aku beritahu pada isteri lain kali sajalah ke rumah Zahari. Aku ambil Maghrib di masjid Kg Kelan, Slim River. Waktu mahu berudhu’ aku terasa kesejukan yang sedikit luar biasa. Baru kini aku sahkan itulah ketikanya Zahari menghembuskan nafas terakhirnya.
dinbatubara
Tuesday, February 28, 2012
Zahari Hasib Meninggal Dunia
27hb. Feb. 2012
Terlewat membuka PC hari ini. Petang baru sempat membukanya. Malam tadi langsung tak buka PC – hujan lebat dari Tanjung Malim ke Rawang – menyiksa pemanduan. Singgah makan malam dengan isteri dan anak di Six Point Nusantara, Batang Kali. Sesampai di rumah terus tidur. Petang ini baru sempat buka PC. Terpana seketika - paparan fb Karyawan Pk mencatatkan Rekwim buat Zahari Hasib oleh Zabidi Hj Ismail.
Zahari,
ucap terima kasih engkau telah terhenti di sini!
Kematian telah bersarang di dada malam
pergilah sahabat
dingin malam ini
menyelimut engkau ke akhirat
Aku di sini memendam duka
sendu tidak dapat menatap bening wajahmu
sebelum berangkat ke liang lahat.
Rekwim ? Zahari Hasib. Meninggal ? Saya hubungi rumah Zahari (nada dering ada; tapi akhirnya terhenti. Dr Talib pernah beritahu saya Sdr Zahari tidak miliki hand-set. “Kalau nak hubungi dia ialah dengan telefon rumah;” kata Dr Talib). Saya menghubungi sahabat Karyawan Pk - Sdr Itamta Haron beberapa kali. Gagal. Cuba menghubugi Onn Abdullah. Menghubungi lagi hand-set Cikgu Itamta mendail pula ke rumahnya; diberitahu oleh isterinya Cikgu Itam di sekolah Menghubunginya lagi Cikgu Itam. Gagal. Hubungi pakcik Khalid. Tak berjawab. Siapa lagi yang dapat saya hubungi. Baru teringat Dr Talib Samad. Dail nombor Dr Talib beberapa kali – baru dapat bercakap. Dr Talib baru sampai ke rumah dari Teluk Intan – pengkebumian jenazah saudaraku Zahari Hasib. Sah; Zahari meninggal dunia. Aku sembunyikan sendu.
Zahari
Petang semalam aku menelefonmu
percakapan kita yang terhenti dan aku mendail lagi
meneruskan percakapan ringkas yang terputus-putus; ah,
line tak clear di Taman Padang Tembak.
Taman Padang Tembak dengan Taman Intan Mas bersebelahan
tidak sempat singgah ke rumahmu
rupa-rupanya tak berapa minit selepas perbualan kita engkau pun pergi.
Rupa-rupanya salam antara dengar dengan tidak di akhir petang itu
adalah salam kita yang terakhir.
Semoga sejahtera perjalananmu
Saudaraku.
Dinbatubara

Sunday, January 8, 2012
8hb. Feb.; 2012 (Ahad); Dato Hassan Ali dipecat dari PAS
Dapat berita Dato Hassan Ali mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat dari PAS, berkuat-kuasa serta merta. Ini berikutan kecaman keras beliau terhadap Kepimpinan PAS dan hala tuju PAS yang didakwa beliau sudah menyimpang dari matlamat Asal PAS.
Kita tidak bias terhadap pemecatan Dato Hassan. Pastilah disebabkan Dato' Hassan tidak mengindahkan teguran pemimpin supaya menggunakan saluran yang betul menegur kepimpinan/PAS. Dan lebih malang disebabkan Dato' Hassan yang satu ketika pernah jadi Naib Presiden PAS dan masih jadi AJK PAS pusat tapi kelihatan gagal memahami aspirasi dan lenggok politik PAS mutaakhirin - yang berubah ialah cara bertindak dalam arus politik kini berdasarkan fiqh siasah dan Maqosid Syariah; namun dasar PAS tetap sama seperti yang dilembagakan.
Di era Kepimpinan Ulama'ini; seingat saya penama popular yang pernah menerima tindakan pecat dari PAS sebelum ini ialah Ust.(Dr ?) Latip Hamad (AJK PAS Kawasan Selayang) - kerana tindakan beliau tidak mengindahkan amaran Kepimpinan kerana kecamannya terhadap PAS di samping tidak hadir pendengaran dengan Jawatankuasa Disiplin.Ust (Dr?) Latip khabarnya masuk Umno lepas itu. Seorang lagi ialah seorang ahli Jawatankuasa PAS Pasir Salak Ust Abdul Wahab bin Dawam. Dia tidak masuk Umno namun kembali jadi ahli PAS tidak lama selepas itu.
Seingat saya; sebelum PAS di bawah Kepimpinan Ulama' - bawah kepimpinan Dato' Asri, Ust Abu Bakar Hamzah telah digantung keanggotaan PASnya. Dia yang mengundurkan diri dari kepimpinan selepas gagal merebut salah satu jawatan Naib Yang DiPertua PAS telah digantung keahlian kerana kecamannya yang keras terhadap Kepimpinan di samping tidak bersetuju penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional. Tapi sampai ke sudah Ust Abu Bakar Hamzah tidak pernah masuk Umno. Dan saya tidak ingat apakah Ust Abu Bakar Hamzah masuk PAS semula selepas itu.
Cikgu Hashim Gera; YB Parlimen Parit (1969) dipecat keanggotaannya kerana masalah moral (menari di Parlimen ?). ERa-era reformasi, Cikgu Hashim khabarnya pernah isi borang PAS untuk jadi ahli PAS disebuah kawasan di Ipoh; tapi tak diterima. Ada tawaran dari Mohd Hashim GG Edar untuk sebuah kawasan di Wilayah Persekutuan. Tak dapat dipastikan apakah dia sudah menjadi ahli di kawasan tersebut. Namun yang menariknya ialah sebelum beliau meninggal dunia' beliau menyeru semua anak-anak cucu dan menantunya masuk PAS.
Seorang lagi yang mengundurkan diri dari PAS ialah Ust Amaludin Darus (yang bertanggung-jawab membawa/memperkenalkan dan mengembangkan PAS di Kelantan; 1952). Beliau banyak mengkritik (walaupun tidak secara terbuka) kepimpinan Dato' Asri; hujung-hujung tahun 1960an hingga 1974 (PAS yang mulai diserapi fahaman maddiah)- antara yang mempersoalkan usaha Dato' Asri nak bawa PAS ke dalam Baisan Nasional. Ust Amaludin Darus tidak pernah masuk Umno selepas itu. Adalah dipercayai Ust Amaludin Darus kembali bersama PAS selepas Kepimpinan PAS bertukar kepada Almarhum Tn Hj Yusof Rawa.
Dan sekarang Dato' Hasan Mohd Ali. Asasnya ialah menegur/mengkritik kepimpinan (hingga terbuka dan menggunakan media Umno). Semoga Dato Hassan akan mengambil manafaatkan dalam masa yang kondusif selepas dipecat ini untuk melihjat di mana kesilapan. Saya tidak percaya jika Dato' Hassan akan menyertai Umno.
Teringat apa yang pernah disebut oleh Prof Zulkifly Mohammad (Yang Dipertua Agong PAS Ke 2): PAS perlukan orang yang sedikit bodoh dari terlalu ramai yang pandai.

Monday, January 2, 2012
Selengko kesah - tribute untuk Opah Su
Kalu ade arwah encik (emak) keme dulu umo dia 83 tahun le juge; sebaye dengan opah Su (mase opah Su meninggal). Arwah emak keme dengan arwah opah Su sederjah - ngaji sebelum masuk Jepun sampai pendudukan Jepun. Arwah encik jadi ketue derjah. Encik beceghite; opah Su tu selalu di sekehnye (ini kighe keh buli le ni !) waktu belajo membace.
Lepeh Jepun, encik sepatutnye nyambung belajo ke Teluk Bakong tapi tak dibagi dek opahnye (mak mentue almarhum Hj Yeop Menjelih); takut dilaghikan dek Keminih ke daghat. Tak lame 'duduk-duduk di ghomah', soghang sedaghe tok, namenye Hj Abdul Majid (lahir di Mekah - daghi Teluk Saghih) datang ke ghomah. Die bebahase dengan tok abang Yeop. Besame dengan Abdul Majid ialah Abdul Rashid (abah keme lepeh itu) yang baghu balik daghi Bukit Mertajam (Pondok Masriah, Tanah Liat). Abah balik ke Teluk Saghih bile pecah peghang (Peghang Jepun) dan tak nyambung balk ngajinye. Tok bekenan beno dengan santun anak muda bersongkok tinggi menyengit (dan anak oghang kaye Teluk Sagheh itu !!) lalu pujuk Hj Abdul Majid untuk ambik die (abah keme) jadi menantu.
Encik (anak tok yang sulung) kawin dengan abah lalu ikut abah ke Teluk Saghih.
Opah Mi (isteri tok - emak encik kume) meninggal dunie, meninggekan adik-adik encik (Pak E, Pakcik Ya, Makcik Abe, Ayah Cik Hambe Wan Kecik dan Ayah Cu (yang tengah nyusu). Tak lame lepeh itu, tok kawin dengan opah Su. Tok Sidang Tain (apak opah Su) habonye kesian dengan Tok dengan anak yang ghame (kehilangban isteri). Tok Sidang Tain menawokan anaknye untuk jadi isteri tok (tok yang udah jadi oghang alim mase tu. Die membahasekan tok, Tuan). Sebelum itu tok udah ade isterinye opah Cik di Teluk Anson.
Tok kawin lagi. Tetibe oghang yang 'dibulinye' sekaghang udah jadi emak die. Mase itu Wan Kecik dalam umo lime atau nam tahun (kighe-kighe udah laghat nukung adiknye; ayah Cu (Mohd Ali) yang masih bayi.
Encik tak pueh hati sebab tok kawin lagi. Anak-anak tok yang lain juge mendam ghase. Mungkin peghengkat awe, opah Su belum mampu mengurus anak yang ghame. Iye le..., anak daghe tetibe kawin dan dapat anak ghame (7 oghang tolak due; encik yang udah bersuami di Teluk Saghih dan Pak E - yang kawin lepeh itu dengan anak Tuan Lambo). Ade saje le yang tak kene pade pandangan anak-anak.
Encik beghontak lalu melaghikan adik-adiknye; Wan Kecik dengan Ayah Cu ke Teluk Saghih. Ayah Cik yang mase itu ngaji derjah enam di Pulo Tige (bebesika) tiap-tiap aghi dalam pejalanan balik ke Lambo akan singgah sekejap bemesghe dengan kakak dan adik-adiknya (wan Kecik dan ayah Cu) di Teluk Saghih.

Subscribe to:
Posts (Atom)