Monday, February 14, 2011

Kejatuhan Mubarak ada Campurtangan Allah; Monday, February 14; 2011


Oleh TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Saya pernah belajar di Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air.

Hari ini, rejim Hosni Mubarak jatuh tersungkur. Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini. Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?

Jika di Padang Arafah, musim haji terakhir baru-baru ini mencatat kehadiran jemaah yang wukuf seramai 2.7 juta orang (angka rasmi), di Dataran Tahrir rupa-rupanya lebih ramai daripada itu. Siapakah yang mengerah mereka jika tidak naluri mereka sendiri yang digerakkan oleh Allah SWT?

Mereka berkampung selama 18 hari tanpa terjamin urusan makan minum dan pengurusan seharian semata-mata untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak.

Mesir menyaksikan sejarah penindasan kepada para ulama yang begitu lama. Jauh sebelum itu, musuh Allah SWT yang bernama Firaun sendiri pernah ditenggelamkan oleh Allah SWT. Firaun yang mengaku dirinya tuhan ditenggelamkan di laut setelah Allah SWT membenarkan Nabi Musa bersama pengikutnya melalui laut sama yang telah dibekukan sepanjang lebih kurang 40km.

Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim. Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch Quraisy. Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasaNya?

Sayangnya, musuh Allah SWT tidak pernah belajar dari sejarah. Sekali lagi kesilapan Firaun diulangi oleh pemerintah Mesir dengan membunuh para ulama. Almarhum Syeikh Abdul Qadir Audah, Almarhum Syed Qutb dan ramai lagi para ulama terkorban di bumi Mesir hasil kezaliman pemerintah Mesir. Demikian juga ulama yang terpaksa keluar dari Mesir seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi ekoran keselamatan yang sentiasa terancam oleh polisi kerajaan Mesir.

Harapan saya, rakyat Mesir akan mendapat pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat serta beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.

Monday, February 7, 2011

Kak 'I dan 37 tahun Wilayah Persekutuan (memenangi hadiah bulanan ADILA, Klasik Nasional)

Namanya Arba’iyah. Di kalangan yang berumur bawah dari dia, memanggilnya Kak Ba’i.  Peringkat anak-anak panggil dia Makcik Ba’i. Yang sebaya, panggil Ba’i sahaja. Ada juga panggil Kak ’I.  Aku sendiri berbahasa dengannya Wan Kecik.  Kenapa Wan Kecik ?  Kerana dia adik perempuan allahyarham emak aku seemak sebapak yang paling kecil.  Orangnya manis mulut.  Tak sombong.  Orang Perak.  Identiti Peraknya masih dapat dikesan menerusi telor dan miring bahasanya; walaupun sudah melalui assimilasi dan kekotaan namun tetap terasa klasiknya.

Orang Parit.  Tinggal di situ; di Kampung Abdullah Hukum; sejak  tahun 60an; ketika Kuala Lumpur sebahagian daripada Selangor.  Dan itu antara kawasan setinggan di Ibu Kota; yang mercup tumbuh selepas Tragedi 13 Mei 1969 – bila DEB diperkenalkan oleh Tun Razak; PM Malaysia ke 2. Menteri Besar Selangor ketika itu; Dato' Haron Idris bagi semangat kepada orang Melayu agar datang merebut kek ekonomi kesan dari perkembangan bandar Kuala Lumpur. 

Turun dari Bas Seri Jaya yang menghala ke Pantai Dalam, Universiti Malaya atau PJ – depan Bangunan LLN (TNB); melintas jalan keretapi,  ditemui di situ bersesak-sesak rumah yang dihuni majoriti orang Perak, Melaka, Johor, Kedah atau Pulau Pinang. Mereka bekerja sebagai buruh,  pekerja separa profesional atau perkeranian di LLN, UM, UKM, Angkasapuri, KTM, The New Straits Times  atau Lever Brothers.  Ada juga yang berniaga di gerai-gerai Taman Ghazali Shafiee sebagai tukang gunting, tukang jahit, tukang kasut dan peniaga barangan runcit atayu makanan. Malah ada juga yang bekerja di kilang-kilang perusahan di PJ dan Airport Subang.

Kak ’I  buat kuih dan menjualnya di Taman Ghazali Shafie.  Pulang dari kerja aku suka tolong Kak ’I buat kuih (tahun 74 aku dapat kerja di KL dan menumpang di rumah Kak ’I). Dalam periuk  sudah sedia keledek yang direbus. Kak ’I  sudah kopek kelapa untuk disagat.  Kak ’I  akan rendam pulut dan anak udang; racik kentang dan lengkuas. Kelapa, lengkuas, anak udang dan kentang untuk buat inti.  Tepung sudah sedia, gula merah sudah berayak, satu dua sisir pisang bersimpuh di tepi dinding. Semua akan diadun menjadi kuih.  

Lepas Subuh, Pakcik Asyim – suami Kak ‘I; bawa kuih ke gerai di kedai sederet Taman Ghazali Shafie. Ada karipap, kuih keria, kuih lenga, pulut panggang, pau, nasi lemak bungkus, bihun, pisang goreng dan cekodok. Cekodok ? Aku ketawa sendirian – di KL namanya  kodok !! Di kampung aku, namanya jejemput. Selepas tinggalkan kuih, Pakcik Asyim mengayuh basikalnya ke tempat kerja di Jalan Gurney (Jalan Semarak sekarang).  Kak ‘I di rumah, mengurus pula anak-anak untuk ke sekolah.

Antara Maghrib ke Isya’ Kak ‘I mengajar mukadam dan al Quran.  Jiran setempat hantar anak-anak mereka mengaji dengan Kak ‘I.  Kak ‘I tak minta bayaran – “Itulah bekal saya di akhirat kelak;”  kata Kak ‘I. Tapi ibu-bapa hulur juga Kak ‘I ala kadar. Kak ’I  terima seikhlasnya. 

Kak ’I beranak dan terus beranak; sampai 13 orang.  Semuanya mendapat pendidikan sempurna dan sudah bekerja yang baik-baik.  Ada juga yang cergas dalam politik. Dan sekarang, hampir tiga suku daripada anak Kak ’I sudah berkeluarga - yang perempuan ikut laki dan yang lelaki bawa anak-isteri; buat sarang masing-masing. Kak ’I pun sudah tidak buat kuih lagi. Anak-anak Kak ’I  menyara hidup Kak 'I bagi dan Pakcik Ashim. 

Kak ’I sudah tua.  Umur Kak ’I sudah menginjak hujung 60an.  Mata Kak ’I masih terang. Ingatan Kak ’I juga masih kuat.  Adalah, sedikit kencing manis; kata doktor.  Umumnya Kak ’I masih sihat.  Pakcik Ashim juga sudah tidak bekerja.  Hujung minggu, anak-anak cucu yang tinggal berhampiran akan datang ke rumah Kak ’I.  

Kak ’I sebahagian dari warga kota, hidup bersama degup dan denyut nadi kehidupan Kota Kosmopolitan Kuala Lumpur.  Pun, perumahan setinggan Kampung Abdullah Hukum sudah tiada. Kak ’I dan semua warga setinggan itu sudah pindah ke Appartmen Bandaraya tidak jauh dari situ. Tapak itu akan didirikan bangunan bertingkat yang bakal menyaingi Mid Velly di seberang Sungai Klang; di hadapan appartmen itu. Rumah kedai sederet di Taman Ghazali Shafie juga sudah lama lenyap – KTM dan sebuah syarikat konglomerat; LRT-Putra membina laluan Komuter dua lorong KL-Seremban; serta jejambat laluan transit ringan.

Tahun ini ulang tahun ke 37 Wilayah Persekutuan. Pun sudah hampir lima puluh tahun Kak ’I menetap di Kuala Lumpur.  Aku bayangkan; dari jendela kediaman Tingkat 3 itu, Kak ’I melepaskan pandangan dari atas bingkai cermin-matanya; menyusuri Jalan Bangsar yang terus sibuk. Lurus jauh ke depan ialah Kawasan komersial dan Perumahan Bangsar Park dan Bukit Bangsar - Jalan Raya kelas pertama telah menghubungkannya dengan Damansara;  menara Masjid Saidina Abu Bakar menancap megah ke udara di tengah-tengah kawasan komersial dan perumahan di situ. Di sebelah kiri - itu Bangunan Tenaga Nasional; dulunya disebut LLN (lama sebelum itu dikenali dengan panggilan KED).  Di sebelah kanan - tapak itu dulu adalah kilang  sabun dan ais-krim; Lever Brothers. Bersebelahan tapak peninggalan Lever Brothers itu, sudah berdiri bangunan lebih 20 tingkat milik taikun kewangan nasional; May Bank. Pernah dikhabarkan orang di situ dahulu adalah ladang getah milik Orang Putih.  Macam mana Orang Putih dapat milik tanah itu dan tanam getah. Ada juga yang kata ladang itu dulu milik dua bersaudara orang Perancis; Bung dan Grisar. Dari singkatan ke dua nama keluarga ini memberi nama kepada Bangsar. Kak 'I memendekkan leher dan menelan liur. Lantaklah, dia tak berminat menebak jawaban.

Ayun temayun lembayung senja di ufuk Barat; tiba-tiba sejalur Komuter melintas arah ke sebelah kiri dan LRT Putra, menyusuri jejambatnya melintas ke kanan; Kak ’I mengangkat bingkai cermin-matanya; dan teringat cucu-cucunya di Tingkat 6 akan tiba sebelum Maghrib ini; lepas Isya mereka akan ke majlis hari jadi cucu pertama dari anak ke 8-nya di McDonald, Kota Damansara. Tapi sampai sekarang mereka masih belum tiba-tiba. Mungkin menunggu bapanya yang belum pulang dari kerja kerana terperangkap dalam jem di Jalan Tuanku Abdul Rahman; getus hati Kak 'I.


dinbatubara

Wednesday, January 26, 2011

Dari sembang di kefe fb

….
Abdul Rahman Hashim :  Walaupun saya kelihatannya berakitkan UMNO, namun saya bimbang rakit ini bakal ditenggelami arus yg deras jika UMNO tidak mahu muhasabah diri. UMNO hanya relevan jika bersedia untuk berubah menjadi lebih baik daripada hanya berpuas hati dgn sokongan yang berbaki ini. Jika tidak....UMNO mungkin diubahkan?

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara :  Aman, sifat rakit ialah samada statik atau dinamik. Statik ialah duduk diam spt rumah rakit di Sungai Temerloh, Pahang; alangkah lemahnya kerana terpaksa ditambat dgn kawat ke tebing & terolang-oleng meski oleh ombak kecil. Sifat kedua: Dinamik (sikit bagus) tp hukumnya ialah menghilir (mengikut arus) sungai. Rakit akan menghilir sungai bersama2 dgn hanyutan2 lain. Umno pd sifat STATIK, sudah tentu bukan - Umno sudah mengalami anjakan. Ada sifat DINAMIK pd Umno; tp berapa lama lg perlu bersama2 'apungan/hanyutan yg tak berguna' yg hari ke hari dilepaskan dari celah/lubang/ekor rakit & sampah sarap. 

Malang bg Umno - yg bakal tenggelam oleh onar/korupsi moral kepimpinan dan pengikut buta-tuli ahli yg sudah terasuh oleh politik regimentasi. Rakit tidak akan memudiki sungai (Rakan Umno lain dlm BN telah berdulu-duluan menungkah arus - menggunakan bot-bot laju; dari khilaf dan alpa & berani yg entah apa-apanya Umno). 

Rakit tidak akan boleh menungkah arus. Jgn beretorik dgn pepatah yg menyebut 'berakit-rakit' ke hulu. Tak usah nak kata anda sudah bersedia & pandai berenang ke tepian; kerana orang yg pandai/bijaksana/jujur tempatnya bukan lg Umno.Anda sendiri sudah sangsi dgn rakit anda. Tunggu apa lagi. Biar Hidup Sehari Jadi Harimau Dari Hidup 1000 Tahun Menjadi Kambing.

Hirwan Hambal :  bangsa menumpang rakit....sebagai renungan sekadar pandangan diri sendiri......PAS bukan nakhoda dalam pakatan......PAS hanya komponen...undang-undang mengangkatkan PAS di Perak...undang2 menurunkan PAS.....akibat dari ada yg melompat...maka tumbangnya ....yg sepatut diangkat......tapi yg baring yg menjerit bukan yg ditumbangkan......sebaliknya yg tumbang bertepuk tangan bersorak......menyerah bulat-bulat nasib bangsa kepada PAS belum menjamin langit itu cerah....biar mendung asal tidak hujan....nasib yang nak menanggung bukan 1,kalau diri sendiri boleh juga tabahkan hati....nak tabahkan hati org lain takut tak terdaya....kalau jadi harimau 1 hari biar yg harimau hidup bebas gagah dan dihormati oleh penghuni rimba....daripada jadi harimau 1000 tahun hidup dalam sarkas.....mengaum tapi disuruh duduk die duduk.....di suruh lompat die lompat...di suruh berdiri die berdiri....

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Dik Hirwan; tidak diminta supaya orang Melayu menyerah bulat2 nasib bangsanya kpd PAS; PAS tidak memiliki lampu Aladdin utk menjamin survival Melayu. PAS insaf dgn peringatan Allah: Allah sama sekali tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib mereka. Selamanya PAS memang tidak mahu bersendirian.

PAS mengajak ummat Melayu khususnya & bangsa Malaysia umumnya berganding-bahu. Tolong kami (sekarang Pakatan Rakyat) meraih kuasa supaya kita dpt mengemukakan/ melaksanakan agenda kerja utk bangsa/Negara.

Pun lihatlah juga trek rekod PAS di sepanjang keberadaanya di persada politik tanah air – jatuh/bangun & kalah/menangnya. Kalah; PAS tidak mengamuk atau membuat/ mencipta onar yg bukan2 hingga menyulitkan semua institusi. PAS malah teruskan perjuangan. Individunya tidak bersedih, apa lagi merajuk atau berhenti berjuang. Menang (miliki kuasa negeri) tidak berlaku zalim/sombong/pandang kroni/kumpul harta utk peribadi.

Sebelum PAS menang di Kelantan (zmn MuhammadYaacob MB) orang yg sokong PAS; (petani) tak dapat subsidi baja – guni baja dicap dacing, (nelayan) tak dapat subsidi disel, (anak sekolah, masuk universiti) tak dapat biasiswa – kdg-kala dpt borang tp tok sidang yg mengesahkan status anak-mukim bagi syarat mesti isi borang Umno. Saya (di Perak) bersekolah di Sek Keb Tlk Sarih, nak minta biasiaswa anak Melayu Perak, Tok Sidang kata Pandak Ashid orang PAS – tak dapat; ‘lorong bertar’ diturap setakat tiga rantai dari kebun almarhum ayah saya (Pandak Ashid), tak bersambung hingga ke kebunnya. Kenapa. Alasannya tak cukup peruntukan. Bukan. Bukan tak cukup peruntukan; tp utk 3 rantai lagi itu dilarikan ke tempat lain; hukuman sebab almarhum Pandak Ashid penyokong tegar PAS.  Kg Empai pernah di lebel sebagai kwsn Hitam (tambahan : oleh Umno), bila PAS menang di Parlimen Parit dan DUN Kg Gajah (1969).

Ini kerja pemimpin Umno yg di bawah. Kerja pemimpin Umno yg di atas (sekarang) jgn ceritalah; sudah menjadi rahsia yg diketahui umum – orang Umno pun tahu. PAS tidak berhenti mengajak ummat Melayu/Islam & bangsa Malaysia seluruhnya dgn formula/plan perubahan – pembentukan masyarakat berkebajikan, sejahtera dan takut kpd Allah. PAS mencuba mekanismanya – pernah bersama Umno,/BN bersama dlm Angkatan Perpaduan Ummah (PAS, Hamim, Berjasa,&Semangat 46), mencuba membina hubungan dgn komuniti China dlm CCC & terakhir dlm Pakatan Rakyat.

Tidak kisah kalau kami bukan nakhodanya.  PAS tidak mabuk untuk jd pemimpin. (tambahan : Berkali-kali ahli PAS diperingatkan oleh pemimpinnya :  PAS perlu kuat kalau mahu dihormati) Yg penting ialah tujuan perjuangan PAS dapat diterima & dikenderai bersama. Kpd yg bukan Islam; bebarapa nilai & tuntutan Islam dpt PAS perkenalkan/ sampaikan. Umno yg bersama2 rakan-konsi bukan Islamnya nampaknya belum bagi tahu rakan bukan Islamnya itu bahawa bersentuhan kulit yg bukan muhrim itu haram (isu terkini di Tenang, Johor). Ulama’ Umno belum berbisik agaknya kpd Najib bahawa hukum tak pakai tudung oleh isterinya itu haram. Atau kalau dah diberitahu, Najib belum mahu nasihatkan isterinya; atau kalau Najib dah beritahu isterinya, big mama tu masih tak mahu ikut; apalagi yg diharapkan oleh orang Umno kpd Najib. 

Najib tak boleh pimpin isterinya macam mana nak pimpin 27 juta rakyat Malaysia.. Ulama akan ditanya dlm kubur, Najib akan ditanya, Orang Umno semuanya akan ditanya. Orang PAS juga akan ditanya Allah : “sudahkah kamu menyampaikannya.” Nabi kata : “Pemimpin akan ditanya kepemimpinannya.” Kata Nabi : “Kalau kamu melihat kemungkaran, ubah dgn tangan (kuasa – angkat tangan/mengundi/pangkah/buat pungutan suara). Tak boleh dgn tangan, ubah dgn mulut (dakwah/bagi tahu/tegur – terpulang pada cara; yg degil, keras hati, tak faham-faham : tegur terus dgn cara paling baik). Tak boleh dgn mulut; dgn hati - sesungguhnya itu adalah selemah2 iman." Orang Umno selamanya memilih menegur dgn hatikah. Takkan nak selama2nya (tambahan: kita) hendak dlm golongan lemah iman. Nak bagi tau juga sikit di sini; dlm perlembagaan  (pembetulan: pebincangan tentang hala-tuju Pakatan Rakyat yang sudah di wacanakan) Pakatan Rakyat; antara lain ialah memelihara demokrasi, begerak dlm batas Perlembagaan Malaysia, Mempertahan/(tambahan: memartabatkan) institusi Raja-Raja Melayu, menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara & tidak menyentuh(tambahan: mempersoal) hak keistimewaan orang-orang Melayu. 

Dan, ah; apa tujuan PAS ditubuhkan. Lihat Fasal 5 (Perlembagaan PAS) iaitu (1) Memperjuangkan wujudnya di dlm negara ini sebuah masyarakat & pemerintahan yg terlaksana di dlmnya nilai2 hidup Islam & hukumnya menuju keredhaanAllah; (2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan & kedaulatan negara. Jadi betullah PAS ditunggang oleh orang lain ? Tak betul, tu !! Aspek mana tomahan itu ? 

Dua baris terakhir itu, kita cerita lain kali, insyaAllah.

dinbatubara

Friday, January 14, 2011

INTERLOK Yang Saya Baca

Baru mengkhatam pembacaan novel Interlok; karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Di sekolah menengah dahulu saya di aliran sains – tidak sempat membaca novel ini. Bagaimana pun kecenderungan membaca karya-karya besar penulis tempatan; khususnya tulisan Sasterawan Negara, menyebabkan saya sentiasa memburu karya adicipta tempatan (sesetengahnya sudah tidak ada di pasaran).  Kebetulan pertengahan tahun lepas saya menemui buku tersebut dari suatu ekspo mini buku (edisi pelajar); beli pada harga diskaun 50%; pun belum sempat untuk segera menghabiskan  pembacaannya.  Tak tahu pula novel ini dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk Tingkatan Lima mulai 2011.
        Terpanggil untuk segera menghabiskan pembacaan berikutan isu penarikan balik penggunaan teks ini yang didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada orang India dan Melayu.  Khabarnya ada beberapa halaman menyebut orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India. Betulkah.
        Di kulit belakang novel dicatat :  Novel ini memangi hadiah sagu hati dalam peraduan novel merdeka tahun 1967. Novel yang memaparkan tema integrasi kaum; Melayu, Cina dan India, yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama sebagai rakyat Negara yang merdeka dan berdaulat. Iya, Interlok menggambarkan latar awal perhubungan antara kaum terbesar itu di Malaya sekitar awal tahun 1900 sehingga Malaya merdeka 1957.
      Abdullah Hussain membahagikan penulisan buku ini kepada empat Bab (disebut Buku) iaitu; Buku Satu – Keluarga Seman, Buku Dua – Keluarga Cing Huat, Buku Tiga – Keluarga Maniam dan Buku Empat – Interlok.  Buku Satu, Buku Dua dan Buku Tiga pemerihalan kehidupan berkeluarga/sistem sosial  dan berekonomi keluarga masing-masing. Keluarga Seman; aktiviti kehidupan sebagai bangsa peribumi dan budaya berhutang (dengan Taukeh Cing Huat untuk kehidupan nampak bergaya) yang menyebabkan tanah, rumah  dan lembu tergadai. Kehidupan Keluarga Cing Huat – berniaga dan memberi hutang; dan Keluarga Maniam yang terlibat langsung dalam aktiviti perladangan getah.  Bahawa pengenalan ekonomi moden dan kepentingan perlombongan bijih dan getah British bangsa Eropah itu telah membawa masuk buruh-buruh dari China dan India ini ke Malaya. Ini dilakar dengan jelas lewat novel ini.     
       Gaya penulisan yang simpel. Disebut sejarah awal bangsa berkenaan dari sebelum kedatangan ke Malaya; perjalanan hingga sampai ke Malaya, kehidupan/perekonomian setelah berada di Malaya. Dan Buku Empat – Interlok ialah peleraian pengunci terhadap keterbentukan suatu bangsa – bersama-sama menghadapi cabaran dann tantangan mempertahankan negara.
       Interlok Apa maksud Interlok. Kenapa Interlok. Interlok ialah dari perkataan Inggeris Interlock. Yang dimaksudkan oleh Abdullah Hussain ialah  sebagai pengunci kepada masyarakat yang terpisah-pisah supaya menjadi satu masyarakat yang bersatu padu.  Kepada Munsyi Dewan; Sdr Abd Ghalib Yunus, Interlok ialah memancakan (merapat; mempertaut sepuluh jemari). Bahasa Inggerisnya Interlock : He interlocked his finger – dia memancakan jarinya, yang bermaksud bertaut rapat. Maknanya dalam konteks novel ini ialah mempertaut (mengintegrasikan) tiga kaum
       Abdullah Hussain menjadi pencatat peristiwa.  Semuanya ditulis secara jujur dan objektif. Tidak nampak Abdullah Hussain seorang prejudis atau mahu jadi propagandis. Jika Abdullah Hussain mahu jadi propagandis, mestilah beliau akan memenangkan satu-satu kaum sahaja.  Tetapi Abdullah Hussain melagang cerita/peristiwanya seimbang.
       Diceritakan tentang orang Melayu tidak mahu menghantar anak ke sekolah :  “Dan Seman pun besar. Tidak pernah renggang dari ibu bapanya, sejak  kaki sebesar dua jari sampai dia besar menjadi pemuda yang tegap sasa.  Mereka berdua begitu cemburu kepada anaknya, sehingga  mereka tidak benar anaknya itu masuk sekolah. Waktu itu guru besar Sekolah Menengah Simpang Empat dengan beberapa orang guru lain sedang berkeliaran di dalam kampung mencari pemuda-pemuda untuk diajak belajar di sekolah.  Mak Limah dan Pak Musa menyorok Seman di dalam kelambu” – Interlok; ms 37) ).  Tentang kecenderungan bangsa Melayu menipu – disebutkan : “mengecek orang Cina itu untuk menangguhkan hutangnya” – Interlok; ms 38)
      Iya, kalau orang Melayu mahu marah pun sepatutnya boleh kerana Abdullah telah dengan sinikal mengaibkan orang Melayu – orang Melayu yang menipu dan tertipu pula selepas itu, anti pendidikan, tidak mengalami mobiliti sosial secara vertikal. 
      Iya, boleh sahaja jika Abdullah Hussain mahu meletakkan dirinya sebagai propagandis suatu kaum. Selepas sepuluh tahun merdeka (1967) yang jelas kaum peribumi (Melayu) terhimpit/ tertinggal oleh pengenalan kepentingan ekonomi British. Ketika bangsa lain sudah menikmati terang cahaya elektrik, air bersih, kemudahan kesihatan, kemudahan mempelajari bahasa Inggeris (anjakan sosio budaya beriringan kegiatan perkonomian British – perlombongan dan perladangan getah). Ramakrishnan (anak Maniam) sudah jadi inspektor polis, (Penduduk Kampung Baru yang lahir dari Rancangan Briggs – program isolasi mengelak pengaruh komunis terhadap komuniti China; mereka menerima kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, bekalan elektrik dan air paip; perkampungan Melayu masih bergelap-gelita, pandangan orang Melayu terhadap pelajaran masih nihil, pelajar-pelajar anak orang Melayu berlampukan pelita ayam – berkudis – tokak, manai – kekurangan zat makanan, setiap juzuk dalam darahnya terdapat kuman malaria dan kecacingan dalam perut. Iya, betul; ada seorang anak Melayu; Lazim yang menjadi guru lulusan SITC – secara perlambangan buat menghidupkan wacana politik, bangun menentang kemasukan semula British – ini sahajakah wahana perjuangan Melayu; kuatnya mereka dalam politik. Kenapa Abdullah Hussain menulis begini !). Kenapa kejamnya penulisan Abdullah Hussain terhadap bangsanya sendiri.
       Sedangkan kaum India mengalami mobiliti vertical – dari boroh (kuli) ladang, jadi tandil (mando), mengurus ladang apabila British lari setelah kemasukan Jepun; dan ada yang jadi inspektor polis. Pun kehidupan di ladang-ladang getah milik orang Putih yang pastilah mereka juga berkecukupan prasarana seperti elektrik air bersih dan klinik. Abdullah Hussain menuliskan kecenderungan bangsa India membina/memajukan diri seperti usaha mendirikan sekolah (berbahasa Tamil) dan menjemput guru dari bandar mengajarkan bahasa Inggeris. 
       Pun kalau orang China mahu mereka juga boleh tidak puas hati; kerana pemaparan dengan jelas kecenderungan China yang pada mulanya taksub kepada Kuomintang kemudiannya jadi penentang Jepun (MPAJA ?) dan akhirnya jadi Komunis (orang hutan). British memperkenalkan Rancangan Briggs (pertengahan 1950an); program pemindahan kependudukan Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan ke kawasan penempatan semula (Kampung Baru) yang dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan untuk mengelak dari interaksi orang tempatan (Cina) dengan grilya komunis. (Teruknya orang China.  Perkaumannya. Kecintaan kepada Negara asalnya.)
      Baru pada 2hb Disember 1989 Perjanjian Haadyai – Perjanjian Perletakan Senjata antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaya telah dibuat di Hotel Le Garden, Haadyai, Thailand ditandatangani; menamatkan sejarah panjang Kominis/Cina.  Amat senonim orang Cina dengan komunis. Apakah orang China berasa senang hati dengan gambaran begini. Dan kalau mereka tidak senang hati perlukah mereka melempiaskan kemarahan itu dengan merangsang semangat orang China dan seterusnya menganjurkan pembakaran novel ini.
      Rupa-rupanya begitu minda Abdullah Hussain. Kendati idea asal penulisannya ialah dari kemahuan Tun Abdul Razak PM Ke 2 yang mahukan sebuah karya sastera yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum kea rah sebuah negara bangsa Tanah Melayu ketika itu dan Malaysia sekarang.
       Interlok mengisahkan bangsa Melayu, Cina dan India yang dibina secara terpisah; kemudian ditemukan pada bab akhir. Biarpun ada unsur sensitif (mungkin taboo) pada sesetengah kaum (itulah keberanian Abdullah, dan itulah kejujuran beliau) namun diakhirkan oleh beliau kepada kefahaman bahawa perpaduan kaum adalah penting dan inilah matlamat asal penganjuran peraduan mengarang novel tersebut.
       Pengakhiran novel yang mengambil latar masa 1957 ketika menyambut kemerdekaan negara memaparkan orang Melayu, Cina dan India, masing-masing sudah membina rupa bangsa Malaysia berdasarkan kepada kisah silam masing-masing dan kerana sudah saling mengenali serta berasakan keperluan saling bantu membantu.
       Argumentasi yang menyebutkan novel itu kononnya ada unsur menghina kaum tertentu tidak tepat. Tidak menentang kepenulisan novel berkenaan tetapi menentang kerana dijadikan buku teks sastera di sekolah – ini juga suatu alasan dangkal hingga membawa kepada pembakaran novel berkenaan.  Alasan bahawa mereka mahu menguburkan sejarah silam (dan usaha ini berlaku secara evolusi); tetapi Interlok telah mengungkit perkara ini dan luka lama akan berdarah kembali. Kami berpendapat bukankah lebih baik novel yang kontroversi (?) begitu dipelajari/dibincang secara akademik/di sekolah, daripada membiarkannya sebagai bacaan umum begitu sahaja; yang pada perkiraan kita akan membentuk spot ulcer dan akhirnya menjadi kanser yang akan memecahkan masyarakat.  Apa jaminan mendakwa dengan menjadikan buku bacaan umum sahaja, resah-gelisah terhadap perkara sensitif itu tidak akan terjadi (petaka yang tidak akan teerjadi asal sahaja tidak ada mana kumpulan yang mahu menjadikannya sebagai punca kepada perbalahan) 
       Kita berkeyakinan penuh Kementerian Pelajaran akan mempunyai ruang-lingkup yang luas (daripada membangkitkan ehwal mukasurat 215 – 220 Interlok) untuk dibincangkan di dalam kelas; hatta untuk dijadikan soalan peperiksaan. 
       Interlok berada di pasaran sejak awal tahun 1970an dengan tanpa sebarang krisis perkauman atau implikasi buruk. Interlok membentangkan sejarah awal pemodenan Tanah Melayu dengan kemasukan kaum Cina dan India atas sebab akibat (faktor penolak di negara asal mereka dan faktor penarik di Malaya). Ianya menjadi bahagian/fragmen penting sejarah negara ini dari zaman penjajahan Jepun, darurat, Malayan Union dan akhirnya kemerdekaan 1957; dengan kemudiannya setiap bangsa menyumbang kepada pembinaan negara dan terbabit dalam pembangunan ekonomi dan pembentukan bangsa Malaysia.
     Orang politik yang mahu mendapatkan 'political milage' dengan membangkitkan isu ini sepatutnya menggunakan pendekatan lain yang dapat memperlihatkan jiwa besar mereka selepas melalui suatu transformasi ekonomi yang sekaligus menganjak tipa budaya. Mengetahui akar budaya akan dapat membangunkan suatu rupa-bangsa (Bangsa Malaysia) yang kokoh daripada terus langsung melupakan akar bangsa yang nantinya akan terus mencetuskan konflik nilai.
        Mari kita membaca teks berkenaan keseluruhannya bagi mendapatkan mesej sebenar.
 





dinbatubara

Sunday, January 9, 2011

Pasar Baru dan Tanah Abang; Ketika mahu aku tinggalkan airport Soekarno-Hatta

Pasar Baru dan Tanah Abang

Pasar Tanah Abang mula tutup; jam 17 nol nol sore.
Jerit-pekik wisel bapak polisi;
bunyi hon, wisel, derum dan asap mobil, wap aspal selepas hujan.
Kalau ndak macet, ini bukan Jakarta.
Bukan apa-apa, pak  
hiburan.

Di siar-kaki dan lobi Gedung Grosil 12 tingkat;
ku ketemu
cucu-cicit Si Amilah beraksi akrobat mintanya seribu rupiah untuk nasi kucing, ah;
selepas Saaman roboh dada ditembak Belanda dan si Amilah jadi gila
mereka berpindah dari kolong Sungai Ciliwung yang tetap juga hitam likat
ke sini.
Mereka masih ingat pesan kak Aman :  di dunia ini tiada tempat untuk orang yang bodoh dan sakitan.  
Sungguh mereka masih menyimpan citra tonggaknya Saaman dari penjara.
Seorang pelancung menghulur seketul fried-chikken
di cicip lahap berlima kemudian meneruskan akrobatik dengan gembira.
Jeritan wisel, bunyi hon; bingar, derum dan asap mobil, wap aspal selepas hujan dan
bisik-rayu pedagang kaki-lima.
Ini Jakarta kita yang punya.

Semalam di tingkat 5 Pasar Baroe;
kutemu Sumaiyah yang sudah jadi pemilik gedung grosil fabrik.
Dua tahun sebelumnya, lima tahun dia kerja amah di sebuah rumah di Kajang, Malaysia.
Iya, kapan akan ku ketemu Supangat yang sudah jadi usahawan hardware dan buka pasentren di Jalan Kebundurian.
Lima tahun sebelum ini, lima tahun dia jadi petrol-boy di stesen Esso-BP Rawang, Selangor;
menumpang tidur di kongsi kebun sayur Cina; 
Warti rakannya masih pelayan kedai di warung Jln Raja Muda 
dan sudah kahwin dengan pemuda Malaysia..

Nahar Rashid
22hb. Disember; 2010
Hotel Triniti, Jakarta Pusat.




Ketika mahu aku tinggalkan  airport Soekarno-Hatta

Ketika mahu aku tinggalkan  airport Soekarno-Hatta
manik-manik kecil cair di tubir mata.
Ketika akan aku tinggalkan airport Soekarno-Hatta,
cairan manik-kecil mulai membentuk aliran.
Ketika aku tinggalkan airport Soekarno-Hatta,
aliran itu kini berubah melimpahkan banjir.
Ah, ini bukan lagi Broga yang kirim banjir
di Jakarta.


Nahar Rashid
23hb. Disember; 2010,
International Airport Soekarno-Hatta,
Jakarta.

dinbatubara

Wednesday, January 5, 2011

Biar Khusrin 'macam cacing kepanasan' : Mohd Rashidi Hasan Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakahdaily.net

KERAJAAN Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, dengan jelas mengambil sikap menolak pelantikan Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Khusrin ditolak kerana, sejak menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, beliau memang sengaja mencari pasal untuk menyusahkan PAS, KeADILan dan DAP, dengan pelbagai alasan.

Alasan yang sering disebut-sebut beliau, khususnya dalam soal agama di Selangor, ialah inilah 'titah tuanku' (titah Sultan Selangor). Terlalu banyak larangan yang beliau nyatakan, sama ada secara kenyataan atau bertulis.

Sama ada betul atau tidak ianya titah Sultan, memang susah hendak disahkan. Sama ada ia rasional atau tidak, itu Khusrin tidak peduli asalkan 'hasrat beliau' tercapai.

Sebagai rekod untuk memudahkan pemahaman pembaca Khusrin sebelum ini adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Mohd Taib.

Jika latar belakang sudah menjadi SU
Sulit MB dari Umno, dan berdasarkan banyak tindakannya dalam Jais menindas PAS khususnya, bermakna, Khusrin adalah spesies Umno tegar.

Sebab itu Khusrin tidak peduli soal Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menerimanya sebagai SUK, kerana tuannya adalah Kerajaan Pusat Umno-BN.

Justeru pelantikannya ke jawatan SUK, tidak dapat ditolak, ianya adalah bermotifkan, bertujuan politik untuk kepentingan Umno-BN.

Maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi tiga parti PAS, KeADILan dan DAP, tidak ada pilihan lain. Mereka mesti bekerjasama sepenuhnya bagi menyekat balaci Umno ini dalam kerajaan.

Berdasarkan 'track record', Khusrin bukan sahaja menjadi alat, malah menjadi 'key player' Umno-BN untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Soal beliau lompat jawatan dari gred Jusa C, terus naik ke Jusa A dengan mengetepikan penjawat gred Jusa B, biar pegawai kerajaan sendiri menilai ketidakadilan yang dilakukan.

Jelas, kenaikan pangkat secara mendadak Khusrin, dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Umno-BN.

Amalan ini bukan baru, dalam soal institusi kehakiman misalnya, banyak hakim-hakim junior dinaiktaraf secara mendadak, akibat kedangkalan politik pemimpin Umno-BN.

Justeru, dalam soal Khusrin ini, biarpun beratus kali beliau menafikan menjadi alat Umno-BN, tetapi jelas pada tindakannya semasa menjadi Pengarah Jais, semuanya dibuat mengikut kehendak politik Umno.

Namun, beberapa persoalan besar sudah terungkai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor.

Di mana Sultan dilaporkan bertitah, bahawa baginda tidak ada kuasa menerima atau menolak pelantikan seseorang ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, kerana kuasa baginda sudah dicabut dalam pindaan Perlembagaan 1993.

Seolah-olahnya ia berbentuk keluhan Sultan, betapa di dalam negeri di bawah naungannya, kuasa baginda terbatas. Keterbatasan itu wujud, akibat kerakusan pemimpin Umno-BN juga.

Oleh itu kenyataan awal Dato' Munir Bani sebelum ini, bahawa Sultan sudah memperkenankan pelantikan Khusrin, ternyata tidak berasas sama sekali.

Ianya mengundang persepsi dan menguatkan hujah bahawa, wujudnya tangan-tangan ghaib dalang Umno-BN, yang membuat onar, semata-mata untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Persoalan besar yang tercetus berikutan pertemuan MB dengan Sultan ialah, hari ini rakyat Selangor baru tahu, betapa rakusnya ketamakan kuasa Umno-BN, sehingga habis kuasa Sultan dicabut.

Sehingga dalam isu pelantikan SUK ini, berdasarkan pindaan Perlembagaan 1993, bermakna Sultan harus menerima siapa sahaja yang dilantik. Dalam ertikata lain, Sultan terpaksa akur dengan telunjuk Umno.

Hebatnya kuasa Umno sehingga mengatasi kuasa Sultan! Ini baru dalam satu perkara, entah berapa banyak lagi yang rakyat tidak ketahui, betapa besarnya kuasa Umno-BN.

Rakyat sebenarnya tidak sedar, dengan Pindaan Perlembagaan 1993, kuasa sebenar, ada kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar.

Terma yang digunakan dari sudut perundangan agak lunak. Iaitu, Yang di-Pertuan Agong atau Sultan hendaklah bertindak 'di atas nasihat' PM atau MB. Walhal, hakikat sebenarnya dari sudut Perlembagaan, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan berkenaan atau tidak, ianya tetap akan menjadi peraturan dan ketetapan.

Semua ini berlaku kerana kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Presiden Umno ketika itu, melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno tahun 1993, seterusnya dibawa ke Parlimen.

Oleh kerana itu tiada sebab orang-orang Umno hendak 'memekik melolong' dengan pekikan 'Daulat Tuanku', sedangkan pemimpin mereka, parti mereka yang mereka sokong, mencabut habis kekebalan Raja-Raja Melayu.

Tiada sebab untuk media talibarut Umno-BN untuk menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja, sedangkan mereka juga yang 'menelanjangkan kehormatan' Raja-Raja Melayu.

Tidak ada sebab juga pada waktu ini, Umno dan media talibarut, memberikan sepenuh sokongan kepada Khusrin, kononnya mendapat perkenan Raja, kononnya begitu marah terhadap golongan yang tidak menghormati Raja.

Malah mereka sering memainkan agenda ketuanan Melayu, agenda kedaulatan Raja, juga mereka kononnya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia.

Umno-BN merosakkan ketuanan Melayu dengan pelbagai dasar rasuah, kronisme dan nepotisme selama lebih 50 tahun, sehingga bilangan kependudukan Melayu menyusut, membiarkan ramai Melayu miskin. Kini mahu mendakwa mereka juara mempertahan hak istimewa Melayu?

Mereka sebenarnya yang 'menelanjangkan' kuasa Raja-Raja Melayu, kini cuba bermain wayang bahawa merekalah 'hulubalang' yang mempertahankan Raja. 

Umno-BN sebenarnya yang menghalang perkembangan Islam dalam negara, menempelak dan menghina peraturan Islam di Kelantan dan Terengganu (semasa PAS memerintah), mempergunakan orang seperti Khusrin untuk menyekat pemimpin PAS menyampaikan kuliah di surau dan masjid. Kini mereka hendak mendakwa mereka mempertahankan kesucian Islam?

Si bodoh mana hendak percaya lawak semacam ini? Si bodoh mana yang hendak mempercayai kesucian dan keikhlasan pemimpin Umno dalam soal masa depan orang Melayu, soal kedaulatan Raja dan pemartaban agama Islam?

Ingat pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika semua keikhlasan ini wujud dalam hati pemimpin Umno, sudah lama PAS dibubar, tidak perlu wujud PAS.

Berbalik kepada soal krisis di Selangor. Pakatan Rakyat mahu Umno-BN berkompromi dalam isu pelantikan SUK. Jangan lantik Khusrin, biar satu panel pemilihan dibuat secara bebas. Tetapi nampaknya Umno-BN berkeras.

Oleh kerana itu Pakatan Rakyat tiada pilihan lain selain meminda Perlembagaan Negeri. Usaha Pakatan Rakyat untuk memanggil sidang khas untuk mengembalikan kuasa pelantikan SUK kepada Sultan dan MB harus disokong semua rakyat.

Pindaan tersebut sudah tentunya akan memerlukan sokongan dua pertiga dari anggota Dewan Undangan Negeri Selangor.

Oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai dua pertiga daripada 56 kerusi Dun Selangor, maka usaha pindaan ini harus mendapat sokongan Adun Umno-BN jika hendak diluluskan.

Maka sekarang ini, rakyat Selangor ternanti-nanti, apakah Adun Umno-BN akan menyokong usaha mengembalikan kuasa Sultan Selangor.

Dalam hal ini Umno-BN Selangor sendiri yang akan tersepit, jika mereka menentang pindaan, bermakna mereka menghina Sultan, jika mereka menyokong, ia bertentangan dengan kehendak Umno-BN Pusat.

Jelas, keengganan Umno-BN menghormati kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim, mempertahankan Khusrin dan keengganan mereka berkompromi, merupakan suatu 'back-fire' kepada mereka.

Jangan sesiapa pedulikan Khusrin di pejabat SUK, dia memang jenis 'muka tebal'. Biar dia macam 'cacing kepanasan', biar dia macam 'kupang tembaga', biarpun dia terus tersengih macam 'kerang busuk', Khusrin tidak harus ada tempat dalam kerajaan negeri.

sumber : Harakah Daily; 5hb Jan. 2011

Tuesday, December 28, 2010

wisata ke Jakarta-Bandung

Hari Pertama (Jakarta)  : Ahad; 19 Dis.; 2010

Jam 8.27pagi (waktu Jakarta Pusat; 9.27pagi waktu Kuala Lumpur) kami mendarat di. Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Cuaca cerah. Suhu 27 darjah celcius. Jakarta; pintu masuk antarabangsa ke Indonesia.  Usai urusan immigresen dan bagasi kami dikumpulkan – menunggu bas yang akan berkhidmat untuk pariwisata kami selama lima hari di sini. Rombongan kami seramai 29 orang.  Sepatutnya 30; tetapi seorang terpaksa tinggal di KLIA dan pulang kerana tidak lepas immigresen - sangkut dengan PTPTN.
      Pak Amad, pemilik ajensi pelancungan yang ikut bersama memperkanalkan petugas pemanduan pariwisata
    Bas (bis kata orang Jakarta) dilengkapi pembesar suara; Pak Asmadi mengucapkan selamat datang ke Jakarta. Memperkenalkan diri diikuti krew perkhidmatan beliau – pemandu pelancung dirinya sendiri; nama  Asmadi; dari suku Jawa (panggil saja Asmady atau Pak Asmadi atau Asmad atau Ady; apa-apa pun boleh, kata dia); pemandu bas; Tatang/ Atang dan pemandu ke dua Sadek.  Kedua-duanya dari suku Sunda.   Selama bersama-samanya; “Boleh tanya apa sahaja” kata Pak Asmady.  Tempatkan diri dalam suasana ceria supaya lebih enjoy.  “Tidak usah dipan”; tambahnya lagi
      Diperjelaskan tiga perbezaan waktu mengikut propensi Indonesia; iaitu Indonesia Barat, Indonesia Tengah (kira-kira sama waktu dengan Malaysia) dan Indonesia Timur. Masuk waktu sembahyang : Subuh ialah 4.40pg.; Zohor 11.55tgh.; Asar 3.00ptg.; Maghrib 6.00 petang dan Isya’ 7.20mlm.  Pertukaran matawang RM1 = 1,270rp.  Upah angkat bagasi untuk bellboy di hotel 5ribu atau 10ribu rupiah sudah cukup, kata beliau.
      Keluasan Jakarta 740.28km persegi (lebih besar dari Singapura; 710.20km persegi). Jakarta ada lima wilayah.  Wilayah Utara – Selatan – Timur – Barat & Jakarta Pusat.  Kota Jakarta terletak kira-kira 1km dari laut dengan ketinggian 1-2m dari aras muka-laut.  Tarikan Jakarta serupa magnet kapada menghimpunkan kira-kira 70% dari kependudukan kepulauan Jawa. Penduduk waktu siang ialah 13juta orang manakala malam 10 juta.  Bezantara siang-malam 3juta.  Kenapa ?  3 juta itu pulang ke propensi masing-masing selepas habis kerja; iaitu Tanggerang, Bogor yang lebih dikenali sebagai buffer city kepada Jakarta. Anak aku cuba menghitung 'kepadatan' penduduk Jakarta ; " kira-kira 15 orang pada 1m persegi"; katanya.
      Ini menjadikan Jakarta bandaraya sesak; hingga timbul seakan-akan peribahasa :  Kalau tidak macet ini bukan Jakarta.  Bekerja di Jakarta sedikit sebanyak memperlihatkan kemegahan – tidak semua orang akan mampu berlumba untuk hidup di Jakarta. Makanya siapa yang mampu tiba/hidup di Jakarta dikira hebat dalam persaingan. Gaji agak tinggi.  
      Terdapat 355 suku kaum dan 500 dialek di Jakarta.  Keujudan banyak suku-kaum menyebabkan berlaku kesilangan budaya yang menyebabkan bentarukan; tapi ini tidak sering terjadi.
       Perjalanan di Jakarta memang lambat.  Macet. Distinasi pertama kami ialah Tugu Monas (Monumen Nasional). Ia terletak tepat di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Tugu yang didirikan bagi mengenang perjuangan rakyat Indonesia merebut/mencapai kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Belanda 1945.  Tingginya 132 meter (433 kaki).  Mula dibina pada tahun 1961, di bawah perintah Presiden Sukarno dan dibuka kepada umum pada tanggal 12hb. Julai, 1975. Di puncak monumen ialah rupa-bentuk api menyala berwarna keemasan yang melambangkan semangat perjuangan rakyat Indonedsia yang tidak kunjung padam.  Berhampiran dengan Tugu Nasional ialah Muzium Sejarah Indonesia. Tidak lama kami di situ.  Selepas bergambar; kami pun beredar.
      Tidak jauh dari Monumen Nasional (Monas) letaknya Masjid Istiqlal. Masjid terbesar di Asia Tenggara dan nombor empat terbesar di dunia. Pembinaannya bermula pada tahun 1961, di zaman Presiden Soekarno jadi Presiden Indonesia. Manakala arkiteknya ialah Frederich Silaban.Ruang solat utama ada enam tingkat sembahyang.  Keseluruhan ruang luar dan dalam masjid yang boleh memuat jamaah dari 63,000 hingga 130,000 orang. Masjid ini mempunyai kubah yang diameternya 45 meter.
      Di masjid ini terletaknya juga pejabat umum Majlis Ulama Indonesia. Masjid ini mampu  menjadi salah satu daya tarik utama juga periwisata di Jakarta. Kami tidak berkesempatan  singgah kerana kawasan masjid hingga ke jalan raya penuh sesak.  Ada aktiviti  ‘Indonesia Berzikir’ sedang berlangsung.  Kata Pak Asmadi; kehadiran bukan sahaja dari Jakarta malah seluruh Jawa dan Indonesia.
      Selepas makan siang (selera padang di Salero Jumbo) kami mampir di Taman Mini Indonesia Indah; TMII (perjalanan kira-kira 30 minit dari Jakarta Pusat) – miniatur yang memuatkan seni bina/ rumah adat (bentuk dan saiz sebenar; bukan replika) semua suku-kaum yang terdapat di semua provensi Indonesia.  Di tengah-tenngah Taman Mini terdapat tasik yang memperlihatkan kedudukan kepulauan Indonesia pada peta-topo  Ini ide dari Ibu Tien (Siti Hartinah) Soeharto; wanita Pertama Indonesia; ketika Soeharto  Presiden Indonesia. Kata beliau miniatur ini akan bangkitnya rasa bangga dan cinta tanah air kepada seluruh bangsa Indonesia. Projek ini mulanya mendapat tantangan oleh Parlimen (kerana ekonomi Indonesia pada keadaan terburuk); tapi diteruskan juga atas kemauan keras  Ibu Tien.  Ini taman memperagakan segala aspek kekayaan alam dan budaya Indonesia. 
      Ia dibangunkan di atas tapak seluas 150 hektar oleh Yayasan Harapan Kita. TMII mulai dibina tahun 1972 dan dirasmikan pada 20 April 1975.
      Ada di antara kumpulan rombongan kami yang naik kereta kabel (macam kereta kabel di Genting Highland).  Kesempatan itu; dek dahaga aku sekeluarga empat orang ambil rehat dengan minum air kelapa dan makan pecal (sayur).  Ramuan pecal macam di Malaysia; ada kangkung ‘Melayu’, tempei, togeh, daun semanggi; tapi kuahnya memang ‘sedap giler’.
      Perjalanan diteruskan; dalam pada itu banyaknya kelihatan patung-patung/monumen di Jakarta; yang katanya bagi melestarikan nilai suatu bangsa – bangsa Indonesia..seperti patung Patung Dirgantara yang terletak di Jalan Gatot Subroto; bertentangan dengan Markas Besar Angkatan Udara Republik Indonesia. Ia disebut juga sebagai Patung Pancoran.
      Ide pembinaan patung ini dari Presiden Soekarno, sebagai menifestasi keberanian/ kesatriaan rakyat Indonesia – jujur, berani, dan bersemangat mengabdi diri kepada Negara. Objek manusia lelaki seakan mahu mulai terbang ke udara -  melambangan keberanian bangsa Indonesia untuk menjelajah angkasa. Arkiteknya ialah Edhi Sunarso dan dibuat oleh pematung keluarga Arca Yogyakarta pimpinan Edhi Sunarso sendiri.  Tempoh siap ialah selama 1 tahun (1964 – 1965).
     Patung ini terbuat dari logam seberat berat 11 tan yang dibahagi-bahagikan kepada 11 bahagian dengan 1 tan setiap bahagian. Bung Karno membiayai pembinaan patung ini denngan menjual sebuah dari kenderaan pribadinya.
      Ada pula Patung Kuda Setan/Patung Delman.  Nama resminya ialah Patung Arjuna Wijaya; dipetik dari kisah perang Baratayudha – Sang Arjuna mengenderai kereta kuda dari bantuan Batara Kresna dalam pertempuran dengan Adipati Karna.  Ia dibina pada tahun 1987. Kereta itu ditarik delapan kuda, yang melambangkan delapan ajaran kehidupan; yang menjadi falsafah kepemimpinan Presiden Soeharto – bahwa hidup harus mencontoh bumi, matahari, api, bintang, samudra, angin, hujan dan bulan. Di bahagian patung itu terpahat batu bersurat (prasasti) yang bertulis ‘Kuhantarkan kau melanjutkan perjuangan dengan pembangunan yang tidak mengenal akhir.’
       Patung ini dibina semula menggunakan bahan tembaga pada tahun 2003 dengan pembiayaan 4milion Indonesia.  Dulunya dari bahan poliester resin (mudah rosak) kerana dana-kos yang kecil.
       Patung-patung lain ialah Patung Selamat Datang dibina bagi menyambut kedatangan atlit  Sukan Asian IV tahun 1962. Patung ini di hadapan Hotel Indonesia.  Patung Pahlawan (Patung Petani/ Tugu Tani) terletak berhampiran Markas Korps Komando Angkatan Laut Republik Indonesia.  Perasmian dilakukan oleh Presiden Soekarno pada tahun 1963. Catatan pada tugu menyebut : “Bangsa yang menghargai pahlawannya adalah bangsa yang besar” Merupakan hadiah dari pemerintah Soviet pada saat itu kepada pemerintah Republik Indonesia sebagai manifestasi persahabatan dua bangsa. Dikatakan juga sebagai menghargai para pejuang kemerdekaan Indonesia; dilambangkan dengan seorang laki-laki memakai topi petani, nyandang senapang minta restu pada wanita yang ada disisinya untuk pergi ke medan perang. Kerana binaannya seperti seorang petani maka ianya diasosiasikan juga sebagai simbolisasi gerakan politik petani.
      Patung lain ialah Patung Arjuna Wiwaha yang terletak di Jalan Merdeka Barat.  Simbolisnya ialah perjuangan mengisi kemerdekaan itu semakin sukar.
      Tiba di penginapan – Hotel Santika jam 6.00ptg. TVRI sedang berita – berita semasa tak sampai seperempat.  Selebihnya ialah perihal TIMNAS (pasukan bola sepak Indonesia) bertemu Filipina malam ini - Piala AFF Suzuki.  Gambaran dari Stadium Glora Bung Karno – tempik-sorakan tatkala bas membawa pasukan (TIMNAS) msuk ke perkarangan stadium; ejekan dan boo bila ketiba bas rombongan pasukan Filipina. Sambutan ketibaan SBY Presiden Indonesia. Lintas-langsung berita dari TVRI pusat ke Bandung, Medan dan Makasar.  Di perlihatkan persiapan penyokong Indonesia di setiap lokasi penduduk. Dari berita langsung saja ke perlawanan hingga usai jam 10.00mlm. Iya, provokasi/propaganda media Indon dalam perlawanan ini terlalu hebat (keterlaluan ?) .

Hari Ke 2 (Bandung);  Isnin 20 Dis.; 2010

8.30 pagi – Meninggalkan Hotel Santika; selepas sarapan pagi yang menyelerakan..  Distinasi pagi ini ialah ke Tanah Tinggi Puncak seterusnya ke Bandung.  Pemanduan ke Puncak akan mengambil masa dalam 3 jam; kalau tidak macet.  Paling lama pun ialah 4 jam.  Semua begasi dimuatkan ke dalam perut bas. Malam kami nanti ialah di Bandung.
       Bas meluncur tenang  melalui lebuhraya Jagorawi (JAGORAWI : Jakarta – Bogor – Ciawi) – Highway sepanjang 60km yang dimulakan pembinaannya pada tahun 1973 dan dirasmikan penggunaanya pada tahun 1978 – dibina bagi memudahkan/mendekatkan transportasi Jakarta–Bogor.  Mulanya Highway itu tidak terfikirkan untuk dikenakan tol; tetapi apabila dikirakan penyelenggaraanya menelan kos maka pihak kementerian mencadangkan kepada kerajaan supaya rakyat bersama membantu; sementelah rakyat dapat mengurangkan hambatan waktu daripada menggunakan jalan biasa. Itu jalan bertol pertama diperkenalkan di Indonesia.
       Menariknya jalanraya di sini tidak banyak tanda amaran had laju.  Dan; memang pemanduan di sini pun kelihatannya tidak terburu-buru.  Tidak kerlihatan motor yang dikenderai macam pelesit seperti di Kuala Lumpur.  Orang di Jakarta tidak terlalu tergesa-gesa memburu waktu seperti di Malaysia ?
       Awal-awal lagi Pak Ardy menanyai akan  letih /segar ; tidur malam kami.  Nyaman dan enak pak. Kami semua setuju. Pak Ardy pemandu pelancung kami terus memberikan penerangan dan macam-macam.  Dia menunjuk itu dan ini.  Melalui provensi  Cikeas dia mengarahkan tunjuknya ke kediaman Presiden Indonesia Sosilo Bambang Yudoyono (yang  di Jakarta itu Istana Presiden.  Istana Presiden ada di 4 tempat; iaitu di Jakarta, Bogor, Bali dan Cipanas).
       Hari ke dua interaksi dengan Pak Ardy menjadi lebih mesra. Pertanyaan yang pelik-pelik mulai kami ajukan kepada Pak Ardy – yang pertama kali kami temui sejak ketibaan kami pagi semalam hingga ke pagi ini.  Dan pagi ini selepas tidur yang lena tadi malam, sarapan pagi yang enak sebelum meninggalkan hotel tadi pagi – badan pun sudah segar ;datanglah fikiran yang bukan-bukan/kelakar; umpamanya tentang nama-nama makanan yang ditera pada ‘bangsal sorong ketoprak’ (istilah aku).  Pak Ardy sendiri memperkenalkan nama beberapa makanan yang pelik dan mengelikan hati.  Nama makanan seperti rawon setan, rawon iblis, soto ranjau, nasi kucing, nasi gila, nasi uduk, nasi jamblang, soto racun, soto oli, soto buntut, nasi rames; ah macam-macam.
       Satu persatu Pak Ardy menerangkan.  Semuanya itu nama makanan yang  autentik dan sesetengahnya sebagai jenama bagi menambah daya tarik untuk pengunjung mencobanya; kata Pak Ardy.  Soto ranjau – dalam soto cuma ada tulang untuk diisap-isap; nasi kucing – kuantiti nasi yang terlalu sedikit perisa dan lauk/perca sayur yang sedikit-sedikit (dibeli dengan harga cuma 1000rp); nasi gila – nasi goring pakai daging kambing; nasi uduk – nasi lemak  berbungkus daun pisang + ayam goring, sambal belacan, ulam-ulaman dan pecal; nasi jamblang (kami berlelucon; nasi jembalang) – makanan daerah Ceribon. soto racun – soto yang kuahnya terlalu pedas, kira-kira pedasnya macam mahu kasi mati orang yang makannnya ; soto oli – soto dengan kicap yang banyak (sebut soto oli; penjual akan faham kita mahukan isian kicap yang banyak); soto buntut – dalam soto adanya ekor sapi (kira-kira kalau di Malaysia sup ekorlah tu; cuma di tambah dengan soto di dalamnya). Aku menambah/mencipa lolucun : 
      "Kalau di Malaysia ada yang namanya sup torpedo pak".  
      "Torpedo ?".  
      "Iya, pak, mahal harga nya; semangkuk mahunya sampei RM8 atau 10 ringgit, pak !!".  
      "Mahal sekali?"  
      "Iya.  karena itu cuma satu-satunya" 
      "Sup torpedo.  Apa itu ?" 
      "Dari anunya, kontol lembu/ sapi, itu makanya mahal !! Kalau bapak ke Malaysia bisa saja mencobaknya, di Selayang" 
      "Iya, makanya mahal, ya ?"
       Aku teringat malam tadi ternampak berbalam-balam di suatu pintu masuk ke gang (lorong); ada papan-tanda tertulis Pangkas Rambut (di dalamnya ada orang sedang bergunting rambut – fahamlah aku itu kedai gunting).  Aku timbulkan dalam perjalan itu; nanti aku mahu pangkas rambut bila saja mampir di Bandung.  (Kalau di Malaysia, pangkas ialah istilah untuk mencantas/trim pokok/daun)  Semua peserta rombongan ketawa geli-hati.
       Perjalanan kira-kira 30 minit akan sampai ke Puncak.  Kiri kanan jalan saujana mata memandang ialah ladang teh memenuhi teres di lereng-lereng bukit; dan kelihatan tegak tumbuh di sana sepokok di sini sepokok di perladangan ialah pokok untuk di ambil getahnya guna dibuat minyak angin.

12.10 tengahari (waktu Indonesia) – Sampai di Puncak – RUMAH MAKAN RINDU ALAM.  Ketinggian kini ialah pada 1000m dari aras laut. Suhu 18 darjah Celsius.  Panorama yang sungguh indah dan dramatik.  Hujan rintik-rintik/halus dengan angin sejuk mengelus muka/ melintasi dataran.   Kabus mulai turun. Jarak penglihatan tidak sejauh lima imnit tadi. Puncak pepohonan di lereng bukit yang di lalui sebentar tadi sudah tidak kelihatan.   Masing-masing kami meluru keluar bas memburu tandas. 
       Belum pun  kaki mencecah ke tanah, pedagang-pedagang jalanan sudah menyerbu.  Pak Ardy awal perjalanan telah mengingatkan kami akan hal begini. Tapi usah bimbang kata beliau.  Mereka tidak akan mengapa-apakan.  Mereka cuma mahu jual dagangan.  Tak mahu, tolak dengan cara yang baik.  Kalau mahu, usulkan menawar harga; meski yang paling rendah; kata Pak Ardi.  Hukum orang berjual mestinya mahukan untung yang besar. Namun jika dengan harga yang bapak/ibu pinta mereka bisa menjual; makanya dia sebenarnya sudah ada untung di situ, meski sedikit. Kalau tidak dia tidak akan jual. Pandai-pandailah; bapa/ibu, ya !  Mereka mahu cari rupiah untuk makan; itu lebih baik dari jika mereka membuat yang bukan-bukan; tambahnya.  Cuma saja jangan sampai padagang-pedagang itu merayu dagangannya  sampai ke dalam bas; pesan Pak Ardy.
       Kami dihidangkan dengan makan tengahari yang panas. Ini telah diberitahukan oleh Pak Ardy; bagi mengelak dari sediaan makanan cepat sejuk. 
       Hujan makin kasar.  Tiupan angin semakin ganas menerbangkan kabus sejuk menerpa ke muka.  Jarak jelas pandang di luar rumah makan tinggal sekitar dua puluh  meter sahaja.
       Kami ambil masa kira-kira 40 minit.  Hujan yang sedikit keras tadinya sudah berhenti.  Yang tinggal ialah rintik-rintik halus di sela-sela angin sejuk yang kadang-kala keras juga.  Kami masing-masing meluru ke bas; dalam pada  pedagang-pedagang jalanan mengerumun/mengejar/memujuk kami membembeli barang cenderamata yang dibimbit – ada pen dari buluh  tertulis perkataan Puncak, key-chain buatan tangan pelbagai warna dan gaya, gulungan kanvas dengan lukisan minyak, untaian-untaian batu tasbih panjang dan pendek.  Dan tidak kurang juga tukang-tukang foto amatur yang menjual perkhidmatan mengambil gambar dan memprosesnya sebagai gambar segera.
       Kami ambil sembahyang zohor/Asar jama’ di Masjid Jami’ Al Ihsan, Cilotong, Puncak.  Air terlalu sejuk. Jika di Malaysia macam di Cameron Highland sejuknya.

Jam 13.40ptg (2.40 waktu Malaysia) kami bertolak meneruskan perjalanan ke Bandung.  Perjalanan akan ambil masa kira-kira 3 jam.  Kami akan singgah seketika nanti di Cianjur untuk beli makanan ringan/kudapan.  Cipanas ke Cianjur; di kiri-kanan jalan ialah tanaman padi dan sayur-sayuran.  Di Cianjur; persawahan padi tidak ada musim.  Fenomena biasa di dapati di suatu petak sawah (berteres) padi  ditanam ‘baru pulih’ di sebelahannya sama ada yang baru berata (tenggala ?) dan sebelah lagi padi sudah mulai masak.  Kata Pak Ardy, faktor geografi (alami) menjadikannya ‘bersistem’ begitu.

Jam 17.00ptg. tiba di Bandung.  Aspal basah.  Lepas hujan.  Suhu sekitar 27 darjah celcius.  Kebanyakan binaan bangunan konkrit gaya lama - potongan Belanda.  Kota Bandung kelihatan lebih panoramik, tersusun dan aman. Bandung kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Kota ini tempat berlangsungnya Konfrens Afro-Asia, 1955 (dari Malaysia ikut serta ialah Dr Burhanuddin Al Helmi) – pertemuan bagi menyuarakan semangat anti kolonial. Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India dalam pidatonya mengatakan Bandung adalah ibu kota bagi Asia-Afrika. 
       Kependudukan di Bandung tidak sama dengan di Jakarta Pusat. Melalui kawasan Cipaganti – salah satu kawasan tersusun sejak zaman Belanda; rumah-rumahnya (bungalow) cantik dan elitis.  Kebanyakan dahulunya didiami oleh pengusaha Belanda (mengusahakan kopi, teh, rempah, lada hitam, gaharu) dan kuinin (sumber buat obat malaria) tetapi selepas merdeka diambil-alih oleh pemerintah dan sekarang sudah dijual kepada pengusaha dan tokoh-tokoh elit tempatan. 
       Menelusuri Jalan Setiabudi (Jalan Setiabudi dinamakan sempena memperingati tiga sosok yang terus membangkitkan citra rakyat ke arah pembinaan jati-diri bangsa Indonesia; iaitu Eduard Douwes Dekker (Multatuli); anak Belanda yang menulis novel Max Havlaar – sebuah krikikan terhadap dasar/penindasan Belanda terhadap rakyat Indonesia, Soepomo yang mengkritik dasar pertanian Belanda di Betavia.  Singgah di beberapa out-let keluaran kilang yang menjual barangan/pakaian berjenama dan mahal.  Tidak hairanlah Bandung dikenali sebagai kota untuk berbelanja/shorping.
       Bandung dibangunkan oleh Belanda sebagai ganti kepada Betavia yang mulai merosot.  Dia dicita-bangunkan spersis bagai kota Paris sebab itu dia mendapat namanya Paris Van Java.
       Selepas makan malam ahli wisata di bawa ke penginapan di Hotel Sukajadi di Jln Sukajadi. Aku bertanya pada Pak Ardy di mana toko buku yang dekat.  Sebelum ke Jakarta lagi aku sudah pesan pada isteri; bahawa aku  mahushorping buku  di Jakarta. Indonesia terdapat banyak judul buku yang baik-baik yang tidak terdapat di KL. Rupa-rupanya Pak Ardy dan Cik Amat ketua pelancungan kami sudah tahu akan hal ini.  Mereka menunjuk ke arah Paris Van Java berhampiran Careefour – kira-kira setengah kilometer dari Hotel Sukajadi. Di tingkat bawah ada toko buku Gramedia; kata Cik Amat.  Aku borong buku-buku tulisan Prammoedya, Kahlil Gibran, A Navis.  Besok akan turun lagi ke Gramedia; anak aku dan isteri aku pun nak cari buku juga.  
    
 Hari ke 3 (Bandung)   :  Selasa; 21. Dis.; 2010
Distinasi penting kami hari ini ialah ke Tengkuban Perahu & shorping ke Pasar Baru. Tengkuban Perahu jauhnya kira-kira 20km ke Utara Bandung; terletak  di Wilayah Selatan Kabupaten Subang.  Gunung Tangkuban Parahu merupakan sisa Gunung Sunda purba yang masih aktif.  Statusnya diawasi langsung oleh Direktorat Vulkanologi Indonesia. Beberapa kawahnya dikatakan masih aktif – di tandai oleh munculnya gas sulfur oksida dan sumber-sumber air panas di kaki gunungnya di antaranya adalah di kawasan Ciater dan Subang.
      Bertolak meninggalkan Hotel Sukajadi jam 7.08minit pagi.  Perlu untuk tiba awal di kaki Gunung Tengkuban Perahu bagi mengelakkan kesesakan menunggu giliran menaiki shuttle – kami diberitahu oleh pemandu pelancung; bas hanya akan parkir di terminal (kaki gunung).  Perjalanan akan mengambil masa kurang dari satu jam. 
      Perjalanan lancar – mungkin sebab hari masih pagi benar. Pun kerana daerah Bandung ini tidak sesibuk di Kota Jakarta; lalulintas tidak begitu sesak.
      Kami tiba di terminal jam 8.00 pagi. Sudah tiba mendahului kami dalam sepuluh buah bas, begitu.  Walau bagaimana pun; mungkin kerana pemandu pelancung kami ada ‘konteks’; kami pun tidak menunggu lama.  Kami diberitahu masa untuk sampai ke kawasan kawah ialah dalam lima minit sahaja (kira-kira 4km). Dua buah shuttle sudah cukup-muat untuk rombongan kami yang seramai 29 orang.  Aku menebak  pastilah laluan kami adalah jalan berliku-liku seperti ke Cameron Highland; kalau tidak pun memanjat-memotong selekoh tajam seperti mendaki ke puncak Bukit Larut. Tidak.  Cerun mendaki dalam 25 darjah sahaja – sedikit santai berbanding pendakian ke Gunung Jerai.  Dalam lima minit mendaki kami pun tiba di Tengkuban Perahu.
      Tidak terasa kita berada pada ketinggian 1830m dari aras laut – di tubir Kawah Ratu (kawah yang paling besar. Sebenarnya ada dua kawah lagi pada rangkaian kawah Gunung Berapi Tengkuban Perahu; iaitu Kawah Upas dan Kawah Domas; tetapi Kawah Ratu yang senang untuk dikunjungi hingga ke tubirnya).  Mungkin disebabkan rasa mendaki telah terserap di sepanjang  perjalanan mendaki dari Jakarta ke Bandung sejauh  170km (perjalanan mendaki sedikit terasa mulai Bogor). Kota Bandung itu sendiri sudah berada pada ketinggian ±768m di atas permukaan laut, dengan titik tertinggi di sebelah utara pada ketinggian 1.050m di atas permukaan laut dan titik tertinggi di sebelah Selatan (merupakan kawasan rendah) dengan ketinggian 675m di atas permukaan laut.  
      Sesampai di kawasan kawah Tangkuban Perahu, di sana sudah cukup ramai pengunjung. Ada beberapa orang juru-foto amatur dan ramainya penjual souvenir khas Tangkuban Perahu. Ada juga kuda yang boleh di sewa jika kita tidak ingin letih/ lenguh kaki berjalan-jalan, gerai makanan dan minuman.
      Cuaca cerah dan tidak berkabut.  Suhu kira-kira 20 darjah celcius. Cuaca bagus begitu membolehkan kita menyaksikan dengan jelas jauh ke dasar kawah yang sedang mengeluarkan asap kuning (belerang; sulfur oksida).  Itulah Kawah Ratu – laksana melihat mangkuk raksasa yang sangat besar dan dalam. Lekukan tanah pada dinding kawah demikian juga dasar kawah dapat dilihat cukup jelas sehingga mampu menyajikan pemandangan yang panoramik dan spektakuler. Kemegahan kawah yang begitu luas dan dalam, yang mampu membuatkan kita sejenak terdiam dan takjub akan kebesaran ciptaan Tuhan. Dalam setengah jam selepas itu bertiup kabus menutup sedikit pandangan ke dalam kawah.
    Tinggi menjulang-gagah di hadapan, melintang dari Utara ke Selatan ialah puncak Gunung Tengkuban Perahu pada ketinggian 2084m dari aras permukaan laut – gunung yang punyai bentuk menyerupai perahu terbalik (Bahasa Sunda : tangkuban = terbalik, parahu = Perahu). Bentuk unik dipercayai berkait rapat dengan kisah legenda Sangkuriang; cerita rakyat orang Sunda.

Tengkuban Perahu dan Lagenda Sangkuriang.
Lagenda Sangkuriang merupakan sebuah dokumentasi – cerita rakyat masyarakat kawasan Gunung Sunda.  Terlepas dari menerimanya sebagai lagenda/metos, cerita Sangkuriang dikaji oleh ahli akademik; merupakan metafora daripada falsafah  pemikiran masyarakat Sunda yang telah mendiami dataran tinggi Bandung 55.000-50.000 tahun yang lalu; tatkala Gunung Tangkuban Parahu tercipta dari sisa-sisa letupan Gunung Sunda purba.
      Legenda Sangkuriang sesuai dengan fakta geologi terciptanya Danau Bandung dan Gunung Tangkuban Perahu..
      Penelitian geologis mutakhir menunjukkan bahwa sisa-sisa danau purba sudah berumur 125 ribu tahun. Danau tersebut mengering 16.000 tahun yang lalu.

Sangkuriang sebagai Lagenda/Metos (Sumber asas dari Pak Ardy - Pemandu Pelancong) :  Pada suatu hari Raja Sungging Perbangkara pergi berburu. Di tengah hutan Sang Raja buang air kecil lalu tertampung dalam daun keladi. Seekor babi hutan betina bernama Wayungyang yang sedang bertapa ingin menjadi manusia;  pesan Dewata caranya ialah dengan meminum air kencing Raja) Tidak lama selepas minum, Wayungyang hamil dan melahirkan seorang bayi cantik. Bayi cantik itu dibawa raja ke keraton (istana) lalu diberi nama Dayang Sumbi @ Rarasati. Ramai anak raja yang mahu meminang; tetapi tidak seorang pun yang diterima.
      Para raja saling berperang sesamanya berebutkan Dayang Sumbi. Dayang Sumbi pun minta untuk mengasingkan diri di sebuah bukit. Menemani beliau ialah seekor anjing jantan bernama Tumang. Setiap hari aktivi Dayang Sumbi ialah bertenun pakaian (mengait pakaian menggunakan jarum pengait). Suatu hari, jarum pengaitnya terjatuh ke bawah (bawah rumah). Dek kerana malasnya, lalu terlontar ucapan dari mulutnya, bahawa sesiapa yang dapat mengambilkan jarum yang terjatuh itu; jika dari berjenis kelamin lelaki, dia akan dijadikan suaminya. Si Tumang, anjing pengiring membantunya  mengutip jarum yang terjatuh dan memberikan kepada Dayang Sumbi. Dayang Sumbi akhirnya melahirkan bayi laki-laki diberi nama Sangkuriang.
      Hari berganti bulan.  Bulan bertukar tahun.  Sangkuriang membesar dan menjadi remaja yang patuh suruhan ibunya.  Suatu hari dia pergi berburu. Demi ternampak dia seekor babi betina (wayungyang) disuruhnya si Tumang untuk mengejar babi tersebut. Si Tumang tidak ikut perintah. Sangkuriang lalu memanah Tumang lalu mati – hatinya diberikan kepada Dayang Sumbi, dimasak dan dimakan oleh Dayang Sumbi.  Telah beberapa hari Dayang Sumbi tidak bertemu Si Tumang.  Dia pun bertanya kepada Sangkuriang.  Sangkuriang menceritakan hal sebenarnya yang berlaku.  Demi diketahui yang dimakannya adalah hati si Tumang (suaminya; yakni bapa Sangkuriang), kemarahan Dayang Sumbi pun memuncak; serta merta dipukulnya kepala Sangkuriang dengan senduk yang terbuat dari tempurung kelapa sehingga luka dan berdarah.
      Sangkuriang sangat kecewa lalu pergi mengembara mengelilingi dunia. Sedeanmg Dayang Sumbi amat berasa kecewa dan terluka oleh peristiwa itu.  Dia selalu berdoa dan menjalani pertapaan.  Suatu ketika dewa memberinya suatu hadiah; bahawa selamanya dia akan tetap muda dan memiliki kecantikan abadi.
      Setelah sekian lama berjalan ke Timur akhirnya Sangkukriang sampai di suatu tempat di sebelah Barat - negeri kelahirannya Dia tidak menyedari akan negeri kelahirannaya yang sudah banyak berubah itu.  Dia bertemu dengan seorang gadis jelita (yang tidak lain ialah Dayang Sumbi; ibunya). Terpesona oleh kecantikan wanita tersebut; sedang Dayang Sumbi sendiri juga amat terpesona dengan ketampanan Sangkuriang.  Sangkuriang mahu melamarnya.
      Suatu hari Sangkuriang memberitahu Dayang Sumbi yang dia mahu pergi berburu.  Dia minta tolong kepada Dayang Sumbi untuk mengemaskan ikatan kepalanya.  Alangkah terkejutnya Dayang Sumbi tatkala melihat bekas luka di kepala calon suaminya.  Luka itu serupa benar seperti luka anaknya yang telah pergi merantau.  Makin lama diamati; semakin jelas  serupanya wajah pemuda itu dengan wajah anaknya.  Dia menjadi sangat takut.  Sedang Sangkuriang tetrus-terusan mendesak mengahwininya.
      Dayang Sumbi memohon pertolongan dewata menunjukinya jalan bagi menggagalkan proses peminangan itu.  Dayang Sumbi dapat akal iaitu dengan mengajukan dua syarat. Pertama; Sangkuriang mesti membina empangan dengan membendung Sungai Citarum hingga menjadi sebuah tasik yang besar.  Kedua; membinakan sebuah perahu besar untuk menyeberangi sungai (tasik) tersebut.  Kerdua-duanya mesti di siapkan dalam semalaman – sebelum terbit fajar.
      Sangkuriang sanggup.  Malam itu dia melakukan pertapaan.  Dengan kesaktiannya dia mengarahkan makhluk-makhluk ghaib membantu menyelesaikan pekerjaannya.  Dayang Sumbi mengintip pekerjaan Sangkuriang.
      Maka oleh Sangkuriang perahu dari sebuah pohon yang tumbuh di arah timur, tunggul/pokok pohon itu berubah menjadi gunung Bukit Tanggul. Rantingnya ditumpukkan di sebelah Barat lalu menjadi Gunung Burangrang. Dengan bantuan makhluk ghaib bendungan pun hampir selesai dikerjakan. Dayang Sumbi memohon kepada Sang Hyang Tunggal menunjuki cara menghalang usaha akhir Sangkuriang.
      Dayang Sumbi menebarkan juraian boeh rarang (kain putih hasil tenunannya) di sebelah Timur kota – menampakkan seakan garisan-garisan putih kemerahan. Sangkuriang menyangka  hari sudah menjelang pagi; dia pun menghentikan kerjanya.  Sangkuriang menjadi sangat marah kerana  itu bererti dia tidak dapat memenuhi syarat yang diminta oleh Dayang Sumbi. Sangkuriang bertambah gusar dan nanar.  Di puncak kemarahannya dia merobek-robek bendungan (empangan) yang berada di Sanghyang Tikoro.  Penyumbat aliran sungai Citarum dilemparkannya ke arah Timur (lalu menjelma menjadi Gunung Manglayang). Terjadilah banjir besar yang menenggelamkan seluruh kota. Dia kemudian menyepak/menendang perahu besar yang telah disiapkan.  Perahu itu melayang ke udara dan jatuh tertelangkup ke bumi (menjadi Gunung Tangkuban Perahu – Bahasa Sunda :  tangkuban = terbalik, parahu = Perahu).
      Sangkuriang terus mengejar Dayang Sumbi yang berlari dan menghilang (di Gunung Putri) dan berubah menjadi setangkai bunga jaksi. Adapun Sangkuriang setelah sampai di suatu tempat (Ujung Berung) akhirnya ghaib (ngahiyang).



11.40am kami sampai di Pasar Baru, Gedung grosir terbesar di Bandung.  Pak Asmadi bertanya berapa lama kami perlukan untuk belanja.  Dia mencadangkan 5 jam kepada kami Jalan depan Pasar Baru macet. Bas pariwisata kami berhenti betul-betul depan gedung..  Bapak Polisi tiga empat orang membantu menyetop kenderaan taksi dan bajaj yang sedang sesak bersesak, sehingga semua kami turun dari bas dan memanjat tangga Kompleks. Kami didahulukan. Kami diberitahu lift ada di tengah kompleks. Untuk mudah, naik ke paras dua menggunakan askelator, terus ke muka lift.  Untuk sembahyang naik ke tingkat 10 (tingkat atap).  Tingkat 9 parkir mobil.  Lift hingga di 8; kemudian anda panjat tangga ke tingkat 10 – di situ ada masjid. Baiknya ialah anda selepas sembahyang boleh mulai turun kompleks dari setingkat ke setingkat. Hingga lantai bawah. 

       Ramainya pengunjung di sini.  Dan pastilah yang meramaikan juga ialah pelancung dari Malaysia. Memang menggilakan; lebih-lebih lagi kepada wanita.  Pakaian wanita, kasut, pakaian kanak-kanak, tas tangan, beg kulit, kain ela, langsir & febrik, tudung wanita, telekong dll dll dan tempahan kain langsir siap dijahit yang boleh sedia dalam tiga jam.
       Kebijakan anda ialah pada cepatnya anda survey harga.  Barangan tingkat atas sama sahaja dengan tingkat bawah.  Tapi kami dinasihatkan supaya berbelanja di tingkat bawah kerana harganya lebih murah.  Murah. .Kenapa. Kerana pengunjung di tingkat atas lebih ramai berbanding dengan di bawah.    Dan anda boleh  saja melakukan tawar menawar.  Cuma masalahnya ialah kita terpedaya/dikelirukan oleh kalkulasi tukaran mata wang.  Bayangkan bila kita tanyai harga sehelai rp150ribu; jika ambil dua helai rp270ribu.  Anda pun tawar gila-gila jadi rp200 ribu. Setuju.  Anda pun akan terkebil-kebil kalkulasi  ke RM. Rp200ribu x 3.5 = RM70 untuk 2 helai baju batik (sedondon suami isteri) – murahnya.  Beli barag febrik/pakaian pada harga grosir (borong); tapi boleh dibeli sehelai/satu-satu.  Tidak sebagaimana di Nilai 3 di Ng Sembilan (M’sia) atau Jalan Kenanga, KL (M’sia); juga beli pada harga borong tetapi kena beli sejumlah enam helai.
7.30mlm - Makan malam dengan hidangan makanan Sunda

Hari ke 4 (Bandung- Jakarta)   :  Rabu; 22. Dis.; 2010
8.30 pagi lepas sarapan di Hotel Sukajadi, kami akan meninggalkan Bandung;  Malam ini kami akan bermalam semula di Jakarta.  Semua bagasi kami muatkan ke dalam perut bas.  Program shorping kami hari ini ialah Tanah Abang Wholesale.  Ini hari terakhir kami.  Perjalanan ambil masa kira-kira empat jam. Sampai di Jakarta kami singgah sebentar di Gedung membeli belah Mangga Dua – kompleks beli-belah; khususnya untuk barangan kulit, seluar jeans (yang boleh pilih kain sekejap itu dan tempah; siap di situ juga); kasut lalaki dan CD.

3.30ptg - Pusat Grosir Tanah Abang, Jln Tanah Abang 2, Jakarta Pusat - Mana-mana pun pengunjung wisata ke Jakarta-Bandung tidak akan melepas peluang untuk shorping ke sini; Tanah Abang – Gedung membeli-belah 12 Tingkat. Gedung tekstil/febrik terbesar di Asia Tenggara. Khabarnya artis-artis Indonesia mengenakan busana dari Tanah Abang. Harga memang murah. Kami tiba di Tanah Abang jam 15.15sore setelah terperangkap  dengan macet selama hampir 2 jam (perjalanan dari Mangga 2). 
        Rombongan kami sembahyang dahulu di masjid di tingkat 14.  Aku mulanya mikir hanya sebuah surau.  Ternyata sebenarnya masjid.  Masjid di atas bangunan ?  Iya, masjid. Binaan arch sebelah luarnya sama benar dengan binaan Masjid Jami’ Benteng di Malaysia.
       Urus niaga akan tutup jam 5.00petang (17.00 waktu Jakarta Pusat). Kami hanya ada masa satu jam setengah sahaja untuk mengunjungi keseluruhan kantor jualan yang miliki keluasan yang luar biasa;  makanya kebanyakan kami hanya melihat sambil lalu sahaja.  Bagaimana pun tidaklah telalu terkilan kerana masing-masing sudah berbelanja sakan di Pasar Baru di Bandung, semalam.
      Memang ribut.  Lantai lobi penuh pengunjung.  Lebih ribut ialah tatkala Pasar akan tutup niaga. Semua pengunjung bertumpu di lobi. Si gadis (sales-girl) menunggu perianya. Pelancung menunggu transport masing-masing. Klien tempatan dengan urusan penungguannya – dengan beg pembelian masing-masing. Taksi, bajaj bersesak-sesak menunggu pelanggan. Hingar binger.  Bunyi derum dan pekikan hon kereta-bemo-motor, wisel dari bapak polisi dan petugas parker sukarela (?) menambah lagi bingit.  Para gelandangan sibuk meminta-minta; dan ada (5 orang dalam lingkungan 3 ke 10 tahun bersama-adik-beradik (?) yang menggayakan perembahan akrobat – merangkak mengendung adik yang kecil dan seorang menendang bontot si abang dari belakang, terjatuh; bangun dan buat ‘persembahan’ lagi; dan ketawa gembira.  Kemudian bangun menadah tangan minta derma.
      Ngauman.  Deruman. Laungan dan pekikan wisel dan hon kereta/taksi, bajaj dan motorsikal serta perembahan bapak polisi yang ramai sambil ketawa berlaung-laugan antara mereka guna menyurai kesesakan; persembahan okrobat, kebisingan – aku fikir suasana begini sebagai hiburan orang di sini !
      Selesai makan malam dengan hidangan nasi Padang (ah, nasi padang lagi  - ada antara kami yang  bersungut) kami bergerak ke penginapan kami di Hotel Triniti yang terletak di Jln Pembangunan 3, Jakarta Pusat. Hotel bertaraf 4 bintang,.




dinbatubara