Tuesday, June 21, 2011

abah - untuk ADILA, Klasik Nasional (tarikh siaran : 21hb. Jun; 2011; memenangi hadiah sempena Hari Bapa)

Abah jarang tinggalkan kampung. Ada beberapa kali sahaja. Sekali tu, abah ikut kursus imam di Masjid Negeri – dua hari abah tidur di Ipoh. Ketika ada arwah emak; dua kali sahaja abah ikut aku Kuala Lumpur. Itu pun; kerana sebab yang bagi abah patut – kenduri kahwin sepupu aku. Habis kenduri abah minta dihantar balik. Kalau saja-saja; payah abah hendak ikut kami. Lima orang anak abah; semua di Kuala Lumpur. Arwah emak mahu juga ikut kami – bila emak ke Kuala Lumpur; abah sendiri di kampung. Selepas emak meninggal, abah langsung tak mahu ikut kami.

Abah bukan ada ayam-itik, kambing-kerbau yang perlu dijaga. Tak ada. Tapi abah risau; bimbang; dengan ketiadaannya, jika berlaku kematian, orang kampung susah; terpaksa panggil imam kampung sebelah untuk uruskan orang mati.

Abah diminta datang ke hulu; di ajak turun ke hilir. Lepas Subuh, sebelum Asar abah sudah tiba; ziarah orang sedang nazak, ajarkan asy-hadu. Abah mandikan orang mati, sembahyangkan orang mati, Abah baca talkin. Abah diminta bacakan doa tahlil-arwah. Abah jadi ketua membaca dikir dan marhaban kala ada kenduri kahwin.

Dan paling abah bimbang ialah tak ada orang yang akan jadi imam di surau. Allah takdirkan; anak-anak murid abah – abang Jidi, Cu Amat, Pak Cik Cat, Abang Asin – mereka yang menggantikan abah kala keuzurannya; semuanya mati dahulu.

Iya, itu bukan pertama kali abah meninggalkan kampung. Tapi kepergian abah kali ini berlainan benar. Abah sakit. Abah memang ada gout. Tapi tak bangun abah dari katil, aku lihat bukan kerana goutnya. Sakit abah kali ini lain benar. Abah demam. Tapi aku rasa abah bukan demam biasa. Abah batuk. Sempitnya salur kerongkong abah memberikan lantunan bunyi dan dengus yang lain.

Aku pujuk abah . Aku beritahu emak (emak tiri kami; yang dikahwini ayah selepas sepuluh tahun emak meninggal) : ”Sudah puas dengan air penawar, golek telur atas perut, bahu dan belakang; baling bawang dan hirisan limau; biar aku bawa abah berubat di Kuala Lumpur.”

Petang itu, anak-buah abah; suku-sakat datang. Air mata bergenang di kelopak masing-masing, besalaman; mengucapkan selamat jalan kepada abah; tika abah dipimpin masuk ke kereta.

Abah disahkan kanser paru-paru. Nama medikalnya; adino kasinoma – cantik nama itu. Tapi itulah yang bakal merenggut hayat abah.

Suatu pagi yang cerah, tenang dan dingin; petugas wad baru selesai mengemas dan mencuci. Doktor mula memeriksa pesakit dari katil ke katil. Salur-tiub yang menyambung salur-darah di lengan abah ke botol tergantung, sudah ditanggal. Dengan sebak aku beritahukan jangka-hidup abah; seperti yang diberitahu doktor. Abah mendengar dan mengangguk tenang. Aku yakin abah sendiri sudah melihat sibuk kelibat malaikat-maut singgah bersimpuh datang pergi dan datang lagi di katil abah. Abah akan pergi bila-bila masa. Doktor beri abah cuti seminggu dan masuk wad semula selepas itu. Abah mengusulkan pulang ke kampung. Abah tidak mahu masuk wad kembali.

Ah, ingatanku; jauh, jauh mengimbau kepada abah. Tahun-tahun selepas aku berumahtangga, aku bawa anak-anak dan isteri pulang ke kampung, saban dua atau seminggu sekali. Biar sekejap. Dapat makan tengahari bersama abah – cuma makan tengahari, dan kembali ke KL selepas itu; aku merasa cukup puas; hingga aku tahu benar sakit-pening abah.

Bila abah diserang kanser; dan hayat abah cuma ada kira-kira tiga minggu seperti kata doktor; aku kenderai kereta setiap hari antara KL-Parit. Menjelang Isya aku sudah terpacul di kampung dan seawal tujuh pagi aku sudah bercokoh semula di KL untuk bekerja.

Aku mahu memberikan khidmat semahunya untuk abah kerana dialah satu-satunya; segala-galanya. Hayat abah habis di ribaanku. Abah pergi pada usia 83 tahun. Memang terasa amat kehilangannya. Namun aku puas meladeni abah; mencium tangannya – baik semasa sihat, sakit dan; saban berpisah, seraya memohon doanya akan keselamatan dan kesihatan aku dan anak- isteri. Semoga tidak ada tindak-laku aku dan isteri yang cela pada pandangan abah. Semoga aku sudah berbuat yang terbaik untuk abah. Dan surau kampung kami lepas itu menjadi sepi.

Dinbatubara, Rawang, Selangor

Friday, June 10, 2011

Mengenal-pasti Dato' Maharaja Lela - Daeng Selili & Pandak Lam

Mungkinkah yang dimaksudkan Dato’ Maharaja Lela dalam kontek legasi Orang Besar-Besar Lambor pada zaman Kesultanan Melayu Perak/Lambor ini, nama batang-tubuhnya ialah Daeng Selili; iaitu seorang anak Raja Bugis dari Luwuk, Sulawasi. Daeng Selili dilantik menjadi Mufti oleh Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13; 1728 – 1756) atas jasanya menawan perompak-perompak di Pulau Sembilan, pada tahun 1743, Atas jasanya itu beliau di anugerahkan Orang Besar bergelar Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancong Tak Bertanya.

Justeru catatan sejarah menyebutkan Sultan Muzaffar Shah III (nama sebenar Beginda ialah Raja Inu) bersemayam di Brahman Putera (Bota Kanan). Pada tahun 1742 – 1743; telah berlaku rebutan kuasa dengan adindanya Raja Bisnu; iaitu Raja Muda yang bersemayam di Pulau Tiga. Raja Muda mendapat sokongan kuat dari Daeng Chelak, Yam Tuan Riau. Raja Muda diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Muhammad Shah dan bersemayam di Pulau Tiga. Sementara Sultan Muzaffar Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di Sayong (dalam daerah Kuala Kangsar). Pada masa ini Negeri Perak diperintah oleh dua Sultan. Akhirnya Sultan Muzaffar Shah III telah balik semula ke takhtanya di Brahman Indera secara muafakat dan adindanya menjadi Raja Muda semula.

Manakala Dato’ Maharaja Lela dalam peristiwa Pembunuhan JWW Birch (1875) ialah Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam. Saya mencongak jarak antara Sultan Muzaffar Shah ke III (Sultan Perak ke 13; 1728-1756) itu dengan Raja Abdullah (Tragedi Birch, 1875) adalah 131 tahun. Mungkin – orang dulu-dulu mempunyai jangka hayat yang panjang hingga 100 tahun lebih. Tapi semasa kedatangan Daeng Selili (Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancung Tak Bertanya) ke Perak/ Lambor (mengalahkan pemberontakan di Pulau Sembilan dan diangkat menjadi Mufti, agak-agak umur beliau adalah sekitar awal 20an. Katakan umur beliau 20 tahun (pada tahun 1743) > (1875)/ 1875 – 1743 = 132 thn + 20thn (umur ketika baru mula sampa ke Lambor); bermakna umur Maharaja Lela ketika peristiwa Pembunuhan Birch ialah 152 tahun.

Mungkinkah pada usia itu Dato Maharaja Lela yang satu itu begitu perkasa. Atau Maharaja Lela peristiwa Birch itu Maharaja Lela II; iaitu Pandak Lam yang sudah jadi orang Kampung Gajah. Perlu diingat Raja Abdullah (1874 - 1876; Sultan Perak ke 26) dalam Peristiwa Pembunuhan Birch, 1875 bersemayam di Bagan Datoh.

Bagaimana pun tetaplah, gelaran/anuegarah Datok Maharaja Lela itu telah dimulai dari kerabat Maharajalela dari Lambor. Walahuaklam.

dinbatubara

Sunday, June 5, 2011

Percakapan Dengan Seorang Teman

Sdr Ma'in; terime kasih ingatan meke, tu. Tapi awak nak ngabo juge pade meke; awak sebenonye selalu balik kampung. Balik aghi pun, awak balik juge. Kekighe kalau due bulan, tak balik tu; dah lame meno, tu. Ade, le heinye tu. Idak le balik-balik begitu je, kemdian melongo kedei Kulop Ayo di Cangkat Melentang tu atau di kedei Mee di Teluk Saghih, ke. Idak. Ade projek teman. Tapi dalam setahun terahkir ini awak jaghang sikit balik - sebok bebeno Yop. Bagaimane pun sampei bulan lime tahun ini, udah empat kali awak balik; mayo hasil tanah, kak sepupu mati dan sebelum itu nengok buah doyan arwah apak. Dan yang last itu le minggu lepeh (kebetulan cuti sakit dapat due aghi - Selasa dgn Ghabu; aghi ke 2, tueh awak balik kampung - mencaghi kubo lame di Bando/Bando Tue, kubo Tok Sago, makam Sultan Muzaffar Shah I, Muzaffar Shah Ke II dan Muzafar Shah Ke III.

Awak sampei ke Lambo pukui 12.30tgh. Ambik Zohor dulu di Mesjid Lambo. Betanye pade soghang jemaah; di mane kubo Tok Sago di Pasyo Sene, tu. Kate die : "Belah eyo, tu; le. Kebaghuh daghi jalan Pasyo Sena, tu." Anak lambo !! nyawab macam tak cam, je. Die dah lame ninggeikan Lambo; katanye.

Mungkin sebab tengahaghi,agaknye; due kali awak musin jalan Pasyo Sene keluo ikut Jln Tn Hj Yeop Menjelih tengah bendang, tu; idak le awak jumpe soghang pun yang bulih awak tanye. Ade dua oghang budak mude; tapi deme bukan anak tempat itu - bemotosikal bawak pancing. Awak tanye, deme pun tak tau.

Tejumpe le soghang Yop tu (oghang Bagan Seghei kawin dengan oghang tempatan) die le mawak awak ke kawasan kubo Tok Sago. "Kemaghin ade signbord tepantak di sini; tapi udah bongkeh; dikghojekan dek budak pit;" kate die. Kume pun mole mencaghi. Leto Yop; lenjan pokok malik-alam, kemahang, lalang; kume lendat; sampei Yop tu besawab : "Hai tulung, le Tok; anak cucu datang nak ziarah, ni." Kate dalam ati awak; ai keghamat agaknye To Sago, ni. Lenjon peluh.

Tengah kume berehat ateh jalan tu, lalu soghang bemotosikal (menaghik treler); die menunjukkan dengan tangannye ke aghah due pokok doyan yang tinggi di belah eyo; "di sane," kate dia "Senang masuk ikut belah eyo, bawah kelapa sawit, nun, Jalannye ceghah" sambungnye.

Tibe-tibe hujan pulak tughun lebat meno. Tak dapat le awak nyambung mencaghi kubo itu. Awak bagi tahu dengan Yop yang neman mencaghi itu; lain kali le awak datang. InsyaAllah jumpe, le; tu. Lepeh makan tengahaghi di Bote (hujan lebat daghi Lambo mawak ke Cangkat Melentang - awak ajak Yop itu teghuih ke Bote; mencaghi makan tengahaghi/petang - 3.30ptg.) Lepeh nganto Yop tu balik ke Pasyo Sena, awak pun tueh ke Bando/ Bando Tue mengesan kubo lame di sane pulak.

Tak pukei ghase ati; awak balik kulu - pukui 6ptg. ensoghang awak masuk semole mencaghi kubo Tok Sago. Kali ini daghi belah eyo pulak.. Ghodok-ghadak keghete awak melanggo lecah-lopak dan batu-batu lombong di bawah pokok sawit. Di sini le agaknye; bisik ati awak. Tak jauh; dalam due gantei begitu le agaknye daghi jalan beso. Awak pun beghentikan keghete. Keluo aje keghete awak ghase bulu ghume udah meghemang. Bismillahirrahmanirrahim. Memang di sini le agaknye, ni.

Di sini, le tempatnye, ni. Awak menyesor aghah kulu. Bulu ghume di lengan, tengkuk semakin meghemang. Bile tenampak saje tembok benaan; ah jumpe dah, bisik ati. Kulit muke tambah kembang-jebah ghasenye. Awak teghuih dekat kepade binaan konkerit dalam tiga kaki tinggi; beso agak 12 kaki x 16 kaki yang melengkongi kubo Tok Sago. Ade dua kubo nampaknye dalam kawasan tembok konkerit, tu.

Awak di kubo Tok Sago dalam 10 minit. Lepeh itu awak ke Teluk Bakong, menjejak makam Sultan Muzaffar Shah Pertama di Teluk bakong Ulu. (Sepanjang perjalanan, mengingatkan Tok Sago, bulu ghome awak tak beghenti-ghenti meghemang). Dan dengan Makam Sltn Muzaffar ini; sepatutnye tak le susah mencaghinye; pasei awak ponah bebasika sampei ke situ tahun 69 dulu -ade jumpe. Tapi konpius pulak sekaghang - sighnbord pun dah tak ade.

Mase pun dah petang meno; awak teghuih ke Sedingke - Pasei nak cepat; dalam ati awak kate; nak jumpe, jumpe le; tidak pun tak ape. Lain kali, datang lagi. Tak le penting sangat ghasenye waktu itu nak singgah betanye oghang. Sipatkan bejalan je le di Sedingke kali ni - kampung tempat arwah tok ghosok awak; Tok Mat Jeraih (Pertama kali sampei ke kampung itu, ghasenye masa umo dalam lime atau enam tahun). Masuk ikut signbord Sedingke keluo di Kubang Candung.

Daghi situ awak teghui ke Bote, lame singgah di Makam Sultan Muzaffar Shah ke III; mengambil catatan. Singgah di Tmn Indera barat sekejab; ghomah Pak Hon ambk Maghrib/Isya (jama'); kemdian, balik ke Kuala Lumpo - tak sempat singgah di Teluk Sagheh.

Jadi cik Ma'in, itu le catetan perjalanan, teman

dinbatubara

Tuesday, May 31, 2011

Sultan Muzaffar Shah Ke III Ibni Al Marhum Raja Mansur (1728 – 1756) Sultan Perak Ke 13

Sultan Muzaffar Shah ke III atau Raja Inu adalah putera Yang di Pertuan Muda Raja Mansur. Baginda di lantik menjadi Sultan Perak ke 13 pada tahun 1728M. Sebelumnya Baginda adalah sebagai Raja Muda Perak yang bersemayam di Bernam.

Apabila menjadi Sultan, Baginda bersemayam di Brahman Indera (Bota kanan). Pada tahun 1742 – 1743; telah berlaku rebutan kuasa dengan adindanya Raja Bisnu; Raja Muda yang bersemayam di Pulau Tiga. Raja Muda mendapat sokongan kuat dari Daeng Chelak, Yam Tuan Riau. Raja Muda diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Muhammad Shah dan bersemayam di Pulau Tiga. Sementara Sultan Muzaffar Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di Sayong (dalam daerah Kuala Kangsar). Pada masa ini Negeri Perak diperintah oleh dua Sultan.

Akhirnya Sultan Muzaffar Shah III telah balik semula ke takhtanya di Brahman Indera secara muafakat dan adindanya menjadi Raja Muda semula.

Pada tahun 1743, Baginda telah melantik Daeng Selili seorang Raja Bugis mejadi Mufti atas jasanya menawan perompak-perompak di Pulau Sembilan; yang kemudiannya dijadikan Orang Besar bergelar “Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancong Tak Bertanya”.

Satu pemberontakan oleh Raja Alam, sepupu Baginda telah berlaku; dan atas bantuan Belanda, Raja Alam dan penyokongnya Enche Hasil dari Tanjung Putus telah ditangkap dan dipenjarakan di Melaka.

Baginda telah mangkat pada tahun 1756; dimakamkan di Brahman Indera (Bota Kanan) bergelar “MAKAM HAJI ALLAH”

Makam ini telah diwartakan sebagai Tapak Tanah Bersejarah mengikut Akta Bendapurba tahun 1976 pada tahun 1978

– Muzium Negara.
Catatan : Dinbatubara

Mencari kuboran

31.5.2011 (semalam) Ziarah kubo Tok Sago (meghemang bulu tengkok /lengan/ ghase beso muke). Caghi kubo lame di Bando/Bando Tue. Caghi jalan masuk ke Makam Sultan Muzaffar Shah I di Teluk Bakong Ulu; Mohom Tanah Abang - tak jumpe (telepeh jalan ? @ signbord yang ponah tepantak tepi jln masuk udah dibongkeh budak pit ? - dulu, thn 69 ponah bebasika dengan Han (Prof Dato' Dr Burhanudin) ade jumpe di Kg Buluh Ape. Caghi Makam Sultan Muzaffar Shah II di Sedingke - tak jumpe (telepeh jalan ?). Ziarah Makam Sultan Muzaffar Shah III di Bote.

Tuesday, May 24, 2011

Fakta Sejarah : Tentang Mahathir ?

Saya terbaca dekat internet artikel-artikel saudara tentang Mahathir: the reincarnation of Raja Mendeliar dan Bendahara Seri Maharaja yg teraniaya. Saya rasa, saudara cuba quote from 'Sejarah Melayu'. Saya seorang genealogist (pengkaji salasilah) dan sedang menuntut di United Kingdom. Saya amat mahir dalam salasilah aristokrat Melayu dan saya rasa saudara patut tahu fakta sebenar kisah Raja Mendeliar dan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. (fakta ni memang best sebab menyinggung keturunan Mahathir!!!)

Ok. for your info., Gelaran Orang Kaya Bendahara di zaman Melaka dulu dipegang oleh dua keluarga - Melayu dan Tamil Muslim. Yg keluarga Tamil Muslim nie geng2 Seri Nara Diraja Tun Ali. Keluarga Melayu pulak geng2 Tun Perak etc. Macam mana dia orang boleh jadi sekeluarga? Haa, Tun Perak ada adik pompuan (lawa) namanya Tun Kudu. Bapak Tun Perak ni Orang Kaya Bendahara zaman Sultan Mansur. Adat orang2 Melayu dulu, anak pompuan kepada bendahara tak boleh kahwin ngan orang lain selagi tak dipersembahkan kepada Tuanku. Logiknya di sini adalah, kalau awek tu lawa, Sultan sure berkenan punye. So, basically the Sultan will get the best chicks! Ok, nak dipendekkan cerita, Sultan Mansur pun berkenan le kat Tun Kudu ni; lalu dia kahwin le dengan Tun Kudu. Yg si Mamak Tun Ali ni pulak, dia bergelar Seri Nara Diraja. Nak buat kan cerita dia ni ada la salah faham ngan family Orang Kaya Bendahara Melayu. Sultan Mansur, kalau boleh tak nak le orang2 besar dia bergaduh. So, dia pun panggil le dua2 tu jumpa. Gang Melayu tak kisah. Si Mamak ni pulak letak syarat pulak kat Sultan Masur. Dia kata dia boleh berdamai; tapi dengan satu syarat: dia nak kahwin ngan Tun Kudu! Syarat yang biadap! Tapi, Sultan Mansur tu baik orangnya; maka di ceraikan Tun Kudu dan dikahwinkannya dgn Tun Ali. Maka bersaudaralah keluarga Melayu dan Tamil Muslim ini.

Tak lama lepas tu, Bendahara (bapak Tun Perak ngan Tun Kudu) pun meninggal - sebab sakit tua kot! Maka Tun Perak pun jadi Bendahara dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Nak dipendekkan cerita, Sultan Mansur pun mangkat, ganti pulak dengan Sultan Alauddin Riayat Shah; lepas tu mangkat ganti pulak dengan Sultan Mahmud - Sultan Melaka terakhir. Waktu awal2 Sultan Mahmud naik takhta, Bendaharanya still Tun Perak. Tak lama lepas tu, Tun Perak pun meninggal. Ganti pulak ngan Tun Putih (adik lelaki Tun Perak). Tapi Tun Putih ni dah tua sangat, dia jadi Bendahara pun tak lama lepas tu kembali ke rahmatullah.

Berbalik kepada cerita Tun Kudu dengan Tun Ali tadi, hasil perkongsian hidup depa ni, diorang dapat tiga anak: Tun Tahir (dapat title bapak dia Seri Nara Diraja), Tun Senaja (perempuan), Tun Mutahir (yang glamour tu!)

Waktu Tun Putih (adik Tun Perak) jadi Bendahara, Tun Mutahir (anak Mamak dengan Tun Kudu) jadi Orang Kaya Temenggong. Bila mati aje Tun Putih, family Melayu punye candidate tak mature lagi (Bendahara Lubok Batu anak Tun Perak tu budak2 lagi time ni). So, Sultan pun melantik Orang Kaya Temenggong Tun Mutahir jadi Bendahara dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Jadi sekarang, Bendahara Melaka adalah berketurunan Mamak Kuti (sebelah bapak) dan Melayu (sebelah emak). jawatan Temenggong pulak diisi oleh anak Tun Mutahir bernama Tun Hassan. (if you remember your history lessons back in school, Orang Besar Empat adalah Bendahara, Temenggong, Penghulu Bendahari, dan Laksamana) The title for Penghulu Bendahari is Seri Nara Diraja. Jadi apabila Tun Mutahir jadi Bendahara, the top 3 titles were held by Mamak Kuti ! Bendahara (Tun Mutahir), Temenggong (anak Tun Mutahir) Seri Nara Diraja Penghulu Bendahari (Tun Tahir abang pada Tun Mutahir).

Mengikut Sejarah Melayu, kununnya Tun Mutahir ni plan nak overthrow the government. Mastermind nya Raja Mendeliar (also a Mamak Kuti). Maka, Sultan Mahmud tanpa usul periksa percaya pada khabar angin dan menghukum bunuh Tun Mutahir dan semua anak2 Tun Mutahir kecuali anak perempuan nya yg lawa bernama Tun Fatimah. To compensate His Majesty's faults, he married the last surviving member of the Bendahara Tun Mutahir family - Tun Fatimah.

TETAPI, mengikut Manuskrip Portugis, sewaktu diorang tengah spy kat Selat Melaka, diorang ada nampak satu kapal angkatan perang Milik Bendahara Tun Mutahir. kapal tu memang lengkap utk overthrow sultan Melaka. Tapi malangnya, kapal tu karam kat selat Melaka.

Kalau benarlah manuskrip Portugis ini, maka memang sah Tun Mutahir memang plan nak gulingkan Sultan Melaka dan jadikan dirinya raja. Kalau difikirkan secara logik, takkan lah Sultan Mahmud senang2 aje nak hukum bunuh 3 of his top officers!!! hanya Allah sahaja yangg tahu perkara sebenarnya. Apa-apa pun, yang pasti, Tun Mutahir - seorang berdarah Mamak Kuti macam Mahathir jugak; dihukum bunuh atas cubaan mengkhianati Raja dan Empayar Melaka!

Dipendekkan cerita; Portugis serang melaka, lepas tu kalah. Sultan Mahmud pun lari last sekali sampai ke Kampar, Sumatra. Sultan Mahmud ada banyak anak tapi yg glamour nya tiga orang - Sultan Ahmad Shah (mangkat zaman Melaka), Raja Muzaffar (mak dia puteri dari Kelantan) dan Raja Alauddin (mak dia Tun Fatimah).

Sultan Mahmud waktu kat Kampar dah tua sangat dan tak larat nak lawan Portugis dah. So, dia harap anak2 dia Raja Muzaffar dengan Raja Alauddin boleh teruskan perjuangan baginda. Since, Sultan Ahmad Shah dah mangkat, Raja Muzaffarlah yang bakal mewarisi takhta kerajaan Melaka. Tetapi, Tun Fatimah tak berapa setuju. Kalau boleh dia nak anak dia, Raja Alauddin yang mewarisinya. Sekurang-kurangnya dalam hatinya, dia harap yang kesinambungan Kerajaan Melayu Melaka akan ada pertalian darah dengan family Tun Mutahir (MAMAK KUTI !!!) Maka di hantarnya Raja Alauddin ke Johor menubuhkan Kesultanan Melayu Johor dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah. TETAPI, Sultan Mahmud pun ada otak punye orang. Takkan dia tak tau maksud di sebalik hajat Tun Fatimah tu! sebelum Raja Alauddin pergi ke Johor, Sultan Mahmud telah dikunjungi Tun Saban dan Nakhoda Kasim dari Perak. Delegates from Perak ni berhajat nakkan Sultan Mahmud supply Perak dengan seorang Raja. Dia tahu yang kerajaan Johor akan di ketuai oleh Raja Alauddin tapi baginda kalau boleh nakkan Raja Muzaffar yang jadi waris. So, Sultan Mahmud pun berkenan jadikan Raja Muzaffar menjadi Sultan Perak yang Pertama.

Untuk membuktikan theory hasrat Sultan Mahmud ini, kita boleh lihat pada HARI INI, alat-alat kebesaran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berada dalam simpanan Sultan Perak Darul Ridzuan dan bukannya Sultan Johor! Jadi, tinggi kebarangkaliannya yang Sultan Mahmud tidak merestui Sultan Alauddin jadi pewaris. Tapi, sape tak sayang bini oi ! Biar aje la Raja Alauddin jadi Sultan Johor.

Zaman pun berlalu, maka Tun Seri Lanang dititahkan oleh Sultan Johor pada ketika itu (beberapa generasi selepas Sultan Alauddin) untuk menulis buku Sejarah Melayu. Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhammad adalah Bendahara negeri Johor bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Untuk pengetahuan saudara, Tun Seri Lanang ni salasilahnya begini:

Bapaknya Tun Ahmad anak Tun Isap Misai. Tetapi, emaknya Tun Genggang! Tun Genggang ni berketurunan daripada Tun Mutahir (Mamak Kuti waktu Zaman Melaka dulu) salasilahnya begini: Tun Genggang binti Tun Zainal Bin Tun Mat Ali Bin Tun Hassan (Temenggong) Bin Tun Mutahir (Bendahara). Jadi, most probably, sejarah Melayu yang budak2 zaman sekarang belajar i.e. either Shellabear atau Raffles, semuanya berdasarkan Tun Seri Lanang punye karangan. Since dia ni berketurunan Tun Mutahir, dia dah potray dalam Sejarah Melayu seolah2 Sultan Mahmud ni hukum bunuh Keluarga Tun Mutahir dengan kejam. Padahal, ada kapal Portugis dah kantoi kan palan si Mamak tuh!

Zaman pun beralih lagi. Tibalah ke tahun 1699. Sultan Johor waktu tu Sultan Mahmud yang lebih dikenali sebagai Sultan Mahmud Mangkat Dijulang! Bendahara pada ketika itu adalah Tun Abdul Jalil Bin Tun Habib Abdul Majid Bin Tun Anum Bin Tun Seri Lanang.

Saya rasa saudara tahu cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang kan! Ceritanya begini: Tersebut le kisah Orang Kaya Laksamana Bentan gelarannya Megat Seri Rama. Sultan Mahmud suruh dia gi mana entah! Bini Megat ni mengandung waktu tu. So dia pegi la. Waktu dia gi outstation, bini Megat Seri Rama ni mengidam nak makan nangka. Alih2, ada Penghulu Istana lalu depan rumah dia bawak sebiji nangka. Isteri Megat Seri Rama mintak tapi mamat tu taknak bagi. Kata dia, ni tuanku punya. Awek tu cakap balik, “Ala, tolong le bukan saya yang nak makan, tapi anak saya dalam perut ni yang nak makan.“ Mamat tu pun kesian maka dibaginya seulas.

Sampai ke istana, Tuanku terkujat beruk tengok ada lubang kat nangka dia. Dia tanya sapa ambik. So, mamat tu pun cakap le isteri Megat Seri Rama yg mengidam...tak sampai hati dia nak blah aje cam tu. so dia kasi seulas. Nak dibuatkan cerita, sorang mamat ni nama dia Seri something (aku tak ingat title dia nih!). dia nie body guard Sultan. Si Kaki Ampu ni cakap le kat sultan; “Tuanku; ini tak boleh jadi ni...this is insulting your majesty's status! ni kurang ajar ni!” Maka dipanggilnya bini Megat Seri Rama – dia mengaku makan. Si Kaki Ampu pulak kata; mana ada budak dalam perut ibu boleh makan! Maka dihasutnya Sultan Mahmud untuk korek perut isteri Megat Seri Rama. maka matilah isteri Megat Seri Rama.

Megat Seri Rama ni memang hot temper! bila dia balik dari mission dia, dia balik rumah. Alih-alih rumah kosong dan ada kesan-kesan orang baru meninggal. So, dia tanya orang-orang kampung apa jadi. Bila dia dengar cerita macam ni, dia pun mengamuk. Dia gi jumpa Bendahara Tun Abdul Jalil. Sultan Mahmud ni takde waris. Jadi Megat Seri Rama pun cakap kat Bendahara yang kalau dato' nak jadi raja, inilah masanya! Bendahara kata, pantang anak Melayu derhaka pada raja. Tapi Megat Seri Rama pun cakap - bak kata Hang Jebat, Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah! Waktu meeting kat rumah Bendahara tu, semua orang-orang besar ada kat situ. Bila diorang dengar peluang Bendahara nak jadi Raja, maka berkata adik pada Bendahara; Tun Abdul Jalil : “...kalau abang jadi Sultan, saya nak jadi Bendahara la kalau cam tu! “ Masing-masing dah gila kuasa! Tun Abdul jalil kata. “...hehehe....boleh tapi dengan satu syarat....kita mesti bunuh Si Kaki Ampu because mamat ni body guard Sultan yg semua orang takut.“

Maka, Tun Abdul Jalil sebagai Bendahara telah menyalah gunakan kuasanya dengan menghantar Keris Kuasa kepada Si Kaki Ampu lalu dikatakan dengan perintah Sultan … “Engkau Si Kaki Ampu di hukum bunuh.“ Si Kaki Ampu ni pulak bodoh sikit. Dia tak melawan, maka mati la si body guard Sultan.

Pada suatu hari Jumaat dalam tahun 1699, tatkala orang menjulang Sultan Mahmud utk naik ke Masjid di Kota Tinggi, tiba-tiba tuanku bertanya kepada orang yang menjulang nya; “Mana bodyguard beta?” Alih-alih, Megat Seri Rama pun mengadap Sultan Mahmud, katanya; “Ampun Tuanku, your servant is commiting a treason! Sultan Mahmud pun terkejut lalu dia Tanya; “...apahal lak ngko ni Megat ?” Megat Seri Rama pun cabut keris lalu ditikamnya Sultan Mahmud. Waktu Sultan tengah nazak, dia tengok sekeliling. Takde sorang pun yang tolong dia; including the Bendahara! Maka mangkatlah Sultan Mahmud berakhirlah Kesultanan Melayu Johor dari keturunan Sultan Melaka. Dan seperti yang telah diperstujui, Tun Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor yg Baru bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah.

Jadi, di sini kita dapat lihat, sekali lagi seorang keturunan Mamak Kuti seperti Mahathir telah pun merosakkan Dinasti Kesultanan Melayu.

Recently, pada tahun 1993, Perdana Menteri Malaysia - Mamak Bendahara Mahathir telah mengusulkan dalam Parlimen supaya kekebalan Raja-Raja Melayu dilucutkan. Setelah menghasut rakyat dengan memburuk-burukkan Raja2 Melayu melalui filem2 kat TV, Berita kat TV dan akhbar, maka 'rakyat' pun menyokong Mahathiri.

Demikian sepanjang sejarah; peranan golongan Mamak Mahathir Kuti telah banyak melakar insiden dalam Kesultanan Melayu; seperti dalam insiden berikut:

1. Tun Ali (Mamak Kuti) nak kan isteri Sultan Mansur Shah yg bernama Tun Kudu (Melayu)
2. Tun Mutahir (Mamak Kuti) nak gulingkan Sultan Mahmud Shah tapi gagal.
3. Raja Mendilar (Mamak Kuti) kasi kecoh sama Sultan Mahmud yg Tun Mutahir mau lawan dia.
***(padan muka Raja Mendiliar-konon nak berpaling tadah ngan Tun Mutahir...last sekali bila Sultan tau yang si dia pun berpakat sekali, disulanya Raja Mendelia....padan muka ngko mamak Kuti!)****
4. Tun Fatimah (anak Mamak Kuti) manipulate Sultan Mahmud untuk letak anak dia jadi Sultan Johor. (tak berkat beb)
5. Tun Abdul Jalil (keturunan Mamak Kuti) merestui konspirasi membunuh Sultan Johor (also ada darah Mamak). Later on, Tun Abdul Jalil (bila dah jadi Sultan), Johor diserang Bugis dan Tun Abdul Jalil telah dibunuh sewaktu melarikan diri ke Terengganu.
6. Mahathir (keturunan Mamak Kuti), menderhaka kepada semua raja2 Melayu di Malaysia ?
Setakat ini sahaja. Wassalam.

Yang benar,
BAKAL ORANG KAYA BENDAHARA SERI MAHARAJA, PERAK
Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Tarikh artikal diterbitkan : 3hb. Mei; 2001

Catatan : Dinbatubara peminat sejarah. Terjumpa artikel yang dirasakan berharga ni - barangkali boleh membantu pensejarahan Melayu. Saya mengedit seboleh/sebaik yang mungkin sehingga unsor-unsor/istilah/gelaran/ungkapan yang dilihat terlalu sensitif dibuang. Yang hendak diketengahkan ialah fakta/perjalanan sejarah tersebut. Sekian harap maklum

Isu Tanah kampung Sungai Kerandang, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

1. Identiti tanah, kedudukan & Keluasan : Nama dalam Pejabat Tanah ialah Tanah Hutan Simpan Bukit Tarik. Peneroka awal menamakannya sebagai Kampug Sungai Kerandang (kerandang – nama spesis ikan haruan yang dijumpai di kolam/tasik di situ). Letaknya antara Rumah Tol Bukit Tagar dengan Empangan Sungai Tengi. Luas kira-kira 1000 ekar.

2. Latar belakang geo-politik : Kawasan itu dulunya pada status Hutan Simpanan Kekal. Pada tahun 2004 (Era BN/ Khir Toyo jadi Menteri Besar); suatu mesyuarat Exco telah buat keputusan menukar status tanah tersebut menjadi Tanah Rezab Melayu sebagai tambahan bagi menggantikan Tanah Rezab Melayu di Kuala Langat (seluas 3000 ekar) yang diambil untuk kegunaan tadahan Sungai Kuala Langat.

Mungkin berdasarkan keputusan Mesyuarat Exco tersebut, kuncu-kuncu Umno mulai meracik-racik tanah tersebut untuk kegunaan sendiri atau tujuan wang panas. Kira-kira 700 bahagian lebih sudah diracik-racik – pemiliknya ada yang dari Kuala Langat, Ijok (Kuala Selangor), Kg Sg. Kayu Ara (Damansara) dan lain-lain tempat. Ironinya ada tanah tersebut yang sudah mendapat status TOL pada tahun 2000. Banyak pula tanah ini yang sudah mengalami pertukaran hak milik.

3. Apa yang ada di ‘penempatan’ Kampung Sungai Kerandang ?

3.1. Yang ada ialah rumah kediaman kira-kira 30 buah (yang sudah mimbina penempatan di sini dari tahun 1985), jalan bertar (jalan kelas 3), kemudahan elektrik, surau, dusun-dusun mini, tanaman kelapa sawit; sama ada yang (tidak berapa lama lagi) akan mengeluarkan hasil atau yang sedang pulih-tumbuh.

3.2. Maklumat di Pejabat Menteri Besar dari Pegawai Daerah dan Pengarah Tanah, rumah yang didiami ialah enam atau tujuh buah sahaja. Begitu pun sumber dari kajian luar mendapati lebih 30 keluarga, malah hingga 300 keluarga (mungkin statistik dari kunjungan tuan tanah kala hujung minggu). Ada juga di antara yang didiami oleh warga Indonesia yang menjadi pekerja ‘tanah tanaman sawit’ tersebut.

3.3. Maklumat yang diterima oleh PAS Kawasan Hulu Selangor (yang belum disahkan), ramai diantara pemilik tanah itu sekarang adalah orang PAS dan PKR.

4. Apa berlaku pada keputusan Mesyuarat Exco 2004 : Keputusan Mesyuarat Exco pada 2004 untuk mengubah status dari Hutan Simpan Kekal kepada Tanah Simpanan Melayu itu tidak pun diwartakan.

5. Perubahan kerajaan di Selangor : Berlaku perubahan kerajaan dari Umno/BN kepada Pakatan rakyat (2008) – Mesyuarat Exco pada 2009 tidak mengambil kira keputusan Mesyuarat Exco 2004 (untuk mengwartakan sebagai Tanah Simpanan Melayu), sebaliknya terus mengekalkan status Hutan Simpan Kekal tersebut.

6. Insiden – aksi & reaksi :

6.1. Pada 2hb. Mei; 2009; Jabatan Hutan Hulu Selangor tiba ke kawasan tanah tersebut dengan arahan yang jelas datang dari Menteri Besar Selangor bagi ‘membersihkan’ penempatan tersebut. Pegawai bersama petugas Jabatan Hutan Hulu Selangor tiba bersama jentolak; dan mengunggis sedikit sebanyak penempatan tersebut. Ketika itu semua Exco Selangor sedang bermesyuarat di Langkawi.

6.2. Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor; Tn Hj Abdul Wahid Basri bersama beberapa ahli PAS dialu-alukan oleh penduduk Kg Sungai Kerandang/ mimbincangkan isu perobohan premis. Ahli Parlimen Hulu Selangor dan beberapa kuncu-kuncu Umno juga tiba di tapak tersebut. Tn Hj Abd Wahid berunding on-line (telefon) dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri (PAS) yang sedang bermesyuarat di Langkawi; dan dengan Jabatan Hutan. Operasi perobohan berjaya minta tangguh untuk mendapat arahan terbaru dari MB.

6.3. 2hb. Mei; 2011; Dewan Harian PAS Kawasan Hulu Selangor mengadakan mesyuarat; khas membincangkan isu ini – cadangan menghantar memorandum (menerusi Dewan Harian PAS Negeri). Beberapa perkara diambil perhatian dalam memo tersebut seperti menghindar persepsi buruk masyarakat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor merampas tanah rakyat, mengekang political millage Umno/BN, mengembalikan Tanah Simpanan Melayu, dan ruang hak milikan tanah untuk Generasi Ke- 2 FELDA di Hulu Selangor.

6.4. 14hb. Mei, dua buah bas membawa ahli PAKEDA tiba untuk ‘demo’ di tapak operasi pembersihan.

6.5. 16hb. Mei; 2011; satu memorandum dihantar oleh PAS Kawasan Hulu Selangor kepada MB (diserahkan kepada Tn Hj Abd Halim – Pegawai Khas MB; dan dijanjikan akan dibawa ke Mesyuarat Exco pada 18hb. Mei; 2011.

6.6. Akhbar Sinar pada 17hb. Mei; 2011 menyiarkan kenyataan akhbar Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor - menyebutkan akan turun padang menyelesaikan isu pemilikan tanah Kampug Sungai Kerandang. Penduduk kampung tersebut akan diberi keutamaan tinggal di situ, tegas beliau.

Dan sekarang operasi pembersihan penempatan sedang berhenti.

DinBatubara