Friday, June 10, 2011

Mengenal-pasti Dato' Maharaja Lela - Daeng Selili & Pandak Lam

Mungkinkah yang dimaksudkan Dato’ Maharaja Lela dalam kontek legasi Orang Besar-Besar Lambor pada zaman Kesultanan Melayu Perak/Lambor ini, nama batang-tubuhnya ialah Daeng Selili; iaitu seorang anak Raja Bugis dari Luwuk, Sulawasi. Daeng Selili dilantik menjadi Mufti oleh Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13; 1728 – 1756) atas jasanya menawan perompak-perompak di Pulau Sembilan, pada tahun 1743, Atas jasanya itu beliau di anugerahkan Orang Besar bergelar Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancong Tak Bertanya.

Justeru catatan sejarah menyebutkan Sultan Muzaffar Shah III (nama sebenar Beginda ialah Raja Inu) bersemayam di Brahman Putera (Bota Kanan). Pada tahun 1742 – 1743; telah berlaku rebutan kuasa dengan adindanya Raja Bisnu; iaitu Raja Muda yang bersemayam di Pulau Tiga. Raja Muda mendapat sokongan kuat dari Daeng Chelak, Yam Tuan Riau. Raja Muda diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Muhammad Shah dan bersemayam di Pulau Tiga. Sementara Sultan Muzaffar Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di Sayong (dalam daerah Kuala Kangsar). Pada masa ini Negeri Perak diperintah oleh dua Sultan. Akhirnya Sultan Muzaffar Shah III telah balik semula ke takhtanya di Brahman Indera secara muafakat dan adindanya menjadi Raja Muda semula.

Manakala Dato’ Maharaja Lela dalam peristiwa Pembunuhan JWW Birch (1875) ialah Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam. Saya mencongak jarak antara Sultan Muzaffar Shah ke III (Sultan Perak ke 13; 1728-1756) itu dengan Raja Abdullah (Tragedi Birch, 1875) adalah 131 tahun. Mungkin – orang dulu-dulu mempunyai jangka hayat yang panjang hingga 100 tahun lebih. Tapi semasa kedatangan Daeng Selili (Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancung Tak Bertanya) ke Perak/ Lambor (mengalahkan pemberontakan di Pulau Sembilan dan diangkat menjadi Mufti, agak-agak umur beliau adalah sekitar awal 20an. Katakan umur beliau 20 tahun (pada tahun 1743) > (1875)/ 1875 – 1743 = 132 thn + 20thn (umur ketika baru mula sampa ke Lambor); bermakna umur Maharaja Lela ketika peristiwa Pembunuhan Birch ialah 152 tahun.

Mungkinkah pada usia itu Dato Maharaja Lela yang satu itu begitu perkasa. Atau Maharaja Lela peristiwa Birch itu Maharaja Lela II; iaitu Pandak Lam yang sudah jadi orang Kampung Gajah. Perlu diingat Raja Abdullah (1874 - 1876; Sultan Perak ke 26) dalam Peristiwa Pembunuhan Birch, 1875 bersemayam di Bagan Datoh.

Bagaimana pun tetaplah, gelaran/anuegarah Datok Maharaja Lela itu telah dimulai dari kerabat Maharajalela dari Lambor. Walahuaklam.

dinbatubara

6 comments:

  1. Keturunan belah bapa boleh makan ikan tapah makna kami bukan orang lambor jati moyang saya mengikut tercatit dalam grant tanah kampong ialah imam musa bin imam seraja indera hal gelaran ni ialah dari catra nya ia sanggup memberi penerangan tentang makan minum disiang hari pada bulan puasa sebelah emak pula moyet saya meninggal di pasir panjang laut walaupun sudah bekelurga di kucai ada kah lanun di pulau sembilan sebenarnya menjaga laluan laut yg hendak ke sungai perak atau ke sungai beruas

    ReplyDelete
  2. Pandak lam generasi ke 6 daeng selili.... Tuan oiiii

    ReplyDelete
  3. Pandak lam generasi ke 6 daeng selili.... Tuan oiiii

    ReplyDelete
  4. saya ada salah silah pandak lam n sejarah family beliau..

    ReplyDelete
  5. ni email sy : paktekku@gmail.com

    ReplyDelete