Friday, December 9, 2011

Apa Makna audit Negara - Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Generasi awal Islam meneriman pendidikan Ilahi daripada Rasulullah S.A.W sepanjang hayatnya dalam semua aspek ibadah, cara hidup bermasyarakat dan berpolitik. la adalah amalan manusia yang dimasukkan dalam perhitungan baik dan jahat, adil dan zalim, seterusnya dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat. Apabila seorang yang ditugaskan ke suatu wilayah, pulang membawa hasil pungutan harta zakat dan cukai, lalu menyerahkannya kepada Rasulullah S.A.W dengan menyatakan, "Ini semua adalah tugas saya memungutnya dan ini pula diberi hadiah kepada saya", dengan murka Rasulullah S.A.W bersabda, "Adakah sekiranya kamu berada di rumah ibu dan bapa kamu tanpa menjalankan tugas ini, maka hadiah ini diberi juga kepada kamu?"

Kemudian Rasulullah S.A.W keluar ke masjid menyampaikan ucapan mengingatkan semua yang bertugas dalam urusan umat, supaya berwaspada menerima hadiah yang diberi kerana jawatan, kerana ada unsur rasuah yang menjadi harta dan rezeki haram, bukan kerana hadiah sebenar secara ikhlas.

Ketika Rasulullah S.A.W uzur sebelum wafatnya, dipapah ke masjid bagi menyampaikan amanat terakhir, antaranya Baginda menegaskan, "Sekiranya ada kalangan kamu yang aku jatuhkan maruahnya sila datang dan lakukan hukuman terhadapku, sekiranya ada yang aku ambil hartanya sila nyatakan supaya aku menggantinya".

Apabila Islam mendapat kemenangan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab R.A, beliau berjaya menumbangkan dua kuasa besar yang kaya dan zalim iaitu Rom dan Parsi, maka banyaklah harta peninggalan dua kerajaan yang paling kaya itu menjadi milik negara. Lebihan daripada harta yang dibahagikan mengikut keperluan penduduk daerah yang wajib diberi dengan adil, dibawa ke Madinah, pusat kerajaan Islam pada masa itu, supaya dibahagikan kepada pihak yang lain pula antaranya kain untuk pakaian, yang dikira harta sangat bernilai padazaman itu. Kain yang banyak diagihkan kepada penduduk Madinah.

Setelah beberapa hari, Umar keluar ke masjid dengan pakaian baru lalu menyampaikan ucapan, "Dengar dan taatlah!". Baru sahaja beliau menyampaikan mukadimah, tiba-tiba seorang di kalangan yang hadir menyampuk, "Kami tidak mahu".

Khalifah Umar bertanya, "Mengapa?". Orang itu menjawab, "Daripada mana kain diambil untuk baju yang kamu pakai ini? Kerana mengikut setiap orang yang mendapat bahagian kain semalam, tidak cukup untuk baju yang besar seperti kamu?" (Umar berbadan besar dan tinggi).

Lalu Umar meminta anaknya Abdullah memberi penjelasan. Abdullah menjawab, "Saya berikan kain bahagian saya bagi mencukupkan baju yang ayah saya pakai".

Khalifah Umar diaudit oleh seorang rakyat biasa, bukan Ketua Audit Negara kerana sehelai baju yang dipakai dan diragukan mengambil secebis kain yang diambil secara tidak jujur dalam pembahagian harta, yang boleh dibahagi dan Khalifah juga berhak mendapat bahagiannya.

Apabila seorang raja menghadiahkan kalung perhiasan berharga kepada isteri Khalifah Umar al Khattab R.A (Ummu Kalthum binti Ali bin Abi Tolib), Umar terus meminta isterinya menyerahkannya kepada Baitu al Mal (Perbendaharaan Nagara). Begitu juga Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada zaman kerajaan Amawiyah meminta isterinya (Fatimah binti Abdul Malik bin Marwan) supaya menyerahkan permata berharga yang dihadiahkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan (ayahandanya) ketika perkahwinannya, sebelum Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah. Hadiah itu dikembalikan kepada Baitul Mal kerana Umar bin Abdul Aziz menganggapnya ia boleh menyalah-gunakan harta negara

Inilah contoh generasi awal yang menjadikan kedudukan mereka dalam kepimpinan adalah amanah, bukan sahaja amanah daripada rakyat malah lebih besar daripada itu ialah amanah daripada Allah, yang diisytiharkan sejak mencipta manusia pertama Nabi Adam A.S, bapa kepada seluruh manusia, bahawa memerintah negara adalah amanah paling besar disenaraikan selepas beribadah kepada Allah.

Apa yang berlaku menunjukkan Islam mendahului demokrasi Barat; memberi hak kepada rakyat dan wakil rakyat (bahkan semua pihak) dalam negara melakukan muhasabah terhadap kerajaan dan pemimpin di semua peringkat. Dalam negara demokrasi moden diambil amalan ini, apabila dilantik Audit Negara, audit bebas, dalam dan luar dengan telus melakukan muhasabah, tidak cukup dengan Jabatan Audit Negara.

Parlimen dan media boleh mendedahkan segala penyelewengan harta rakyat dan negara seluruhnya. Rakyat pula diberi hak yang sama dan menjadi hakim melalui pilihan raya yang adil, bebas dan bermoral sehingga rakyat boleh menghukum dengan menjatuhkan pemimpin itu melalui pilihan raya setelah mendengar hujah pemimpin dan rakyat, tanpa apa-apa tekanan, ugutan dan sogokan. Bahkan ada pemimpin yang berundur sebelum pilihan raya kerana menjaga maruah diri dan mendedahkan diri untuk disiasat walaupun yakin tidak bersalah.

Di negara Malaysia yang tercinta ini, setiap tahun kita membaca Laporan Audit Negara yang telah menjalankan tugas dengan terperinci dalam laporannya. Di samping tersurat, ada juga dikatakan tersirat dengan banyaknya, tersebarnya berita cincin berjuta harganya dan berbagai-bagai cerita habuan kemewahan dan pembelian kemewahan, menggunakan kedudukan dan pangkat. Semuanya tidak ada penjelasan seperti anak Khalifah Umar yang boleh dijawab dan didengar oleh rakyat, atau tindakan berani Khalifah sendiri terhadap diri dan keluarganya. Tidak juga seperti di negara yang benar-benar menghayati deraokrasi.

Keadaan ini berlaku kerana Laporan Audit Negara sekadar dibentang tanpa apa-apa tindakan selepasnya, laporan media kalau ada hanya sekadar bacaan cerita tanpa susulan atau menjadihikayat yang menarik dibaca untuk hiburan. Rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil kerana badan kehakiman rakyat melalui pilihan raya tidak mampu mengendalikan urusan pilihan raya yang adil, walaupun dibekalkan dengan teknologi maklumat yang dikatakan paling canggih daripada negara maju dan ekonominya tidak terjejas dengan ribut taufan yang melanda ekonomi dunia.

Seolah-olah Malaysia tidak berada di alam dunia yang bulat berpusing. Media di sini kaya dengan laporan maklumat sebelah pihak dan terlalu bakhil untuk melaporkan golongan yang mengkritik kerajaan BN yang memerintah, ada pula kesalahan yang dilindungi undang-undang kerahsiaan, walaupun menjadi penyakit yang membarah. Seterusnya Laporan Audit Negara hanya menjadi bacaan, adapun yang tersirat semuanya menjadi cerita yang tidak berkesudahan. Sehingga orang yang dahulu mati dan yang masih muda dimakan usia.

Setelah cerita yang terdahulu diletak dalam lipatan sejarah hitam negara tanpa pemutihannya, timbul pula cerita baru, bantuan tidak sampai kepada sasaran setelah stadium runtuh, jambatan rebah, kuda lumba harga terlalu mahal dan sebahagiannya tidak dapat berlumba, bilik komputer runtuh, komputer terlalu mahal, beli senjata hanya untuk tayangan hari kemerdekaan tetapi tidak mampu mempertahankan negara dan banyak lagi yang tidak tersenarai dan cerita kebocoran harta negara yang disimpan menjadi rahsia dan tidak muncul di alam nyata.

Semua perkara berlaku begitu rupa kerana memperkecilkan amanah dan tiada maruah diri. Pepatah menyebut, "Sekiranya tidak ada rasa malu, buatlah apa sahaja". Lebih malang bagi negara apabila kemungkaran berlaku, banyak orang menjadi syaitan bisu.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah dan sekiranya tidak mampu hendaklah benci dalam hati, inilah selemah-lemah iman".

Laporan Ketua Audit Negara dan teguran terbuka adalah mencegah dengan lidah. Kebencian dalam hati adalah tidak menyokong lagi pemimpin yang dibejati mungkar. Kita menunggu tindakan undang-undang oleh mereka yang mencegah kemungkaran dengan tangan atau mereka juga tidak berkuasa kerana tangannya lesu, tiada pemisahan kuasa dalam sistem pemerintahan negara. Pentadbiran dan penguat-kuasaan bergerak mengikut kehendak tangan ghaib yang berada di belakang atau tangan terdedah digerakkan oleh jasad yang tidak ada rasa malu sedikit pun kerana tiada harga diri seorang manusia yang sebenar, tanpa maruah dan tanpa kepercayaan kepada adanya hari pembalasan, di kala mulut terkunci dan anggota yang tidak bermulut akan bercakap mendedahkan segala-galanya.

Akhirnya Rasulullah S.A.W memberi amaran, "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran, atau kamu diam sahaja, maka Allah timpakan bala bencana orang-orang yang jahat memerintah kamu dan doa orang-orang yang baik tidak diperkenankan oleh Allah".

Atau sudah berlaku laksana cerita penglipur lara yang mengisahkan cara mengalahkan seekor beruk garang dengan memberinya tiga biji telur, dua biji supaya dipegang oleh kedua-dua belah tangan, sebiji bagi diletakkan ke dalam mulut, menyebabkan beruk itu kaku tidak dapat bertindak kerana sayang melepaskan telur yang digenggam dan mulut juga tidak dibuka kerana menjaga telur yang dikemam.

Saturday, December 3, 2011

kerjasama politik - at tahaluf assiasi

Politik adalah tingkah-laku bagi mendapatkan keputusan. Ia boleh juga bermaksud proses atau cara menyelesaikan pertikaian atau gangguan yang mengancam moral kumpulan (seperti kerajaan, ahli kumpulan korporat, akademik, agama, dan institusi lain).

Tegasnya ia merupakan cara bagaimana (technical know how) manusia menyelaraskan tindakan demi kebaikan bersama (kumpulan) atau individu. Dalam politik terdapat banyak persoalan berdebat. Kendati, kerana politik berhubung rapat dengan konflik, maka kerap terjadinya ketegangan atau kekerasan.

Klimeksnya, memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikan kuasa pula kepada kumpulan lain. Ramai pemain politik bersetuju, konflik politik menyebabkan tiada yang dipelajari atau diselesaikan; melain menentukan "siapa menang, siapa tewas"

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa (Who could do what to whom ). Manakala ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how).

PAS tidaklah pandir sangat tentang politik. Makanya pengkritik atau pengamat politik PAS harus faham pula sains politik amalan PAS. Sebagaimana orang PAS amat memahami politik Umno yang mengamalkan liku politik (seperti yang disebut di atas) dan asuhan pragmatism serta tujuan menghalalkan cara (yang menjadi baju atau vitamin menghidupkan partinya); makanya, orang Umno juga mesti memahami bebarapa istilah fiqh seperti maqosid syariah, siasah syar’iyah dan at tahaluf assiasi yang menggerakkan kelangsungan parti Islam tersebut.

Atau barangkali orang Umno sendiri pun tak faham pragmatism dan tujuan menghalalkan cara yang menunjangi parti mereka. Tahukah Sdr (?) Azian atau ASani akan kedudukan Islam dalam perlembagaan parti mereka. Selidiklah apa dapatan penggubal perlembagaan parti anda terhadap peranan Umno dalam memertabatkan Agama Islam.

Gaya politik PAS - Mengapa kita bekerjasama dengan orang kafir. Dengan DAP. Lama dahulu PAS marah Umno bekerjasama dengan MCA, MIC - kerjasama dengan orang kafir. Iya, pernah suatu ketika tok guru kita baca ayat Quran yang maksudnya “Tak harus orang beriman, mengambil orang kafir jadi aulia, barangsiapa yang buat begitu dia bukan dari Allah sedikit pun” Kita harus sedar bila nabi hendak perintah Madinah, Baginda mengadakan tahaluf dengan Yahudi.

Nampak semacam ada pertentangan arahan Allah itu dengan praktik Nabi yang bertahaluf dengan Yahudi. Sebenarnya tidak bercanggah. Tidak. Ayat Allah itu menyebut menjadikan aulia (wali – ikutan, tempat meminta pandangan, tempat disandarkan harapan dan kehendak, pemimpin yang satu-satunya membuat keputusan). Tidak boleh sehingga menjadikan mereka begitu. Adapun tahaluf ialah bekerjasama atas urusan kepentingan bersama selagi tidak menjejaskan, merendahkan, menghina, merenggut jati diri Islam. Jika keadaan begitu terjadi attahaluf akan terhenti. Demikian suatu terminologi dalam sains politik Islam (disebut juga fiqh politik).

Kalau boleh diertikan; fiqh ialah technical know how (tahu bagaimana cara). Ulama-ulama PAS buat muzakarah dengan ulama-ulama dalam naegara dan luar negara yang berjuang Islam, bukan dengan ulama yang tak berjuang Islam (Rashid Ghenoushi di Tunisia melakukan tahaluf assiassi dengan parti sekular – yang cenderung kepada kehendak politik Islam berdepan dengan ‘Umno’ Tunisia).

Kita muzakarah; mengikut fiqh politik. Di sana ada beza antara wala’ dengan tahaluf. Oleh kerana kita hanhya mengaji fiqh sembahyang, fiqh puasa, fiqh zakat; dan kita tak mengaji fiqh politik. Dalam Islam ada fiqh politik. Ada fiqh jual beli. Kita berunding dengan rakan bukan Islam dimana masing-masing mempunyai kepercayaan agama masing-masing. Apa yag dibenarkan oleh agama bukan Islam kita tak boleh ganggu. Itu hak mereka – kebebasan beribadat kebebasan amalan harian yang di benarkan oleh agama mereka yang diharamkan oleh Islam kita tak boleh ganggu. Itu adalah hak mereka yang di jamin oleh hukum Islam.

Kerjasama wala’ ialah kita menjual dasar kita, tolak-ansur dalam prinsip kita, tolak-ansur dalam halal dan haram, merugikan orang Islam, merugikan kedudukan orang Islam. Ini diharamkan oleh Islam. Ini yang dibuat oleh Umno. Serahkan Singapura, lumpuh Melayu di Pulau Pinang (semasa dia berkuasa di Pulau Pinang), akhlak ummat hanyut, arak-judi bebas (pengeluaran lessen, pengilangan, keterlibatan orang Islam dalam proses pengedaran dll; dan ada kalanya kerana hendak raikan orang bukan Islam, orang Islam pun hingga boleh minum sama). Ini kerjasama yang menjahanamkan orang Islam.

Allah melarang kita berwala’ dengan makna memberi kesetiaan sehingga kita menjual harga diri Islam dan maruah kepada bukan Islam. Haram hukumnya. Bahawa kerjasama antara PAS dengan DAP (bukan Islam dan sebagainya) adalah kerjasama tahaluf. Manakala kerjasama Umno dengan MCA, MIC adalah kerjasama wala’ – wala’ dengan makna kita mengadakan hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kira menjual maruah dan harga diri Islam kita.

Yang kedua kerjasama – bertahaluf . Alllah berfirman yang maksudnya : “Allah swt tidak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang bukan Islam yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air kamu. Kamu berbuat baik kepada mereka. Berlaku adilah kepada mereka.” Kita wajib berdakwah kepada orang yang bukan Islam. Di antara metodologi dakwah ialah kita bertemu dengan mereka. Jika tidak bertemu dengan mereka, macam mana hendak berdakwah kepada mereka – untuk mengajak mereka masuk Islam. Jika mereka tak mahu masuk Islam, kita bagi tahu mereka duduk dengan masyarakat Islam. Tunjuk kepada mereka adab dan akhlak Islam.

Bukan baharu kali ini PAS bertahaluf dengan badan politik yang berbeda pandangan dengannya. PAS pernah bertahaluf dengan Umno hingga membentuk Kerajaan Campuran selepas Peristiwa 13 Mei. PAS bertahaluf lagi kemudiannya dengan CCC dan Semangat 46 (hingga memenangkan PAS di Kelantan, 1990). PAS bertahaluf kemudiannya dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (memungkinkan dapat bersama menguasai Kedah, Selangor, Perak - sekejap dan dapat kekal di Kedlantan).

dinbatubara

Friday, December 2, 2011

Tuan sangatkah kita

Semua masih lagi diuji
Melayu Cina India masih meragui sesamanya.
BN sekian lama memain isu ini demi survival politik mereka.
Anwar Haji Hadi Lim Kit Siang wajib buat perisytiharan bersama.

Ada yang kata kita hapus saja Ketuanan Melayu. Kenapa ada ?
Ada pula yang menyanggah.
Derhaka !!
Derhaka ?
Khianat
Mereka mahu menghapus Ketuanan Melayu.

Tuan sangatkah kita
jika tanah-tanah milik Melayu habis dirembat diperdagang.
Tuan sangatkah kita
jika persint, persel, KLCC, ICCT, bajet dan lain-lain dan lain-lain sebagai ganti
nama Melayu yang dimasyhor.
Tuan sangatkah kita
jika bangga kahwin dengan minah saleh, mat bangle dan mat Indon.
Tuan sangatkah kita
bila tulisan jawi lupus oleh seorang menteri dari bangsa Melayuku .
Tuan sangatkah kita
bila anak bujang kita - anak dara kita
bebas bertogel siang malam.
Tuan sangatkah kita
bila anak Melayu bebas berdangdut meneguk arak.

Percayalah
mereka sang elit Melayuku ini tak pernah peduli.
Mereka cuma peduli tembolok mereka sahaja.
Yang kita ini cuma tempat dipijak
dihincit
lantaran menghalang tujuan
perut dan bawah perut.

dicatat semula oleh:
dinbatubara

Tuesday, November 22, 2011

Pekasam Peghak

Bahan-bahan:
Ikan darat/ikan sungai seperti temakang/kepo, perit, tilapia, lome, kaloi
Asam limau/asam jawe
Gagham
Nasi dingin/sejuk
Balang kace/pasu

Caghe-caghe membuat Pekasam Peghak:
1. Siang ikan - buang kepalenye.
2. Bersihkan ikan.
3. Limaukan ikan ngunekan asam (limau nipis atau asam jawe) dan bilas.
4. Gaoi ikan dengan gagham halus (Lebihkan sikit gagham tak ape).
5. Susun ikan dalam balang kace selapih selapih. Litup setiap selapih dengan nasi dingin.
6. Tutup kedap balang (supaye udaghe daghi luo jangan bulih masuk & pastinye juge supaye semase
proses penapaian atau bile ikan udah jadi pekasam; baunye idak lepeh keluo ... he he he).

Catitan :
1. Secaghe tradisionalnye, oghang tetue idak ngunekan gagham haluih. Deme ngunekan gagham kaso.
Gagham kaso di tabo ateh nasi pade setiap leyer – selapih selapih.
2. Tak beghape elok ngunakan balang pelastik; dibimbangi tindak-balas kimia menghakis lapisan
plastik.
3. Selepeh 5 aghi, biasenya pekasam udah bulih dimasak. Bulih digoren begitu sehaje.
4. Pekasam yang disimpan lame dalam balang nyebabkan semue tulang ikan jadi lembut dan hanco –
jadi jus bile dimasak.Masak ghendang santan(sampei keghin)sedap bebeno dicolek dengan jeghin tanam.
5. Awok baghu nengo ceghite, Shakespeare mati sebab makan pekasam. Awok belum sempat mencaghi faktanye.

dinbatubara

Tuesday, November 15, 2011

Sajak - Mengapa Pembangkang Pilih Jalan Tolol Untuk Menang (sempena Pilihan raya Kecil DUN Ijok, Parlimen Kuala Selangor)

Keadilan kalah dalam pilihan raya kecil Ijok baru-baru ini.
Analisa mendapati;
rasuah, tipu dan hantu berkeliaran
mengundi
Pun PKR mendakwa berjaya pertingkatkan sokongan
khususnya dalam kalangan orang-orang Cina.

Hakikatnya
PKR dan Barisan Rakyat gagal
gagal dan gagal lagi mengatasi
helah dan honar BN.
Gagal mencetus amarah umum terhadap pencemaran dan penodaan demokrasi.

Salah-guna kuasa
penipuan
ketidak-cekapan pengurusan pemerintah tidak dapat dihapus
selagi rakyat tidak peduli malah
sanggup menanggung rasa tidak apa-apa.

Pihak berkuasa akan terus memperalat suruhanjaya dan segala jabatan;
sentimen perkauman akan terus dibangkitkan, kebenaran akan terus digelapkan, dipesong
menerusi penggunaan media yang tidak adil dan tidak beretika,
Kekerasan digunakan untuk menakut para pengundi,
Ah, saratnya kejahatan
semua guna untuk menang pilihan raya.

Ini akan berterusan tahun demi tahun
Ini akan berterusan pilihanraya demi pilihanraya.

Suatu petang seorang teman datang bertandang ngajak bersembang, katanya
jalan yang dipilih pembangkang untuk membela rakyat adalah tidak tepat malahan tolol dan dungu.
Dalam suasana pemerintah yang tidak telus dan ammoral,
rakyat pula tidak punya kesedaran dan sangat sulit melihat kebenaran
– seringnya melihat kesalahan sebagai benar, membiarkan diri di manipulasi akrobator politik;
cara yang terbaik ialah
biarkan saja mereka menderita,
biarkan saja merreka terjerut dan
mampus.

Bila mereka sudah tidak tertahan lagi
umpamanya kerana terpaksa menangggung beban tol (lol) lebuh raya
mereka sendiri akan bangun.
Itu pun untuk yang ada tol (lol) di kawasan masing-masing.
Yang tak ada tol (lol) belum akan sedar dari di apa-apa.

Jadi, perlu apa kalian bermati-matian di Ijok;
meletihkan badan menghadapi kemungkinan dicaci-maki peribadi oleh BN,
dipukul dan dicederakan rakyat Ijok sendiri
yang sudah kena beli.

Khalid Ibrahim sepatutnya lebih aman buat wang berjuta-juta
dengan mengurus syarikat pengurusan asset dan dana, menjana keuntungan untuk selesa diri sendiri dan keluarga.
Kendati mengapa dia membenarkan diri difitnah Najib Razak dan dipukul oleh pekerja dan penduduk Estet Tuan Mee
dalam Ladang Ghutree
yang dia sendiri antara yang membangun-membelinya dari konglomerat luar negara.

Hei,
tunggu saja sampai rakyat jahanam dan lingkup di bawah kolong rejim Umno ini.
Tunggu saja mereka sendiri yang akan bangun meruntuh singgahsana pemerintah ini.
Lebih teruk penderitaan
maka akan lebih ganaslah mereka nanti.
Jadi biarkan saja mereka menderita dan mati.
Mereka sendiri yang akan menjatuhkan
sang penindas.
Nanti mereka tidak akan memukul lagi
Nanti mereka tidak akan menghalang-halang anda lagi masuk ke estet atau kampong.
Nanti mereka sendiri yang akan mencari saudara;
akan memohon petunjuk saudara,
akan memohon pimpinan saudara,

Saya tidak akan berkata benar jika saya katakan bahawa fikiran saya tidak terusik dan tidur malam saya tidak terganggu oleh kata-kata kesat dan terus-terang teman saya itu.


Nahar Rashid;
Mei, 2007;
Adaptasi dari tulisan Rustam Sani – Harakahdaily; 8hb. Mei, 2007

Friday, November 11, 2011

tablo - Kuala Kubu Bharu

Aku orang kota. Kali pertama sampai ke sini. Pekan ini kelihatan masih vergin – bagai tak terusik. Membelakangkan Banjaran Titiwangsa membiru. Jalan masuk yang sopan berliku. Pepohon tembesu di tubir Bukit Kerajaan antaranya ada yang sudah renggeh, pengenalan bahawa bangsa kolonial pernah sampai ke sini. Petang hari minggunya – jalannya yang lapang, pekannya lengang. Inilah Kuala Kubu.

Masuk sahaja ke pekan ini, aku dipesan; “Lupakan dulu tanda tarikh pada bumbung deretan kedai Hakka di Jalan Mat Kilau,Jalan Abdul Hamid atau Jalan Bowen. Di sini, di sana, di mana-mana kami tidak berasa pentingkan tanda itu. Tanda-tanda itu bukan kami. Namun kami tetap tahu; kamilah – kita yang terawal di sini.” katanya. Pesan itu lagi; seperti di Pulai Pinang, sejarah Orang Putih kata; Francis Light yang buka. Sedangkan sah-sah ketika itu Orang Melayu sudah berketurunan di situ. Sultan Kedah sudah berkerajaan di situ. Kami tahu. Kuala Lumpur sejarah Orang Putih sebut ianya dibuka Yap Ah Loy; ketika mana daerah itu sah-sah dibawah milik Sultan Puasa dan Raja Laut. Itu pun kami tahu.

Hakikatnya ini tanah leluhur nenek moyang; pesan itu mengumam. Lalu aku menyampuk; ah demi 1 Malaysia kata Pak Menteri Perdana; kawan-kawan, saudara-saudara, sepupu-sepapat, pakcik-makcik, abang-adik, datuk-nenek; lupakan saja soal tanah warisan nenek moyang. 1 Malaysia, rakyat didahulukan – Orang Melayu, Orang Cina, Orang India sudah jadi satu; pencapaian diutamakan. Dan orang Melayu memang tetap seperti dulu-dulu. Orang Melayu sudah capai apa ?

Kuala Kubu Lama – kira-kira 3 kilometer di sebelah sana; dipertemuan Sungai Kubu dan Sungai Rening di Lembah Sungai Selangor. Orang Melayu di sana dan di sini sudah hampir 200 tahun lamanya. Berbagai cerita dan peristiwa. Banyak. Orang Melayu melanda bijih. Orang Melayu jadi tokeh, orang Melayu jadi boroh; jadi tuan dan atau memilih tuan sendiri. Dari belum berkerajaan kepada berkerajaan dan atau berperang menuntut kerajaan.

Ini Kuala Kubu. Kami warganya dari suku Mandailing dan Kerinci dan Rawo dan Minang dan Bangkulu dan Bugis. Kami pendatang. Iya; betul. Betul benar. Tapi pendatangnya kami dari suatu daerah sama – Kepulauan Melayu. Pernah dengar The Malay Archepilago. Di mana-mana ceruk-rantau kepulauan itu; kamilah di situ. Tak kisahlah. Cuma nak bagi tahu, sejarah mencatat begitu. Sejarah jangan dibagi mati. kalau sejarah mati, politik akan ikut mati.

Dan sekarang apa bangsa dan suku pun kita semua sudah jadi satu. Satu warga. Angkara siapa. Asal bahagia.

Ini Kuala Kubu Bharu. Ada kisah perang dan damai. Kisah kalah dan menang. Kisah Raja Mahadi; penguasa kawasan yang tidak puas hati kerana ayahanda tidak diangkat menjadi Sultan selepas kemangkatan Padukan Raja. Tunangnya, Raja Arfah dirampas kerana tidak bayar cukai kepada istana. Pecah perang antara Raja Mahadi dengan Tengku Kudin; anak Kedah yang datang menyemenda.

Pengikut Raja Mahadi dibantu Syed Masyhor membina kubu. Itu mulanya perkataan Kubu. Iya; ini Kuala Kubu – kisah anak raja dan pembesar Melayu. Kisah bersulam dendam, iri-hati, ketidak-adilan, adu-domba dan perebutan kawasan. Inilah cerita Melayu. Bangsaku dari dulu hingga sekarang.

Agaknya bangsa Melayu ini sememangnya dari baka yang senang bergaduh, berparang. Kata orang, memang Melayu punyai tendensi suka beramok. Dua ribu orang Melayu Hulu Selangor di bawah Raja Mahadi berarak menentang Engku Din dari Rawang. Engku Din dibantu pula oleh ribuan pengikut Tok Gajah dari Pahang menyerang hendap dari belakang. Dan datanglah pula ‘Orang Lain’ dari Ulu Yam dan Ulu Kerling menawar kongsi menyebelahi antara ke dua – Ghee Hin dan Haisan yang mahu berbuat jasa juga. Kerja siapakah ini. Kalau bukan angkara orang besar-besar atau anak-anak raja.

Berperang. Berperang. Dan perang. Akibatnya empangan yang merentangi Sungai Kubu – yang diperbuat daripada ceracakan kayu dengan pematang tanah dan pasir sepanjang 1.6km dan lebarnya 91.4 meter tidak terselia. Hujan musim tengkujuh pada 29.10.1883 yang amat lebat telah memokah empangan. Pecah. Bah pun melimpah.menenggelamkan kampung dengan selut setebal 30 meter. Bukan kerana amukan jembalang buaya putih yang amarah kerana ditembak. Di situlah Kampung Empang Pecah .

Ini Kuala Kubu Bharu. Si Inggeris bernama Cecil Ranking pernah jadi Pegawai Daerah; sekaligus Majestrit di sini. Beliau mengawal kepentingan koloni; mati dalam tragedi empang pecah. Sebelah tangannya sahaja yang ditemui dan ditanam di bawah pokok di tepi jalan di hadapan Masjid Ar Rahimah; dan telah dipindah di depan Rumah Rehat Kerajaan. Ada yang kata si Inggeris itu sendiri meletupkan empangan; guna menghalau orang Melayu tempatan ke hutan supaya mereka mengaut kekayaan. Bom buatan sendiri menghancur diri.

Ini Kuala Kubu Bharu. Ada kisah Si Inggeris Pesuruhjaya Tinggi di Tanah Melayu. Sir Hendry Gurney namanya. Beliau bekas Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestina; mati di tembak bendit di pertengahan jalan ke Bukit Fraser pada 7.10.1951. Maaf, kerana kematiannya tidak perlu terlalu aku kenang kerana kekejamannya merampas Palestina untuk Yahudi – itu bumi saudara-Islamku.

Ini Kuala Kubu Bharu. Sosok yang paling lama aku kenal ialah Saudara Azizan Nordin. Dulu dia buka TASKI – Taman Asuhan Kanak-Kanak. Beliau menggaji guru, ajar anak-anak akhlak dan mukadam. Bawa bas sekolah angkut kanak-kanak. Kenal dengan ramai polis di sini. Rumah beliau pernah jadi markaz pilihanraya parti kami. Azizan anak Melayu KKB jati. Sekarang sudah jadi Tok Pati.

Aku kenal Fauzi – anak Kedah mengutip rezeki dilempar tuhan di sini. Sekarang taukeh ayam di Pasar KKB. Mula berhenti tentera jual cendol dan laksa di bawah pokok jati depan masjid ar-Rahimah. Mungkinkah 50 tahun lagi atau 100 tahun akan datang akan ada nama Fauzi di salah satu jalan atau lorong di sini.

Aku kenal Pak Aji Shaari – siak masjid ar-Rahimah; sudah lebih 20 tahun masih melerang apam balik di Pasar KKB.

Aku kenal Pak Aji Rostam – jual roti canai dan nasi lemak di Pasar KKB. Anak perempuannya yang cantik itu; yang sedari kecil membantu menghidang tetamu kini sudah bersuami.

Sebelum pamit, kutitip sejambak puisi untukmu Kuala Kubu Bharu.

dan malam pun kian cair di pagidingin menyahut tarhim dari menara masjid ar-Rahimah. Mengimbau-sayup takbir bulansabit menyurut bersahutan tahmid kabus menuruni Bukit Fraser bugar; menyusup mengelus rinduku yang berhimpun di Subuh Suci.

Salam sejahtera beburungpagi. Ini aku musafirlelah bermukim di pedalamanmu. Ini kubawa salam dari wargakota yang resah di hutanbatu angkuh yang kerinduan ini taman-megahmu yang tak terjajah.

Aninbasah mendesah dan singgah di belkoni mesra tertipmenyapa. Tuhan, Kau buka pintu-Mu berikan laluan desis akliku menemui tafsir di Sungai Kubu. Di sini ada cerita segala; tentang empang pecah dan raja dan pembesar dan Melayu dan penjajah semuanya membentuk sejarah.

naharrashid
Rawang 13hb. Feb.; 2010


dinbatubara

Thursday, November 10, 2011

Tribute - mengenang 32 tahun (10.11.1979 - 2011) kepergian almarhum Tok (Hj Yeop Majelis)

Daghi jauh arwah encik (emak keme) udah tau itu tok. Arwah encik cam beno bunyi honda tok. Entah macam mane, entah - caghe tok mawak honda (muleh minyak ?) dan stendet lajunye, nyebabkan bunyi khas - itu bunyi honda tok. Arwah encik memang kenei beno leh, itu tok.

Tak lama, ade oghang balik daghi kedei (Teluk Saghih) melinteh depan ghomah keme - dan ngabokan : "Tuan aji Yop Menjelih dah kulu; ngelebang je eko sobannye." katanye. "Ye.. ye .. terime kasih le !!" saut encik. Sebenonye encik pun udah nampak mase tok kulu tadi - mencuat aje eko sobannya menonyoh-nonyoh, mukoi muke opah cik yang tebonok di belakang tok. Ate ghomeh keme tu dengan jalan batu misahkannye, ban dengan due petak bendang je - dekat beno. Nampak keghete sape, moto ke, beh ke kulu keyo.

Lewat petang aghi tu sampei le Pak Hin ke, Pak Min atau Pak Hon bebasikei kelyo; magi tau : "Mak Acik ade dulu (di hulu)." katanye.

Mun kalu tak petang itu, pagi esoknye; encik akan kulu. Encik akan tido dengan opah cik di bilik (seghambi) belah kighi ghomah Lambo, tu. Lepeh Maghrib sambil nunggu Isya, Opah Cik dengan encik beceghite ngok-ngik, ngok-ngik anak beghanak.

dinbatubara

Wednesday, November 9, 2011

Bingkisan dari Sarawak (versi asal) untuk ADILA, Klasik Nasional (tersiar pada 9hb. Nov.; 2011)

Sarawak Bumi Kenyalang. Kenyalang ialah spesis burung yang hanya terdapat di Kepulauan Borneo; khususnya di Sarawak. Burung Kenyalang adalah lambang ketuhanan yang menjadi wakil Dewa Perang; dewa yang paling berkuasa dalam kehidupan masyarakat Dayak. Hari ini lambang burung kenyalang ialah topografik hutan hujan tropika dengan sungai, jurang dan jeram; khazanah hutan tersimpan; gua dan pantai – semuanya manjadi satu, membentuk budaya warisan anak watan dan sumber ekonomi negeri Sarawak

Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Yang Memiliki Banyak Sungai. Memang, sebaik diumumkan pesawat akan mendarat; sudah mulai kelihatan alur-alur sungai yang membelah-bahagi bumi Sarawak – hilang dan muncul kembali di celah-celah hutan tebal dan lereng perbukitan.

Lama sebelum itu, Sarawak dikenali sebagai The Land of The Head Hunter (Bumi Pemburu Kepala) – identifikasi daripada keberanian, kemenangan dan ritual kaum Dayak. Tanda kemenangan dalam sesuatu pertarungan ialah yang kalah, kepalanya dipotong dan otaknya menjadi habuan makanan ketua kumpulan yang menang.

Dan sekarang Bumi Kenyalanglah pengenalan - menceritakan Sarawak yang sudah mengalami transformasi. Sudah tidak ada peristiwa penggal kepala.

Luas Sarawak ialah 124,450km.persegi; hampir sebesar Tanah Semenanjung. Terbahagi kepada 11 Bahagian Pentadbiran Daerah. Jumlah penduduknya 2.4juta orang; dengan taburan kira-kira 30 kumpulan etnik. Iban merupakan suku terbesar; diikuti kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan etnik yang lain. Berbilang kaum memperlihatkan pula kepelbagaian adat resam.

Lawatan 3 hari 2 malam tidak cukup untuk melihat dan menyelami cara-hidup dan adat resam sekian sukuan. Bagaimanapun di Kucing; kita boleh menyingkap album geo-budaya bumi Sarawak seluruhnya. Di sini Pusat Pentadbiran Negeri, pusat komersial dan pusat himpunan budaya. Bangunan lama sejak zaman British masih banyak yang dikekalkan, bercelahan bangunan baru yang tinggi-tinggi; yang mengremajakan kembali Bandaraya Kucing – pintu masuk ke Sarawak.

Di sini letaknya Muzium Sarawak yang menempatkan fosil, artifak dari laut dan perut bumi serta hutan Sarawak. Di tingkat atas, dalam sebuah rumah Iban anda dapat melihat tengkorak manusia bergantungan menjadi hiasan dinding atau seolah-olah gantungan lampu cendeliar di bawah bumbung.

Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubung – 32km dari Pusat Bandar. Melintas sahaja Sungai Sarawak; sudah kellihatan Gunung Santubung; yang menjadi metos dalam cerita rakyat Sarawak yang popular itu. Di sini terdapat binaan sebenar rumah suku kaum terbesar. Anda dapat melihat dan berintraksi - bertanyakan aktiviti harian mereka. Di pentas teaterit; dihidangkan tarian kebudayaan, gambaran kehidupan rakyat peribumi.

Menyusuri jalan-rayanya yang bersih di Riverfront anda boleh membeli-belah pelbagai cenderamata kraf-Sarawak seperti anyaman manik, tenunan, hasil seni-pahat dan poselin. Atau anda menyeberangi Sungai Sarawak dengan bot-tambang 50sen, membeli kek batik Sarawak dan terubuk masin di Kampung Gersik.

Pun, setibanya anda di Perkampungan Melayu ini, pada kira-kira 100 meter di sebelah kiri; di situ Fort Margherita – istana di tebing Sungai Sarawak yang didirikan oleh Rajah Brooks pada tahun 1878 sebagai hadiah perkahwinan kepada isteri tercinta; Margheret Alice Lili de Windt. Ini, istana dengan kubu dan menara tinjau, yang menjadi benteng pertahanan Brooks menantang kemaraan lanun dari muara. Ini monumen menjadi tanda Orang Putih pernah jadi tuan tanah di sini.

dinbatubara

Tuesday, September 27, 2011

pemikighan politik oghang Lambo - suatu percakapan di fb

politik & kehidupan

Politik baghu satu juzuk daghi ehwal kehidupan. Kite tak suke becakap pasei politik; bukak le treat lain pulak. Bio banyak topik tak pe. Ahli grup kite ni udah ghamei - 400 oghang lebih tu !!. Ini antaghe grup yang bejaye ngompoi ghamei ahli, ni !!. Ngape ? Sebab topik bebagei le tu. Semue ahli Lambo bulih becakap/masuk mane-mane topik die suke.

Banyak topik udah kite bincang - Tentang Ikan Tapah dan seknike yang bersabit dengannye; pasei Tok Sago, Mahaghaje Dewe, Hutan Ghimbe Ghaje, Sultan Muzaffar Shah, Mahaghaje Lela Pandak Lam, Mahaghajelele Pancung Tak Betanye, Ketughunan Tok Dewe Panjang Ogek, Simpang Ghahang, Kedei Kulop Ayo, Kedei Tebako di Lambo, Oghang Cina Di Lambo, Oghang Beso-beso/tekenei yang asei daghi Lambo, Catitan Kamus Bahase Lambo; oghang/tokoh yang disegani di Lambo .. Hiii...; manyaknye yang udah kite bincang. Dan topik-topik itu tak beghenti di situ. Semua bulih di retreat balik.

Kalu teghuih ade yang nak sentuh juge politik; bio dilantak dek deme. Oghang yang suke politik; mane bulih tak becakap politik. Macam oghang yang minat keraoke - ngeligih kepale deme bile jumpe mikropon - suaghe tak sedap mane pun, tempo tak betui pon tapi nak nyanyi juge - menceghin-ceghin badan bile nampak mikropon tapi tak nyanyi. Macam itu le juge oghang politik, ni.

Bio lantak deme. Macam juge, bile-bile Najib, Muhyidin atau Rais Yatim ke becakap di TV; ade ke deme ni telepon ke Angkase Puri - sughuh TV tu jangan becakap pasei Najib. Nutup TV; atau nyaghikkan soghat abo; idak juge deme.

politik itu koto

Yang tak suke politik, yang ngatekan politik itu koto - ini pemikiran yang masih bepegang kepada ideologi/ isme lame (lapuk ?) bahawe politk tak ade kene mengene dengan kehidupan (tapi peliknye yang meghentah negaghe ni oghang politik - deme berbai'ah pulak dengan sekumpulan politik ini), politik dengan ugame tak bulih campo - bile campo politik dengan ugame akan ghosak politik (Mahathir ponah cakap macam ini) ... moh kite ngaji sikit tentang Tasawur Islam.

politik yang tak elok

Yang tak eloknye ialah pengamal politik yang berpolitik macam punai itek (minjam pekatean Sdr Mohamad Ramli Mohd Salleh - die pakei istilah pelio itek; awak teghus ngunekan pekatean punai itek; sebab tak ponah nengok mane ghope pelio (buah pelio) itek; tapi ponah nengok punai itek.

Sape ponah nengok mane ghope punai itek. Yo teman ngabokan : punai itek bepuntei-puntai macam spring di ghegang. Lepeh die ehem-ehem, teghuih le die bebisik-bisik sambil nyeghudu tepi pago ke, tepi bateh bendang ke, bawah limbah ke- mencaghi cacin ke anak siput ke, ampeh nyo ke. Ate tejelat le puneinye yang macam spring tu ngikut di belakang ponggongnye dan tegantung-gantung tekontin-tekontin sampei die masuk balik ke tempat aseinye.

Kome pikio punei itek macam spring, tu - macam mane dia m***k mase die ehem-ehem. Bab ini teman tek ponah nenguk; tapi teman ghase mesti le dengan penuh helah. Bughuknye ghope aktiviti (bughuk itu pade penglihatan kite. Pade masyarakat itek biase le tu). Penuh helah nak m***kkan tu.

dinbatubara

Friday, September 2, 2011

Ust Abu Bakar Baqir - Seorang lagi penjahat dari kaca-mata British :

Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap diGunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah.

Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.

Beliau di seksa dengan terok oleh British, dengan kerjasama mata-mata yang rata-ratanya ialah orang Melayu.

Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr. Burhanuddin al-Hilmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.

Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka dilemparkanlah kepadanya tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti "merah" (komunis). Dato' Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.

Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.

Jangan kita lupa akan sejarah ini; dan jangan kita buta sejarah

Sejarah Yang Digelapkan - Mat Indera Petualang Bangsa ?

Akhbar Berita Harian menceritakan:

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. - BHarian. (13/12/2010)

Berita Harian juga dipetik menceritakan

... Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya. - Ibid.
Inilah orang yang Umno BN anggap sebagai pengkhianat sampai sekarang.

Aku harap para bekas askar dan anak cucu bekas askar dan mata-mata British baca dengan hati terbuka. Sejarah tak menipu tapi oang yang tulis sejarah memang ramai yang penipu.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/08/sejarah-yang-digelapkan-mat-indera.html#ixzz1WoAFBLWe

Friday, August 26, 2011

resepi & cara-kerja membuat lemang (lemangsedap) stail dinRawang

(untuk segantang pulut).
Bahan-bahan :
beras pulut : 1 gantang (3kg. 600gm),
santan kelapa 5 biji (1.25kg)
daun pandan 5/6 helai
garam 5 sudu teh
gula 3 sudu teh
buluh lemang 9 btg x 2 kaki x 2 inci (garis pusat)
daun pisang (yang baik ialah daun pisang awak/pisang hutan)

Persiapan tempat pembakaran :

Keperluan biasa ialah :
1. Tumang dan lelo tempat nyandokan batang lemang (daghi batang paip pili);
2. Kayu api. Kayu yang baik ialah dari dahan rambutan, pelepah nyo, kelotok/ketih nyo atau kayu getah yang sudah dibelah-belah. Elakkan daghi ngunekan batang kayu sebeso pehe - batang yang beso tak 'ngidup api.'
3. Beberapa ketul batu bata (disusun di bawah lelo) - tempat meletakkan batang lemang semasa pembakaran

Caghe-caghe ngikat tumang kome udah belajo mase pengakap dulu, dak. Bahanapi yang disebutkan itu adalah bagi memastikan api yang cukup sepanjang koje membako. Ini kaedah buat lemang DinRawang - mako lemang tidak pakei baghe. DinRawang mako lemang pakei api beso, sebab itu awak muat lemang (kalu segantang; sejam setengah saje).

Batu-bate disusun di bawah sebagai tapak meletak batang-batang lemang untuk menjamin begheh di bahagian ponggong buluh same masak dengan bahagian ateh. Paneh batu-bate menulung bahagian bawah tu masak same. Kalu letakkan saje ateh tanah - santan yang membuak mase ngelegak akan jatuh melejeh ke tanah menyebabkan tanah jadi sejuk - tidak membantu pulut di bahagian bawah dalam buluh itu masak.

Keperluan khas buluh untuk nyenangkan mako : Ghueh buluh dikeghat ngunekan gegaji. Elakkan motong ghueh buluh tu dengan paghang. Kesan potong pakei gegaji akan memudahkan kite ngalih-alih buluh mase proses memasak berjalan. Mun kalu potong pakei pisau - ponggung buluh yang bebucu-bucu nyusahkan mengalih-alih buluh mase makonye – nak kene sendei-sendei pulak.

Persiapan beras :
1. Begheh pulut di tuang ke dalam talam - tengok kut kekalu ada batu ke pasyo ke, taik bubuk, taikm tikuih/lipeh, pocer tali guni atau ape-ape le.
2. Begheh pulut dibasuh cuci-cuci. Basuh sampei ayo basuhan jadi nin untuk nak buang semua habuk, bau hapak hingge yang tecium ialah bau wangi begheh pulut.
3. Ghendam begheh pulut selama 4 atau 5 jam
4. Toskan; yang baiknye ialah hingge begheh bedeghai bile di genggam (ini untuk memudahkan mengisi nye ke dalam buluh nanti).

Persiapan buluh :
1. Potong daun pisang agak-agak panjang satu inci melebihi dari kepanjangan buluh. Lebo daun hendak le jike digulung dalam buluh, akan becantum ke due-due ujungnye.
2. Buat penyepit - Potong pelepah pisang sepanjang 6 atau 8 inci melebihi kepanjangan buluh dan belah dengan tidak putus.
3. Daun di gulung-masukkan ke dalam ghuaeh buluh dengan ngunekan penyepit.

Cara-cara membuat lemang:
1. Caghik-caghikkan daun pandan; didihkan dan sejukkan. Gunekan air daun pandan ini sebagai pencairan untuk santan. Jadikan isipadu santan dengan ayo pandan kepada 1 gantang (menjadikan rasyo beras pulut dengan santan ialah 1 : 1 (istilah dalam makmalnya one in one). (Daun pandan akan mengnyah bau pulut – lemang akan berbau wangi dan nampak mengelit bile dipotong).

2. Campurkan gagham dan gule. Kucei sampei sebati. Kalo koghang masin bulih tambah gagham. Bau santan yang memangnye sudah wangi (berbau pandan) akan bertambah wangi dengan lemaknye bile dicampo gagham dan gule.

3. Intu api di tempat nak mako lemang. Biokan die idup maghak.

4. Tuangkan santan agak-agak satu pertiga ghueh buluh. Masukkan begheh pulut; dalam setengah ghueh dan jolok-jolokkan dengan ngunekan sebelah pelepah pisang (yang jadi penyepit tadi) – dalam 3 @ 4 kali jolok (sampei teghase kemeh sikit pulut dalam ghueh buluh. Jangan di entak buluh tu. Tengok ke dalam buluh. Tambahkan beghas hingge dalam 4 inci ghendah daghi muncong buluh. Tuangkan lagi santan sehingge tinggi santan daghi muke begheh dalam due ghueh jaghi (2 inci)- cicahkan jaghi antu ke dalam buluh; untuk meghase had mane muke begheh beghade.

5. Susun/sandokan buluh-buluh yang sudah beghisi begheh dan santan di lelo – bahagian yang ngadap api (untuk senang paham) saya gelokan dade. Yang bahagian belakang tu, kite sebut belakang. Kite namekan juge sebelah kighi dan kanan itu sebagai ghosok kighi dan ghosok kanan. Jaghak buluh dengan api ialah dalam sekaki setengah.

Sekaghang kite beghade di tempat mako lemang.

Peghengkat petame api akan melayukan batang buluh. Tandanye ialah apabile batang buluh yang bedepan dengan api mole betuko jadi warne keputihan dan sege buluh (moncong buluh)mole ngeluokan buih.

Tunggu lagi hingge negelegak. Bile udah nampak santan betui-betui ngelegak; alih (pusin) ghueh buluh – dade ke belakang; belakang pulak jadi dade (bahagian belakang pulak ke depan bagi kene api).

Tunggu sampei ngelegak; macam peghengkat awei tadi; tapi ngelegaknye udah koghang sikit sebab udah ade bahagiannye di dalam ghueh udah kembang.

Bau lemangnye udah mole keluo. Seteghusnya alih pulak bahagian ghosok kighi ke depan dan ghosok kanan kemudiannye. Maknenye tige kali alih sahaje. Pulut udah mole sampei ke moncung buluh. Masak.

Tande masak ialah bile begheh di moncong buluh sudah jadi pulut. Hentak dua tiga kali dan sandokan ke sebelah (jauh daghi api) dan tolakkan baghe ke bawah ponggong lemang – untuk masakkan saki baki beghas yang belum masak di bahagian itu. Alih-alihkan. Siap.

PERHATIAN :
Tunggu lemang hingge masak. Jangan biokan saje api bekoje mako lemang itu; kite kulu keyo muat bende lain. Jage api. Api beso tak ngape. Maksud beso tu idak le sampei beso macam oghang meghun bawah pokok nyo. Sebab itu dicadangkan pakai dahan dan pelepah nyo untuk sentiasa api itu hidup. Api sentiasa hidup kite bulih nengok tahap pembakaghan – buluh layu, ngelegak dan masak.

SOALAN KUIZ :
1. Ngapa bubuh gule ? Jawaban : Saya tetap berpendapat santan nyo yang tue amat perlu untuk ghase lemang yang lemak dan sedap. Tapi nyo tue memang sudah tak berasa manis lagi. Lalu gule di campokan sikit untuk mengembalikan ghase manihnye santan nyo tue tu.

2. Ape sebab intu api sebelum proses masuk beghas dalam buluh. Jawaban : Untuk ngelak daghi santan dalam buluh naik ngelapung kateh (santan lebih ghengan daghi ayo – dibiokan lame sikit dia akan susup-sasap naik kateh. Untuk ngelakkan ini cepat-cepat letak tepi api. Koje ngintu api pun bukan senang – ngambik mase baghu dia maghak; dalam pade itu santan akan naik kateh.

3. Ngape masukkan santan dulu kemdian bagu begheh ? Jawapannye ; Untuk ngelak daghi begheh jadi penapih yang menyebabkan yang sampei ke bawah ghueh buluh tidak 100% santan. Partikal-partikal santan akan tersangkut pada biji-biji begheh di bahagian ateh. Gabungan faktor 1 dan 2 akan menyebabkan lemang berkepale tebal.

4. Ngape tak bulih di hentak semase kemasukan begheh ke dalam buluh ? Jawabannye : Untuk menyediekan ghuang yang longgo bagi begheh kembang. Kalu dihentak; begheh akan padat. Lemang akani muntah (Lemang muntah bukan sebab dek buluhnye kene langkah).

Ate, ape nak buat kalu muntah juge (mane le tahu kut tekemeh juge isi begheh dalam buluh) ? Caghenye; dengan ngunekan pisau golok ke beletong ke; tebak sikit bahagian bawah ghueh buluh – udaghe yang tepeghangkap akan keluo ngikut tempat yag ditebak. Hentak dan hentak. Yang tejulo nak muntah itu akan masuk balik.

5. Ngape begheh pulut kene ghendam empat atau lime jam ? Jawabannya : Begeh pulut mempunyai tekstur yang ghapat. Untuk melonggokan teksturnye; itu yang kene ghendam lame, tu. Kalu tak dighendam begitu menyebabkan juge lemang muntah (jumlah biji beghas dalam ghueh berlebihan). Dan tak sempat masak santan sudah keghin disedut oleh begheh. Lemang akan same ade mantah, kegheh bekeghak atau lemang jadi sedikit bedeghei.

Ini resepi lemang DinRawang. Penambah baikan daghi kaedah klasik kite – yang semate-mate begheh pulut, santan dan gagham). Kate oghang sekaghang ni kaizen ?; ape ke.

Harge pekej modul ini ialah RM450 tapi untuk grop Lambo awak bagi pecome. He he he. Belum ade hakcipta. Moh kite buat lemang macam ini bagi opah, ayahco, yong, angah kite makan lemang kite ni, ape kate deme

dinrawang @ dinbatubara

Wednesday, August 17, 2011

Surau kampung aku (versi asal); untuk ADILA di Medan, Klasik Nasional - tersiar pada 16 Ogos 2011

Tak tahulah, siapa yang bagi namanya al Ja’iziah. Bila didirikan ? Tidak pula ayah sempat bertanya kepada arwah tok kamu. Tapi rasanya, di zaman Sultan Perak, tahun-tahun awal 1900. Waktu itu; Cina sudah ramai; mereka jadi boroh lombong di Lembah Kinta dan Hilir Perak. Di antara mereka, ialah tukang yang mahir dari di Guan Xiao, Cina. Merekalah agaknya yang menukang surau itu. Kamu perhatikan kerawang pada jenang tingkapnya itu – ukiran berbentuk jometri. Itu bentuk ketukangan istana lama Maharaja Cina. Kamu tengok susunan papan dindingnya, yang dipasang menegak.

Dulu surau itu di baruh sana – tepi sungai. Sungai sebagai jalan perhubungan ke Teluk Intan – masa itu disebut Teluk Anson. Dan Bagi ayah, surau itu menjadi ikon kepada kampung di pedalaman, ni. Pedalamanlah, tuhh !! Tak ada jalan raya. Elektrik jauh sekali.

Depan surau itu, ada kawasan lapang yang mengunjur ke sungai. Hari minggu atau cuti sekolah; kanak-kanak dan belia bermain guli, gasing pangkah dan polis sentri di situ. Puas bermain mereka terjun ke dalam sungai. Dari jauh sebuah bot sedang mudik. Bot dari Teluk Anson bawa barang dan penumpang. Semakin dekat. Bot singgah sekejap, dan sambung perjalanan ke kampung hulu. Ada kalanya bot tidak singgah; hanya melintas di tengah sungai. Bot yang lalu akan menerbitkan ombak – tak sampai sekaki pun tingginya; namun budak-budak yang sedang mandi, bersorak-seronok berbalas-lambai dengan penumpang di dalam bot sambil menggayakan aksi tenggelam-timbul, seolah dipukul ombak besar. Malamnya mereka bersongkok pesuk kusam dan berkain pelekat – berlatih rebana dan berzanji di bawah surau.

Bulan Rejab; setiap malam Khamis; Ustaz Majid datang membaca kitab Israk dan Mi’raj; dari lepas solat Maghrib hingga pukul sembilan – cerita Nabi Muhammad s.a.w. diperjalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin, dan naik ke langit; berjumpa Tuhan di Sidratul Muntaha. Nabi naik Buraq. Nabi ditemani Malaikat Jibra’il. Nabi berjumpa Nabi Idris, jumpa Nabi Zakaria, Nabi Isa. Nabi melihat macam-macam iktibar di sepanjang perjalanan. Nabi turun dan membawa perintah Allah; suruh kita sembahyang lima waktu sehari semalam. Perjalanan lapan jam, Nabi tiba semula di Mekah sebelum Subuh. Selalunya, belum pun sampai separuh cerita, ayah sudah tertidur di kaki dinding. Tok tak marah. Minggu depan begitu juga. Tok kamu tak marah.

Habis mengaji dan solat Isya, semua jamaah pulang. Mereka menyalakan suluh. Ada suluh dibuat daripada daun kelapa tua yang diikat sepanjang pelepah. Ada diperbuat daripada getah sekerap yang dililit di hujung kayu. Ada juga yang menjinjing pelita yang di letak dalam kotak zink. Bila suluh dibakar, terang-benderang jalan dari depan surau; semakin sayup dan sirna di hujung lorong atau selekoh.

Lampu gaselin di tengah surau dipadamkan. Arwah tok kamu kejutkan ayah yang terjelepuk di bucu dinding. Tok julang ayah di atas belakangnya. Ayah terkapuk lena semula di atas gendongan tok kamu.

Surau itu dipindahkan ke tapak sekarang ini pada tahun 1969. Orang kampung bermesyuarat – dah tak sesuai surau itu di sana; kata mereka. Rancangan Luar Bandar – enam tahun selepas merdeka; pada tahun 1963 jalan bertar dibina, menghubungkan kampung kita dengan pekan Parit, Kampung Gajah, terus ke Teluk Intan. Paip air sebesar batang durian yang ditanam di tepi sepanjang jalan itu menyalirkan air bersih, menggantikan paip sebesar lengan yang dipasang Orang Putih sebelum merdeka. Peranan sungai bagi kelengkapan hidup seharian sudah berkurangan.

Ayah menongkah remaja bersama usia dewasa surau itu. Tapi, sudah tidak ada anak muda bermain gasing pangkah dan guli. Tak ada lagi tingkah rebana di malam Jumaat. Mereka yang dulunya memenuhi dataran depan surau di tepi sungai, sudah menjejak ke usia muda atau berumah-tangga. Ekonomi pula meleset – harga getah dua puluh lima sen sekati, sedang harga gula enam puluh lima sen sekati. Kehidupan sukar. Seorang demi seorang mereka berpindah; jadi boroh Tanah Rancangan FELDA di Trolak, Sungkai dan Pahang. Mulai berkuranglah anak muda di kampung kita.

Pembukaan Estet Padi di Seberang Perak. Berhijrah pulalah keluarga muda beranak satu atau dua ke sana. Menyusut lagi isi kampung kita. Dan semakin pendek saf sembahyang di surau kita.

Tinggal ayah dan beberapa orang rakan; sementara menamatkan pengajian sekolah menengah; dan tinggalkan juga kampung kemudiannya. Sementara itu kami belajar fardhu ’ain, berzanji dan marhaban dari atok kamu. Ayah laungkan azan bila masuk waktu Maghrib dan Isya;’ dan sesekali Subuh. Ahli jamah tua surau gemar benar menyuruh ayah azan. Suara ayah sedap ? Entah. ”Apa pasal macam bunyi ayam baru belajar berkokok” kata opah kamu, mengusik. Gemuruh, menyebabkan nafas pendek dan tercekik. Lama kelamaan ayah sudah boleh kontrol nafas dan melagu. Tapi, tentulah tidak selunak suara Jamal Abdillah; atau kalau pada ketika itu, Ahmad Jais atau Ismail Haron.

Malam Ramadhan kami bertadarus al Quran. Kalau berbetulan bulan puasa itu dengan cuti penggal sekolah; kami tidur di surau. Kami pukul kerantung jam empat pagi; kejutkan warga kampung bangun sahur. Seorang pegang alu pukul di sebelah kanan. Seorang pukul sebelah kiri; menyelang. Seorang lagi menjolok, menikam-nikam batang penyapu di celah alor kerantung. Ini memberikan bunyi tengkah dan selang yang mengasyikkan.

Ada satu malam tu, kami ketuk kerantung pukul dua setengah pagi. Sedang asyik; kami ternampak kelibat allahyarham encik Din tergocoh-gocoh datang, sambil mengomel. Rumah dia dalam dua rantai sahaja dari surau. Encik Din terkenal dengan wajah garang dan mulut bengisnya. Sebaik dia menjejak kaki di lapik tangga, kami padamkan lampu gasolin; dan terjun-lari ikut tingkap di anjung surau, sambil terkekeh-kekeh menahan ketawa. Takut. Siang esoknya kami dimarahi ayah masing-masing. Tapi, malamnya kami baca quran lagi. Kami tidur tidur di surau lagi. Kami pukul kerantung sahur lagi jam empat pagi.

Pak Yop Jatin mati, Tok ki Jidi,Tokcu Amat mati. Tokcik Cat kamu, juga mati. Mereka semua antara yang memimpin tahlil arwah, solat dan tarawih; menggantikan arwah tok kamu, bila sesekali tok uzur. Mereka menimba ilmu dari arwah tok kamu. Tok kamu pernah mengaji di Pondok Tuan Hj Mohd Salleh Masri, Tanah Liat, Bukit Mertajam sebelum Perang Jepun. Allah takdirkan mereka semua mati sebelum arwah tok kamu. Bila tok kamu pula meninggal dunia selepas itu; habis. Surau kita menjadi sepi.

Adakah sesiapa anak-anak ayah yang boleh menyambung semula legasi tok kamu dengan surau kampung kita ?

dinbatubara
(Memenangi hadiah pelancungan ke Sarawak tajaan Honey Vacation Travel & Tours Sdn Bhd)

Sunday, August 7, 2011

Tamam yang kukenal (meninggal dunia pada 6hb. Ogos; 2011/ 5 Ramadhan 1432H)

Allahyarham Tamam - kalau tak silap tua 2 tahun dari saya. Zaman kanak-kanaknya; Tamam adalah watak tipikal budak kampung - buat jebak dua pintu dan empat pintu untuk menjebak pipit (masa itu padi sekali setahun). Jebak dibuat dari batang mempiang berdinding jerejak lidi kelapa. Pipit uban, pipit tuntung masuk. Sesekali yang masuk ialah tempua dan pipit tuli. Dia kenal pipit yang boleh dibuat pemikat. Kawan-kawan yang gila menjebak - Tamam jual denak bersuara bagus dengan harga 20sen atau 30sen seekor kepada mereka.

Dia mengikut bapanya pergi menembak pelanduk, landak di hutan sebelah darat kampung. Dan ramai kami tahu Tamam cekap menembak.

Bulan puasa Tamam buat meriam buluh. Kami seronok memerhatikan Tamam yang cekap menggunakan golok dan belitongnya memangkas buluh aur - membuang sega, menerjah batang besi ke dalam buluh menebuk ruas, menarah muncung dan buntut buluh serta menebuk lubang tempat mencucuh api. Buluh sebesar paha kanak-kanak sepanjang tiga ruas segera siap menjadi meriam.

Tamam buat batang meriam dari batang paip air. Dia palam buntut batang paip dengan simen. Bunyi letupan meriam sedikit berbeza.

Tamam menyirat jala - membaiki bahagian jala yang koyak atau menyudahkan siratan jala bapanya; pasang batu ladung. Suatu ketika dia buat batu ladung sendiri - cairkan timah dan masuk ke dalam cetak. Entah macam mana sedikit percikan air menyebabkan timah cair meletup kecil dan bunga api melompat menyentuh bahagian kecil dahi beliau.

Bekerja di Petaling Jaya. Namun ada percubaan meneruskan hobi sebagai anak kampung; tetapi dalam bentuk moden dan bina-usahawan - dia pulang ke kampung; beli bot enjin sangkut, berulang alik ke sebuah pulau di tengah Sungai Perak - kira-kira 200 meter dari rumah allahyaarham. Di situ dia membina reban memelihara ayam/itek - untuk komersial. Banjir yang sudah lama tidak berlaku, entah bagaimana terjadi pula tahun itu. Reban bersama ayam itiknya di hanyutkan air.

Sebulan sebelum tiba puasa kali ini; saya balik ke kampung. Singgah makan tengahari di kedai milik adiknya; Latifah, di pekan Bota Kanan. Bertanya kepada anak saudaranya (anak Latifah) fasal Tamam - yang waktu itu sudah bekerja di Taiping. Saya diberitahu dia baharu pencen dan menetap sementara itu di sana.

Dan, kini Tamam sudah kembali ke rahmatullah. Alfatihah

dinbatubara

tribute untuk Kak Tak (meninggal pada 6hb. Ogos; 2011)

Allahyarham Kak Tak hantar anak-anaknya ke rumah kami- mintak emak kami (allahyarham Zainon Hj Yeop Majelis) ajarkan al quran. Nik (yang meninggal lama sebelum ini) Yus dan Yah;. Tak ingat pula Zam ngaji dengan mak kami ke tidak. Hari pertama Kak Tak serah mengaji anaknye, die pegang kepala Yah dan cakap : "Tulong le wan Non ajokan anak keme. Pukuikan kalau deme degei." Budak-budak itu mengaji dengan arwah mak kami sampai khatam. Alfatihah untuk Kak Tak.

dinbatubara

Tuesday, July 26, 2011

Renungan Tengah-malam - Membaca semula sejarah

Maharajalela merupakan Pembesar Istana pada Zaman Sultan Perak - Sultan Abdullah Muhammad Shah Sultan Perak Ke 26. Baginda naik takhta dengan bantuan British (Saingan Baginda ialah Raja Ismail dan Raja Yusuf. Rasa tidak puas hati Baginda bermula dari tahun 1871 lagi - setelah mangkat Raja Ali; Raja Ismail yang diangkat menjadi Sultan Perak Ke 25. (Bagaimana pun Raja Abdullah dengan pembesarnya bersatu tenaga dengan Raja Ismail & pembesarnya menentang British dalam Perang Perak).

Perjanjian Pangkor mengikat beberapa terma dan syarat kepada kemasukan British secara langsung ke Perak (yang penting bagi Raja Abdullah ialah Baginda dapat jadi Sultan). Masalahnya ialah apabila British mahu melaksanakan terma/peraturan (dari Perjanjian Pangkor 1874) Pembesar Melayu (yang menjadi pelindung/penasihat tidak resmi Raja) menyatakan bantahan. Mereka orang lantikan istana. Mereka hadir dalam Perjanjian Pangkor - bersetuju pada semua terma. Lalu berlaku Perang Perak - Maharajelela , Pandak Endot & Puntum kena hukum gantung, Raja Abdullah dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Persoalannya ialah; perjuangan mereka (Maharajalela) itu perjuangan kemerdekaankah atau apa ? Mungkinkah kerana tidak memahami terma dalam perjanjian. Sejarah kena baca semula bagi melihat bagaimana kaum marhain diperkuda.

dinbatubara

Saturday, July 16, 2011

harga cincin Rosmah Mansor - bini PM; USD24,000,000 (RM72,180,004). Duit hasil tabungan dari masa kecil

Ini cerita tahun 1964 (zaman ekonomi meleset; harga getah RM0.25sen sekati) - kira zaman antah-berantah, le ni. ...Seorang perlajar nakal Darjah 3 (bapa bekerja sebagai penoreh getah) membawa ke sekolah not RM50 (yang dicilok dari laci kedai mamak sewaktu keloyoran mencari kotak-kotak cigeretes - masa kita kecik-kecik dulu, kan ada main-main baling kotak rokok guna sliper di kaki-lima sekolah !!!).

Seorang rakan diberitahukan olehnya yang dia ada wang sebanyak RM50. Lalu berita itu menjadi rahsia umum hingga diketahui cikgunya (dan jumhur warga sekolah tahu fe'il panjang tangan pelajar tersebut). Bila cikgu tanya; dia dengan muka selamba memberitahu ... eh, duit ini dari simpanan- tabung saya dari sebelumm sekolah lagi !!!

dinbatubara

Friday, July 15, 2011

bahase menunjukkan bangse - cintei bahase kite

Beberapa perbendaharaan kata Orang Lambur/Perak yang dikumpulkan. Sebahagian besar lagi berupa sumbangan rakan-rakan Lambur terdapat dalam fb yang akan dikompilasikan.

Istilah-istilah itu ada yang memang asli dari Lambo dan ada yang dari bahasa standad tapi mengikut 'lahjah' - juih-bibir atau bentuk molot/pipi Orang Lambo (Kome tengok beze bentuk molot/bibio/pipi oghang Lambo dengan oghang Kedah atau Negeri Sembilan bile deme becakap) ...

codek buah pelioooo = bingong/dungu; begembuei; mandang = tak ada; hagham mandang = memang/langsung tak ada @ tak ada langsung; sapan = habis semuenye; lebuh = sunyi/senyap; ke daghat = ke aghah mata hari naik; ke baghuh = ke arah matahari terbenam/ arah ke bukit dan arah ke sungai; randuk @ meghanduk = berjalan meghempuh halangan (macam berjalan dalam ayo, berjalan dalam beluko lalang atau ghumpun kaduk bawah pokok manggih); ngelenyo; laghat-peghet = sesat-laghat; bolin = tidak berbaju/berpakaian; khumbeh = pegi dengan cepat;ngomben = gerak; nyelap = maghah hingga tidak sedarkan diri; benak = lembab /slow learner; codik = cerdik/menipu; lahap @ melantak @ bahchiker = perbuatan menunjukkan buruk/ kuat makan @; meghonjang = menegaskan lagi perbuatan (buat meghonjang ape ?)

teghuih = terus, seghemban = batu/permainan seremban, pongko = asal-usul, kabo = bagi tahu, menatang = benda (apa menatangnya – apa bendanya); meghe = meghah tak pasal-pasal; ngotek = provokasi; angat = panas; tobang = terbang; tampe = mula; ghendah = rendah, beghat = berat, ghope = rupa, nyampok = menyahut (dalam perbualan) dengan tidak diminta; kenei = kenal/tahu, ngocah = buat onar; gulin-peghin = keadaan semacam bergumpal (kalau berdua sedang bergaduh); lelabi = labi-labi (sejenis binatang); semelih = sembelih; semedang = sentiasa; beghabo – bagi tahu; manggei = panggil; , betui = betul; tak gheti = tak tahu; maghah = marah.

Beketumpam = betepek-tepek; Keria = tempat meletak baghang pada besika (bahase Inggeris yang masuk ke dalam pebendaharean-kate oghang Lambo/Peghak 'asli'. Lantin = keria, Koi (bahase Cine yang mauk ke dalam pebendaharean-kate oghang Lambo) = kuih, Koi pa = kuih pau, Koi tahi kucin, Koi biji doyan, Koi ghoti kapei, Koi pak kocok, Koi gambio, Koi pok, tesuih = terkeluar (isi dari kulit), tebin = sungai, ghebak = runtuh/jatuh, kembong padi = kotak diperbuat dari kayu/papan tempat menyimpan padi, lepo = bahagian belakang rumah dapur yang kedudukannya ‘split level’ dari rumah dapur dan dihubungkan dengan beberapa bilah anak tangga , paghe = bidang papan/buluh digantung di suatu bucu/sudut dapur tempat menyimpan peralatan dapur seperti alat pengukus, senduk/sudit

Betomap = bekelei/begaduh; Begemoyap = keadaan (ghomah) ghase begoyang-goyang sikit sebab pasak tiang longgo; ,Ngelinto = jenuh kulu keyo (mencaghi sesuatu); Toghek = meghaco/meghe/melaung-laung daghi jauh (maghah) disebabkan sesuatu (macam emak maghahkan anak yang tak naik-naik daghi mandi di tebin). Melaung = memanggil dengan suaghe tinggi (macam oghang bang); contoh : Oooi !! Diiin !!! Baliiiik !!!!, Sapah pun tak tau = Siapa (semua oghang) pun tak tahu, Egek = lawa/cantik, Lemuih = lawa/cantik tak ade cacat candeinye (bentuk muke/kulit -kalau bahagian muke, tak ade sebiji jeghawat atau sedikit jagat pon. Nisbah pade doyan; tak ade satu tande lubang ulat pun - dughinye punon macam tak ghosak. Cacat-candei = Cacat bermakne ghosak. Ditambah dengan candei, ianye menjadi katasifat yang menunjukan ghosak begande, ngeto-ngeligih = menggil kesejukan/demam kughe, benyo = keadaan busuk melampau (buah).

mengeghinam, celum-celam, buah peliyo, "mengancuk-waknye betui", "lubang cighit kome", ghebeh @ meghebeh, meghogoi, nonggen,tekincit, ogeh, ghegeh, goyo, begediak, megheghincap, melempam, semedang, beketuyut, beghoye-ghoye, Pengilio = subang daghi logam temage/besi tahan kaghat dikenekan pade idung koba untuk diikatkan tali; teponga = tebuka; deghuih = nakal (peringakat usia kanak-kanak), tekeloceh = terjatuh seperti terpijak kulit pisang/terpijak tanah yang licin), tekolap = terseliuh (mungkin ini dari bahase Inggeris 'collapse' - tak sedar secara tiba-tiba & terjatuh macam budak kena sawan babi; tejeghembab = jatuh dengan sebab terperlus kaki ke dalam lobang atau terkelicik daghi batas/titi.

jelum = perbuatan membasahkan kepala/muka/kaki pesakit dengan air menggunakan tangan, jagham = jelum (sinonim dalam kaedah perubatan Melayu); mati ubat = penamat pada kaedah perubatan Melayu berserta sedikit ritual/ ikrar dan pemberian barangan menggantikan sakit yang hilang/sembuh); pengeghah = sesuatu barang/benda dibagi kepada dukun/bomo sebagai imbalan tande perubatan berkesan (contoh baghang : duit sekupang/ suku/ seghengget suku, ayam selaseh seko, piso rejeh, 'bungkuih'); bungkui = sapu tangan, piso rejeh = pisau lipat, suku = due kupang lime duit, seghengget suku = seghengget due kupang lime duit; menonong = pergi/berlalu/bejalan terus dengan tanpa becakap sepatah perkatan pun; innocent

megheksa = periksa/meneliti; joghen = juring (tajam bahagian depan; macam ujung jaghum); ponah = pernah; bededei = berjalan berbaris/teratur; ghageh-meghageh = cakar-mencakar; congkei = cungkil, bango = bau yang busuk,, melantong = perihal bau yang terlalu busuk, nyobe = mencuba @ tibe dengan mengejut tak disedari (menakut-nakut); nokam = terkam;

ghengat = sejenis sakit peghut dengan perlakuan beghak (sambil meneghan), tapi macam nak keluo/tak keluo tahi; pelangkong = bedal/pukul/bantai; tumbe = tak beghape lame; ngelonsyo = menggelunsur; pelan-pelan = perlahan-lahan; nenggek ayo angat = menjerang air; labang = pekak

jeghombon = beluko/semak samun tempat tido babi; nangkoi = perbuatan menangkap ikan dengan menggunakan tangkoi; nyedok ayo = proses mengambil air dari perigi/sungai menggunakan penyedok;

kenughi negakkan ghomah = kenduri doa selamat tatkalamenegakkan rangka rumah baru; kenughi naik buai = kenduri doa selamat tatkala lepas pantang (100 hari lepas bersalin/aqiqah); kenughi nujuh aghi = kenduri doa tahlil selepas 7 hari kematian; kapit bangkai = anak yang hidup di antara yang di atas (abang/kakak) yang mati dan yang di bawah (adik) yang mati; ghambeh/megambeh = perbuatan (upacara ugama/ritual menghalau saka di dalam rumah dilakukan oleh pawang/ bomoh) selepas 7 hari kematian atau menghalau penunggu di dalam badan pesakit;

mogo = baru bermula; besakei = bekerja bergotong royong; ngeghek = proses menanggalkan padi dari tangkai (gemal) dengan menggunakan kaki; gemai/gemal = padi dalam cekak orang dewasa dari hirisan alat penuai/tuai; nginto = proses menampi padi/mengasingkan beras bernas dengan melukut dalam proses menumbuk padi; nyighu into = sejenis nyiru berbentuk bulat untuk proses menginto;

paneh gek ege = panas tengahari; tebontang = berbaring dalam keadaan menelentang/tidur keletihan tak sedarkan diri; jambo tangge = ruang 'split level' turun dari rumah yang dihubungkan dengan tangga sebelum seterusnya turun ke tanah;

ngangkit = proses mengutip susu getah dalam proses menoreh getah; nakong = proses membekukan getah (dari menapis > memasukkan cuka getah > menakung - membekukan susu getah di dalam takong > melecek dengan kaki membentuknya menjadi kepingan persegi panjang) sebelum di mesin;

begemuai = keadaan air yang berolak-olak kecil kerana mendidih (tatkala air dimasak atau keadaan air dalam sungai apabila ada halangan di bawahnya); mokah = terbuka; benoh = kona/ pusing ikut selekoh; ngotam = maghah dengan mengentak tumit

dinbatubara

Thursday, July 14, 2011

trevela biji rambai @ kebebai

Naharudinabdrashid Dinbatubara : kome ponah nengok dak mane ghope musang kebebei makan buah ghambei

Mohamad Ramli Mohd Salleh : Musang keluwo mlm je, waktu mlm keme tdo mana nk jumpe musang
dok mkn buah ghambei. ate kome je yg ponah nengok gamaknya...cer ceghite.....keme x ponah pun...

Tok Dewa Pjg Ogek : Gulen peqhen..telompat lompat..mengelupo

Mohamad Ramli Mohd Salleh : Ate ngape plaknya...bepeghen-peghen deme....

Jamaluddin Mohd Mahaiyidin : Meghaung musang 2 sebab mase makan die x terpikio susah nak beghak

Mohamad Ramli Mohd Salleh : Bkn ke beghak musang memang ghengat keghas....

Tok Dewa Pjg Ogek : Kita pun bila udah kebebeikan qhambei pun apa nak ubah nyey...qhoper ulo kena pelangkong jugak..

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Awak ingat mase kecik-kecik dulu; dalam umor 6 tahun, gitu le gamaknye - tido di danga nunggu doyan. Tumbe, baghu nak lelap teghase danga begemoyap (dalam 4/5 seken), begemoyap lagi due tige kali. Lepeh tu bunyi ghabung dihenyak-henyak diikuti bunyi ... (bunyi musang ... le). Awak mesokan biji mate. Ape tu. Antu ghaye, ke ? Begemoyap lagi. Kedengo bunyi ngelonsyor ikut ceghun atap .... Bup.. bunyi bende jatuh di cuco atap belah eyo danga (macam bunyi nangke jatuh) Soh. Awak pun betanye pade abang nyah (abang awak yang tue); bunyi ape tu !? ..."Emmhhh ... itu musang kekebei biji ghambei"; kate die. Awak ni pun, dah tue dengan dighi, ini idak le ponah nengoknye

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara :petue makan ghambei supaya idak kebebei; ialah lepeh makan ghambei, minum ayo. Nanti kume bagi tau; petue ini hasil daghi kajian makmal.

Musa Zalamuddin : Makan larah,mkn sentoi dan makn rambai,2 ari ar berak nyerit

Abdul Aziz : Tak kebebai cirit

Amiruddin Yan : Ooo..ini buah jangan main2.. becongke dgn kayu kalau tak keluwo..!!

Musa Zalamuddin : Biji larah,rambai dan sentoi bile nak keluo meghonjang jebo,masing2 nak keluo dulu ade yg melintang dan yg memanjang,AR ade pengelaman berak kene congkei jebo nye

Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara :Sapa ponah meghekse betui-betui bentuk biji ghambei. Mane ghopenye. Macam biji koci (koci cap lang yang warne itam tu). Bentuknye bontak bahagian belakang dan joghen/tajam di depan (tempat keluo anak benih). Yang tajam ni yang nyebabkan koyak lubang ponggong kalu kebebei. OK. Bile lepeh makan ghambei kite bawak minum; biji ghambai dalam peghut akan dalam posisi bedigi (bahagian joghen belah ateh & yang bontak 'tenggelam' dlm ayo (dalam peghut).

Barang diingat mekanisma penghadaman - mesin bekerja dalam peghut bukan macam mesin kilang padi - begemunto, polang-palin, gulin peghin. Semuanye bejalan senyap (kecuali kalau peghut kemasukan ghacun - gerakerja akan jadi melampau dan haghu-bighu). Keadaan begini kekai hingge semua baghang yang dimakan ditindak-balas oleh enzim/hormon, agen nyah kuman daghi macam-macam kelenjar yang ade dalam peghut seperti dalam pangkerias dll.

Dalam pada tu deme ni begeghak pelan-pelan ninggeikan peghut beso masuk ke usus kecik. Dalam mase 4 jam jam peghut dikosongkan balik (kecuali bagi oghang yang kojenye makan, je; ini kes lain). Semue makanan terhadam di peghut ditolak ke usus kecik di mane semua zat/bitamin diseghap untuk keperluan tubuh-badan. Beghape panjang usus kecik. Panjangnye ialah 6 meter hingge bejumpe usus beso dan hujung terowong.

Jadi biji ghambei tadi, die tak hadam. Die juge sikit sikit tetolak ke belakang masuk ke usus - perjalanan yang mole sempit (tapi keadaanye kekal pada posisi yang tadi; iaitu bahagian yang joghen (ghengan) di belakang dan yang bontak di depan - deme begeghak macam askar marcing - bededei-elok, je. Come yang degil je yang didapati melanggo hukum ini – hukum; yang beghat memang di depan (temasuk macam yang kegheh ati/ kuat sentimen/pegang dasar-priinsip die ni selalu di depan. Yang lemah/lembek/tak bemaya di belakang. Ini hukum alam; yang berlaku juge dalam peghut.

Yang bontak (bulat) di depan itu yang menyebabkan tak belaku ghageh-meghageh dindin usus. Makin masuk ke usus beso ayo makin koghang sebab semuenye udah teseghap dalam usus kecik. Ate keadaan yang beghimpit-impit (dan mengkalu biji ghambei itu tak di rancang pergerakannye daghi awai), itu yang nyebabkan kekebai hingge kene congke.

Ini pemerhatian saintifik Makmal Kumpulan Lambo Sdn Bhd.; tentang pergerakan biji ghambei dalam peghut hingge ke terminal terakhir melepasi trowong pesake. Salam.

dinbatubara

Wednesday, July 13, 2011

BERSIH itu elok, bersih itu koto

Tak ade ape. Awak nyambut cakap si Zahar tu. Die nyughuh bentang fakta ngape bersih tu elok dan ngape bersih tu kotor (pandei dia muat soalan perbahasan). Kome tengok soalannye: Ngape bersih itu elok. Dalam pade itu dikatenye pulak ngape bersih itu koto. Ini bukan soalan setakat Senawi Empat, ni. Tinggi, ni !! Ate, awak pun bukan le ngaji tinggi. Mun kalu ngaji tinggi pun, tapi susah nak paham macam mane Nabi Muhammad saw bulih dakwah/bincang/pakat/pujuk​/ajak/seghu kapio (kapio Kristian, Yahudi, Majusi, nyembah pokok/batu, Athies) di Madinah bantu Dia (Baginda s.a.w) bena Negare Islam dengan Perlembagaan dan Undang-undang keadilan yang pertame di dunie; make awak, biole nyawabnye macam oghang sasau aje. Itu yang panjang melelong, tu

Awak nyawab bagi ke dua-due belah pehak. Ghengkas jawaban daghi yang panjang itu keme kate begini le. Bersih itu eluk sebab die mintak BERSIHkan 8 pekaghe tentang pilihanhaye (8 pekaghe tu tak payah le keme tughunkan lagi di sini - semua dah mafhum le , ye dak). Manekale BERSIH itu kotor (dari pandangan sebelah pihak lagi) ialah kerane die (yakni kumpulan BERSIH itu) bekawan dengan Hindu, Ambiga, kapio. Lim Kit Siang, Guan Eng.

Itu le jawapannye bedasarkan kate-kunci : Nabi Muhammad saw bulih bincang/pakat/pujuk/ajak kapio di Madinah bantu Dia (Baginda s.a.w) bena Negare Islam dengan Perlembagaan dan Undang-undang keadilan yang pertama di dunia.

Nota-kaki : Antaghe kume dengan penentang BERSIH tu agak-agak sape yang nampak-nampak meren. Sape nak jawab ?

dinbatubara

BERSIH - Bile Deme Ngate Kume

Yang ngatekan BERSIH tu koto, die tak belajo tesaup. Kalu dah BERSIH mane ade koto nye ( he he he; itu gugho keme, je).

Ha ! Otak betui keme mole mengaghu ...Yang koto kene BERSIHkan. Yang tak suke yang BERSIH tu kite tanye die; yang mane nye yang 8 pekaghe yang dibawak BERSIH tu yang tak betui. Mintak deme jawab dengan beno-beno jujo. Jangan kolang-kalen. Jawab betoi-betoi daghi lubuk ati. Jangan balik-balik jawab pasei Ambiga, Ambiga. Ambiga, Ambiga. Tanye le pade oghang Umno yang getik meno pade kumpulan pemBERSIH tu; semue deme ngotek-ngotekkan pasei Hindunye le, pasei kapio nye le. Ape, ni ?

Dan deme tak peghasan ke; semenjak ade 'persekutuan' PAS dengan Hindu; mane ade lagi kes-kes pelik-pelik; bunuh atas dendam/bias beragame macam belaku di Taman Medan, macam kes bako mualaf dalam kontenar di PJ, kes mualaf dideghe keluarge agama aseinye. Ade lagi ke kome dengo. Ye. Ambiga ponah becakap dalam SIS - tapi kome celikkan le mate - die becakap atas isu pelembagaan dan disebabkan ade ruang/lemahnye 'tapsiran berugame' dalam undang-undang. Die becakap daghi sudut itu. Loyo memang die caghi daghi bucu/sudut mane die bulih becakap. Tapi itu bahaskan le di mahkamah, di Parlimen. Dan idak ke dengan besame begitu oghang kapio makin paham Islam, egame kite ni. Idak le macam dulu, kite cakap Islam deme (oghang kapio) macam meghase kepercayeannye ditindas nak penaikkan pulak egame deme, sentuh sikit pasei Melayu, deme pun macam nak reak je. Ijak ke Umno sepatutnye sedo dan beterima kasih pade PAS/Melayu dalam PKR. Keme buat koje yang kamu tak mampu/ bulih/beghani/malu nak buat.

Lagi pun udah dekat nak 60 tahun Umno jadi abang dalam BN (jangan syok senighi le hoi !! oghang Umno ngatekan kome yang menghentah - kome dalam pakatan BN - banyak bende Islam yang engkome tak bulih cakap sebab nak jage ati oghang Kristian di Sabah/Sarawak; oghang bukan Islam/Melayu di Semenanjung. Kendati, banyak dan semakin banyak ehwal Islam yang hanco dan makin lemah Melayu, ni. Jadi apa nak salahkan oghang lain, kunun kume kumpulan pemBERSIH/Pakatan Rakyat perkauman/ PAS peghosak Melayu. Shit !!

Hoi !! Najib yang becakap pasei 1 Malaysia. Yang bedulu-kemudian betindih-tindih jatuh dikejo/ dipelupuh polih FRU itu deme daghi Melayu/ Cine/ India tau ?. Jegilkan mate. Bute, ke ape. Tak nampak ? Ini le baghu betoi One Malaysia - same-same mengase patah-ghiuk, benjol-lesut, pedih mate ditojah ayo asid/cabei.

Polih yang mughu pendemo yang nak memBERSIH tu betempek ... "he kome Melayu ikut telunjuk Indu, ye. Ape punye bodoh Melayu." Dan oghang Umno yang ngotek-ngotek pasei Melayu/ Hindu/Chine dalam BERSIH/PR ... Kome tak nampak ke implikasi perkauman pade ayat-ayat macam ini. Ngape ? Jawabnye sebab Umno itu parti perkauman. Kome tengok mane mase dan ketikenye Umno beghenti daghi ngotek pasei pekauman ni. Satu telunjuk ngate kat oghang 'perkauman,' empat lagi nunjuk pade dighi die senighi. Kepale otak begini pun kume nak BERSIHkan juge.

Maap; keme nulih macam ini. Tulisan tak betapih. Kepale otak keme ni bejalan begitu je; tak ade brek. Baghu keme nak naghik brek ni. Salam

dinbatubara

Friday, July 8, 2011

Buah ketia @katior @ ketiau

Ketia - Pengenalan
Kunun ceghitenye, le (di Empai tu); tanda yang di utan daghat tu udah ade buah ketia ialah bile emak sedaghe kume tejumpe due tige biji buah ketia tu di depan ghomahnya - dianto oghang bunyian. Die pun magi tau pade seseaghe ... "kome !, buah ketia udah ade." kate mak sedaghe keme tu.

Ketia @ ketior @ ketiau, same. Ikut bahase Peghak versi daeghah masin-masin. Yang pasti buah aketia tak bulih di makan begitu, weh hooi ! Oghang tak makan buah, ni - kelat ke pahit-pahit ghasenye. Keghe pun tak andak. Buah ini bukan macam buah ghedan, mengkabang atau kandis. Yang digunekan ialah minyaknye; kite sebut minyak ketia. Ade proses/ caghe tertentu untuk ngeluokan minyak nye.

Musim ketia
Musim buah ketia ialah pade bulan-bulan 7 atau 8; begantung pade bile tughun ujan sikit-sikit selepah paneh teghik bulan 2, 3 atau 4 (bulan-bulan ini; 2/3/4 ini musim daun gugor/keghin). Kemdian datang ujan sikit-sikt (bulan 5 atau 6.); ngeluokan semola pucuk kayu. Mase ini juge keluo le bunge kayu (bulan 5 atau 6.); temasukle bunge ketia ni. (Sebab itu kalau kome peghasan, le; madu lebah juge akan banyak di pasaran pade bulan 8 - lebah dapat bekalan debunge daghi bunge-bunge utan pade mase pokok bebunge bulan 5/6).

Buah ketia ini lughuhnye macam lughuh buah biji getah. Permolaan musim ngutip ketia lughuh ialah pade bulan 8; ketika ini hujan musim Tengkujuh; Monson Timur laut belum mole. Ujung bulan 8 dan bulan 9 udah paneh balik (peralihan musim daghi Monson Badat Daye balik ke Timur Laut). Musim paneh ini le juge sesui dengan musim nyemo ketia.

Ketia yang dikutit dalam utan/ghedang itu kene jemo dulu hingge keghin-ngeghenten - sampei begodok bunyi nye (kome tau ke, begodok itu ape. Begodok itu bunyi geduk-geduk-geduk bile buah itu digoncang dekat telinge) - tande buah ketia itu udah keghin meno le tu.
Ketia & gambaran masyarakat kampong aku

Ketia – gambaran kemiskinan Melayu kampong aku ? Masuk hutan – naik cangkat/ tughun loghah, meghanduk payee dan ghedang; mencaghi sumber gentian kepada minyak nyo. Atau atanda akrapnya hubungan oghang kampong aku dengan utan.

Iya, ade benonye. Idup zaman susah tu satu hal. Tapi ceghite buah ketia ni lebih daripade soal miskin - macam mane kehidupan bermasyarakat di kampung kite - berkumpulan keluo ghomah lepeh Subuh besame-same bejalan kaki, niti jalan dan loghong/denei beghembun, meghanduk alor dan ghedang... Letih ngauk buah ketia yang ngelapung ateh muke ayo (buah/ pokok balak ketiao tumbuh dalam ghedang, ayonye had lutut/ pinggang), duduk bertenggung ateh ako bukak bundut nasi (berbungkuih daun pisang - wangi nye bau nasi beghas-baghu daghi padi mahsuri/ malinja dari aroma daun pisang !!); lauk ikan ghebus/ikan gelame keghin.

Sakit disengat penyengat/ dipatuk ulo-lipan-kalejengken/sesat dalam utan/ ngando bundut /guni tepung sepaghuh penuh beghisi biji-biji ketia (besiul/bernyanyi ghiang) balik ke baghuh.

Semua ini dighase besame hingge ke proses mengapit (ngeluokan minyak) - bergotong ghoyong. Seghonok/ akrabnye masyarakat kite

Di Empei tu ade dua biji 'mesin pengapit' ketia - satu di ghomah arwah Pah Busu Mensiah (emak mentua Pak Hashim Aini - Pak Hashim Aini ni oghang Teluk Pedayung, ghomah bapakya dekat surau Pak Aili; ghase-ghasenye betentang jln masuk ke ghomah apak TMJ). Dan sebiji lagi di ghomah Kepandak Usin (Kepandak Usi nini bapak sedaghe Abang Daud anak Yu Haron (gelorannya Haron Kolot). Abang Daud ni kawin dengan oghang Lambo - Bt 18. Kalau tak di ghomah Kepandak Usin keme ke ghomah Pah Busu Mensiah le; ngapit ketia.


Proses membuat minyak ketia.

Bahan-bahan :
1. Biji ketia (dibasuh/dikincah - buang semua sampah saghap & bau masam (bau masam sebab beghendam dalam ayo ghedang; lalu dijemo macam oghang nyemo padi, hingge keghin-ngeghenten, sampei begodok bunyinye
2. Batang bemban (yang eloknye beban ayo - beso pangkeinye sebeso ibu kaki oghang tue. Batang bemban d...iselisit/dighaut sebeso kighe-kighe 1cm; buang empulonye. Dalam secekak gheje bemban ini - bemban yang udah diselisit ini diiikat ujungnye dan dighendam dalam sungei dalam due-tige aghi, nak bagi lembut ).
3. Bujam/kandul – bujam @ kandul dibuat/dianyam daghi kulit bemban yang sudah dighendam-lembut tadi; sebeso agak-agak muat untuk segantang biji ketia yang bertumbuk.
4.Tin pengukus - dibuat daghi tin minyak gas (mun kalu kome udah tak kenei minyak gas, caghi tin minyak tanah) - siap dengan telinge tempat pemegang, lantei belubang-lubang - dilubang-lubangkan dengan paku 6inci - tempat biji ketia diletak dalam kukus itu), penutup - tak ade penutup yang proper, pakei papan dipaku-cantum, macam papan tutup keghonde, tu).
5. Lesung kaki.
6. Sudit. Kome tak kenei sudit caghi senduk. Tapi mun kalu nak senang dan terbaik, pakei pengayuh sampan atau pengayuh/pengaco dodoi
7. Tungku - apa saje bulih, aseikan tin kukus bulih didudukkan atehnye dan bulih sampei api, mako buntutnye.
8. Tiko mengkuang
9. Set mesin pengapit ketia (bentuk/ghopenye, agak ghomit sikit - nanti keme ceghite lain.

pemerahan minyak ketia:
Katia yang udah cukup keghin tu di tumbuk ngunekan lesung kaki. Tak tau le di Lmbo sape ade nyimpan lagi lesung kaki, ni. Di Empaei pun ghasenye udah tak ade. Tak ape kalau anak-anak seka...ghang ni tak kenei, kome pegi ke Muzium Negare. Ade lagi. Mesin pengapit ketia pun dulu ghasenya ade di sane - mase itu Dato' Shahruom Yeop jadi Pengarah Muzium (die ni oghang Pula Tige)

Udah anco - ditumbuik jadi macam sobok ais tesigham ayo; bahan utame ini dikukus sampei mendidih (wap meghuap keluo daghi celah-celah tutup kukus). Dengan ngunekan pengayuh sampan/pengacau dodo,i balik-balikkan 'sobok-sobok' ketia yang dikukus ini;t ujuannye supaye semue bahagiannye masak.

Bahan yang dah masak ini dimasukkan ke dalam kandul dan diikat kuat-kuat moncongnye.

Suatu pancor dibuat daghi upih disepitkan di bawah tongkoi pengapit.

Letakkan kandul beghisi 'sobok' ketia di letakkan celah apit pade mesin pengapit. Soghang yang bertenage sase melompat naik ke atas mesin pengapit dan mengetuk baji di pengauit.

Bile diketuk, minyak yang masih paneh itu melonco keluo dan ditadah dengan besen di bawah pancor. Ketuk dan ketuk dan ketuk sampei tus. Tapi agak-agak, le; takutr pecah pulak bujam (kandoi), itu. Kandoi ni bulih di gunakan beberapa kali. Mun kalu tak pecah.

Sobok yang udah dikeluokan minyaknye ni sudah betuko name - diisebut kipiat.

Kipiat ini di tanak/kukuih sekali lagi. Ade lagi minyaknye, tu. Dan di apit sekali lagi.

PERHATIAN : Kerje mehgapit ketia ini di kerjakan beramai-ramai . Lepah soghag , soghang habuan ketia masing-masing di tumbuk/ ditanak dan di apit. ... "Ooii kome, sape pulak lepeh, ni. Cepat !! Cepat. Kome tengok aghi udah nak ujan." Oghang perempuan buat koje yang senang-senang; macam nanak 'sobok' ketia ke, numbuknye ke, masak nasi, ke. Yang anak daghe/bujang lelaki (sibujang ni tak tahu ape pun) tulong numbuk lesung . Yang jantan, deme ngaca 'sobok' yang udah mendidih dan mengetok baji. Yang lain-lain nyembang, sambil meghokok. - ngusikk ghontu, ngusik ghoni (sesetangh itu keluo ayat yang locah-mencaghut sikit; tebaghei ketawa - bukan oghang lain mak sedaghe apak sedaghe ipo-duia; sesekali nampo nyamuk atau ngala lalat/ atau anak kelulut nojah ke mate.

Begitu le proses membuat perahan minyak ketia. Nasi pun udah masak. Ambik pinggan bubuh nasi yang tengah bekembut lagi itu dan tuangkan minyak ketia dan tabo sikit gagham. Mak ooiii !! munuh sedapnye. Tak payah belauk. Wassalam

Dinbatubara

Monday, July 4, 2011

Menunggu Titah Tuanku

Tuanku Yang di-Pertuan Agung dah keluarkan dikri. Kira-kira dikrilah, tu. Walaupun bunyinya tidak sampai mengharamkan BERSIH. Eloklah kita patuhi. Kita usahakan mekanisma yang lain pulak sesuai dengan titah-seruan Tuanku, tu.

... Kita pun setujulah apa juga keputusan Tuanku. Sememangnya pun kita/kami rakyat yang hormat kepada Raja (Lihat lah juga semula kepada golongan mana yang mengoyak-rabakkan institusi raja dan menyumpah seranah Sultan/raja sebelum ini). Syukurlah kalau 'long march',BERSIH ke istana tak jadi - tak ada yang patah-ghiuk dibantai belantan FRU atau sekurang-kurangnya merah mata diterjah gas pemedih mata.

Bagaimana pun alhamdulillah - isyarat tuntutan BERSIH sudah sampai ke istana. Kata Tuanku : "Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan... Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong," ... Beta selaku Yang di-Pertuan Agong (bermakna Tuanku selaku payung kepada rakyat seluruhnya - ini dalam Perlembagaan.

Dan pastilah juga harapannya Tuanku kepada Pegawainya (Perdana Menteri) bahawa PM "berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin" adalah cara menegur yang bijaksana (teguran seorang bapak yang tidak suka marah dengan anak).

Kata Tuanku : "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan." Semoga ingatan/seruan Tuanku ini diterima positif oleh SPR - jangan hanya menerima rundingan ke arah keuntungan memenangkan Umno/BN sahaja tapi didengar juga rungutan di sebelah pihak yang satu lagi; supaya demokrasi dilihat betul-betul berjalan. Demokrasi bukan semata-mata kerana dibenarkan mengundi/pilihanraya; tetapi gerakan/perjalanan/instrumen hingga berjalannya proses mengundi itu juga mesti tidak capek. Jika rundingan ini berjalan baik; tak timbul BERSIH ni. Salam.

dinbatubara

Tuesday, June 21, 2011

abah - untuk ADILA, Klasik Nasional (tarikh siaran : 21hb. Jun; 2011; memenangi hadiah sempena Hari Bapa)

Abah jarang tinggalkan kampung. Ada beberapa kali sahaja. Sekali tu, abah ikut kursus imam di Masjid Negeri – dua hari abah tidur di Ipoh. Ketika ada arwah emak; dua kali sahaja abah ikut aku Kuala Lumpur. Itu pun; kerana sebab yang bagi abah patut – kenduri kahwin sepupu aku. Habis kenduri abah minta dihantar balik. Kalau saja-saja; payah abah hendak ikut kami. Lima orang anak abah; semua di Kuala Lumpur. Arwah emak mahu juga ikut kami – bila emak ke Kuala Lumpur; abah sendiri di kampung. Selepas emak meninggal, abah langsung tak mahu ikut kami.

Abah bukan ada ayam-itik, kambing-kerbau yang perlu dijaga. Tak ada. Tapi abah risau; bimbang; dengan ketiadaannya, jika berlaku kematian, orang kampung susah; terpaksa panggil imam kampung sebelah untuk uruskan orang mati.

Abah diminta datang ke hulu; di ajak turun ke hilir. Lepas Subuh, sebelum Asar abah sudah tiba; ziarah orang sedang nazak, ajarkan asy-hadu. Abah mandikan orang mati, sembahyangkan orang mati, Abah baca talkin. Abah diminta bacakan doa tahlil-arwah. Abah jadi ketua membaca dikir dan marhaban kala ada kenduri kahwin.

Dan paling abah bimbang ialah tak ada orang yang akan jadi imam di surau. Allah takdirkan; anak-anak murid abah – abang Jidi, Cu Amat, Pak Cik Cat, Abang Asin – mereka yang menggantikan abah kala keuzurannya; semuanya mati dahulu.

Iya, itu bukan pertama kali abah meninggalkan kampung. Tapi kepergian abah kali ini berlainan benar. Abah sakit. Abah memang ada gout. Tapi tak bangun abah dari katil, aku lihat bukan kerana goutnya. Sakit abah kali ini lain benar. Abah demam. Tapi aku rasa abah bukan demam biasa. Abah batuk. Sempitnya salur kerongkong abah memberikan lantunan bunyi dan dengus yang lain.

Aku pujuk abah . Aku beritahu emak (emak tiri kami; yang dikahwini ayah selepas sepuluh tahun emak meninggal) : ”Sudah puas dengan air penawar, golek telur atas perut, bahu dan belakang; baling bawang dan hirisan limau; biar aku bawa abah berubat di Kuala Lumpur.”

Petang itu, anak-buah abah; suku-sakat datang. Air mata bergenang di kelopak masing-masing, besalaman; mengucapkan selamat jalan kepada abah; tika abah dipimpin masuk ke kereta.

Abah disahkan kanser paru-paru. Nama medikalnya; adino kasinoma – cantik nama itu. Tapi itulah yang bakal merenggut hayat abah.

Suatu pagi yang cerah, tenang dan dingin; petugas wad baru selesai mengemas dan mencuci. Doktor mula memeriksa pesakit dari katil ke katil. Salur-tiub yang menyambung salur-darah di lengan abah ke botol tergantung, sudah ditanggal. Dengan sebak aku beritahukan jangka-hidup abah; seperti yang diberitahu doktor. Abah mendengar dan mengangguk tenang. Aku yakin abah sendiri sudah melihat sibuk kelibat malaikat-maut singgah bersimpuh datang pergi dan datang lagi di katil abah. Abah akan pergi bila-bila masa. Doktor beri abah cuti seminggu dan masuk wad semula selepas itu. Abah mengusulkan pulang ke kampung. Abah tidak mahu masuk wad kembali.

Ah, ingatanku; jauh, jauh mengimbau kepada abah. Tahun-tahun selepas aku berumahtangga, aku bawa anak-anak dan isteri pulang ke kampung, saban dua atau seminggu sekali. Biar sekejap. Dapat makan tengahari bersama abah – cuma makan tengahari, dan kembali ke KL selepas itu; aku merasa cukup puas; hingga aku tahu benar sakit-pening abah.

Bila abah diserang kanser; dan hayat abah cuma ada kira-kira tiga minggu seperti kata doktor; aku kenderai kereta setiap hari antara KL-Parit. Menjelang Isya aku sudah terpacul di kampung dan seawal tujuh pagi aku sudah bercokoh semula di KL untuk bekerja.

Aku mahu memberikan khidmat semahunya untuk abah kerana dialah satu-satunya; segala-galanya. Hayat abah habis di ribaanku. Abah pergi pada usia 83 tahun. Memang terasa amat kehilangannya. Namun aku puas meladeni abah; mencium tangannya – baik semasa sihat, sakit dan; saban berpisah, seraya memohon doanya akan keselamatan dan kesihatan aku dan anak- isteri. Semoga tidak ada tindak-laku aku dan isteri yang cela pada pandangan abah. Semoga aku sudah berbuat yang terbaik untuk abah. Dan surau kampung kami lepas itu menjadi sepi.

Dinbatubara, Rawang, Selangor

Friday, June 10, 2011

Mengenal-pasti Dato' Maharaja Lela - Daeng Selili & Pandak Lam

Mungkinkah yang dimaksudkan Dato’ Maharaja Lela dalam kontek legasi Orang Besar-Besar Lambor pada zaman Kesultanan Melayu Perak/Lambor ini, nama batang-tubuhnya ialah Daeng Selili; iaitu seorang anak Raja Bugis dari Luwuk, Sulawasi. Daeng Selili dilantik menjadi Mufti oleh Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13; 1728 – 1756) atas jasanya menawan perompak-perompak di Pulau Sembilan, pada tahun 1743, Atas jasanya itu beliau di anugerahkan Orang Besar bergelar Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancong Tak Bertanya.

Justeru catatan sejarah menyebutkan Sultan Muzaffar Shah III (nama sebenar Beginda ialah Raja Inu) bersemayam di Brahman Putera (Bota Kanan). Pada tahun 1742 – 1743; telah berlaku rebutan kuasa dengan adindanya Raja Bisnu; iaitu Raja Muda yang bersemayam di Pulau Tiga. Raja Muda mendapat sokongan kuat dari Daeng Chelak, Yam Tuan Riau. Raja Muda diangkat menjadi Sultan bergelar Sultan Muhammad Shah dan bersemayam di Pulau Tiga. Sementara Sultan Muzaffar Shah III terpaksa berundur dan bersemayam di Sayong (dalam daerah Kuala Kangsar). Pada masa ini Negeri Perak diperintah oleh dua Sultan. Akhirnya Sultan Muzaffar Shah III telah balik semula ke takhtanya di Brahman Indera secara muafakat dan adindanya menjadi Raja Muda semula.

Manakala Dato’ Maharaja Lela dalam peristiwa Pembunuhan JWW Birch (1875) ialah Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam. Saya mencongak jarak antara Sultan Muzaffar Shah ke III (Sultan Perak ke 13; 1728-1756) itu dengan Raja Abdullah (Tragedi Birch, 1875) adalah 131 tahun. Mungkin – orang dulu-dulu mempunyai jangka hayat yang panjang hingga 100 tahun lebih. Tapi semasa kedatangan Daeng Selili (Maharaja Lela Tan Ela Putera Pancung Tak Bertanya) ke Perak/ Lambor (mengalahkan pemberontakan di Pulau Sembilan dan diangkat menjadi Mufti, agak-agak umur beliau adalah sekitar awal 20an. Katakan umur beliau 20 tahun (pada tahun 1743) > (1875)/ 1875 – 1743 = 132 thn + 20thn (umur ketika baru mula sampa ke Lambor); bermakna umur Maharaja Lela ketika peristiwa Pembunuhan Birch ialah 152 tahun.

Mungkinkah pada usia itu Dato Maharaja Lela yang satu itu begitu perkasa. Atau Maharaja Lela peristiwa Birch itu Maharaja Lela II; iaitu Pandak Lam yang sudah jadi orang Kampung Gajah. Perlu diingat Raja Abdullah (1874 - 1876; Sultan Perak ke 26) dalam Peristiwa Pembunuhan Birch, 1875 bersemayam di Bagan Datoh.

Bagaimana pun tetaplah, gelaran/anuegarah Datok Maharaja Lela itu telah dimulai dari kerabat Maharajalela dari Lambor. Walahuaklam.

dinbatubara