1. Identiti tanah, kedudukan & Keluasan : Nama dalam Pejabat Tanah ialah Tanah Hutan Simpan Bukit Tarik. Peneroka awal menamakannya sebagai Kampug Sungai Kerandang (kerandang – nama spesis ikan haruan yang dijumpai di kolam/tasik di situ). Letaknya antara Rumah Tol Bukit Tagar dengan Empangan Sungai Tengi. Luas kira-kira 1000 ekar.
2. Latar belakang geo-politik : Kawasan itu dulunya pada status Hutan Simpanan Kekal. Pada tahun 2004 (Era BN/ Khir Toyo jadi Menteri Besar); suatu mesyuarat Exco telah buat keputusan menukar status tanah tersebut menjadi Tanah Rezab Melayu sebagai tambahan bagi menggantikan Tanah Rezab Melayu di Kuala Langat (seluas 3000 ekar) yang diambil untuk kegunaan tadahan Sungai Kuala Langat.
Mungkin berdasarkan keputusan Mesyuarat Exco tersebut, kuncu-kuncu Umno mulai meracik-racik tanah tersebut untuk kegunaan sendiri atau tujuan wang panas. Kira-kira 700 bahagian lebih sudah diracik-racik – pemiliknya ada yang dari Kuala Langat, Ijok (Kuala Selangor), Kg Sg. Kayu Ara (Damansara) dan lain-lain tempat. Ironinya ada tanah tersebut yang sudah mendapat status TOL pada tahun 2000. Banyak pula tanah ini yang sudah mengalami pertukaran hak milik.
3. Apa yang ada di ‘penempatan’ Kampung Sungai Kerandang ?
3.1. Yang ada ialah rumah kediaman kira-kira 30 buah (yang sudah mimbina penempatan di sini dari tahun 1985), jalan bertar (jalan kelas 3), kemudahan elektrik, surau, dusun-dusun mini, tanaman kelapa sawit; sama ada yang (tidak berapa lama lagi) akan mengeluarkan hasil atau yang sedang pulih-tumbuh.
3.2. Maklumat di Pejabat Menteri Besar dari Pegawai Daerah dan Pengarah Tanah, rumah yang didiami ialah enam atau tujuh buah sahaja. Begitu pun sumber dari kajian luar mendapati lebih 30 keluarga, malah hingga 300 keluarga (mungkin statistik dari kunjungan tuan tanah kala hujung minggu). Ada juga di antara yang didiami oleh warga Indonesia yang menjadi pekerja ‘tanah tanaman sawit’ tersebut.
3.3. Maklumat yang diterima oleh PAS Kawasan Hulu Selangor (yang belum disahkan), ramai diantara pemilik tanah itu sekarang adalah orang PAS dan PKR.
4. Apa berlaku pada keputusan Mesyuarat Exco 2004 : Keputusan Mesyuarat Exco pada 2004 untuk mengubah status dari Hutan Simpan Kekal kepada Tanah Simpanan Melayu itu tidak pun diwartakan.
5. Perubahan kerajaan di Selangor : Berlaku perubahan kerajaan dari Umno/BN kepada Pakatan rakyat (2008) – Mesyuarat Exco pada 2009 tidak mengambil kira keputusan Mesyuarat Exco 2004 (untuk mengwartakan sebagai Tanah Simpanan Melayu), sebaliknya terus mengekalkan status Hutan Simpan Kekal tersebut.
6. Insiden – aksi & reaksi :
6.1. Pada 2hb. Mei; 2009; Jabatan Hutan Hulu Selangor tiba ke kawasan tanah tersebut dengan arahan yang jelas datang dari Menteri Besar Selangor bagi ‘membersihkan’ penempatan tersebut. Pegawai bersama petugas Jabatan Hutan Hulu Selangor tiba bersama jentolak; dan mengunggis sedikit sebanyak penempatan tersebut. Ketika itu semua Exco Selangor sedang bermesyuarat di Langkawi.
6.2. Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor; Tn Hj Abdul Wahid Basri bersama beberapa ahli PAS dialu-alukan oleh penduduk Kg Sungai Kerandang/ mimbincangkan isu perobohan premis. Ahli Parlimen Hulu Selangor dan beberapa kuncu-kuncu Umno juga tiba di tapak tersebut. Tn Hj Abd Wahid berunding on-line (telefon) dengan Exco-Exco Kerajaan Negeri (PAS) yang sedang bermesyuarat di Langkawi; dan dengan Jabatan Hutan. Operasi perobohan berjaya minta tangguh untuk mendapat arahan terbaru dari MB.
6.3. 2hb. Mei; 2011; Dewan Harian PAS Kawasan Hulu Selangor mengadakan mesyuarat; khas membincangkan isu ini – cadangan menghantar memorandum (menerusi Dewan Harian PAS Negeri). Beberapa perkara diambil perhatian dalam memo tersebut seperti menghindar persepsi buruk masyarakat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor merampas tanah rakyat, mengekang political millage Umno/BN, mengembalikan Tanah Simpanan Melayu, dan ruang hak milikan tanah untuk Generasi Ke- 2 FELDA di Hulu Selangor.
6.4. 14hb. Mei, dua buah bas membawa ahli PAKEDA tiba untuk ‘demo’ di tapak operasi pembersihan.
6.5. 16hb. Mei; 2011; satu memorandum dihantar oleh PAS Kawasan Hulu Selangor kepada MB (diserahkan kepada Tn Hj Abd Halim – Pegawai Khas MB; dan dijanjikan akan dibawa ke Mesyuarat Exco pada 18hb. Mei; 2011.
6.6. Akhbar Sinar pada 17hb. Mei; 2011 menyiarkan kenyataan akhbar Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor - menyebutkan akan turun padang menyelesaikan isu pemilikan tanah Kampug Sungai Kerandang. Penduduk kampung tersebut akan diberi keutamaan tinggal di situ, tegas beliau.
Dan sekarang operasi pembersihan penempatan sedang berhenti.
DinBatubara
No comments:
Post a Comment