Safiah Mohd Salleh
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara Salihun Yeop Majlis
KLpos.com | ALLAH MAHA BESAR, BERTAUBATLAH ANWAR.
www.klpos.com
Anwar Ibrahim harus berlapang dada.Menginsafi diri.Bertaubat.Wan Azizah dan Nurul Izzah harus menerima natijah daripada perbuatan suami dan bapa kesayangan mereka ini bahawa Anwar menerima pembalasan daripada Allah atas keceluparan dan kesungguhannya memfitnah dan mengaibkan orang lain.Anwar berusa
Burhanuddin Yeop Majlis : Bertaubatlah Anwar dan kita semua. Semoga dilindungi Allah. April 29 at 6:01pm
Safiah Mohd Salleh : semoga pehak2 yg brtanggung jwb mmpercepat kn kes ni & mengadili nya dgn sebaik2 mungkin, selagi tk selesai 1 melaysia akan menanggung dosa, April 29 at 6:33pm
Dinbatubara : Kata hukama'; apabila sesuatu itu sudah menjadi fitnah; punca fitnah mesti dicari dan dihapuskan (dibunuh?) Umno punca segala fitnah. Lihat pemimpin anda : Najib Razak (kes pembunuhan Altantuya - dua yang terlibat membunuh itu adalah pengawal peribadi beliau - mustahil dia tak tahu di mana 2 orang itu berada pada malam tersebut - C4 cuma tersimpan di Kementah - Najib jadi Menteri Pertahanan ketika itu - Najib tidak disapina untuk beri keterangan); Najib lagi - kes Saipol Bahari (selepas dia kononnya di lewat Anwar pergi berjumpa Najib kepana Najib tak di sapina utk beri ketarangan di mahkamah; Najib lagi - kes khalwat di Port Dicson dgn seorang artis(penyanyi), kenapa dia tak saman orang yang menuduhnya. Mantan PM Tun Mahathir Mohd (ya, punya visi yang hebat tiada tolok banding - saya pun akui; tapi celupar terhadap Islam. Bilanglah sendiri kenyataan2 celupar beliau); Rahim Thamby Chik (merogol budak bawah umur; ya mahkamah mendapatinya tak bersalah; mahkamah Malaysia dah jadi mahkamah kanggaroo, siapa yang percaya - Umum orang Melaka tahu perangai Rahim ni; jika tiang lampu dipakaikan skirt; tiang itu pun di rogolnya juga. Air mani Rahim bertabur di seluruh Melaka, kata mereka. Lagi siapa : Dato' Mohd Isa Samad - buat kerja rasuah untuk menang Majlis Kerja Tertinggi Umno; anda orang Umno ? - mesti tau punya cerita ini, digantug dari Umno; habis edah penggantungan masuk aktif semula dan dengan bangga bercakap "saya sudah bebas dari hukum" (tapi tak napi dia mengamal rasuah); malah mengatakan yang dilakukannya bukan rasuah; yang rasuah ialah kalau di tangkap oleh SPRM . Siapa lagi ?
Itu hal pemimpin anda. Kerja-buat mereka ? tak sedarkah berapa banyak tanah rezap Melayu yang sudah tergadai - diambil untuk pembangunan, janji mahu diganti tapi tak berganti. Bagaimana nasib Bahasa Melayu (PPSMI) - nasib, kerana rakyat bangkit - dipelopori oleh PAS dan pejuang2 bangsa seperti Nik Sapiah Karim, Ainon Muhammad, Muhd Haji Salleh, Dato' Abu Bakar Hamid (bekas NC UM), Pak Samad Said, Shahnon Ahmad, Dato' Hassan Ahmaad (Bekas Pengarah DBP); sekadar menyebut beberapa nama - berarak ke istana Negara (Umno juga tumpang sekaki dalam kumpulan kecil yang lain - supaya tak nampak sangat tak berjuang untuk kedaulatan bahasa Melayu. Apa terjadi dgn fasal 153 hak keistimewaan orang2 Melayu fasal biasiswa pelajaran anak Melayu - kerana desakan bertubi-tubi supaya hak itu dikembalikan; rejim Najib terpaksa akur (untuk selamat dalam pilihanraya), ianya berikan semula (malah kepada seluruh anak rakyat Malaysia yang cemerlang). Umno ke yang berjuang. Ketika proses hakisan itu berjalan apa pemimpin Umno buat di Parlimen.
Ada percubaan untuk menghapuskan Asasi Sains di UM; Prof Ungku Aziz mempertahankan - menulis beberapa kali dan berucap dalam simposium2 ASASI SAINS mesti dipertahankan; kerana anak Melayu (ini tanah-airnya), dia berhak utk keistimewan itu. Kecerdasan anak Melayu belum mengatasi bangsa China khususnya masuk ke Universiti. Anak Melayu akan ketinggalan. Mana ahli Parlimen yang berani menyahut hujah Pak Ungku itu - mereka akur dengan vission Tun Mahathir, bahawa orang Melayu tidak perlukan lagi tongkat, sampai bila Orang Melayu nak bertopang kepada tongkat. ASASI SAINS akhirnya kekal. Nak harapkan pemimpin Umno ? dah lama ASASI SAINS UM lingku !!Apa lagi ? Isu agama ? Nanti kita cerita lagi.
Cukuplah dulu. Ini kejahatan Umno. Kesimpulan : Onar yang berlaku kesemuanya gara2 Umno mahu kekal merintah. Pemimpinnya jangan jatuh (kalau jatuh ramai yang masuk penjara. Khir Toyo umpamanya, baru bebetrapa penggal jadi ADUN/ MB sudah mampu buat rumah berharga satu miliion lebih). Apa, ni ? Baik ke Umno, ni. Carilah contoh-contoh yang lain juga. Zambry MB mahkamah di Perak sekarang, semasa jadi ADUN Lumut/ Sitiawan (semasa BN perintah Perak dulu); apa dia buat dengan stinggan berumah di gigi air di depan Kota Belanda (Pangkor) itu. Itu kawasan dia. Kesimpulan sekali lagi : Umno wajib di hapuskan.
Burhanuddin Yeop Majlis Issunya Anwar yg dijulang untuk jadi PM. Cukuplah... April 29 at 8:27pm
Ramlah Rashid hemmmm. best juga cerita ni. apa kata kita buat novel je? tp boleh lepas ke? nanti novel dibakar, penulisnya diburu. huh, tak sanggup. tak berani... biarkan mereka2 saja yg berpidato dgn jari di fb ini. April 29 at 8:42pm
Safiah Mohd Salleh Am.. tulis jeeee buat pringatan jenerasi akan datng, segala prkataan & prbuatan yg baik kita jd kn ikutan, yg tk baik pula kita jd kn sempadan kok dibako deme ,cetak byk2 lg.. April 29 at 10:16pm
Jamaluddin Yeop Majlis Sumpah Menyumpah dan saksi palsu akan membawa bencana. Bertaubatlah jangan sampai negara kita ditimpa malapetakaana besar. April 29 at 10:45pm
Burhanuddin Yeop Majlis Anwar dipilih oleh Tun menjadi pemimpin pelapis selepasnya. Tetapi dia sendiri yg menyebabkan sepeti sekarang. Maaf sya bukan org politik, tidak jadi ahli mana parti pun, tapi say mengikut perkembangan sejak zaman saya student lagi 1976 di Yayasan Anda. Kejatuhan Anwar adalah kerananya sendiri, bukan org lain. Saya tidak banyak berkawan dgn org politik, kerana maklumatnya sudah tentu bias. April 29 at 11:07pm •
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Cakap-cakap anda semacam benar dengan promoter2 Umno. Tak apalah, itu pilihan anda. Malaysia mengamalkan demokrasi - berbuat/ bercakaplah atas premis dibenarkan itu. Teruskanlah dengan keyakinan anda. Berjuanglah (hatta seperti Abu Lahap bergantung di kelambu Ka'abah minta Allah tunjukkan siapa yang benar siapa yang salah; minta dibinasakan Muhammad. Na'uzubillah). Kenapa pula dihalang saya bercakap atas keyakinan saya. Kendati, perhatikan betul-betul. Imbas semula mana ketikanya saya menyentuh sosok Anwar. Anda yang berkali-kali menyentuh hal Anwar (memetik kata-kata Anwar; bercerita tentang pengalaman anda mengikuti ceramah Anwar ke hulu ke hilir). Saya tidak punya pengalaman/sejarah besar bersama Anwar, seperti anda.
Treat yang saya buat semuanya mencelah/menjawab kalau tidak pun membungkar kebejatan Umno. Beberapa posting yang kadangkala masuk ke wall saya; seolah-olah mintakan reaksi saya. Tidak berapa minat saya mengulasnya. Itu pun - sprt catatan di atas, saya tidak menyentuh batang tubuh Anwar. Kepada saya Umno mesti dijatuhkan. Itulah isunya. Itulah juga isunya, kenapa puak-puak penentang Anwar/ Penentang Pakatan Rakyat memainkan isu Anwar, (kerapnya juga) spin isu-isu lama yang sudah selesai, kreat isu-isu baru yang menggambarkan huduhnya antagonis, dlm pada itu, paparkan imej-imej baik protagonis (pemerintah - Najib; kejayaan2 Umno/BN) yang kononnya dapat pujian dalam dan luar negeri. Dan rakyat terus dinina-bobokan/dimomokkan dgn bantuan/subsidi itu ini, kadar KDNK yang terus meningkat, kewangan yang kokoh (walaupun jumhur pakar ekonomi menyanggahnya) Kesemua itu supaya rakyat melupai kejahatan Umno, bahawa Umnolah pejuang rakyat. Shitt.
Maaf; saya tidak menjulang-julang Anwar untuk dihantar ke Putra Jaya. Anda dan Umno andalah yang begitu takut, kalau2 Anwar ke Putra Jaya. Bergembiralah anda dan Umno anda jika/apabila Anwar dihumbankan ke penjara Sg Buluh sekali lagi; kerana sememang itu pun kemahuan kalian. Kalau tidak kenapa di kreat pertuduhan baru. Dengan siapa lagi Anwar tidak bermukah ? Dengan lelaki, dengan bini orang, dengan perempuan sundal, dengan pelajar. Hei !! Apa, ni. Lepas ini dengan binatang pulak agaknya. Mana satu pertuduhan jijik begitu yang melekat dengan Anwar. Anwar dituduh meliwat tukang buat pakaiannya; dengan Azizan (?). Anwar dibelasah lebam mata oleh Ketua Polis Negara (di mana keparat itu sekarang ?) Tapi akhirnya Anwar masuk penjara kerana pertuduhan penyelewangan kuasa (setelah pertuduhan diubah)
Wahai pakcikku; lihatlah dengan mata-hati. Sekali lagi saya tidak menjulang2 Anwar untuk ke Putra Jaya. Kepada kami sesiapa pun boleh jadi PM; asal bukan lagi Umno yang membangsatkan bangsa Melayu dan melemahkan Islam. Tidak juga dari yang bukan anak peribumi tercinta ini. Ini tanah tumpah darah saya - bangsa penjajah Orang Putih pun mengakuinya - The Malay Arcepilago - bumi bertuah; terbentang dari Madagaskar, merentas Lautan Hindi dan Laut Andaman hingga ke Merouki dan ke Filipina.
Pakcikku,, anda tidak memahami politik 'at tahaluf assiyasi'. Untuk peringkat awal ini prinsip PAS bersama Pakatan Rakyat bertemu atas keperluan bersama - mengalahkan Umno/BN. Anwar sosok yang kira dapat diterima oleh bukan Islam (hingga dapat 'berdamai' dengan PAS) dan diterima menjadi pemimpin kepada masyarakat/parti berbilang kaum dan agama dalam Pakatan Rakyat. Anwar dapat menyatukan ini. Inilah yang ditakuti oleh Umno/BN. Sayang kerana Almarhum Ust Fadzil Noor pergi dahulu; dia terlebih dahulu diterima oleh perbilang kaum - sebaik Anwar dipenjarakan. Ust Hadi ? peringkat awal imejnya telah dibina sebagai Taliban/Ayatullah oleh Umno yang menyebabkan masyarakat bukan Islam menjadi takut/ kurang mempercayai (tetapi sekarang perspsi itu sudah banyak berubah). Dan iya, dalam pada itu kami terus memperkenalkan/mendakwahkan Islam kepada yang belum Islam. Alhamdulillah; mereka sudah banyak tahunya tentang Islam sekarang dan ramai juga yang sudah masuk Islam di Selangor dan Perak.
Kalau bukan Anwar (bila/jika) selepas ini dia dipenjarakan, siapa yang pimpin Pakatan Rakyat. Ialah mereka yang baik akhlak dan akal budinya. Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda; Kota Konstantinopel hanya akan ditakluki oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Dan ini dibuktikan oleh Sultan Muhammad al Fateh. Allahlah yang mengangkat seorang pemimpin dan Allah juga yang akan menurunkan seorang pemimpin.
Kepala negara atau kepala negeri - contoh seperti yang berlaku di Perak; ada klausa yang mencatatkan ianya mesti dari kalangan orang Islam. Kalau tidak bagaimana seorang yang bukan Islam mahu menasihati Yang DiPertuan Agong atau Sultan terhadap perkara yang menyengkut soal agama dan adat Istiadat Melayu. Ini sudah dihadam dalam draf Perlembagaan Parti Pakatan Rakyat. Dan Pakatan Rakyat sebulat suara menerima Perlembagaan Negara yang menyentuh soal Hak Ketuanan Melayu, Hak Keistimewaan Oranjg2 Melayu, menghormati Institrusi Raja-Raja dan Rukun Negara.
Jadi apa masalahnya dengan Anwar. Sedangkan kepada kami ianya bukan masalah. Salam. April 29 at 11:09pm
Jamaluddin Yeop Majlis : http://www.facebook.com/profile.php?id=1639928914#!/video/video.php?v=1559720091759&oid=153417568055988&comments April 29 at 11:34pm
Safiah Mohd Salleh : Din..panjang nya mike brhujah, tk sesuai utk facebook, stiap komen perlu tepat & padat, teman nk tanya mike ni salah sorang dri bloger2 yg tukang karang cerita2 karut marut ke ape???, jgn marah teman bukan nye nk cari gaduh, lg2 bile dh tau kite ni ade lah brsaudare, teman ni sekadar nk dengar ape pendapat mike...itu jeee, wkumsalam... April 29 at 11:43pm
Safiah Mohd Salleh : bile teman tengok visual yg Jamal pos kn tu, sgt2 tk bagus lh rase nye buat rusuhan kt dlm Masjid rumah Allah tu tempat suchi, care mreka brdoa pun kasar mcm ade unsur2 riak je, pelik nye pasai ape pembangkang brusaha nk halang org2 yg brk...See More April 30 at 12:25am
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Makcik Safiah; maaf cara saya berhujah. Saya menjawab - menghimpunkan sekian posting yang di wallkan kepada saya. Saya tidak memulakannya. Saya mencatatkan seperti di sebelum ini ... "Beberapa posting yang kadangkala masuk ke wall saya; seolah-olah mintakan reaksi saya. Tidak berapa minat saya mengulasnya." Kalau tak suka tak usah baca. Atau saya akan deletkan. Tulisan yang panjang - tak sesuai utk fb ? Panjang mana yang sesuai. Ada hukum ke ? Setakat ini saya tidak sahaja mahu tulis hal-hal utk bagi orang seronok sahaja membacanya. Biarlah adik saya Am tu saja menerokanya. Saya mahu lebih bertanggung-jawab di akhirat nanti. Ada tempatnya, tulisan saya santai dan mahu berseronok-seronok juga. Perhatikanlah. Tapi ketika-ketikanya saya perlu tulis serius. April 30 at 12:30am
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Visual yang Makcik Safiah tengok itu durasinya 4.34minit; jauh lebih panjang dari catatan saya. April 30 at 12:42am
Salihun Yeop Majlis : selagi namanye anwar ibrahim isu nye tak akan berakhir ...kalau begitu mintak anwar tukar saja nama lain... April 30 at 10:55am
Ramlah Rashid : huhu... panas juga nih. jadinya bagaimana...? lagi2 anwar. lagi2 anwar, apa mungkin tidak ada lelaki lain barangkali yg nafsunya sebegitu ganas? hemmm jantan boleh, pelacur juga bisa? mungkin benar 1 hari nanti, kucing juga dimahunya. hemmm...See More April 30 at 11:11am
Salihun Yeop Majlis Am kena buat nobel baru ..tajuknye.."Mengapa Anwar Nama Ku.".. April 30 at 11:25am
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Kembali kepada isu awal. Saya kutip cagtatan Makcik Safiah : " semoga pehak2 yg brtanggung jwb mmpercepat kn kes ni & mengadili nya dgn sebaik2 mungkin, selagi tk selesai 1 melaysia akan menanggung dosa." Saya setuju; tapi lihatlah bagaimana onar kumpulan yang memusuhi Anwar berbuat : Polis sudah sahkan (betul video itu tulin) tapi pemainnya bukan Anwar - Anwarkah yang berperut boroi seperti itu; Rambut bahagian belakang Anwar yang pendek sangat dan tidak bermisai; sedang ada bukti lain Anwar hadir di suatu majlis keesokan hari selepas kerja mukah itu (selepas tarikh pada video itu - bukti bergambar); rambut di bahagian belakang kepala Anwar tidak sependek itu malah bermisai. Cepatnya rambut dan misai itu tumbuh. Jam Omega itu juga bukan isu lagi kata polis; sebab terbukti jam itu bukan milik Anwar. Tempat berlaku kerja sundal itu pula berubah-ubah. Sekjap kata di sebuah kondo mewah; sekejap kata di sebuah hotel (peliknya ada pula tulisan Siam di bahagian bawah gambar video; serta ada suara latar pula - yang dikenal pasti oleh orang yang tahu berbahasa Thai; tempat hotel itu di Bangkok). Anwar sudah buat laporan polis; menapikan. AMK sudah buat aduan di Mahkamah Syariah untuk hukuman kazaf kepada Trio Dato' T. Lagi apa; tangkaplah si pembuat onar. Betul; mereka sudah diambil keterangan; termasuk Anwar. Tak tahu kita, apakah Trio Dato' T sudah diberi amaran dan dibebaskan dengan jaminan polis hingga ke hari perbicaraan. Laporan polis dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Pej Peguam Negara memulangkan semula hasil siasatan kpd polis - minta diperkemas betul2. Laporan dihantar semula ke Pej Peguam Negara dan beritahu kepada awam; bukannya Anwan pemain itu. Ini diberitahu oleh pihak polis; yang menyimpulkan bahawa tugas tugas mereka sudah selesai; "sekarang terpulang keada Jabatan Peguam Negara" kata polis.
Dalam pada itu dua tiga hari yang lepas muncul lagi gambar haram versi dua di Youtube (saya tidak melihatnya); tapi akhbar arus perdana melaporkan. Dari mana datangnya video itu, sedangkan seorang dari Trio Dato' T beritahu video yang original sudah diserah kepada polis. Dikhabarkan kononnya polis sedang giat pula spin isu Anwar bermukah ini di Kelantan dua tiga hari lepas. Untuk apa. Ssebab itu Anwar kata polis juga terlibat sama dalam konspirasi ini.
Dan semalam Dato' Eskay buat sumpah laknat di Masjid Amru ibn Ass. Bertanyalah kita kepada orang alim : pada persoalan mana yang memerlukan sumpah laknat. Dan kalau pun berjalan sumpah laknat (pada menyentuh permasalahan rumah-tangga/suami-isteri); ianya adalah dengan kebenaran hakim (bermakna melalui proses mahkamah). Bukan main hentam ...nak bersumpah; sumpahlah. Islam ada peratuaran/undang2nya. Anwar si tertuduh, Trio Dato' T (Dato' Eskay) penuduh - kedua-duanya mesti melalui poses mahkamah Syariyah. Tanpa ilmu, kemudian buat onar di masjid. Tujuan apa ?
Apa agenda semuanya ini. Bukan saja untuk Anwar tapi akan menyangkut orang lain dan ISA. Ingatkah - peristiwa Operasi Lalang 27 Oktober - 14 November 1987; Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib (MB Selangor), Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim & Anwar Ibrahim sendiri, mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka terhadap beberapa isu kaum - mereka bercakap berapi-api di Stadium TPCA Jln Raja Muda. Himpunan pemuda ini mendesak Lee Kim Sai (Timb Presiden MCA dan Menteri Buruh) meletakkan jawatan (Dan, Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia selepas itu). Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari itu menggesa : 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'. Najib Tun Razak ketika itu Timb Ketua Pemuda UMNO.
Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan (masa itu dia di sebelah sana; makanya wajib buat keputusan secara kolektif dengan rakan sesekongkolannya. Sebab itu, bila dia di sebelah sini; tahu benar dia sepak terajang Umno/BN, ni !!), mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41. ... Di simpang-simpang jalan utama ke KL; polis/tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Nasib baik himpunan panas yang bermula jam 2ptg (hari Sabtu ?) ini dilanda hujan lebat membawa ke jam 5ptg.
Siapa yang tertangkap ? Beberapa pemimpin PAS DAP dan NGO seperti Ust Halim Arshad, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Chandra Muzaffar dan Kua Kia Song ditahan di bawah ISA di Taiping. Beberapa orang pemimpin Pemuda Umno seperti; Ibrahim Ali Fahami Ibrahim, juga ditahan sebagai 'kambing hitam.
Saya imbas kembali sejarah hitam itu. Kenapa. Nak tunjukkan; beginilah politik Meciavelli (matlamat menghalalkan cara) yang menjadi amalan Umno. Kaitkanlah dengan mainan politik Umno/BN sekarang. Mahunya buatlah (bagi Umn) buatlah apa saja demi mempertahankan Umno !! Maaf Makcik Safiah. Catatan yang agak panjang. Nak ke perpustakaan cari bahan bacaan kita tak ada masa. Saya buat sedikit paparan. Stop. Assalamualaikum. April 30 at 3:31pm
Ramlah Rashid : malaysia dah tak ada isi lain selain isu video sex anwar... April 30 at 4:00pm
Salihun Yeop Majlis : Din..nanti sambong lagi... April 30 at 4:12pm
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Pak saudaraku. Saya petik catatan pakcik ... "Maaf sya bukan org politik, tidak jadi ahli mana parti." Pakcik; suka benarlah Umno/Dato' Najib dengan pernyataan ini. Dan memang ramai ahli akademik di universiti mengambil sikap begini walaupun sebenarnya, lebih ramai lagilah yang mengambil sikap menentang arus/anti esteblishment. Bagaiamana pun saya kutip ucapan Dato' Seri Najib di majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, Terengganu semalam; 30hb. April 2011 : " ...PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," Pakcik, bacalah dengan pandangan maknawi : "... tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," Aplikasikan begini : "Tak masuk/sokong Umno/BN pun tak apa; tapi janganlah sokong PAS/Pakatan Rakyat." Ahli akademik dalam banyak hal memuji/ menjulang establishment lantaran salutan kebaikan mereka; dalam pada itu mendiskredit peranan pembangkang (yang juga suatu entiti dalam sebuah negara demokrasi dan berdaulat, yang pada ketika yang lain akan jadi pemerintah pula, apabila tersungkurnya establishment; pun bersedia pula untuk digulingkan jika berlaku penyelewengan dari kehendak Allah).
Pakcikku, sikap begitu juga bermakna pakcik berpolitik. Telah berjaya ahli politik (esteblishment) mengnutralised ahli akademik; dalam banyak hal mengekang ahli akademik dengan berbagai akta/peraturan serta arahan/kesibukan agenda memperdana(mengarus-perdanakan) pendidkan negara (Ada TNC yang dikumpulkan di PWTC untuk menerima/mendengar taklimat Menteri Pendidikan pada suatu2 ketika pilihanraya pelajar.)
Kesimpulannya tidak terlibat dengan politik; tidak jadi ahli mana parti juga, sebenarnya anda telah berpolitik. Wassalam. Sunday at 11:31pm
Ramlah Rashid : jadi, kpd para pemimpin, baik kerajaan mahupun pembangkang, sudah2lah tu... anda sudah dilantik, sudah diamanahkan mjadi ketua. usah dicari kelemahan orang, usah diungkit hal peribadi orang. yg penting adalah kepimpinan. berusahalah mencari...See More Monday at 6:56pm
Ramlah Rashid : ralat ** patuh bukan patut Monday at 6:57pm
Salihun Yeop Majlis : sambung lagi... Monday at 8:45pm
Jamil Majlis : Sedap hujah2 semua... tapi maafle, saya tak berkesempatan buka FB akhir2 nie, jadi agak ketinggalan dan tak dapat nak komen dulu buat masa nie... InsyaAllah lain kali nak bagi pandangan juge.... Monday at 9:21pm
Burhanuddin Yeop Majlis Tak payahlah sambung. Bincang benda lain yang lebih berfaedah. Simpan ajelah sendiri. Kita dah terlalu banyak masa bincang pasal dia. Tanya Abang Ya apa makna "anwar". Yesterday at 6:50am
Jalil Majlis Suruh AMK buat kecoh kat kelab2 malam lagi bagus.....supaya org nak buat maksiat terhalang...hak individu nak tunjukan kebenaran...biarlah antara dia dgn tuhan...nak halang pelik pulak nengoknya..kalau tuduh angkara umno...adakah itu tidak fitnah??? Yesterday at 8:14am
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Akhirul kalam : Saya sambung tulisan/penerangan bukan kerana diadu-domba supaya menyambung. Tapi sesuatu perkara yang perlukan pencerahan. Umpama kita di Forum Perdanalah, ni. Hujjah balaslah dengan hujah. Audience lihatlah/terimalah/cerakin mana yang benar mana yang salah. Nak faham fahamlah. Tak faham juga,nak buat macam mana. Dan ahli panel juga; terimalah secara baik - tanpa prejudis. Nak terima, terima. Tak nak terima terserah. Rakan penel jauh daripada mahu mengajar, tapi mengajak. Maha suci Tuhan; kefahaman berbeda menyebabkan kita menilai juga berbeda. Wassalam. Yesterday at 1:52pm
Salihun Yeop Majlis : alfaatihah................ 18 hours ago
Salihun Yeop Majlis : ate kak tam yg mole kan..wak ape anto dkt aku dgn din cerite anwar ni..udah ari2 dengo dlm berite dan sorat abo..tak anto pun udah tau..bile keme ulas udah maghah pulak...usah anto lagi..nyakitkan ati je... 18 hours ago
Jamil Majlis : Aje ngan ye. Semakin dipaparkan cerita2 fitnah Anwar ni, akibatnya... penyokong tegar UMNO semakin membuak2 benci pada Anwar (walaupun belum tentu betul), manakala penyokong Anwar pula semakin meluat dan membara kemarahan kepada UMNO. Bukan...See More 17 hours ago
Safiah Mohd Salleh : teman anto bende tu takde niat sikit pun nk caghi gaduh, cume sekadar nk berkongsi ceghite serte mmeriah kn lgi laman facebook itu je..teman mintak maaf le pde smue skire nye ape yg teman anto tu jdi satu ksalahan plk 17 hours ago
Safiah Mohd Salleh : selame ni teman tak pernah pun taksub pde mane2 parti & tak pernah ade sbesar kuman pun prasaan marah kpde ssiape di sbb kn bende2 ni smue, cube mike2 smue fikir, klau sokong lebih2 pun ape yg kite dapat, org yg kat atas2 tu juge yg tetap senang lenang..betui ke tidak,, 16 hours ago
Jalil Majlis : aje ngan ye... sebab itu teman pun tak ponah update hal politik kat wall sendiri...tapi aku hanya komen kat wall orang saja...idealogi berbeza susah utk diseragamkan balik...walaupun A betul tapi pandangan lain ada juga disebaliiknya mengik...See More 8 hours ago
Safiah Mohd Salleh : Ontah lah Jalil...tak sangka plk jd mcm ni, tjuan utama kak tam wall kn benda2 ni kt profile sendri ats sbb nk senang tengok apa2 juge prkembangan mase kini, sambil2 main fb kite dh dapat berita, silap beso lh kak tam ni yek,,kerana wall kn kt org..tak lh sangka ada diantara nya yg tak suke atau pun sakit hati, 3 hours ago
Naharudin Abdul Rashid Dinbatubara : Kepada saya Makcik tak silap. Inilah kebebasan media - siapa juga berhak untuk memperoleh dan menyebar maklumat. Reaksinya, terserah. Ada yang menerimanya secara positif malah proaktif. Saya menerima secara proaktif. Saya mengulas dari perspektif dan perjuangan saya. Ini tanggugjawab; kerana saya bahagian dari komponen jentera itu (bagi menghujahkan Umno /BN bukan keramat - bahawa kalau Umno tak ada ummat Melayu akan mati). Bukan lagi bias; tapi keyakinan perjuangan;menifestasi cinta agung kepada Islam - saya berhak/ bertanggung jawab menyebarkannya. Adakah saya marah ? Tidak; apalagi hingga menyakiti hati dan menjejaskan silaturrahmi. Saya sayang saudara-saudara saya (apalagi kerana kita - Makcik, Pak Jalil, Pak Hon, Pak Min, Pak Han adalah sedarah sedaging saya), Islam; dan ummat Melayu seluruhnya. Tapi, kebiasaannya begitulah bila kita menulis - hujah/idea mengalir seperti banjir; sukar dikawal. Ah, sulitnya mentransfer isi hati kepada tulisan. Tulisan di fb pula jarang kita mengedit. Penutup : Saya minta maaf kepada semua peserta forum sekelian. Tanpa prejudis. Anda sekelian saudara saya dunia akhirat. Allahumma aamiiin
dinbatubara
AArtikal yg sangat baik
ReplyDelete