PM Dato’ Sri Najib mencadangkan supaya pengertian korban diperluas. Saranan itu boleh dimaknakan supaya tidak sahaja korban pada pengertian ibadatnya menyembelih binatang ternak; tetapi meliputi makna-makna seperti berkorban tenaga, masa, idea/pemikiran, wang ringgit untuk menjana transformasi yang dicanangkannya.
Tidak ada salahnya untuk memberikan apa sahaja interpritasi yang baik-baik; asal tidak melanggar tuntutan/ fitrah agama. Seperti tidak salah menyediakan daging segar yang dibeli di pasar kemudian menghadiahkan/ mensedekahkan kepada yang bukan Islam, ketika mana orang Islam menerima daging korban (kerana daging korban adalah menifestasi suatu kerja ibadat, maka tidak boleh diberi kepada yang bukan Islam); seperti yang dicadang oleh Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz – Niatnya ialah untuk mengeratkan hubungan dengan jiran bukan Muslim.
Pengarah Jakim memberikan interpritasi yang betul – supaya amalan ibadat itu tidak dilihat meninggalkan sama sekali urusan ummat Islam dengan yang bukan Islam. Urusan menjaga maslahat agama agar dipandang mulia oleh bukan Islam, juga adalah ibadat.
Tapi kita mempersoalkan apakah cadangan supaya pengertian korban diperluas hingga kepada korban wang/ringgit, idea/pemikiran, tenaga dan masa seperti cadangan Dato’ PM kita itu setelah beliau memahami sebenarnya pengertian korban seperti yang dikehendaki oleh Islam. Kefahaman itu yang seharusnya dimulai dari peristiwa-peristiwa sebelum daripada peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih Ismail.
PM Najib mesti sebut dulu kentalnya takwa Nabi Ibrahim mematuhi perintah. Allah kurniakannya anak, ketika itu Ibrahim sudah 86 tahun; dari perkahwinan dengan Siti Hajar (yang dimintakan oleh Sarah). Itu Ismail, satu-satunya anaknya. Anak yang ditinggalkan sekian lama di padang pasir kontang – timbul kerinduan yang amat sangat kepada si anak sekali-gus si ibu (isterinya). Bertemu tatakala Ismail dalam lingkungan di bawah 10 tahun (kadar umur yang sudah boleh dikongsi kemampuan bekerja). Anak yang sudah boleh mengikut kata dan bergurau dan baru hendak bermanja-manja. Baru sahaja berjumpa; tiba-tiba Allah perintahkan sembelih. Bagaimanakah kalau kita. Kalau anak itu sepuluh orang; mudah – pilih saja yang mana satu yang paling nakal. Tapi ini anaknya cuma seorang.
PM Najib kena sebut juga dulu peristiwa melontar Jumrah itu bukan sekadar peristiwa ritual ;tapi kena ambil pengajarannya. Ia dari peristiwa Siti Hajar melontar syaitan yang mengkhabarkan kononnya sang suami sudah gila kerana mahu menyembelih anaknya yang seorang (setelah siiblis tidak berjaya mempengaruhi si suami). Analoginya ialah kita melempar segala apa yang menghalang kepada kerja Islami – apa sahaja bentuk dan sistem seperti nasionalis/ komunis, sekular, khurafat, libralisme, kegiatan berbudaya/ sukan yang melampau hingga melalaikan/melekakan daripada mengerjakan perintah Allah, segala yang berupa fitnah kepada agama dan sebagainya. Yang dilimpar itu juga ialah segala bentuk-rupa kepercayaan syirik keberhalaan yang ada dalam diri (termasuk syirik/keberhalaan bahawa Umno sahaja parti orang Melayu; yang boleh membawa kemakmuran kepada rakyat negara ini). Jamaah haji – pulang ke Malaysia dengan hati dan jiwa yang bersih menolak semua kepercayaan karut marut tersebut.
PM Najib juga kena sebut, salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Arafah; apa itu ? Ialah Padang Pertemuan yang di tengah-tengahnya terdapat Jabbal Rahmah - gunung kasih-sayang; kasih sayang Allah kerana mempertemukan semula Adam dan Hawa yang yang telah terpisah 200 tahun - di usir Allah ke dunia dari syurga kerana kesalahan yang cuma satu; iaitu makan buah telarang, tetapi kita, berapa banyak larangan Allah yang kita lakukan. Pelangaran hukum oleh orang yang berkuasa malah lebih berat hukuman Allah akannya daripada rakyat bawahan.
Sungguh peristiwa korban menunjukkan Nabi Ibrahim betul-betul perform akan arahan Allah.
Ibrahim yang mendapati tempat ditinggalkannya Ismail dahulu yang kering-kontang kini sudah jadi tempat tumpuan dagangan. Kafilah dari Utara dan Selatan, Timur dan Barat bertemu di wadi (yang muncul dari hentakan tumit Ismail). Kalau ikut fikiran kita, bagaimanakah Tidakkah kita (kalau ikut agenda mentransformasi Satu Malaysia); apa salahnya memajukan ekonomi terlebih dahulu; bila ekonomi ummat Islam maju Islam akan ikut maju sama – kita pun ambil kesempatan daripada kemunculan negara-kota itu dengan menceburi urusan dagang – berjual air zam-zam, ke atau industri hiliran yang lahir darinya atau berniaga barangan keperluan musafir – tali kekang unta atau kuda ke, kain selimut, pelana kuda/ unta ke, kasut padang pasir ke dan lain-lain yang menguntungkan.
Tetapi tidak demikian Nabi Ibrahim khalilullah itu; lebih fokus dia kepada arahan Allah – mimpinya di Palaestina dibawanya bermusafir ratusan batu jauhnya ke Bakkah untuk diberitahunya kepada sianak. Tidak sedikit keyakinannya goyah. Sungguh itu perintah Allah.
Kita wajar berasa bimbang; bahawa suatu kefahaman yang dikira boleh mengnutralisasikan makna sebenar sesuatu peristiwa agama oleh pemikiran yang tidak jitu kefahamannya akan membawa kepada penjauhan yang akhirnya penyelewengan daripada agama.
dinbatubara
No comments:
Post a Comment