Thursday, November 25, 2010

Umno - PAS; suatu jawaban ringkas

    PAS nak ajak ummat Islam di Malaysia khususnya; meliputi pemimpin dan rakyat; mari melihat syariat (baca syariat, bukan syiar); yakni tatacara/sistem/undang-undang Islam sebagai penyelesai masalah umah. Dan penyelesaian itu mesti menyeluruh. Tanggungjawab ini bukan hak Umno sahaja.  
  Umno kata mereka juga Islam, hendakkan Islam.  O.K. Tapi hendaknya janganlah berpilih-pilih. Mana yang sesuai/menguntungkan diri/naluri sendiri, diterima.  Yang rasa tidak sesuai/menguntungkan @ merugikan kemahuan diri/sendiri, di tolak.  Dan yang paling asas ialah, peringkat negara/pembuat dasar; Umno kena istihar dia mahu Islam.  Lihat apa reaksi rakan se BNnya. Baru tahu Zimmi atau Harbinya.  PAS sudah menyatakan/isytiharkan.  Soal ianya ditentang DAP – apa di hairan; yang menghairankan ialah Umno yang dakwa Islam itu sendiri tolak perisytiharan PAS; dengan pelbagai alasan: masyarakat majmuk, rakyat belum faham, dari guna batu untuk merejam pesalah zina baik guna buat jalan, laksana Islam Negara akan huru-hara, laksana Islam British akan masuk ke Malaya balik (kempen pilihan raya 1964 & 1969 di Parlimen Parit), draff Hudud Kelantan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dll. Lebih menghairankan mengaku Islam tapi lebih cenderung/percaya/mengakui malah seolah bermati-matian mempertahankan/memperjuangkan sistem tajaan bukan Islam. Sistem itu bukan pun hasil ciptaan orang Melayu.
    PAS/PR yang setakat ini belum memerintah (sekadar baru perintah beberapa buah negeri); mampu beritahu/ bersyarah/ kempen. Tugas PAS/PR (belum memerintah dengan suara majoriti di Parlimen) ialah sekadar memantau (timbang-tara) terhadap apa yang dilakukan kerajaan. Perlaksanaan hukum Islam seluruhnya; meliputi berekonomi, undang-undang – jenayah, berbudaya, hubungan antara bangsa, peperangan; semuanya menjadi tanggugjawab pemerintah.  Tidak adakah teguran yang PAS berikan selama ini dipeduli oleh pemerintah ?  Ada.  PAS/PR duduk dalam berbagai-bagai Jawatankuasa di Parlimen bersama-sama MP Umno/BN. Semuakah teguran PAS/PR di parlimen dibantah oleh Umno/BN.  Ada yang diterima. Tapi sebagai ahli/badan  politik, Umno/BN tak akan beritahu itu hasil teguran PAS, kerana nak jaga kredilbeliti/ reputasi -  Umno pun canangkan itu adalah hasil pemikiran Umno. Pun semuakah program kerajaan Umno/BN ditentang oleh PAS/PR.  Tidak juga.  Yang baik PAS khususnya sokong.
    PAS dalam pada itu berjuang/mempunyai cita-cita politik; untuk menukar dominasi Umno (BN) terhadap kerajaan.  PAS nak tumbangkan Umno; bukan nak tumbangkan kerajaan.   Kalau PAS memerintah jentera kerajaan yang itu, itulah juga.  Kita tak tukar polis jadi JKR, JKR jadi Polis. Yang akan ditukar ialah sistem, cara-gaya pemerintahan. Kita mahu pemerintahan yang takut kepada peringatan dan nasihat agama/ Allah; pemerintahan yang dapat redha Allah; selamat di dunia dan menang di akhirat.
    PAS berjuang/mempunyai cita-cita politik. Betul.  Saudara belajar politik. Apa tujuan politik ?  Untuk mentadbir manusia – peringkat negara mentadbir negaralah. Kalau peringkat kampung menerusi tadbiran surau, masjid, JKKK, PIBG. Mesyuarat Agung setahun atau 2 tahun sekali itu dengan pemilihan jawatankuasa itu untuk apa.  Tidakkah untuk penilaian gerakerja berkesan @ membuat semula plan tindakan dan dibuat pemilihan semula pentadbir yang baik.  Saudara beria-ia mempertahankan Umno Kerana apa ?  Kalau tidak untuk terus duduk di kerusi pemerintahan/ pentadbiran; sedang kami melihat saudara (baca : Umno/BN itu) sudah hilang upaya mentadbir. Tak tahulah kalau saudara tidak melihat finomena hilang upaya ini.
    Saudara (Umno/BN) menuding PAS dengan vissi Islaminya tidak betul.  Tapi anda tidak perkenalkan  mana vissi yang betul.  PAS beritahu mana yang tak betulnya Umno/BN; pun PAS beritahu apa pilihan yang betul. Hudud (undang-undang Jenayah Syariah yang PAS taja); kami kata ini suatu missi kalau kami memerintah.  Umno kata PAS mana ada agenda pembangunan.  Suatu ketika dulu Umno/BN tohmah PAS mana ada pakar yang yang boleh mentadbir. Hai !! Umno/BN yang memerintah tu, tepu ke dengan agenda pembangunan.  Penuhkah Umno/BN itu dengan pakar. Lompangan akan tetap ada – perlaksanan mengikut keperluan dan keutamaan. Bandingkanlah upaya Kerajaan Kelantan membayar hutang kepada Kerajaan Pusat berbanding ketika Umno memerintah Kelantan.  Hebat sangatkah Umno yang memerintah – saudara berjalanlah ke Daerah Johor Tenggara hingga ke sempadan Pahang dan Pahang itu sekali; apalah sangat bezanya dengan perjalanan dari Lojing ke Gua Musang. Kelemahan akan tetap ada.  Pun PAS yang ramai teknokrat sekarang akan bersedia untuk membembani tugas apabila memerintah.
    Cerita kafir mengkafir – semua tokoh yang mengkafir dulu, kini sudah bersama Umno.  Selidiklah sendiri orangnya.  PAS tidak pernah menuduh orang (individu) tertentu kafir.  Yang PAS beritahu ialah tentang batas-batas iman dan kufur. Tidak percaya (meragui), hatta satu daripada rukun-rukun iman menyebabkan rosak aqidah. Tok-tok guru PAS bersyarah atas buku Mustika Hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri.  Buku itu kata begitu.  

dinbatubara

1 comment:

  1. jemu dah ngulas cerite orang tak nak Islam tulen atau Islam sbg ad-Deen ni. Deme belabun soai bersatu tapi tak nak dgn Islam. Nak dengan bangse. Nak dengan duit. nak dengan parti Umno. Ape cerite rope tu.

    Kesian sembayang tonggang tonggek tapi nak bersatu atas nama bangse. Dalam sembahyang ikrar soletku, hidupku, mati ku semuenye kerana Allah SWT. Tapi di luo sembahyang, Allah diletak ketepi. Ape nombo nye rope tu.

    Bende mudah dipersusah-susahkan. Semue ni kerana kuase. Ada kuase ada takhte. Ada takhte ada orang betine. Ada orang betine banyak duit masyukkknye. Pasai dunie jer deme tak nak berstau atas name Islam tuh.

    ReplyDelete